Anakku Meragam plak
04.22.04 (11:13 am) [edit]
Entah apa yang tak kena, dia meragam lagi seperti semalam. Selalunya dia nak susu. Tak susah. Taruk 2 skop susu , taruh air, goncang dan beri padanya. suruh dia baring di atas kusyen atau baring di atas katil. Susah -susah sangat baringkan dia di atas karpet. Diapun menyusu sakan. Tak kacau aku lagi dan aku tak kacau dia. Sesekali aku sakat juga , urut perut dan pusatnya. Dia cukup suka kalau aku cium perutnya yang bulat itu.
Tahun 2004 ini merupakan tahun aku bermesra dengan anak perempuanku yang baru berumur setahun 8 bulan. Dia lahir pada 27 Jun 2002 di Hospital Kajang. Waktu maghrib.
Iffa merupakan anakku yang ketiga dan mungkin yang terakhir. Cukuplah tiga orang. Seorang lelaki dan dua orang perempuan.
Pelik sungguh, dia tak mahu diam. Dia asyik merengek dan merengek. Selalunya ok je. Sejak dua tiga hari ini asyik meragam dan perlu perhatian yang lebih daripada aku. Habis, bila pulak aku nak layan komputer - kekasih kedua aku ni.
Memanglah aku tahu komputer ini ada ketagihnya. Kalau dah dapat dia punya 'ummh' silap-silap binipun tak nampak. Layan komputer sampai pagi. Kekadang sampai 3 - 4 pagi. al maklumlah - internet hanya berjalan lancar pada waktu malam. Waktu pagi begini baru sedap hendak download dan surfing . Memang menyedihkan. Tapi itulah realiti internet di Malaysia. Tambahan pula komputer aku dah agak lama - laptop ada, tapi adik ipar pakai. Tak apalah - dia nak belajar di UITM dalam bidang AD. Untuk kebaikan dia dan aku jugak. Tak lah dia menyusahkan sesiapa nanti bila dah ada kerja. Betui tak. :) :wink: :x :shock: 8)

AKU DICERAP
04.21.04 (8:48 am) [edit]
Hari ini aku tiba-tiba diberitahu akan dicerap. Ketua Bidang memberitahu aku ketika aku berada di kantin. Ketika itu aku sedang makan betik. Hari ini, petang, tidak ada kueh lagi. Makanan lain pun tidak ada. Aku jadi tak selera hendak makan - walaupun ada rojak di bawah tudung saji.
Aku jadi tak sedap tidak menentu . Mengapa tiba-tiba sahaja hendak mencerap sesi pengajaran pengajaran aku. Aku memang di bawah pencerapannya. Bukan aku sahaja kena cerap. Semua gurupun kena cerap. Bukan aku seorang yang tak suka kena cerap. Selalunya bila dicerap, tidak ada maklumat atau maklumat apa yang diisi dalam kertas pencerapan. Aku sendiri tidak mahu tanya berapa maklumat yang aku dapat.
Selalunya dia mencerap subjek Geografi kerana aku mengajar subjek itu . Tapi hari ini tidak, dia mencerap subjek bahasa Melayu. Aku tanya semula , bahawa aku mengajar twobee bahasa Melayu. Dia kata tak mengapa. Memang sah dia hendak mencerap aku sekarang ini.
Nampak gayanya aku terperangkap. Sebenarnya dua hari aku tidak tulis buku ringkasan. Hari Isnin kutulis ketika aku hantar buku ringkasan kepada pengetua pada hari Jumaat lepas. Tapi hari Selasa dan hari ini Rabu aku tak sempat tulis walaupun aku tahu ia wajib ditulis. Itulah antara tugas seorang guru walaupun kekakang,malah selalu tidak menulis buku ringkasan, kecuali pada hari Jumaat sahaja iaitu pada hari hendak hantar. Itulah... ada baiknya juga diadakan pencerapan.
Selepas diberitahu dia akan datang mencerap, aku tergesa-gesa keluar dari kantin tanpa membayar betik yang aku makan. Aku bercadang bayar pada hari esok sahaja iaitu pada 22 April 2004. Aku segera mencapai buku ringkasan mengajar di atas meja dan segera menyiapkan ringkasan mengajar. Ketika itu loceng baru sahaja berbunyi dan pelajar terpaksa beratur di dataran perhimpunan. Kekadang / selalu mereka lambat masuk ke kelas, kadang-kadang sampai 7 - 10 minit baru sampai ke dalam kelas.
Masa dan kelas, aku sudah tulis. Tajuk, objektif, aktiviti, penerapan, konsep dan nilai belum aku tulis lagi. Aku segera menulis dan melengkapkan apa yang tertinggal. Kemudian aku beredar ke kelas. Aku terjumpa Ruslen di tengah jalan - sebenarnya di kelas 2A. Aku beri senyum sumbing sahaja. Diapun begitu. Aku agak dia nak kata sesuatu , tapi aku buat tak layan. Aku terus ke meja guru di dalam kelas twobees.
Roslan datang dan menceritakan tentang kencing manis yang dialaminya. Dia memang selalu bercerita dengan aku tentang tajuk ini kerana aku dan dia senasib. Ruslen baru datang ke sekolah ini iaitu pada tahun lepas. Jadi kira-kira aku baru sangat kenal dengan dia ini. Dulu aku mengajar sesi pagi dan tahun ini aku mengajar sesi petang.
Aku segera memberitahu bahawa aku akan dicerap beberapa minit lagi dengan harapan dia tak menggangu aku sedang menulis ringkasan mengajar selama dua hari - dua muka surat. Dia segera memahami dan masih mengajak aku bersembang. Aku terus tunduk menulis laju-laju. Tulisan nampak tak cantik. Tulisan aku memang hodoh. Itu sebab aku amat memerlukan komputer dan akhirnya aku mahir komputer.
Bila pelajar lelaki menyerbu ke dalam kelas, aku sudah bersedia. Kemudian masuk pelajar perempuan. Nampak gaya pelajar-pelajar yang aku sayangi dah cukup lengkap. Selalunya tak menjadi masalah kecuali dua tiga orang yang duduk di belakang. Mereka suka menyampuk dan tidak angkat tangan terlebih dahulu. Suasana akan jadi bising jika Rizal dan Nain suka buat lawak yang kekadang menjadi terlalu biadap dengan aku.
Aku beri amaran bahawa hari ni ada pegawai atau guru kanan akan datang melihat pelajar. Sebenarnya guru kanan hendak melihat bagaimana aku mengajar. aku dalihkan mereka yang hendak dicerap. Aku warning agar mereka tidak buat bising atau buat kecoh. Aku meminta mereka mengeluarkan skrip yang telah aku minta mereka buat kelmarin iaitu pada hari Isnin lalu. Keluarkan segera. Hari ini aku hendak mereka buat persembahan di hadapan kelas.
Kalau boleh jangan baca skrip. Kalau baca skrip akan kurang markah. Suara perlahan juga akan kurang markah. Aku harap mereka akan faham. Jangan kacau aku ketika hendak dicerap nanti.
Tiba-tiba budak perempuan Cina bangun dan suruh budak lain bangun. CC San merupakan ketua kelas yang baru menggantikan Nain. Nain ketua yang telah dipecat kerana kaki bising. Aku suka sangat kalau dia dipecat kerana cukup nakal , walaupun dia anak seorang guru dan aku kenal rapat dengan guru tersebut.
Rupa-rupanya ketua bidang bahasa telah masuk dan telah duduk di belakang untuk mencerap aku. Aku tidak berdebar-debar dan buat selamba sahaja. Selalu pun aku tidak kisah apatah lagi ringkasan mengajar aku telah lengkapkan. Aku sebenarnya sudah benar-benar sedia walaupun tidak ada alat bantu mengajar. Hari ini tidak memerlukan alat bantu mengajar.
Aku menyerahkan buku ringkasan mengajar kepada cikgu itu dan aku mengarahkan Nain yang duduk di belakang mengutip beberapa sampul gula-gula . Itu tentu kerja Nain- ketua kelas yang telah dipecat. Nampaknya Nain menurut cakap aku. Pelik juga.Selalunya dia akan buat muka komunis. Aku nampak dia mematuhi arahan aku dengan rela. Pelik sungguh.
Aku ke hadapan dan membuat induksi set. Entah betul atau tidak aku tidak pasti sangat. Tak macam induksi set pun. Aku tak kira. Setelah bla bla bla, aku minta kumpulan Fitri datang ke hadapan membuat persembahan. Fitri pernah aku jadi naib johan dalam pertandingan pidato peringkat sekolah. Jadi aku yakin dia dan kumpulannya akan buat persembahan yang baik.
Kumpulannya membuat perbualan tentang rakan mereka yang tidak datang ke sekolah kerana kemalangan. Aku kagum juga kerana mereka tidak nampak panik. Suara agak jelas dan tidak baca skrip yang telah disediakan terlebih dahulu. Aku tulis markah dalam borang Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah. Ujian lisan tak dipanggil ujian lisan lagi tapi pentaksiran lisan. Tapi aku masih guna ujian lisan kerana pelajar aku ini lebih faham.
Kemudiann aku panggil kumpulan Nain . Mereka nampak ok sahaja. Dulu aku nampak mereka buat tunjukcara membuat origami. Tapi tajuk sudah bertukar pulak . Persembahan mereka ialah forum - Sesuaikah hukuman rotan dilaksanakan. Tajuk itu macam mencabar aku sahaja. Tapi aku buat selamba sahaja. Aku tahu mereka tujukan itu kepada aku. aku selalu mereka.
Sebenarnya dalam kelas ini aku tak pernah merotan mereka , tambahan pula aku tidak ada kuasa merotan. Kuasa merotan hanya pada pengetua atau ketua guru disiplin yang telah diberi kuasa. Walau bagaimanapun aku selalu ketuk mereka dengan buku atau tarik telinga. Rishah pernah aku tempeleng kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang aku beri. Dia melawan setelah aku tempeleng dia. Dia menjerit-jerit sambil keluar dengan kata-kata " Saya ingat cikgu, saya ingat. Saya ingat cikgu saya ingat". Maknanya dia ugut aku, kalau ada peluang nanti mungkin di luar di akan akan pukul aku. Dendamnya akan dibalas juga. Aku segera menulis namanya di dalam buku pemantauan disiplin.
Beberapa kumpulan lagi membuat persembahan dan nampak memuaskan. Aku tidak banyak bercakap sebaliknya pelajar yang banyak bercakap. Tentu sekali sesi pengajaran dan pembelajaran aku pada kali ini memuaskan. Aku sedap hati. Loceng berbunyi dah ketua bidang bangun dan minta diri. Buku ringkasan mengajar dikembalikan kepada aku. Entah apa yang ditulis olehnya dalam buku pemantauan / buku pencerapan. Aku sendiri tak mahu minta dan tak sanggup baca kerana aku sebenarnya tak suka dikritik.
Aku teruskan sesi P&P. Tak buka mukasurat hari ini kerana aku setahu aku dia hanya akan tulis "telah dicerap - GKMP" . Ah, itu aku tahu sangat. Hari ini aku mengajar dua waktu - 70 minit.
Akhirnya aku keluar dari kelas dengan perasaan yang cukup puas. Aku rasa bangga kerana bebudak yang selalu buat kacau tak buat hal. Suara pelajar agak jelas . Mereka boleh bertutur dengan lancar. Spontan. Kumpulan persembahan origami agak menarik . Objektif aku tercapai hari ini. Aku puas dan mengapa aku tidak sepuas hari ini pada hari sebelum ini.Aku tertanya - tanya.
:( :roll:

Lama Tak Update laman web
04.19.04 (10:38 am) [edit]
Aku ada banyak laman web dan aku maintain beberapa laman web sahaja. Bukan senang nak layan laman web ini. Aku sekadar belajar dan menyeronokkan diri dengan menulis dan melayan komputer. Akhirnya aku upload dengan ftp Cuteftp. Dulu ftp ini aku dapat percuma melalui Tripod.com. Tapi sekarang tak dapat percuma lagi. aku ada juga beli di Imbil Plaza tak tak boleh pakai. aku bercadang hendak beli je , harganya lebih kurang Rm300.00. siapa hendak sponsor amat dialu-alukan.
Aku kira laman web seperti ini adalah cara terbaik untuk aku mencurahkan aidea dan pengalaman. Semua orang boleh baca. Hendak hantar ke surat khbar atau majalah rasanya tulisan aku tidaklah begitu bermutu. Lagipun aku tidak suka sangat terikat.
Seperti yang aku kata tadi, laman web aku banyak yang tak update. Laman web yang aku paling suka ialah di tripod. Tripod sangat ngam dengan Cuteftp. untuk hantar banyak- fail terutama fail jpg atau gif , perlu ada ftp. Cuteftp amat berguna kepada aku.
Aku sangat suka membaca pelbagai bahan di internet. Malangya bahan-bahan tentang tempat aku tinggal ini ada- tapi tak banyak dan tak bersesuaian. Kebanyakkan pula tentang kilang dan maklumat syarikat. Sedangkan laman web yang aku kendalikan lebih bercorak sejarah. Sejarah adalah bidang minat aku walaupun aku ini lulusan sastera dan geografi. Tapi aku ambil pentadbiran pendidikan. Belajar memang seronok kerana dapat mengadap komputer dan di universiti dapat bergaul dengan orang muda- terasa muda kembali.
Laman web percuma di tripod sangat mudah dikendalikan berbanding dengan geocities atau di fortunecity. Aku kata mudah kerana tripod sangat ngam dengan Cuteftp. Tak ada masalah langsung. Sedangkan geocities dan fortunecity ada pelbagai masalah dan terpaksa upload gambar satu-satu. Jadi tentu melecehkan. Kalau ada fail jpg 100 keping - bukan mudah untuk upload satu-satu. Geocities kata boleh guna Smartftp tapi nak cari yang percuma. Kita boleh download daripada Tucow.com tapi ada limit hanya dua kinggu sahaja. Setakat ini aku belumlah berhajat utuk membeli sofware kerana apa kerja aku ini hanyalah kerja tanpa mengambil sebarang untung. Setakat ini aku belumd apat sesen pun daripada apa yang aku kerjakan.
Tapi kalau jual CD tu adalah. aku biasanya jual kerana anak-anak murid aku dengan harga 10.00 sahaja sekeping. Biasanya aku jual CD tentang perkhemahan. aku guna arles untuk modify fail-fail gambar. Aku ada CD Writer dan Scanner. Tapi scanner dah lama tak digunakan kerana dirver dah tak sesuai lagi kut. Aku juga ada Fujifilm Digital Camera 1200 megafixel. Ada kamera digital boleh save duit tapi masalah nak store gambar ini dekat mana , aku tak tahu. Aku herapkan boleh store di internet dan boleh download kemudian hari- tapi tak tahulah.
Aku serik hantar gambar ke internet iaitu laman web yang di host oleh syarikat yang berkaitan dengan Jaring/ Cikgunet. Apa yang berlaku ?. Agaknya syarikat tersebut dah tutup. Beberapa kali aku cuba cek semula tapi tak ada. Cubalah dekat http://venus.igalaksi.com/~darurat.

Meraung tak jadi
04.19.04 (9:34 am) [edit]
Hari ini isteriku bising lagi untuk kali entah ke berapa. Emak aku rasanya baru dua minggu berada di rumah . Bukanlah begitu lama, Baru dua minggu. Dua minggu cuma. Kalau nak kira hari, baru 14 ke 15 hari sahaja. Dah bising satu dunia. Sampai telinga aku tak boleh nak dengar-dengar lagi. Apalah punya isteri ini , dapat isteri macam ini, dapat ustazah macam ini yang tak suka pada mak mertuanya. Apa punya menantu yang tak suka pada mentuanya. Begitu sekali dia hendak menyakitkan hati aku ini.
Salahkah aku , aku mengajak emak aku tinggal bersama dengan aku untuk dua tiga minggu. Bukan dua tiga bulan. Bukan dua tiga tahun. Cuma dua tiga minggu. Sebelum ini emak aku tidak pernah duduk di rumah aku lebih daripada 14 hari. Sedih sungguh aku. Berilah peluang untuk aku berbakti.
Aku rasa dua minggu bukan lama. Lagi ini kan rumah aku. Rumah ini aku yang beli dari hasil titik peluh aku bekerja. Apa hak dia hendak menghalau emak aku daripada rumah ini. Maksud aku isteri aku tidaklah menghalau macam anjing. Tapi dia asyik tanya bila adikku di KL hendak ambil emak. Bila emak hendak balik kampung. Mengapa emak tak minta balik ke kampung. Emak tak cakap ke hendak balik. Pedih sungguh aku dengan perangai isteri aku ini. Bilakah jantung aku ini akan terus berfungsi dengan perangai isteri aku ini.
Emak tukan sakit. Emak kan dah tua. Dia sudah kurang upaya. Sangat-sangat kurang upaya. Emak aku ada sakit kencing manis dan sakit perut. Selalu cirit-birit. Aku fahamlah dia kadang-kadang tak sedar tercirit dan tak perasan melepet atas lantai. Itu aku faham kalau itu sebabnya. Tapi semua najis itu aku yang buang. Semua najis emak jika ada melepek atas lantai aku yang buang, aku tak minta isteri aku cucikan.
Bukan setiap hari emak buat hal macam itu. Dalam dua minggu ini cuma 2 kali je. Emak datang datang bulan Airil 2004 ini sahaja. Tahun 2003 , taman aku tidak ada air dan emak tak datang-datang ke rumah aku. Aku sendiri bimbang jika emak datang kerana almaklum air tidak air. Entah je jadah PUAS tak boleh menyelesaikan masalah air.
Aku faham jika dia hendak rumahnya sentiasa bersih. Tapi dia tu emak aku, Buruk atau baiknya dia tu emak aku. Dia tak berhak untuk menghalau dan menyindir-nyindir emak aku. Tidakkan itu dia menghina aku sebagai anak kepada emak. Tak bolehkan dia bersabar sedikit dengan karenah emak akunyang telah tua.
Aku tau isteri aku basuh kain baju emak. Tapi basuh bukan dengan tangan. Isteriku basuh dengan mesih basuh. aku tahu isteriku memasak untuk aku sekeluarga dan emak turut makan. Bagus pulak isteri aku bab itu. Tapi mengapa dia tak boleh faham dan minta bersabar - emak aku tinggal dengan aku. Ini rumah anaknya. Dia juga berhak merasa 'kesenangan anaknya' ini. Tak bolehkah. Aku bukan hidup senang sangat. Sekadar cukup makan sahaja. anak aku ada tiga orang. Seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.
Tak fahamkah dia. Susah benarkah hendak faham. Susah sangatkah hendak menghormati emak aku yang telah tua. Apa salah emak aku hendak duduk dua minggu atau lebih sikit - contohnya sebulan di rumah anaknya ini atau lebih lama sikit . Salahkah. Astik tanya bila emak hendak balik. Bila emak hendak ke rumah adik akun di KL.
Apak dah lama tidak ada. Apak meninggal pada tahun 2000 ketika aku berada di Port Dickson. Ketika itu aku berkursus induksi di Hotel Nuri, Port dickson. Apak juga ada kencing manis. Dia meninggal dunia kerana kencing manis. Nampak gaya isni penyakit keturunan dan aku ada potensi dapat penyakit yang sama.
Sekarang rasanya giliran aku untuk menjaga emak. Inilah peluang aku untuk menjaga emak. Salahkah. Itu rasanya memang kewajipan aku untuk menjaga emak yang telah tua. Emak terlalu uzur sekarang. Tidak ada sesiapa yang tinggal di kampung lagi.
Yong tinggal di Bayan Pulau Pinang dan rumah flatnya tidak ada bilik. Apa punya kerajaan negeri bina rumah macam itu aku pun tidak faham dan Yong - yoep tak pindah pindah dari situ walaupun dah ada anak empat orang. Miskin sungguh mereka. Mereka ada rumah setinggan tetapi Yoep tak mahu pindah. Dia kerja dengan driving school. Dia latih orang memandu motosikal sejak dulu lagi. Aku tak faham langsung dengan abang ipar aku yang seorang ini. Kakak aku kerja kilang - dulu kilang NS Semiconductor di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Nyah pulak tinggal di Tasik, Ipoh. Anaknya Laili pulak buat hal. Anaknya di tingkatan tiga itu tak bercakap-cakap sejak akhir-akhir ini Sejak emak aku duduk lama-lama di rumah Nyah. Aku punya agak dia tak suka opahnya duduk di rumah itu. Ini masalah dengan cucu - opah pulak. Aku tak faham langsung.
Rumah Nyah agak besar juga, dua tingkat dan abang Nyah dah tambah ruang di tepinya. Jadi cukup besar untuk emak menumpang di rumah itu. Tapi takkan lah hendak duduk di rumah itu sepanjang tahun. Anak emak ada enam . Aku yang ketiga, lelaki dan ada kerja pulak. Ada baik kalau sesekali pindah-pindah dari satu rumah anak ke satu rumah anak. Apa salahnya. Itu gunanya ada anak. Ada anak tempat mengadu untung nasib emak, bela emak yang sudah penat membesarkan kita sejak kecil.
Hal itu yang aku tak faham langsung dengan isteri aku yang seorang ini. Aku dulu pilih dia kerana dia kerja sebagai ustazah di SRA. Kan bagus kerja ustazah , tentu dia faham permasalahan agama. Tentu dia lebih maklum tentang selok belok agama. Bukankah anak lelaki ada dua tanggungjawab iaitu kepada ibu bapa dan menjaga isteri serta anak. Sedangkan sang isteri menjaga suami dan anak-anak.
Hendak rasanya aku menyewa rumah yang berhampiran agar mudah aku melihat emak. Tapi mana mungkin.Aku bukan orang kaya.Aku hanya kerja kerajaan dengan gaji RM2500. Gaji sebanyak itu rupanya kecil sahaja. Rumah 365. Kereta 540. Hutang Bank Rakyat 300. Insuran 150. Duit dapur termasuk gas, susu anak 350.00 .
Isteri aku bayarkan duit bil telefon, air, elektrik , astro , van anak pergi sekolah, belanja anak setiap hari ke sekolah. Aku faham , itu juga amat berat. Aku mana mampu nak tampung lebih-lebih. Kekadang aku hendak beli baju setiap bulan pun tak mampu. fikir banyak kali.
Pening kepala melihar ragam isteri aku ini. Agaknya semua perempuan macam ini. Mereka tak suka pada ibu mentua. Padahal satu masa nanti mereka juga akan menjadi ibu mentua dan mungkin mendapat pembalasan yang sama. Hidup ini ibarat roda.
:twisted:

Cakap belakang-belakang
04.05.04 (2:22 pm) [edit]
Banyak sungguh komen daripada pengunjung laman web ..............yang merungut mengapa laman web ini tak update. Memang ada hati untuk update laman web ini tetapi pelbagai kekangan timbul di saat-saat ia hendak berlaku.
Antara kenangan itu ialah :
1. Tripod site hanya membenarkan 20 mb sahaja. Sedangkan tapak ini sudah penuh. Ada begitu banyak gambar digital dan sayang rasanya hendak delete. Hendak buat yang baru rasanya yang lama ok lagi, cuma beberapa perkara perlu diubah suai. Saya boleh pindah ke site yang lain dan buat site mirror, tapi tak terbiasa dengan tripod ini sejak dulu lagi.
2. Masa komputer pun satu juga. Dulu ada kemudahan komputer yang dibekalkan oleh MIMOS, tetapi sekarang komputer MIMOS tu dah tak ada lagi.
3.Software yang digunakan bukanlah yang original. Untuk memindahkan fail yang banyak dan lebih cepat kita perlu ada CUTEFTP. Dulu-dulu fail ini diberi percuma bersama Tripod. Tapi sekrang tak lagi. Apabila hendak install kepada komputer yang baru - ia ada limitation 30 hari je. Ini masalah yang cukup besar. Nak beli sofware ini dekat RM300.00 . Kalau ada sesiapa yang hendak sponsor - cukup baik.
4.Masa memang begitu cemburu. Masa yang terbaik untuk buat ini semua pada saya ialah 12.00 malam hingga 3 pagi. Kalau asyik dengan komputer lebih daripada bini - ada yang bising.
5.Di sekolah - dah lama juga aku bina laman web ini dan pernah dilancarkan sekali semasa mesyuarat PIBG. Ok jugalah. Tapi lepas itu tiada respon daripada sesiapa. Aku terfikir- buat susah-susah tapi kerja malam-malam ini tak ada orang yang nampak. Al maklumlah mereka tidak ada komputer dan internet. Sesetengahnya fobia dengan content internet.
6.Pembantu pun tak ada. Ada juga teringin nak lagi guru-guru membina laman web di sekolah, tapi mana komputernya. Tambahan pula tidak ada talian tekefon kedua di sekolah. Buat benda-benda macam ini perlukan masa dan tenaga dan biasanya malam-malam. Buat siang - talian telefon tak berapa bagus . Selalu je putus-putus. Bukan semua boleh sabar .
7. Imbuhan dan kewangan jauh sekali. Bila guna internet - bil mahu dibayar juga. Bukan free. Tapi aku tak kisah sangat. Inilah sumbangan aku untuk sekolah aku mengajar. Aku beli komputer, beli scanner, kamera digital, dan pelbagai perkara lagi - bukan sedikit kosnya.
8.Aku ada ilmu, ada belajar buat laman web sendiri dan kemudian kursus di MIMOS. Untuk memahirkan perlu banyak trial and error.Berpulh-puluh lagi. aku dah inbove dalam hal internet ini sejak 1998 lagi iaitu ketika SUKOM 98. Tahun -tahun tersebut memang sangat panas. Hajat hati nak gak ajar orang lain . Tapi di mana komputernya. Makmal komputer belum siap lagi. Tapi itu dulu - sekarang dah ramai guru yang dapat komputer free. Cikgu sains, math dan english. Jealous gak. Free oiiii. Dapat elaun lagi.
9. Aku dan beberapa orang pelajar ada gak masuk pertandingan membina laman web anjuran CikguNet. Dapatlah saguhati berbentuk majalah percuma. Tapi masalahnya tak dapat nak continue . Bila habis sekolah - terpaksa latih pelajar baru.
10.Aku harap apa yang aku cakap ini tidak menyingggung sesiapa. Bukan senang nak jaga hati orang.

Kereta meletup
04.03.04 (5:18 am) [edit]
Entah kenapa semalam semasa aku dekat dengan stesen keretapi, mata aku mengantuk sangat. 15 minit kemudian, semasa aku melelapkan mata dalam kereta, tiba-tiba kereta meletup. Aku terkejut sakan. Orang ramai yang berada di stesen keretapi komuter turut terkejut dan menggesan aku dan yang lain keluar. Aku segera keluar.
Asap banyak keluar. Ada air lagi.
Aku dapati lampu menyala. Aku ingatkan ingin meletup. Tapi engin masih hidup. Jika meletup mana apinya. Asap begitu banyak. Heran juga kerana kereta aku bukanlah terlalu lam - tahun 1998 gitu.
Mereka kata mungkin masalah air cond. Alhamdulillah. Mungkin dapat jimat sikit. Masalahnya macam mana balik ke rumah dan kereta ini nak tinggalkan di mana pada pukul 10 malam lebih ini.
Aku segera mencari-cari orang untuk bertanya masalah kereta aku. Kut-kut mereka arif dengan masalah letup dan letupan ini. Ini bukan masalah al Qaeda lagi.
Ada seorang India lingkungan 50-an, kata itu tak jadi masalah. Aku boleh hidupkan enjin dan pelan-pelan pandu kereta . Wuihh... jimat kos tarik kereta.
Tapi sesampai dekat stesen BP tu, pada trafik light, tiba-tib asap banyak keluar. Pehal pulak ini. Kata tadi boleh sampai ke rumah. Rumah aku lebih kurang 6 km lagi ni. Masih jauh lagi ni. Bengkel kereta tak bukak malam-malam. Aku terbayang jiran sebelah rumah yang ada Rusa - boleh ambil aku. Harap-harap dia ada di rumah untuk ambil aku.
:roll:
Dua orang India tolong menolak kereta aku ke tepi. Baik betul mereka - aku tak minta tolong tapi mereka berhenti dan sudi menoling.
Mereka cuba mengenal pasti apa masalah sebenar kereta aku itu. Rupa-rupanya bukan masalah air cond, tapi masalah host radiator pecah-patah. Aku dapati air karat merata-rata dalam enjin.
Tapi apa plak puncanya. Mungkin aku sudah lama tak servis radioator. Biasanya aku hanya tambah air sahaja.
Kemudian pekerja BP datang mebantu. Doia tolong potong host . Seorang motocyclist berhenti. Suaranya longat orang Kelate. Pekerja BP tu macam orang Kedah je. rupa-rupanya banyak orang baik-baik di Malaysia ni. Aku sendiri memakai baju warna kuning dan berlogo negeri Perak.
Betapa bertuahnya aku hidup di Malaysia ini.
Beberapa lama kemudian datang jiranku dengan anaknya. Dia mebawa air dalam 2 botol dan isi ke dalam enjin. Dia marah-marah aku kerana tak servis radioator. aku mendiamkan diri. Tak tercakap ape-ape.
Mulanya dia cadangkan aku start aje enjin dan bawa pelan-pelan ke rumah. 6 km lagi. Tapi kemudian didapati kipas tidak berpusing. Alamak satu lagi penyakit. Dia cadangkan aku naik Rusa dan kereta diletakkan di stesen minyak BP. Satu idea yang baik dan selamat.
Dia cadangkan panggil mekanik lama - iaitu kawan kami - yang duduk serumah dulu. Kini ada bengkel yang agak besar. Jetco. Dia baru je masuk Islam. Daniel.
Sabtu, 10.00 pagi kami ke bengkelnya. Sebelum ini aku tak tahupun dia dah memeluk agama Islam. Aku tersenyum sinis. Tak pernah sekali aku mengajaknya memeluk agama Islam. Tapi dia memang dekat dan rapat. Tidur sebantal dan bercerita pelbagai perkara.
Dia bukak enjin dan isi air dalam radiator. Gasket mungkin pecah. Beberapa host telah keras dan perlu ditukar. Kipas tak pusing kerana enjin masih sejuk. Aku syukur kerana poket mungkin kurang keluar.
Dalam perjalanan ke bengkel, singgah sekepa di Restoran Ali Super Power - pekena roti canai banjir. Jiranku yang telah telah dapat DM masih order teh susu. Aku lebih kurang sama dengannya.
Di bengkel ada banyak kereta - 5 - 6 buah kereta. Boleh tahan juga perniagaan member aku ni. Sebenarnya aku tak pernah hantar kereta ke bengkelnya ini kerana jaraknya ke rumah aku lebih kurang 4 km. Bengkel yang aku hantar ialah di depan Petronas. Entah kenapa ? Segan mungkin.
Petang itu aku mengintai apa yang terjadi - dah siap ke blum. Aku lihat enjin terbarai. Radiator telah tiada. Ke mana ?. Aku mengintai ke merata tempat. Sebentar seorang Cina datang membawa aku punya radiator - . Oh.... radiotor dihantar ke tempat lain.
Wan yang setahu aku belajar di Poly Kuantan bekerja di bengkel itu. Bagus gak ... ada jugak budak Melayu dalam bengkel begini.
Mulanya aku agak-agak kosnya sekitar 3000-400. Tapi sekarang mungkin mencecah RM800. Aku mengeluh panjang.