Cetusan rasa

Bateri kong plak

Semalam dah ada tanda-tandanya . aku dah syak ia mesti masalah bateri. Kereta tak begitu bermasalah sangat. Bila nak hidupkan enjin , ia semput dan mati. Tapi cubaan kedua boleh pulak hidupkan enjin. Alhamdulillah.

Tapi pagi ini jam 7.100 pagi, bila nak start enjin, tak boleh hidupkan enjin pulak. Sudah . Kereta ini aku beli pada tahun 1998 hujung tahun. Sudah pasti ini masalah enjin. Mereka kata, bateri anjin hnya bolewh tahan antara 1 - 3 tahun sahaja. Rasanya baru setahun lebih sahaja. Bateri cap Yokohama plak.

Hai macam mana ke kedai materi ini. Kedai bateri belum buka lagi. Mungkin buka pada jham 9 pagi. Macam mana ini.

Nasib baik jiran sebelah kebetulan hendak ke sekolah. Aku pun tanya dia hendak pakai motosikal atau tidak. Dia selalu ke sekolah naik motosikal. Kereta lamanya isterinya selalu pakai. Sementara van Perodua tak ada siapa yang pakai. Jadi dia memberikan aku kunci Perodua itu. Alhamdulillah. Dapatlah aku mengatasi masalah ini.

Puas juga aku duduk di Restoran Brahim Maju makan roti canai dan teh 0. Kedai bateri tak juga buka-buka. Hujan pulak turun. Lebat pulak tu. Tunggu lagi dan baca surat khabar Utusan Melayu.

Ada berita dari Ampangan, seorang pelajar sekolah agama Ampangan mati semalam kerana dipukul oleh pelajar tingkatan lima.

Seorang guru tuisyen dijumpai di air terjun Lentang, Bentong setelah 50 hari hilang. Dia ke sana dengan 5 orang kawan-kawannya. Mayatnya didapati tanpa kepala dan tangan. Kaki kiri juga hilang. Mayatnya dijumpai oleh rakan kepada bapa mangsa.

Guru tuisyen tersebut adalah lulusan Universiti Aucland, New Zealand.

Andaian yang dibuat ialah mangsa mungkin tersepit dan tertimbus oleh tanah tebing runtuh atau kaki tersepit pada akar pokok.
:cry:

Merapu terus

Untuk ke sekian kali aku masih melekap di sini. Dalam beberapa jam aku menunggu dan terus menunggu. :? Kekadang aku rasa aku bangga dengan keadaan diriku. Tapi dalam waktu yang lain aku rasa begitu terhina dan dihinakan semau-maunya.

Ketidakpastian menjalar terus ke segenapa liang darah dan peluhan roma. Ada sesuatu yang tidak betul. Ada sesuatu yang tidak betul . Yang tidak betul dan tidak kena itu masih terus dan berterusan. Tiada halangan dan kekangan.

Mengapa jadi begini, aku terus bertanya. Seolah-olah aku tidak tahu. Sebenarnya aku tahu tapi aku terus bertanya dan terus bertanya. Kelakar betul. aku rasa aku tahu jawapannya. Masakan aku tidak tahu tentang diriku. Mustahil. Diriku adalah milik diriku. Aku ada hak terhadap diriku dan aku adalkah raja kepada diriku sendiri. Mustahil orang lain menentukan tentang diriku.

Hah, lantaklah.

Melalut ke sana dan melalut ke sini. Inikah yang dinamakan pasrah .

Mengapa aku terus jadi begini.

aku bukan mahu diriku yang begini.

Aku mahu diriku yang lain.

Yang lain tu kan best.

Best.

Betul-betul best. Aku tengok best apa .

Aku tak best. Orang lain best. aku tengok best-best belaka.
:oops:

Mana mungkin pengundi hantu

:) Di mana logiknya ada pengundi hantu dalam pilhanraya ke 11 yang lalu. Perkara ini banyak kali difikirkan berdasarkan andaian-andaian yang telah dinyatakan oleh pelbagai pihak.

1. jika benar ada pengundi hantu yang telah dibayar , tentu bilangan pengundi hantu ini ramai bilangannnya. Bilangan pengundi hantu ini bagi setiap DUN dan parlimen mencecah 1000. Dalam 1000 orang pengundi hantu , mustahil tidak ada seorang yang belot dan buka mulut.

2. Apa kata kita buat tawaran, siapa yang sanggup buka mulut , buktikan dia ada menerima wang sebagai imbuhan pengundi hantu, kita pakat bayar lebih kepada dia suapaya buka rahsia.

3. Cerita pengundi hantu ini bukan cerita baru. Ia telah wujud sejak 10 tahun yang lalu dan amat panas semasa kempen pilihanraya di Lunas.

4. Penyokong-penyokong BN yang ditahan oleh Ezam dan rakan-rakannya terbukti bukan pengundi hantu. Mereka hanyalah perayu undi dari beberapa negeri. Pihak perayu undi PAS dan Keadilan dari kawasan lain turut datang pada ketika itu, tapi tidaklah datang berbas-bas, datang sikit-sikit sahaja. Perayu undi tidak menjadi kesalahan.

5.Ada seorang kawan kepada kawan di Kajang yang mengaku mengundi di dua tempat. Dia dibayar RM600.00 . Apabila didesak supaya menceritakan perkara tersebut , tidak pula berani berbuat demikian. Apakah ahli UMNO begitu setia dan enggan memberitahu tembelang BN , jika ada.

6.jika perkara di atas berlaku dan ia berlaku di Kelantan dan Terenganu , apakah mudah benar orang Terengganu yang 'bersih dan Islamik' mudah dibeli. Orang kata bagi duit ambiklah, tapi undi siapa yang tahu.

7.Konon cerita , si pengundi hantu memasukkan 2 kertas undi dalam peti undi. Satu yang dapat secara rasmi dan satu lagi kertas yang BN cetak diluar. ( undi kertas haram ) .
Sebenarnya bilangan kertas undi dalam peti undi mesti sama dengan bilangan pengundi dalam daftar pengundi. Setiap saluran mengundi ada pemerhati dari pembangkang. Kecualilah pemerhati tidur dan cikgu-cikgu yang jadi kerani pilihanraya mudah dibeli belaka.

8. Konon cerita, kertas undi akan ditambah ke dalam peti undi semasa dalam perjalanan . Ini paling tidak mungkin kerana kertas undi dibilang ditempat mengundi juga , bukan tempat lain.

9. Kononnya kertas laporan yang dihantar akan diubah. Ini tidak mungkin juga berlaku kerana setiap pemerhati parti diberi satu salinan dan telah ditandatangani. Jika data dan maklumat diubah dalam kertas laporan , tentu dapat dikesan oleh pemerhati setiap parti yang bertanding.

:wink:

10. Kalaupun ada dua nama dalam senarai pengundi pilihanraya , itu rasanya perkara kecil kerana bilangan pengundi ramai dan update dari semasa ke semasa.

11. Ada baiknya setiap pengundi yang ada 2 nama membuat laporan polis supaya siasatan dijalankan, Malangnya setakat ini tidak ada laporan polis tentang wujudnya dua nama dalam senarai pengundi.

12. Untuk menentukan kesahihan wujud tidaknya pengundi hantu, ada baiknya parti pembangkang membuat tawaran wang lumayan supaya pengundi hantu tampil ke hadapan dan menjadi saksi di mahkamah. Selain itu pengawai atau sesiapa yang terlibat dengan aksi haram juga diberi tawaran lumayan. Tentu mereka akan gelap mata dengan tawaran wang. Jika gelap mata dengan tawaran menjadi pengundi hantu, tentu mereka gelap mata untuk menjadi saksi di mahkamah.

Aku masih tertanya-tanya.

:wink: aku keliru. Aku masih tertanya-tanya. Siapakah diriku ini pada hari ini . Aku rasakan aku telah jauh berubah berbanding dengan semalam. Semalam aku cukup ceria. Aku cukup selesa. Aku amat cergas.

Tetapi pada hari ini aku tidak ceria. Aku tidak cergas. Entah mengapa. Entah mengapa. Aku tidak tahu dan aku pura-pura tidak tahu.

Aku lebih senang tidur dan baring-baring. Untuk mengelakkan aku daripada buat kerja, aku buat-buat sibuk dengan membaca suarat khabar. Surat khabar buat aku kununnya aku tidak ketinggalan dengan peristiwa seluruh dunia.

Aku keseorangan dan terus keseorangan. Tiada teman untuk berbual.

Selalunya aku hendak menentang arus. Aku ingin mendahului masa. Aku inginkan kelainan daripada orang lain. Tetapi apabila aku hendak menentang arus , sebenarnya apa yang berlaku ialah aku lebih jauh ke hilir sungai. Aku kedinginan dan keseorangan.
untuk kesekian kali aku terus keseorangan mengadap skrin komputer dan duduk terus menyibuk-nyibukkan diri yang gundah -gulana ini.


Aku bukan tidak ada kerja untuk dibuat. Aku ada kerja yang lebih berfaedah daripada melalut-lalut dalam tblog ini. Aku kerrja yang lebih penting untuk dibereskan. Kerja itu jika tidak dibereskan akan menyebabkan aku dimalukan. Aku akan dipersendakan. Mereka akan tertawakan aku. Tapi ia cukup susah untuk aku bereskan. Kerna kerja itu telah terlewat hampir setahun.

Entahlah.

Aku harap aku boleh siapkannya.

Oklah.

Cukuplah aku melalut-lalut sampai di sini sahaja.

Satu point tidak ada.

Cuma keluhan rasa.

Entah kenapa ... keliru sungguh

Entah kenapa , sejak dua menjak ni aku keliru sungguh. Kemahiran yang yang ada yang digunakan lansung. Apa yang aku buat serba tidak menjadi. Aku hilang punca . apa yang aku patut utamakan tidak aku utamakan. Lantaran itu kerja tertangguh dan tertangguh. Last-last aku jadi risau kerana kerana kerja utama masih belum disiapkan. Mengapa aku jadi begini teruk sekali sedangkan aku rasa dulu aku tidaklah seteruk ini. Mengapa aku jadi begini ?.

Malas aku hendak berhadapan dengan budak R tu . Aku agak dia budak Kampung ***** dan budak dari kampung itu memang terkenal dengan kepala batu , tak dengar kata .

Aku ada banyak pengalaman dengan budak-budak dari sana.

Aku memang ada hati nak dia jadi pandai. Tapi tiap kali aku nak ajar... dia start buat cerita lain. Ada sahaja cerita dia dengan kawannya. Dia tidak pernah duduk di kerusinya. Asyik pindah ke sana dan pindah ke sini. Ada sahaja perkara yang akan jadi pasal untuk bertekak.

Last-last jadi gaduh dengan rakan sekelasnya yang lain.

Dia ni dah lah masuk kelas 2P. Kelas hujung yang tak mahu hendak belajar. Entah lah Tuhan beri cabaran buat aku untuk mengajar mereka agaknya. Tak ada orang lain ke yang boleh mengajar mereka ini.

Boring betul dapat kelas macam ini. Masa mengajar tak ada respon lansung. Tanya tak dijawab. Tanya yang semalam telah dilupakan. Soalan yang mencabar jangan haraplah.

Agaknya aku yang tidak betul, bukan mereka.

Buku tak ada. Buku belum beli. Sedangkan pada minggu depan pengetua hendak kutp semua buku pelajar. Biasanya kelas-kelas macam inilah yang tidak hantar buku.

Pengetua rajin sangat pulak.

Aku dah terkena beberapa kali . Pengetua saound mengapa tak kejar pelajar yang tidak hantar buku. Leceh betul. Kelas hujung ini bukan hendak belajar.

Langkah selamat inilah menyalin dan menyalin. Menyalin pun bukan boleh banyak.

Jalan mudah dan terkini ialah fotostat segala nota supaya pelajar cepat menyalin dan tidak terdongak-dongak menyalin di papan hitam. (white board sebenarnya)

Aku berdoa pada Tuhan agar aku diberi kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi kerja ini. Restuilah kerja mulia ini.