Cetusan rasa

Mulut macam buntut ayam

Entahlah aku tak berapa faham hari itu. Haziq kata aku ni garang sangat dan dia amat membenci aku. Katanya kawan-kawannya yang lain juga amat membenci aku kerana aku sangat garang.

Aku akan ketuk kepala mereka tanpa usul periksa. Oleh itu mereka amat membenci aku . Betulkah begitu. Sedangkan bapanya sendiri tidak pernah menolak kepala anaknya sebegitu rupa. 

Aku begitu celaru dengan bebudak sekarang  yang berani bersuara . Mereka tidak seperti aku dahulu   yang terima seadanya sahaja jika didenda atau diketuk oleh cikgu.

Apa yang aku harus perbuat dengan bebudak begini. Mereka bukanlah bodoh sangat. Tapi tidakklah  juga sebijak mana. Apa  yang aku benci ialah  mereka iaitu  three stugiest ini selalu menyampuk apa yang aku cakap. Ada sahaja yang menjadi bahan kelakar  hingga   seluruh kelas ketawa berderai.

Mungkin silap aku kerana  aku mahukan kelas yang  ceria  sejak dari awal. Dalam kelas Bahasa Melayu  tentulah tidak  wajar  kelas hanya sunyi sepi, hanya  cikgu sahaja  yang bercakap. Jadi  aku beri mereka kesempatan bercakap.

Selalunya  mereka tidaklah  berani bercakap  sesuatu isu yang diberi dan   ditunjuk-tunjuk.Ok awak jawab, awak di sana jawab,  awak yang di hujung  , cuba beri pendapat awak. Mampus mereka  tidak akan bersuara.

Tapi kalau  bab menyampuk , menyambung  dan menambah-nambah ,  bagilah kepada mereka , terutamanya Nain. Itu aku  cam sangat. Dialah kepala yang banyak mulut.  Ada kawan aku beritahu pelajar  macam itu   dikatakan 'mulut macam buntut ayam'. Sebenarnya aku  cuba memalukan  mereka   supaya  cakap lebih berhati-hati. Tapi  lain pulak jadinya.

Akhirnya aku   tiada pilihan lain kecuali beri amaran akan  tarik telinga mereka yang  suka buat kelakar  tak sudah.  Tak jadi aku  mengajar jika   semua   menjadi bahan ketawa. Setelah  berkali-kali beri amaran, aku ketuklah kepala mereka dengan buku. Bang.bang.bang.

Cikgu jangan ketuk kepala. Bapa saya sendiri tidak pernah ketuk macam ini.
Dia 'warning' kepada aku. Ini dah kira hebat. Sanggup mereka warning kepada seorang  guru yang ikhlas mengajar seperti aku.

Ahhhhhh, lantaklah mereka.  Sebelum ini  seorang  guru telah ditelefon oleh YB kerana merotan anaknya. Cikgu  tersebut   jenuh juga menjawab dan mencari alasan yang mewajarkan tindakannya itu.Susah juga walaupun kita di pihak yang benar.

Pelbagai  lagi ancaman  yang ditujukan  kepada aku.

Aku tak  larat nak dengar.

Akhirnya aku buat keputusan, dalam kelas bahasa ini ,  mereka  tidak perlua banyak cakap sangat. Biar pasif sikit tak apa  asalkan kelas  terkawal. Itu lebih selamat  dan    jangan  sekali-kali membuat soalan  terbuka. Tunjukkan siapa yang   mesti menjawab barulah diberikan  soalan. Aku hadapan  keadaan kelas itu dalam keadaan yang sungguh membosankan.

Hari  hari masuk ke kelas itu amat membosankan kerana aku  amat perlu menapis keterangan, soalan dan jawapan. Jangan  beri  mereka kesempatan menyampuk dan menambah. Akhirnya , apa yang  terjadi ialah pengajaran sehala sahaja. Tidak ada interaksi yang aktif. Itu lebih selamat dan  berjaya pada pandangan pengetua.

Ambillah kad kemajuan anak-anak

Ini entah kali ke berapa  , peluang yang muncul pada   saat -saat akhir tahun ,  para  guru  berpeluang membaca novel  atau merehatkan  otak di dalam kelas. Bukan kerana apa,  Esok, iaitu hari Isnin ialah bermulanya minggu peperiksaan akhir tahun.

Kali ini  seluruh kepas senyap  dan sunyi bagaikan   sekolah dilanggar Godzilla adanya.  Ketika inilah semua pelajar teleku  menghadap meja ,langsung tidak  terbetik  dan terdetik sebarang  bunyi. Mereka asyik menjawab kertas peperiksaan. Tentu sekali ia akan  bermula dengan Kertas Bahasa Melayu II . Selalunya.

Kalau masa lain, jangan harapkan sesunyi dan sesepi ini. Para guru pula  serasa  sudah menyelesaikan kerja-kerja pengajaran dan pendidikan. Sukatan pelajaran sepatutnya sudah dihabiskan  pada bulan September lagi. Bulan September adalah bulan untuk menyudahkan sukatan pelajaran. Sebenarnya masih ada  guru-guru  terutama guru-guru baru yang  tidak dapat menghabiskan sukatan. Biasalah kan.

Tapi setelah selesai sahaja musim peperiksaan, akan berdentum-dentam kelas dibuatnya. Cikgu-cikgu sibuk menanda kertas peperiksaan akhir tahun. Jika lambat menanda kertas,  alamatlah  cikgu-cikgu  tingkatan  merungut panjang.  Kedudukan kelas  hendak ditentukan. Kedudukan dalam tingkatan hendak ditentukan. Kelas mana yang akan dia masuk pada tahun depan  akan ditentukan. Segala macam borang  dan kad laporan akan  diisi dan perlu disiapkan kerana    Pengetua akan turut sama  tandatangan. Ibu atau bapa telah diberitahu sekian-sekian hari pada masa cuti, datanglah ke sekolah  untuk mengambil 'report card'.

Seperti biasa  ibu bapa mana yang   sudi mengambil berat tentang anak-anak di sekolah menengah ini. Ibu bapa  hanya ambil berat   tentang 'report card' anak-anak yang berada di sekolah  rendah sahaja. Aku sendiri tidak mengerti mengapa.

Anak-anak yang di sekolah menengah telah   banyak kelentong dan kelintingnya. Mereka tidak memberitahu ibu bapa   tentang  tarikh memungut Buku Laporan Kemajuan. Mudah sangat   ibu bapa kena 'temberang' dengan anak-anak. Jawapan kebal yang diberikan ialah 'tak tau, tak adapun, cikgu tak cakap pun'.

Tarawih oh tarawih

Untuk ke sekian kali aku tarawih
Memohon keampunan  atas segala  dosaku
Memohon kesejahteraan  atas kepayahanku
Tarawih kali ini , aku rasa benar
Serasa aku lebih iman   berbanding kelmarin
Tarawih kali ini  terasa  segar
Kiranya  dibandingkan  dengan tetahun lepas
Ya  rasa lain benar

Tuhanku, aku memang  manusia kerdil  dan degil
Entah  kali ke berapa aku meninggalkanmu
Solat  yang sepatutnya   kudirikan tiap waktu
Aku alpakan begitu sahaja
Kecuali
Ya, kecuali
Aku sakit, perit dan tersepit.

Itulah kekadang
Lebih  baik aku sakit
Kan lebih baik  aku perit
Kan lebih  baik aku  tersepit
Kerna hanya saat-saat itu
Aku begitu  rindu padaMu

Segarang-garang cikgu

Cikgu

Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah ?

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu! Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!

Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering.

Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.

Taklimat Sang Pengetua

 Semalam diumumkan  semua guru-guru petang hendaklah datang  wal ke sekolah dan tidak boleh tidak mestidatang sebekum pukul  12.00  tengah hari kerana pengetua hendak memberi taklimat. Sekolah aku ini memang seronok  kalau ada taklimat. Kekadang aku terlupa ada  mesyuarat , kerana mesyuarat itu selalunya   merupakan taklimat daripada seorang pengetua.
  Pengetua sekolah ini serba tahu orangnya . Aku rasa  dia ada banyak sepai mepai kerana  benda-benda yanhg agak rahsia dia boleh tahu . Pelik tak  pelik tapi dia  memang ada bakat mengesan sebarang bantahan, rungutan dan  bisikan  daripada guru-guru di bawahnya. Mungkin   ramai cikgu yang suka menyampai kepadanya.
  Dulu aku   selalu dituduh oleh  cikgu-cikgu lain   &nb sp; suka menyampai   kepada pengetua hinga aku berasa hairan mengapa dalam seramai-ramai  cikgu, mengapa aku yang dituduh begitu  rupa. Mereka kata aku selalu   masuk ke dalam bilik pengetua. Tapi aku  bukan jenis orang begitu. Sejak kecil lagi aku  jadi seorang yang menyimpan rahsia rakan dan  rahsia  ibu bapa. Ada ceritadisebaliknya mengapa aku  suka menyimpan rahsia kawan-kawan,   lain kali aku cerita. Rahsia ini tentulah cerita tak berapa sedap didengar. Kalau sedap didengar tentulah bukan  satu rahsia.
 Pengetua mahu semua  guru  memberikan alamat  yang tepat semasa  cuti Katanya  ramai guru  enggan memberikan alamat semasa cuti kerana enggan datang ke sekolah. Pengetua yang  baru ini  lain sikit fesyennya. Sebelum-sebelum ini dia  selalu telefon   cikgu yang tak siapkan kerja sekolah dan dia memang pandai mengesan  cikgu yang  tidak siapkan kerja sekolah. Kekadang aku naik pelik mengapa  pengetua-pengetua sebelum ini tidak secekap dan semahir dia yang boleh mengesan cikgu   yang tak  siapkan kerja. Contohnya  cikgu yang tidak bayar lagi duit yuran walaupu  sudah hampir ke tahun  yang baru.
 Selain itu pengetua mahu  cikgu berilah nombor   telefon bimbit semua cikgu. " Saya tidak akan salahgunakan nombor telefon bimbit cikgu itu " begitulah  pujuk dan rayu Sang Pengetua.  Baik benar pulak pengetua aku pada kali ini.  Selalunya dia ada unsur-unsur mengugut  tapi kali ini ada unsur memujuk.Pelik juga kan. Aku memang maklum dengan  pendapat dan rayuan pengetua. Katanya sekarang   ini hampir semua cikgu telah memiliki  handfon sendiri walaupun aku tahu ada beberapa cikgu lelaki telah tidak lagi memiliki telefon, dengan alasan  telefon  telah  hilang.  Sebenarnya tak larat  nak bayar  prepaid tu, aku tahu sebab aku   pun mengalami masalah nyang sama.  Handphone aku ini adalah nombor telefon yang  ketiga kerana nombor lama  telah batal dan tidak diperbaharui. Begitulah adanya.
 Dia kata pihak sekolah berhak memanggil  guru datang semula ke sekolah  jika ada hal yang 'mustahak'.  Dua pertiga daripada cuti sekolah ,  cikgu boleh diarahkan datang ke sekolah untuk membuat urusan   berkaitan dengan persekolahan.
 Pengetua membacakan  senarai semak yang perlu cikgu-cikgu siapkan  dan  minta tandatangan kepada   cikgu penyelaras. Contohnya  &nbs p; fail SPBT  diserahkan kepada Cikgu SPBT.   Buku Laporan Ko kurikulum Persatuan diserahkan kepada Penolong Kanan Ko kurikulum.  Katanya  pada tahun ini   satu bundle kad 001 hilang dan tidak dapat dikesan sehingga kini. Semua guru yang menghantar fail-fail tersebut mesti dapatkan    ; tandatangan daripada guru atau  kerani yang berkaitan tapi ada fail-fail yang terpelanting, terbuang dan  ter ter yang lain. Aku punya agaklah.
 Hujung tahun ini  ada peperiksaan SPM yang belum selesai. Sebelum ini iaitu pada 7 oktober lalu telah dijalankan peperiksaan Seni Lukis. Aku pun ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan  di sekolah berdekatan.Jaraknya cuma 6 km sahaja . Tak dapat claim banyak. Hampir setiap tahun aku tidak pernah miss menjadi pengawas peperiksaan.  Kalau tidak kena secara rasmi, ada cikgu-cikgu perempuan yang minta aku menggantikannya  kerana dia  hendak beranaklah,  balik kampung, ada penyakit tak boleh berdiri, melancong ke luar negeri dan sebagainya. Sebenarnya  aku tahu   guru-guru Cina ini ada kelas tuisyen dan mereka biasanya tidak mahu menjadi pengawas peperiksaan. Kononnya jemu dan bosan. Apa aku tak jemu dan bosan ke
 Jadi semua guru diminta  menyerahkan segala fail, kunci, borang dan segala macam barang termasuk pemadam,   tong sampah kelas, penyapu dalam kelas,  penyodok kembali ke  stor sekolah. Mana ada lagi semua itu dan kalau ada sekalipun,  yang tinggal  mungkinlah pemadam kerana mereka tak gigit. Penyapu   tentulah dah patah dan yang tinggal itu   kelas beli dengan duit kelas sendiri.  Sekolah memang ada bekalkan  pemadam 1, penyapu 2, tong sampah 1, penyodok 1. Itu   pengetua hendak  tuntut balik dari    guru kelas. Ada ke patut ?. Jadi  terkial-kiallah &nbs p; guru kelas mencari semua itu. Semua itu bukan disimpan oleh guru kelas. Semua alatan tersebut disimpan di dalam kelas dan    murid kelas lain ada yang meminjam. Adat mereka meminjam tentulah tak pulang-pulang selalu. Pening kepala aku pada tahun. Jika budak   piun tu tak sain  dalam Borang Senarai Semak,   alamat  tak merasa   melintang atau menegak.  Itu tandanya  cikgu kelas tak cekap, tak secekap  pengetuanya.
 Sejak pengetua baru ini ( dah lama sebenarnya ), peperiksaan dijalankan betul-betul pada hujung tahun iaitu seminggu sebelum  cuti akhir tahun.  Alasannya   pelajar tidak akan ponteng kelas kerana  jika peperiksaan diawalkan,   guru sibuk menanda kertas peperiksaan.  Jadi guru-guru terpaksa menanda kertas peperiksaan semasa cuti sekolah. Isi  kad laporan kemajuan dan  kad 001/ 002  semasa cuti sekolah. Jika dah  siap hantar semula markah ke pejabat. Guru   tingkatan ambil markah daripada pejbat dan  isikan ke dalam   kad laporan dan kad 001. Begitulah rutin seorang guru tingkatan setiap tahun.
 Taklimat pengetua kali ini tidakalh panjang jika dibandingkan dengan  tahun-tahun yang lepas. Lebih kurang sejam sahaja. Itupun dia bacakan senarai semak yang  telah diedarkan kepada semua guru.
 
Makmal komputer terbengkalai : Cikgu terkilan

Kita ingat bab-bab bangunan  kerajaan terbengkalai  ini  tanggungjawab JKR dan menterinya  yang bertanggungjawab  tentulah Mr Samy. Tapi Mr Samy kata bukan semua  projek itu dipantau dan diluluskan oleh JKR.  Kebanyakan projek yang besar-besar  diluluskan  oleh Kementerian  Kewangan atau lebih tepat lagi Perbendaharaan. Antara orang yang  bertanggungjawab &nb sp; ialah Datuk Mustapa  Muhamad dan  sekarang   orang baru pulak. Kita yang menonton  semakin pening, lakonan  kah atau betul-betul .
Pelik  tapi benar -benar pelik. Entah apa punya kontraktor , entah datang dari mana, entah  apa kelulusan yang dipunyai , punyalah banyak  bangunan makmal komputer yang terbengkalai.
 
Aku dari awal memang marah dengan projek makmal komputer yang dibina secara tiba-tiba di sekolah aku. Masa itu  masih dalam  cuti lagi iaitu pada bulan November atau Disember gitu, tahun 2002 kut.  Ada ke patut bangunan  makmal komputer tu  dibina atas gelanggang serbaguna. Gelanggang serbaguna itu dibina sekitar tahun 1990  dan bukan  main susah Cikgu Lan berurusan di sana sini untuk mendapatkan gelanggang serba guna. Ketika  itu Cikgu Lan  adalah setiusaha sukan di sekolah aku ini. Sekarang dia tak jadi  cikgu lagi.
 Gelanggang serbaguna  ada   dua gelanggang   bola tampar dan satu   bola keranjang . Ia dipagar dan tidak boleh sembarangan aktiviti di gelanggang ini. Masa itu pengetuanya ialah Datin . Aku cukup   sayang dengan  gelanggang ini kerana banyak kegunaannya.  Murid-murid peralihan yang    cikgunya  tidak hadir  ke sekolah kerana ada urusan lain,  boleh dimasukkan  ke dalam  gelanggang ini . Mereka  tidaklah berkeliaran dan lebih terkawal di dalam  gelanggang serbaguna. Lagipun  kedudukan  gelangga serbaguna ini tidaklah terlalu dekat atau terlalu  jauh dengan bangunan sekolah yang lain.  Hanya sepelaung  sahaja.
 Alih-alih bila  buka  sekolah, gelanggang serbaguna ini  telah diratakan oleh pihak kontraktor. Pihak pengetua meberi alasan   tapak  gelanggang serbaguna lebih sesuai    didirikan   makmal komputer dua tingkat kerana kedudukannya lebih dekat  dengan pejabat dan bangunan-bangunan yang lain.  Kedudukan nyang dekat  itu akan memudahkan  kerja-kerja   pemantauan dan komputer yang ada dalam  makmal terse but  tidak akan hilang.
 Memang betullah ketika itu sekolah aku sebelum ini selalu gak  kena pecah oleh pencuri . X student juga aku agak kerana  mereka lebih mengetahui  cikgu mana yang  suka simpan  duit  yuran dalam bilik guru.
 Carilah tapak bangunan yang lain. Bukan mudah mendapatkan  sebuah gelanggang serbaguna. Sebelum ini sebuah  bangunan tandas telah dirobohkan  yang  terletak di hujung Blok E.   Mudahnya merobohkan bangunan tandas. kosnya  aku rasa dekat-dekat RM20.000 ketika itu.  Alasan yang diberikan oleh pengetua ialah bebudak  selalu ponteng di tepi  tandas atau di  dalam tandas. Ketika   itu  disiplin memang dahsyat sungguh.  Ganas-ganas belaka.  Pagar digunting hampir setiap hari. Budak  luar yang  dah kena buang   datang semula  ke sekolah menemui  girl friend mereka.  Tak larat  nak jaga disiplin   masa.  Tengok  ajelah dan tunggulah   tindakan pengetua baru kerana  ketika pengetua lama   tinggal   dua tahun sahaja  lagi untuk berkhidmat. Zon selesa agaknya.
 Habis  tu, dibinalah  makmal  komputer di    gelanggang serbaguna  tersebut. Tapi tak siap-siap. Dengar cerita kemudian  tukar pulak kontraktor lain.  Projek  makmal komputer ini dikatakan  di bawah  Datuk Aziz Shamsuddin . Begitulah angin-angin yang terdengar. Tambahan  itu  bayu  nak berubah amat kuat ketika itu. Projek kerajaan  habis kena bantai, termasuklah aku tumpang sekaki.
 Sekolah-sekolah lain turut menerima nasib yang sama. Dalam surat khabar diceritakan hanya  makmal komputer di pantai timur  sahaja  yang  terbengkalai. Sebenarnya   hampir di seluruh negara. Kononnya ada yang  tak kena  dalam  pemberian tender dan  sub-sub kontrak terlalu banyak sedangkan modal  serta pengalaman tidak ada.
 Hingga sekarang    ; bangunan   makmal komputer itu   terbiar. Sebenarnya sudah hampir siap,  anggaran aku  80 % siap kerana  telah dicat, cuma belum ditaruk dengan cermin dan    grill aje lagi. Tiang  telah diperbesarkan kerana  kata mereka tiangnya tidak cukup kukuh.Entahlah aku tidak berapa mahir sangat dengan  kontraktor begini.  Elektrik   dan  paip air belum pasang lagi. Komputer, meja , air con dan segala macam yang lain tentulah tidak  dapat dibekalkan.
 Sedih betul aku tengok.
 Paling aku geram dan memalukan tentulah kontraktornya orang Melayu. Dari jauh iaitu dari Blok E aku melihat bangunan makmal komputer itu disiapkan berdikit-dikit. Adalah pekerja  tiga atau lima orang. Kadang-kadang tidak  ada yang bekerja. Pekerja-pekerja ini makan  dan minum  di kantin sekolah. Tapi aku tak berapa  pasti sama ada mereka ini pekerja  sekitar bandar ini atau datang dari negeri lain. Nak kata  pekerja indonesia bukan pulak. Aku rasa kalau pekerja  Indonesia , telah lama siap makmal  komputer ini.
 Hingga kini  masih lagi belum digunakan.  Di belakangnya   jadi tempat bebudak yang berani ponteng melepak-lepak selepas waktu rehat. Mereka  yang  berbakat  mencurahkan bakat melukis dan  bersastera di dinding   belakang. Ini termasuklah si Shazreen yang telah kena tangkap dan diminta mengecat  semula  mana-mana yang telah diconteng. Dia sorang ini memang berbakat    ; melukis. Dia mangsa kegagalan bapa yang tidak bertanggungjawab. Semasa seorang perempuan datang membayar yuran    untuknya  pada awal tahun 2004, aku ingatkan emak dia. Rupaknya tidak. Yang  datang itu ialah makciknya. Emaknya ada tapi tidak datang pulak.
 Semasa kes  disiplin timbul dan diminta ibu bapa hadir,  bapa dan emak tidak pulak muncul. Neneknya yang datang. Nenek tentu sayang dengan cucunya ini. Neneknya ada   berniaga di pekan dan  laris jugaklah.

Siapa suruh kejar pelajar ponteng

Dia memang hebat, terlalu hebat di sekolah ini. Bayangkan  hampir 120 orang pelajar kena buang  pada tahun  pertama dia menjadi pengetua sekolah ini. Tak hebat ke tu. Memang hebat. Terlalu  hebat dalam hal membuang pelajar. Dia memang berpengalaman   dalam hal  ehwal pelajar. Dia pernah  jadi guru disiplin di sekolah lain. Dia pernah jadi  Pnolong Kanan Hal Ehwal Murid. Malah akhirnya di pernah menjadi Penolong Kanan di sekolah lain. Dia  memang  hebat di sekolah lain  sebelum ini. Bila    dengar tentang kehebatannya semua orang dapat menerimanya sebagai pengetua di sekolah ini.

Sebenarnya sekolah ini sudah terlalu derita  dengan kenakalan pelajar. Sekolah ini sekitar tahun 1998   , wa nauzubilah... bebudak boleh keluar  sekolah  sesuka hati.  Masa itu pengetua lama, seorang lelaki yang hampir pencen  sudah tidak bermaya menjadi seorang pentadbir. Dia  menjadi pentadbir  atas sekadar nama sahaja. Aku sendiri tidak  begitu memahami orang  gagah dalam politik  boleh jadi macam ini .Sungguh aku tak faham.

Pernah sekali    berita tentang sekolah ini  keluar dalam surat khbar berbahasa Cina.  Surat khabar Nanyang Sian Pau kalau aku tak silap. Bebudak dilaporkan  ponteng sekolah sehingga jam  10.00 pagi , masih lagi  minum-minum di  gerai atau  restoran luar. Masa itu  pagar sekolah bocor di sana sini.  Pengetua ada ambil inisiatif membaiki pagar yang bocor tetapi keesokan harinya   telah kena  gunting.  Jahit semula  pagar yang digunting tapi dua tiga hari kemudian  akan bocor semula.

 Pengawas disuruh tunggu di kawasan tersebut dan kawasan n-kawasan yang bocr dijadikan kawasan larangan. Tetapi semakin dikarang semakin menjadi pulak. Tak dapat masuk pagar  sini mereka akan masukpecah  pagar sana. Pengawas tunggu di sini dan di sana mereka  akan  pecah  masuk melalui sinun. Letih sungguh  menjadi guru disiplin   dan menjadi pengawas.  Berbudak ini buat tak pandang sahaja.  Lagi ada  cabaran , ada trill kerana   dapat mempermainkan   pengawas dan guru-guru. 
     Guru Disiplin   terkejar-kejar dengan bebudak yang ponteng ini.  Ada papan tanda kawasan larangan , tapi  bebudak yang kaki ponteng ini  bukan dihairannya dengan  dengan  segala   papan tanda amaran  itu. Alasan mereka   nak  cepat masuk  ke dalam kelas dan cepat keluar dari sekolah. Mereka enggan  pusing kawasan sekolah dan  masuk pintu  gate depan.  Mereka nak cepat. Dan memang mereka selalu datang lambat ke sekolah. Pengawas sudah tunggu di  gate hadapan dan   nama-nama mereka diambil.
     Sebahagian daripada  guru-guru  sudah tidak tahan  lagi. Mereka akhirnya menerima  keadaan ponteng sekolah ini sebagai  perkara biasa sahaja. Apa nak buat. Pengetua (lama)  yang ada buat  tak nampak    sahaja atau  ambil tindakan yang tidak bersungguh-sungguh. Dia ada dalam pejabatnya yang besar dan berhawa dingin.  Mula  datanfg sahaja ke sekolah ini, perkara yang pertama dilakukan ialah membesarkan pejabatnya   dan menambah   hawa dingin  sedia ada. Guru- guru kecik macam aku hanya tengok dan perhati apa arahan  dan tindakan daripada  pengetua - tidak ada atau tidak mendatangkan kesan. 
 Beberapa kali pihak pejabat  dapat telefon daripada pihak  luar yang mengatakan pelajar ponteng  di rmah buruk , mandi di dalam sungai,  lepak dalam   semak dan sebagainya. Adalah tindakan   pergi menyiasat. Report pada polis dah banyak kali  tapi polis   buat tak  berapa endah sangat. Kata  tok polis, mereka ada kerja  yang lebih banyak  terutama sekali   mengatasi masalah  trafik-  penunggang motosikal  tidak memakai topi keledar dan  pelajar bawah umur menunggang motosikal.
 Seorang dari guru disiplin   telah menyiasat dan mengejar pelajar ponteng di luar kawasan sekolah. Dia naik motosikal  dan pergi ke  taman yang dimaksudkan , tak jauh cuma di sebelah  kawasan pagar sekolah sahaja.  Luar kawasan sekolah ini adalah  ladang getah terbiar. Sebelah atas kampung baru dan rumah  murah. Sebelah kanan    kawasan taman perumahan yang baru berusia lima tahun. Entah macam mana ketika mengejar dan mengecam pelajar yang ponteng tadi,  motosikal yang dipandu  terperosok dan tersembam di dalam  longkang.  Pelajar yang dikejar cabut lari entah ke mana dan enggan menolong cikgu disiplin yang kemalangan. Nasiblah cikgu  disiplin. Kalau mereka menolong lain pulak ceritanya, bukan.
 Cikgu ini tadi patah tulang selangka  dan dirawat di hospital selama  dua minggu. Cikgu cuti lagi dan pelajar berdangdut di dalam kelas. Pengetua yang dapat  tahu  guru disiplin  patah kemalangan menjawab ' buat apa kejar , itu luar kawasan sekolah .Cikgu jaga hanya  kawasan sekolah  aje.Luar kawasan sekolah, cikgu report kepada pihak polis sahaja.'
     Itulah nasib seorang guru disiplin.

Sungguh Keliru Seorang Cikgu

Derita seorang guru adalah ceria seorang pelajar
Senggsara seorang guru mungkin merupakan berita gembira pelajarnya
Jika gurunya  derita di rumah sekelas gegak gempita
Jika gurunya tidak hadir ke sekolah, riuh rendah seluruh pelajar jadinya
Pantang sangatkah cikgu bercuti
Cikgu juga bukan malaikat yang tidak menempuh segala sakit pening
Tapi itulah  cikgu-cikgu yang pantang sangat bercuti
Jika cikgu  cuti  seluruh pelajarnya  besar hati
Bukankah cikgu itu membosankan
Cikgu itu tidak kreatif

Datang sekolah cuma mencari kawan
Datang sekolah  mahu mencari teman
Datang sekolah kerana desakan rakan
Bukan ke sekolah dengan iman

Kecundang seorang guru mendidik anak muridnya
Kecewa seorang guru kerana anak muridnya tidak juga berubah-ubah
Besar benarkah harga diri seorang murid
Tidak boleh lagi dimarah dan dicerca
Besar sangatkah maruah   muridku
Tidak lagi boleh  didenda sesuka  hati seorang guru

Siaplah kamu cikgu
Kamu usik aku bapa aku akan datang
Cikgu jentik aku  bapa akan datang berparang
Cikgu  cubit aku , akan heboh semua media
Cikgu pulas telinga aku,  Iswara cikgu aku robek
Cikgu rotan aku, aku rotan cikgu balik
Begitu sekali ganasnya mereka

Di mana harga diri seorang guru

Aku seorang guru
Terkenang kembali guru-guruku dahulu
Cikgu Sabariah mencubit perutku
Cikgu Mohd Ali melutu dahiku
Cikgu besar yang mencarut  sana-sini
Cikgu Karia yang marah-marah setiap kali
Cikgu Sarojini yang mengherdik setiap kali
Cikgu Rahman merotan kerana lompat pagar
Cikgu Lim yang selamba mengata 'bodo'
Cikgu Arshad dengan 'aktiviti cuci tandas'
Cikgu Karim dengan 'tolong beli rokok sekotak'
Tapi aku tidaklah pula hendak mengugut mereka
Malahan setiap  hariraya,
aku utus kad hari raya seadanya.

Apalah aku ini menempah maut menjadi  guru
Aku terperangkap menjadi  seorang cikgu
Tidurku diganggu dengan mercun setiap Tahun Baru
Keretaku tercalar setiap kali aku memarahi mereka
Minda tersiksa dengan jawapan 'tak tau'
Emosiku terganggu dengan 'muka komunis'
Rakanku rumahnya dibaling batu
Cikgu Disiplin dibaling dengan tahi lembu
Cermin kereta pecah oleh gangster
Pengetua dihendap dengan pisau rambo
murid ponteng ,menteri cari cikgu
Apa ini semua, tidak keruan lagi
Keliru sungguh aku menjadi seorang  guru.

Si Puteri Gunung Ledang

Awak  dah tengok filem Puteri Gunung Ledang ? SiMuru bertanya kepada aku. Hah malunya aku. Filem Melayu aku tak tengok tapi India ni dah tengok pulak.  Elok sangat ke.  Aku memang ada hati hendak menonton filem  Puteri Gunung Ledang tapi tidak ada masa.  Hari Sabtu dan Ahad  ada aje hal yang terpaksa dibuat. Akhirnya aku buat keputusan, aku mesti  tonton filem Puteri Gunung Ledang . Biasanya filem Melayu tidak lebioh seminggu di panggung.Jadi aku mesti cepat-cepat menontonnya sebelum terlambat. Dan memang semasa aku menonton filem ini di panggung,  tidaklah penuh sesak macam  The New Police Story - Jackie Chan.

Aku terbayang Puteri Gunung Ledang dalam   Hikayat Hang Tuah atau dalam  Sejarah Melayu. Setahu aku Puteri Gunung Ledang ini sejenis   hantu atau lebih tepat lagi   orang Bunian. Orang Melayu    secara tak rasminya memang percaya kewujudan  makhluk lain  di dunia ini. Mereka kata  dalam al Quran ada disebut iblis, syaitan , ruh dan jin. Surah AnNas juga ada menyetuh tentang   makhluk jahat manusia  dan jin. Cuma dalam masyarakat Melayu tidaklah menggunakan jin tapi istilah bunian, pontianak, jembalang, hantu,  hantu raya, pelesit dan sebagainya. Aku sendiri ada pengalaman dengan cerita sebegini yang cukup kelakar. Nantilah bila ada kesempatan.

Apa yang penting  aku tak berapa berkenan sangat dengan fiil Melayu yang percaya sangat dengan  hantu. Sikit-sikit  ada hantu. Sikit-sikit  minta penawar.  Lebih dahsyat lagi  angkut hantu dari  hutan UKM ke hutan Pahang dengan bas. Ada dengar cerita itu tak ?. Aku tak  berapa nak percaya. Ada ke patut hantu boleh diangkut dengan bas. Tapi ustazah yang belajar di UKM itu percaya sungguh-sungguh.

Puteri bunian dalam filem ini telah dirasionalkan menjadi seorang puteri Jawa atau lebih tepat lagi   puteri Majapahit iaitu Radin Gusti Ayu Gumelah .... begitulah lebih kurang nama diberi oleh  Tiara Jaquelina. Tiara mengatakan dia ada  iras-iras atau bau bacang dari tanah Jawa. Gasaklah.

Entah mana sumber  cerita  ini aku tak tahu. Jadi cerita ini  telah ditukar  rasionalnya untuk menghebatkan lagi kejantanan dan kepahlawanan   Laksamana Hang Tuah. Hang Tuah ini  adalah Melayu teragung    ; setakat yang diketahui kerana  mengusai tujuh ( 7) bahasa asing. Dia telah berlayar ke negara China dan benua Keling pada  era 1440 dulu. Oleh itu  Dato Azhar Mansur tidak dapat menandingi kehebatan Hang Tuah.

Demi cinta  puteri Jawa yang gatal ini  telah termakan dengan  janji dan kekacakan Hang Tuah. Oleh itu dia telah menyeberangi Pentas Sunda dan menyendiri di  puncak Gunung Ledang iaitu satu tempat di mana Hang Tuah belajar silat semasa kecil.

Hang Tuah memang ada hati dengan semua perempuan. Dulu dia berkenan dengan Tun Teja. Sekarang dia berkenan dengan  puteri  Jawa. Segala perempuan yang Hang Tuah berkenan,  &nbs p; sultan sambar dulu.  Meranalah Hang Tuah  dan dikatakan Hang Tuah ini tidak kahwin-kahwin sehingga ke tua.

Lakonan oleh  Christina Hakim, Slamet Roharjo dan seorang  lagi tu  memang  cukup berkesan.   Apa yang aku cukup kagum ialah kaitannya dengan pengeran Demak  yang dilakonkan oleh ..... . Pengeran  Demak yang  berjubah dan  berkuda  telah  mengugut  Majapahit ( kerajaan Hindu )  agar  tunduk kepada kerajaan Islam.  Syabas kepada penulis skrip.

Malangnya  banyak adegan yang ditapis dan dibuang. kita sedia tahu Hang Jebat dan rakan-rakan   tidak ditonjolkan sangat.  Peranan Saharudin Tambi sebagai Hang Jebat hilang entah ke mana.

Kalau ada  filem -filem Melayu yang sehebat Puteri Gunung Ledang, boleh aku selalu ke panggung.

Filem Pontianak Harum Sundal Malam yang aku tonton melalui Channel 20 boleh tahan  juga. Memang boleh tahan. Banyak gondol hadiah    dari Festival Filem Seram di Eropah.

Cikgu belum dapat laptop

Memang best jika kita ada sebuah laptop yang boleh diangkut ke hulu dan ke hilir  walaupun  laptop itu bukanlah  kepunyaan kita sebenar-benarnya. Ia umpama kita punya tapi bukan kita yang punya . Oleh yang demikian, gunakan laptop itu pandai-pandai dan gunakanlah untuk menjadikan seorang  guru yang pandai. Janganlah pulak dikata orang nanti tak pandai-pandai guna  komputer . Tak pandai-pandai   guna laptop . Tapi itulah yang peliknya dunia kita ini. Harta kita kepunyaan kita, bagi free lagi tapi masih tak mahu  digunakan secara maksimum , kan pelik namanya  tu. Bukanlah dengki sangat kerana aku sendiri   telah memilikinya tapi    emang  rasa itu  berterusan dan   bersambung-sambung & nbsp; hingga ke saat ini.

Apatak peliknya dah lah dibagi percuma, gunakan sebaik-baiknya  dan gunakanlah untuk mendidik anak murid kita sehingga jadi pandai. Jangan sampai  dikata oleh menteri yang sorang  tu ' cikgu tak pandai  dan tak  kreatif mengajar hingga  pelajar nak ponteng aje kerjanya, tak ada kerja yang paling best kecuali ponteng kelas.

Oleh kerana terlalu benci dengan cikgu yang bosan, lembab dan tak kreatif ini , maka mereka buat  fiil  pulak.  Sebenarnya sekolah  tu, kelas itu bukanlah  tempat untuk seronok dan berfoya-foya sangat. Macamlah di  perpustakaan. Bagi kebanyakan orang bukanlah seronok sangat menggunakan   perpustakaan. Pegang buku macam  pegang mayat aje, takut bebenor.

Serupalah juga dengan laptop dan internet ini. Bukan semua orang suka dan kalau boleh  nak ponteng kelas komputer aje. Ramai  cikgu-cikgu  yang ponteng kelas komputer terutama kelas yang berbayar. Kalau kelas  itu free pula, akan dikatakan tak standard pulak. Itulah  dunia ada. Yang percuma  dikatakan tak ada mutu. Sementara yang kena bayar  dikatakan pulak  mahal dan tak berbaloi.

Nak melagang sendiri tak reti-reti. Nak baca buku dan  manual komputer atau    baca 'help' dalam  mana-mana  software jauh sekali.  Apatah lagi lagi bahasanya bukannya mudah difaham  untuk sekali lalu aje.

Bebudak itu memang kerja dia ponteng dan  kita sibuklah minta dia duduk di dalam kelas  belajar. Cikgu yang  serba masanya tak cukup-cukup mengisi borang itu dan ini dikatakan pulak tak mengajar. Kalau mengajar pulak dikatakan tak kreatif.

Agaknya yang kreatif  ialah Akademik Fantasia. Kita lihat  cikgu-cikgu dalam Akademi Fantasi yang cukup kreatif  dan nampak gaya semua pelajarnya berjaya  kecuali Mas orang Tawau. Sorrylah Mas, terkutuk pulak kat sini.Sebab terlampau geram lah itu.

Cikgu-cikgu  Akademi Fantasia yang dikatakan cukup kreatif  itu  berjaya menitiskan air mata penonton termasuklah aku sendiri. Sedih terkenang  anding keluar. Dia kan berbakat. Sedih terkenang Edlin keluar, kan dia  tu cantik dan orang Putrajaya pulak. Sedih  tengok Linda yang terkeluar. Tapi lebih sedih melihat keazaman Mas  yang lambat dan lembab, walaupun dikutuk  dalam Channel 15  tapi tak keluar-keluar  juga. Hinggakan Ramli MS baling kepala Mas dengan pen, barulah penonton mengeluarkan Mas. Jika Mas keluar mungkin kepala dibaling  dengan pemadam pulak oleh Cikgu Ramli MS.

Iktibar dari  kreativiti Akademi Fantasia ini  ialah  ,kita selaku ibu bapa dan masyarakat mestilah memantau keadaan anak-anak di sekolah. Jangan tahu menyalahkan cikgu  sekolah sahaja. Datanglah semasa mesyuarat  PIBG. Bila mak bapak datang sekali setahun itu  sudah memadai untuk menggerunkan anak-anak dari   jenayah ponteng sekolah.

Aku kata ponteng ini satu jenayah kerana ia akan merebak dan menanah kepada penyakit  tokak yang amat dahsyat iaitu  menipu , berbohong, merokok, meagih dadah , mencuri dan sebagainya. Bak kata pantun Usman Awang :
     Siakap senohong gelama ikan duri
     Bercakap bohong , akhirnya boleh jadi menteri.

Aku tidak pasti menteri mana yang dimaksudkan oleh Usman Awang.  Pantun ini aku belajar semasa di USM tempoh hari bersama dengan Profesor Mohd Khalid Taib. Dia orang sastera dan bidang pengkhususan aku masa  tu ialah sastera juga. Dr Mahazir Khir mungkin tidak.

Kegagalan ketara  pendidikan Akademi Fantasia  ialah  hanya seorang sahaja yang dapat nombor  satu atau  juara. Juara memang  tidak boleh  lebih daripada satu. Kalau juara lebih daripada seorang, itu bukan juara namanya. Malahan juara itu sendiri bukan kekal selamanya. 

Zahid yang jadi juara    tidak akan kekal selamanya  . Vince yang jadi juara tapi masih belum ada album dan   tidak sangat  memukau selepas Akedemi Fantasia. Orang kata Nana lagi  best,  lagunya Nana ke ? lebih mengancam apatah lagi dia mengjadi pengacara dalam Radio Era. Oleh itu segalanya mungkin.

Pelajar   tadi tidak pulak ponteng Akademi Fantasia kerana mereka dipenuhkan dengan peraturan yang tegas, ada  kamera yang merakam pergerakan mereka dan  dijanjikan oleh pihak Astro / Maestro dengan  pelbagai janji manis.

Apa nak hairan pelajar    dari kawasan Felda di Terengganu ponteng . Betul ke sangat statistik itu atau sengaja nak menyakitkan hati cikgu-cikgu yang sedia parah ini.

Ada ke patut cikgu Sains dan Matematik  dan English sahaja yang dapat laptop. Cikgu lain bagaimana. Dah lah mereka duduk di dalam makmal yang penuh dengan alatan yang mahal-mahal , ada  OHP , carta sains yang bagus-bagus, diberi lagi dengan   laptop dan LCD.

Bukan dengki. Aku kata aku dah ada laptop. Beli sendiri, tapi teringin  jugalah jika kerajaan nak bagi cikgu sastera ini  menggunakan laptop.

Kita jeling-jeling juga kelas Sains  dan Matematik  itu. Menarik sangat ke pengajaran menggunakan laptop.

Engkau orang tau apa. Mereka  tak gunakan secara maksimum. Gunakan sesekali sahaja. Bukan senang  nak angkat dari kelas ke kelas. Tambahan pula mereka  tu guru perempuan. Nak angkap  laptop dan segala bahannya  umpama mengangkat bayi baru lahir je. Kalau berkasar,nanti rosak pulak.

Alamatnya berlapuklah di dalam almari sekolah. Ada  cikgu yang takut bawa balik  ke rumah kerana takut hilang.  Asyik guna modul yang dibekalkan oleh  penerbit/ pengedar.

Sepatutnya mereka boleh ubah ubah  menggunakan , paling tidak Powerpoint. Adalah lebih baik gunakan Toolbook atau Authorware. Entahlah, aku mengeluh sendiri.

Betulke dia tumbuk Cikgu

:? Alamak ini betul-betul punya cerita ini. Macam mana dia boleh terjadi. Aku  masuk ke dalam kelas twojee dan biasanya tersenyum-s enyum dengan James Watson . James Watson dalam tangan aku sekarang. Aku dah berjaya  perangainya. Badannya masyaAllah ... punyalah besar berbanding dengan yang lain-lain.  Dia ini kalau jadi 'musuh' aku dalam kelas ini memang  payah aku menanganinya.

     Itu hari aku ada terjumpa dia sedang membawa  kereta  Datsun , mungkin kepunyaaan bapanya. Amboi mak .... anak murid yang seorang ni, baru bermur 14 tahun dah bawa kereta. Selambaa pulak tu dan tersengih-sengih &nb sp;  memandu kereta di hadapan aku. Kalaulah dia tukar  fikiran dan melanggar aku.... apa aku tak dapat.  Tapi kini , James Watson bukan lagi murid  yang aku tak terkawal 9 bulan lalu. Pada awal tahun dulu, dia ini antara  yang aku susah nak kawal. Kawannya Patmaraj.  Boleh tahan juga. Mereka terkumpul di belakang sebelah kanan dan selalu buat kerja mereka ketika aku mengajar.

     James Watson bertanya kepada aku  tentang pelbagai perkara tentang diri aku. Di mana rumah aku. Dia ada melihat aku berbasikal di TSTanjung . Rupa-rupanya dia duduk di TST.  Tapi aku pernaha junmpa dia membantu    ; di sebuah kedai membuat roti  canai dekat dengan Maybank . Aku memang berhati-hati   dengan alamat rumah  dengan pelajar-pelajar. Pelajar dulu dengan pelajar sekarang lain.

Kawan aku pernah  rumahnya dibaling dengan tahi lembu . Seorang Cikgu ,  cermin keretanya dibaling dengan  batu . Oleh kerana itu setiap hari    ,pada waktu malam akan meletak papan plywood di belakang kereta  untuk mengelak  cermin kereta pecah dibaling dengan batu.

Cikgu Mazlan pernah dibaling dengan mercun pada waktu malam  ketika Tahun Baru Cina. Pada masa itu , video games menjadi-jadi dan ramai pelajar-pelajar lepak pada waktu malam di kedai video games. Alhamdulillah , kini  kedai-kedai  video games telah diharamkan, walaupun masih ada lagi. Tapi tidak sehebat dulu.

Jadi aku memang kecut jika pelajar bertanya  tentang  di mana   cikgu tinggal, apatah  lagi jika   pelajar  aku itu kereko sikit. Jangan buat pasal.  Rumah aku sendiri beberapa kali mereka  lempar mercun besar dan meletup ketika aku sedang  nyenyak  tidur . Ini bukan aku reka-reka. Ini betul-betul terjadi.

:evil:

Seperti yang aku jelaskan tadi James Watson  sudah jadi budak baik. Aku selalu   berpaut pada bahunya dan  pernah sekali dia bergayut pada bahu aku. Walaupun aku tidak begitu selesa apabila dia buat begitu di hadapan pelajar lain  tapi aku tidak kisah .  Aku cuba  buat baik dengan dia dengan  harapan dia  tidak buat   hal ketika aku hendak mengajar. Inilah yang dikatakan  &nbs p; guna psikologi kut.  Tapi memang meletihkan hendak   layan  budak Watson.

Dia bangga aku kenal dia. Aku selalu sebut nama dia di dalam kelas ' James Watson'. Namanya seakan Watson Nyambek  dari Serawak yang beraksi semasa SUKOM 1998 dulu.  Aku sendiri pernah bersalam dengan Watson Nyambek di Stadium Bukit Jalil ketika aku menjadi sukarelawan SUKOM tempoh hari.

:lol:

"Cikgu, betul ke Prakash ada tumbuk Cikgu. Dia cakap  dia kena marah dengan cikgu. Cikgu hantam dia.  Jadi telah melawan dan  tumbuk muka Cikgu kuat-kuat. Baru ini dia cakap." Wah ini cerita hebat.  Murid  pukul cikgu menjadi  bualan di kalangan  pelajar. Bukan senang  nak dapat cerita-cerita di kalangan pelajar kalau kita tidak rapat   dengan pelajar. Sedikit demi sedikit  kita akan dapat maklumat  tentang  topik yang dibualkan oleh pelajar kita.

Aku kena  tumbuk oleh Prakash.

Muka Prakash memang  jelas terbayang dalam  kotak fikiran aku . Pelajar bukan pelajar  sekelas dengan James Watson. Dia dalam kelas lain.  Aku mengajar Geografi di dalam  kelas James Watson. Begitu juga aku mengajar Geografi di kelas Prakash . Prakash pelajar yang duduk di belakang sebelah pintu  belakang di dalam kelas twogee.  Kedudukannya digunakan sepenuhnya leh Prakash sejak  awal tahun lagi. Pening kepala aku dibuat dengan budak yang seorang ini. Budak India   yang seorang  ini sukar dikawal,  keluar  dan masuk sesuka hati sahaja . Aku telah berada di dalam kelas, mereka masih merayau di luar sekolah dengan 1001 alasan . Sebenarnya   sistem pas keluar telah ada tapi kelas twogee ini lain. Kedudukan kelas ini  di  atas changkat  bersama-sama dengan kepas 2H dan 2F.  Bangunan ini terletak   berhampiran dengan kantin sekolah. Jadi   &nb sp; Prakash dan   dua tiga orang lagi kereko ambil kesempatan ke kantin membeli  makanan dan minuman . Mereka akn beli air mineral dan botol-botol air  bersepah di dalam meja.  Bila  terlalu banyak, botol itu akan jatuh ke lantai dan  masing-masing  tidak mengaku  dia yang punya.

Prakash ijni tiap waktu pertukaran guru akan keluar terlebih dahulu. Dia tidak boleh  duduk diam  di dalam kelas, tambahan pula  dia duduk di tepi  pintu belakang. Aturan  tempat duduk ini  ditentukan oleh  guru kelas twogee dan aku tidak mahu campur sangat. Kekadang  guru kelas  juga tidak dapat mengawal keduduk pelajar. Mereka duduk sesuka hati di mana mereka hendak duduk. Hanya guru-guru yang garang dan tegas akan didengar.

 Aku tidak tertahan dengan Prakash ini. Dia masuk ke kelas tanpa  ketuk opintu atau beri salam. Selalunya dia akan menyelinap   dari pintu belakang sahaja   untuk  mengelak dari kena siasat itu dan iini. Tentulah aku akan  tanya pelbagai soalan mengapa  dia sengaja keluar kelas  pada  waktu perantaraan kelas.  Mana boleh  akubiarkan dia sesuka hati keluar kelas. Tapi  segala soalan aku itu  dia tidak suka. Oleh  itu dia menyelinap ketika aku asyik menulis di papan hitam. Itulah sebabnya aku tidak suka menulis sangat di  papan hitam. Aku lebih suka fotostat aktiviti atau nota pelajar Geografi  dan edarkan kepada pelajar.

Andainya aku   rajin menulis  di papan hitam ( papan putih sebenarnya ) , alamatnya  ada muridku yang  ambil kesempatan.  Pernah dulu-dulu  &nbs p; telinga aku  terkena  kaput kerana  ada pelajar yang baling   kapur ke arah aku.  Bila disoal siasat masing-masing tidak mengaku dan mengambil masa untuk disoal siasat.  Bila kita laporkan perkara ini kepada guru disiplin atau pengetua,  mereka anggap perkara ini kecil dan menganggap kita tidak boleh kawal kelas .Itu sebab aku  tak berapa berkenan membawa perkara sebegini   kepengetahuan pihak yang lain. Pendek kata aku perlu kreatif dalam mengawal kelas.

Lantaran itu ramai pelajar yang tidak suka dengan aku.  Mereka sesuka hati membuang sampah  di lantai. Tentulah mereka yang buang sebab ini kelas mereka. Tapi mereka punya alasann yang lain. Mereka murid pagi yang buang dan tabur-taburkan   ; pembalut gula-gula, sampah dan botol air mineral . Sakit hati betul, mereka tidak pernah mengaku dan tidak mahu mengaku. Kelas  twogee ini memang lain daripada yang lin. Kedudukannya dengan kantin tambah menyusahkan dan perangai mereka semakin menjadi-jadi. Yang peliknya guru-guru  sebelum aku mengajar, apa yang mereka buat. Agaknya mereka buat tak tahu sahaja. Sekolah aku ini tidak ramai  guru lelaki. Itu yang susahnya.

Aku memang tak boleh tahan dengan sampah. Tambahan pula Pengetua selalu mengingatkan guru-guru mesti memastikan   tidak ada sampah di dalam kelas. Pastikan kelas bersih sebelum mengajar. Peliknya apabila  aku masuk ke kelas ini,ada sahaja sampah. Hendak juga aku mengintip   guru-guru lain mengajar. Adakah mereka  menyuruh pelajar mengutip sampah sebelum mengajar. Aku  jadi curiga  dengan rakan sejawat aku sendiri. Geram betul.

Berbalik kepada Prakash ini , dia bukan seorang sahaja yang nakal.  Teman  senakal ( sejahatnya ? )  ialah  JunMan dan HongZhang.  Tiga sahabat ini tidak pernah memasukkan baju ke dalam  seluar. Asyik keluar sahaja. Mulanya aku tidak kenal mereka ini.  Mereka  ini tidak mahu memakai nametag. Aku aku  terpaksa menyiasat siapa nama mereka  tiga orang ini. HongZhang ini , badannya kecil   dan   bila melakukan  kesalahan selalu terlepas.  Untuk makluman, pelajar Melayu lebih mudah disiasat dan  rakan-rakan lain akan membocorkan kesalahan  rakan-rakan mereka dan seronok membocorkan rahsia. Oleh  sebab itu  ramai pelajarMelayu sering didapati  melakukan kesalahan dan didenda, dirotan, digantung,  panggil ibu bapa dan  dibuang  sekolah dan sebagainya.  Pelajar  India macam Prakash ini  susah sikit untuk dapatkan maklumat. Walau bagaimanapun jika kena  cara dan gayanya, mereka akan mebocorkan maklumat dan mengaku juga  akhirnya.

Tapi  lain dengan pelajar Cina. Mereka jarang kena tindakan  denda, rotan, dipanggil ibu bapa, digantung atau dibuang sekolah. Ini bukan prejudis tapi  rasanya memang realiti . Mereka  ada jawapan yang sangat kebal ' tidak tau '.  Siapa nama kawan awak yang buang  keluar kelas tadi ? . Tak Tau. Siapa yang buang sampah ini. Tak tau, memang sudah ada. Siapa nama kawan  budak yang masuk ke kelas ini  tadi. Tak tau, tak kenal. Dia bukan kawan saya.

Macam telah dididik mereka akan jawab tak tau setiap kali ditanya   apatah lagi soal siasat.  Ibu bapa mereka yang didik mereka begini. Guru- guru mereka di sekolah  rendahkah yang  mendidik mereka  jangan beritahu, sebaliknya jawab tak tau. Habis  cerita, anda selamat dan  tak perlu beri maklumat lanjut. Mereka memang   selalunya duduk di koloni yang sama  iaitu di Kampung Baru.  Rakan-rakan sepermainan adalah juga rakan sekelas. Mereka  lindung melindungi antara satu dengan yang lain.

Kalaupun mereka akan memberi maklumat ,   mereka akan berbahasa Cina terlebih dahulu. Dan kiranya mereka putuskan boleh beri maklumat,  barulah mereka akan cakap. Olh itu  cakap atau maklumat yang mereka  beri akan ditapis sesama sendiri  dahulu. Langkah selamat ialah jawab sahaja tak tahu walaupun  berbagai  cara cikgu memujuk dan mengugut. Siapa yang tidak sakit hati apabila  berbelas soalan -  dijawab tak tahu. Kan komunis namanya tu.

Sahabat baik aku SiMuru masih lagi berpegang  kepada  idea asas ini. Masih lagi berpegang kepada  dogma ini. Sebenarnya  aku telah lama, guru-guru lain telah lama  membuat kesimpulan sebegini, tapi kita tak boleh prasangka. Kan prejudis itu tidak baik. Kita  tidak boleh prejudis dan prenjudis itu racun kepada persahabatan dan keharmonian.  Tapi itulah realitinya.

Melalut banyak.

Satu hari aku tidak boleh tahan lagi dengan Prakash . Aku tidak mahu ketua kelas hantar Buku Pemantauan Pelajar dihantar cepat ke  Bilik Disiplin. Aku mesti  bawa  kes  tiga pelajar ini ke pihak atasan. Aku  dengar  guru-guru lain pun  sama. Mereka berulang-ulang merungut dengan  tiga serangai inni terutama Prakash yang selalu  tak buat kerja dan suka merayau.

Jadual terbaru yang aku  terima, aku kena mengajar Geografi pada waktu  terakhir iaitu waktu ke sembilan. Waktu terakhir ini  memanglah pelajar tak selesa lagi hendak belajar. Mereka  sudah letih kecuali pelajar yang betul-betul bersermangat.  Semasa aku  belajar di SMDSML dulu , aku  memang sudah siap sedia untuk cabut dari kelas  untuk mengejar bas Mat Sato. Kekadang sampai  rumah pukul 730 malam atau  8.00 baru sampai di  rumah, nun jauh di seberang sungai , dekat dengan Pasir Salak nun.

Aku minta ketua kelas TLPeng jangan hantar buku pemantauan  pelajar sehingga ke minit terakhir. Aku lihat TLPeng tak senang hati kerana dia juga hendak balik cepat .   Jika  lambat hantar buku pemantauan, bermakna dia juga terlepas bas   atau van, sebagaimana aku dulu terlepas bas Mat Sato.( van sebenarnya, bas mini kut, tapi lebih pendek).

Bila aku bersama dengan buku pemantauan,  tiga serangkai   tu tak berani   balik cepat. Selalunya mereka akan cabut   10-15 minit sebelum waktu   balik- 6.45 petang.  Bukan masa aku  sahaja nmereka buat perangai macam itu. Mereka langgar  semua peraturan dan tak hormat semua  guru. Keadaan yang memaksa mereka barangkali- aku  cuba memujuk  diriku yang sedang panas menggelegak.  Dari tak buat kerja, tak hormat guru , bising,  keluar masuk sesuka hati. Mereka ingat aku apa ? Tunggul .

Pernah sekali aku selesema dan buang hingus di luar kelas dengan bunyi yang kuat. Malunya aku. Aku cuba sembunyi-sembunyi  buang hingus sebenanrya. Tapi aku dengar semua pelajar  ketawa dan tiga serangkai ketawa berdekah-dekah. Ketawa terbahak-bahak.Mereka mengekek bila aku selesema. Macamlah aku ini badut yang mereka boleh ketawakan sesuka hati. Aku  memang simpan dendam seorang  guru kepada muridnya . Orang yang  paling akan ambil tindakan ialah Prakash. Aku tulis macam-macam laporan   dengan menggunakan dakwat mereka. Aku memang tak tahan lagi.

Akhirnya Jaya , iaitu guru disiplin  telah memanggil   ibu bapa  Prakash. Hanya ibu Prakash yang datang ke Bilik Disiplin, mereka tidak berdepan dengan aku.  Ibu Prakash marah-marah dan terutama sekali kepada aku kerana  aku baling pemadam ke kepala anaknya. Bila ? Aku tertanya-tanya.  Aku  cuba mengenang peristiwa  semalam. Memang semalam aku ada masuk ke dalam kelas twogees  dan memadam papan hitam dan  pemadam  jatuh tapi tidaklah kena kepala Prakash. Rupa-rupanya   anaknya telah  ubah cerita bahawa aku membaling kepalanya dengan pemadam. Ya Tuhan.

Kalau  aku betul-betul buat, entah apa cerita  yang direka-rekanya lagi.

Cukuplah... letih nak cerita murid-muridku ini.