Pengetua mengamuk, pelajar mencuri handphon
Semasa aku hendak turun tangga sekolah, aku nampak kelibat cikgu Fazidah. Hati aku melonjak-lonjak hendak berjumpa sangat dengan Cikgu Fazidah pasal camping al. Falah di Kem Bumi Jati. Aku dan Fazidah adalah antara tujuh orang guru pengiring pelajar sekolah ini ke sana. Seramai 120 orang terlibat tapi 118 sahaja yang hadir, sementara 2 orang lagi memberi 1001 satu alasan tidak mahu pergi. Padahal semua free, ditanggung beres. YADIM tanggung.
Apabila Fazidah tertoleh kepada aku, dia segera mendekati aku. Rupa-rupanya diapun tak sabar-sabar hendak bercerita kes besar yang terjadi di sana hingga membuatkan pengetua melenting langsing semasa perhimpunan pagi Isnin.
Namanya siapa ? . Bukan Safwan Shamsudin ? Nama itu muncul di kepala ku kerana pelajar itu memang tingkatan lima juga dan berasal dari Kampung Batu Pasir juga dan merupakan anak kepada kawan isteri aku. Aku ada berhari-raya di rumahnya di Kampung Batu Pasir pada Aidil Fitri yang lepas.
"Bukan , confirm " tegas cikgu Fazidah. Dia merupakan ketua guru disiplin yang baru menggantikan yang lama, telah bertukar ke Putrajaya.
"Siapa namanya ?." Aku tak sabar-sabar minta kepastian. Aku sedap hari bukan Safwan Shamsudin , budak yang aku kenali dan menjadi imam sembahyang Subuh di kem semasa aku berada di sana. Masakan seorang imam boleh mencuri.
'Namanya Fazlan bin Roslan.Pelajar Tingkatan lima juga. Tu........" Fazidah memuncungkan bibir mulutnya ke arah Fazlan yang berbaju T putih bersama dengan temannya yang lain di sudut makmal. Dia cuba mengelak naik tangga ke pejabat kerana aku dan Fazidah di situ.
Sah, aku mengenali rupa tapi tidak namanya.
"Bukan dia yang menyerahkan telefon kepada engkau semalam."
Fazidah pula meminta kepastikan daripada aku. " Bukan, pelajar lain, tapi memang pasti pelajar sekolah ini " aku menegaskan.
Hari Sabtu malam, ada aktiviti night walk di kawasan ladang kelapa sawit. Seorang pelajar telah menyerahkan menyerahkan sebuah handphone kepada Rafendi. Rafendi menyerahkan telefon itu kepada aku pulak kerana dia pun turut sama masuk ke dalam ladang kelapa sawit di check point 4. Selesai night walk jam 3.00, seorang pelajar telah telah bertanyakan tentang Rafendi . Aku beritahu Rafendi telah pergi Hospital Kelang kerana ada pelajar perempuan cramp. Dia bertanyakan telefonnya dan aku menyerahkan telefon itu kepadanya.
Semua jam-jam dari bebudak perempuan yang aku kutip aku tidak serahkan malam itu ( pagi itu 3.00 am ) kerana aku tidak berapa kenal mereka waktu malam . Lebih baik aku serahkan jam-jam itu esok sahaja.
Pukul 10.00 pagi cikgu Fazidah sampai di kem itu bersama keluarganya. Oleh itu giliran aku untuk pulang.
Alih-alih kecoh pulak pada pagi Isnin.
Dua buah telefon kena curi. Telefon pelajar SAS Shah Alam kena curi. Pelajar nampak pelajar sekolah ini menyelongkar beg-beg peserta lelaki semasa sembahyang dan semasa aktiviti bengkel di dewan.
Itu yang buat pengetua mengamuk sakan. Malunya sekolah aku. Dah lah nama sekolah ini, bukan elok sangat, ini ditambah lagi dengan kejadian mencuri.
Busuk nama sekolah .
Cikgu tolong yang cantik sahaja
Tapi aku memaksa diri aku untuk hadir ke padang dan terlihat ada beberapa cikgu yang sepatutnya jadi pelepas. Alhamdulillah. tidak perlulah aku bersusah payah berada di tengah padang. biarkan mereka pulak. Nak tiup wisel tak perlu ramai orang.
Aku mengelak-ngelakkan diri aku dan terus menyusup ke bilik guru dan berhajat ' menutup ' Buku Kedatangan Pelajar. Semua murid 2T 31 orang. Bulan Februari ini , tiga orang berhenti iaitu Supidah yang balik ke Sabah dan Iqbal mengikuti bapanya ke Ujung Pasir Melaka.Sementara Lian, aku telah hubungi ibunya dan ibunya menjelaskan anaknya berhenti.. Aku sedia maklum akan masalah anaknya itu. Liar.
Setelah selesai aku mengira jumlah kedatangan, peratus kedatangan dan sebagainya , aku kembali ke padang. Isteriku telefon bertanyakan anak lelakiku yang berada di rumah , tak angkat-agangkat telefon. "Mungkin dia ke sekolah ini, ada latihan perbarisan rumah ". Aku sedia maklum dia masuk dalam latihan perbarisan rumah kuning. Sukan tahunan sekolah akan diadakan pada 4 Mac ini iaitu hari Jumaat. Semua ibu bapa telah dijemput. ajak-ajak ayam sahaja sebenarnya . Dalam mesyuarat agung PIBG baru-baru ini, ibu bapa cadangkan jemputlah ibu bapa datang semasa hari sukan.
Tiba-tiba ramai pelajar mengemuni sesuatu di trek 200 meter. Sah, ada yang pengsan, kemalangan atau cedera, fikirku di dalam hati. Aku perhatikan dari jauh dan semakin ramai mengeruminya, kira-kita 30 orang lebih.
"Mungkin seriius agaknya" , aku berfikir dan menelah insiden itu.
"Pergilah engkau, engkau cikgu merangkap doktor" jerit Badrin kepada aku. Aku sedia maklum yang aku ini guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Aku menjadi ahli PBSMM sejak di maktab lagi iaitu sejak 1984. Aku pernah mendapat pingat keahlian lama dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia .
"Pergilah, ada murid pengsan tu" seolah-olah dia mengerah aku pergi, sedangkan dia buat selamba sahaja.
Aku masih terfikir-fikir apa yang perlu dilakukan. Jika pengsan ,aku perlu bawa strecher. " Boys, awak ambil kunci kereta saya, 3090 , ambil strecher di dalam bonet kereta sayan di saya" Aku mengarahkan seorang lelaki Melayu yang agak tegap . Dia bersama dengan budak berrnama Nazrul KRS.
Aku berkejar tempat mereka berkerumun. Jam menunjukkan 9.30 pagi. Hari ini agak panas sedikit berbanding semalam.
"Dia pengsan cikgu."
Aku lihat pelajar perempuan itu telah duduk di atas rumput. Ternyata tubuhnya amat lemah, Tidak bertudung dan tak pernah aku kenali.
"Awak apa nama ? " , "Tasya", jawabnya lemah. "Tingkatan berapa " " 1 K ".
Sah memang aku tidak kenal .Dia baru masuk tahun ini dan aku tidak mengajar di kelas 1K. Ternyata dia boleh bercakap, tidak merapu-rapu cakapnya dan tentunya boleh berfikir . Jadi pengsannya sekejap sahaja . Dalam istilah lain , pitam sahaja.
Aku meminta pelajar-pelajar yang mengeruminya menjauhkan diri sikit agar udara lebih bebas beredar. Aku arahkan mereka mengurut kaki dan longgarkan sedikit getah seluar di pinggang. Aku harus berjaga-jaga sedikit kerana nanti dapat gossip pulak. Dituduh mencabul pulak, susah aku jadinya.
Apabila strecher sampai, Tasya diangkat ke atasnya dan dibawa ke bilik sukan. Enam orang perempuan mengangkatnya ke bilik sukan.
"Awak tak makan pagi ? "
"Tak" , jawabnya. Patutlah dia pengsan. Sepatutnya , apabila ada aktiviti sukan begini, mereka awal-awal lagi makan di rumah.
Senangnya bercakap suruh makan. sedangkan di rumah aku sendiri orang rumah aku tak masak.Kalau dia masak sekalipun , anak-anak aku tak makan. air milo pun mereka tak minum, apa lagi anak perempuanku.
"Nasib baik aku tak lari tadi" ujar seorang teman kepada Tasya yang mengiringi ke bilik sukan.
"Kalau awak pengsan , saya tak tolong, tak angkat, saya biarkan saja " , aku mengusik .
"Ala cikgu ini, cikgu tolong yang cantik saja"
Aku terpempan.
Acara sukan sebelum sukan
Ketika sampai di padang, aku lihat wisel tergantung di leher cikgu Awalin berwarna. Wisel itu macam aku punya jenis FOX40. Aku segera bertanya, "Kau punyakah wisel tersebut. " Tak, Cikgu Sahak yang bagi". Dengan segera aku beritahu wisel itu aku yang punya. Dah hilang hampir dua minggu, puas aku cari tapi tidak berjumpa. Aku beli wisel itu dengan harga RM25.00 di Metro. Ketika itu aku jadi pengadil
Gantung periuk
Semasa aku sampai 2.30 petang. Orang dah ramai balik tapi nyanyian karaoke masih ada. Kumpulan marhaban masih ada dengan baju seragam mereka. Meja makan untuk pengantin telah kosong.Dah lepaslah acara makan mempelai tu, bisik hatiku.
Bapa pengantin macam tercengang-cengang tengok kami datang kerana tentunya dia tak mengenali aku. Surat jemputan dihantar oleh anaknya. Aku buat selamba sahaja. Sebenarnya aku dah biasa dengan pihak tuan rumah tak mengenali tetamunya. Kalau aku rajin mulut, aku akan beritahu aku ini cikgu kepada sekian- sekian.
Atau aku akan beritahu anak menantu sekian-sekian. Terpaksa bersoreh pulak , malaslah aku.
Semasa makan, beberapa muridku tersenyum-senyum melihat aku datang dan makan. Aku membalas senyuman mereka dan memberi beberapa isyarat tangan . Aku lihat Mazsiti dan Marzita kurus aje. Aku agak mereka ini keturunan Jawa. Rumahnya terletak di tepi sungai dan di hujung jalan. Ketika aku berbasikal dulu, beberapa kali aku terperangkap di sini dan terpaksa patah balik kerana ia jalan mati.
Pada hari Ahad begini, periuk digantung , itu sebab aku mesti hadiri undangan jemputan perkahwinan. Nasiblah.
Menanti Mahdi ?
http://embunpagi.tblog.com" title="http://embunpagi.tblog.com" target="_blank"http://embunpagi.tblog.com
Aku kaget dengan titiranmu ini
Sunan Kalijaga dengan dugaan Lembah Kelang
Pertemuan dua lautan ucap Nabi musa
Lautan Hindi dan Laut China Selatan atau Lautan Pasifik
Ibu mana beruntung melahirkan imam Mahdi
Tidakkah Mahdi amat serasi dengan Syiah
Lahir di Mekah keturunan Bani Hashim
Lahir di Timur
Apa ini ? kerasukan apa ?
Aku lebih kaget
dengan bandar dan pasar-pasar yang meriah
Kelang, Shah Alam, Petaling Jaya atau Kuala Lumpur
Mungkin Bangsar yang bangsat itu.
Aku tahu Islam sedang dimalukan
Islam dinjak-injak di sini sana
Janganlah menunggu sehingga Mahdi
Tak perlu Dajjal , tak perlu Mahdi
Rasanya saat itu tak perlu ditunggu
Keagungan Islam kan kembali
hanya ditanganmu.
Tiada bonda dalam Dairi Bonda
Wanita adalah umpan lelaki
wanita mudah memerangkap lelaki
sang korporat menggoda penguasa dengan wanita
Sang Raja turun tahta kerana wanita
Sang pegawai menghimpun rasuah harta kerana wanita
Kedurjanaan lelaki ada wanita disebaliknya.
Adam terlantar ke dunia
hanya karena wanita mengidam buah sebiji
Tak bolehkah berpuasa
Nuh yang soleh
Wanita isterinya enggan sekapal
Susah sangatkah sekapal
Bukan aku ingin berdendam
Belum ada wanita menyusahkan aku
Ibuku juga wanita
Anakku juga wanita
Murid-muridku juga wanita
Jiran dan rakanku wanita
Pengetua , barisan Pentadbir semuanya wanita
Kesusahan wanita lelaki tolong
Kalau tak tolong mereka melolong
Kesusahan lelaki wanita tak tolong
Itulah polong
Soalnya
mengapa wanita membenci sesama wanita
Aku berharap , Aku berdoa
Sisa-sisa hidupku ini
menyenangkan semua wanita
Aku membelek novel Diari Bonda
aku mencari bonda di dalamnya
Tiada yang betul suaminya
Maafkan aku jika terluka wanita
Kira aku terkasar bahasa
Bicara sesedap mulut
Dewan tak kunci
"Ha, ya ." aku jawab apabila Cikgu Senah bertanya kepada aku tentang dewan yang tidak berkunci. Pada hari Khamis lalu, dewan digunakan untuk Majlis Mall Hijrah 1426 peringhkat sekolah. Ustaz Zaharom Ridhuan yang diundang untuk memberikan ceramah.
Aku sendiri tak dapat pergi kerana anak lelakiku belum balik-balik dari sekolah. Di sekolah dia ada Sukantara. Setiap pelajar dikehendaki menyumbangkan mata 2 atau 1 untuk acara 200 meter, lompat jauh dan lontar peluru.
"Jadi cikgu kuncilah " .
"Apabila saya diberitahu yang dewan tak berkunci , saya cepat-cepat;ah pergi kuncikan. Cikgu Jayan kata ada dua-tiga budak pagi di dalamnya. Mereka main sepak-sepak botol air dan kerusi . apabila ditanya, mereka ditugaskan oleh saya untuk menjaga dewan. Saya tak tahu-menahupun. Tak sangka pulak saya ada tugas semasa Majlis Maal Hijrah itu ? "
"Ha, itulah budak-budak. Mereka pandai reka cerita untuk selamatkan diri . Nama cikgu yang kena" , cikgu Senah menjawab. Dia merupakan Ketua Bidang Kemanusiaan. Majlis ini tentu di bawah bidangnya kerana Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dibawahnya.
"Saya dah tanya ustazah-ustazah dan budak yang jaga P.A.Sistem. Mereka kata dah kunci. Macam mana cikgu tahun dewan tak berkunci ? "
Aku rasa sedap hati sikit kerana dia tidak pentadbir tidak menyalahkan aku. Lagipun bukan tugas aku, tidak dimaklumkan kepada aku. Aku sedia membantu jika diberitahu. Jika tiak dimaklumkan , aku buat andaian ada orang lain yang bertugas. Bukan aku seorang sahaja yang jaga , buka tutup dewan dan jaga P.A.Sistem. Ada beberapa guru lain turut sama. Semuanya cikgu lelaki. Tahun lepas ada juga cikgu perempuan yang bantu aku. Dia ini cikgu Kemahiran Hidup, jadi sesuailah untuk menguruskan P.A.Sistem. Tapi entah mengapa mengapa tahun ini namanya tak tersenarai dalam Jawatankuasa Dewan dan PA.Sistem.
Tak apalah, aku terima sahajalah.
"Cikgu Jayan yang beritahu saya. Dia kata dewan tak berkunci. ". Masa itu dia sedang laporkan kepada Penyelia Petang tentang keadaan tersebut. Hatiku tak sedap juga kerana seolah-olah aku tidak bertanggungjwab. aku ada di luar bilik Penyelia Petang dan terdengar perbualan mereka. Apa yang aku dengar " Bebudak pagi dua tiga orang itu kata , cikgu yang yang suruh ". Aku terperanjat sebenarnya. Bilalah nama aku hendak bersih suci.
"Bila saya pergi tengok , pintu dewan berkunci tapi dua pintu sisi tak berkunci . Jadi saya kuncikan. Pintu sisi dewan memang susah sikit untuk dikunci, sikit rosak ", aku menjelaskan duduk perkara sebenarnya.
" Ada dua selak pintu dewan patah." Aku cuba menerangkan .
Sebenarnya ada lagi kerosakan yang rasanya sebelum ini tidak berlaku. Satu pintu macam kena kopek. Beberapa botol air bertaburan di lantai. Kunci pintu bilik bertukar pakaian di dalam dewan turut rosak. bilik P.A.Sistem turut tidak berkunci.
Aku tidak pasti budak P.A.sistem mana yang telah masuk ke dalam dewan. Aku rasa mereka yang gatal tanga. Mungkin mereka berada di dalam dan cuba suara merdu mereka. Depan orang ramai tak berani, jadi cubalah semasa tidak ada orang di dalam dewan. Geram betul aku. Nak pakai-pakailah tapi jangan gunakan nama aku.
"Cikgu dah lapor kepada pengetua atau belum"
"Belum"
Cikgu kena lapor kepada pengetua supaya dia tahu. Jika tidak dia akan marah nanti."
Aku sedia maklum pengetua aku tu memang ambil berat dan mahu diberitahu semua perkara. Setiap pagi dia sampai jam 6.30 pagi, tak pernah mis. Cuba bayangkan dia datang setiap pagi jam 6.30 pagi sedangkan aku ketika itu baru bangun tidur atau sedang sembahyang subuh.
Aku difahamkan pengetua aku ini bangun jam 3.00 pagi. Suaminya ada buka klinik di bandar. Banglo besar siap dengan kolam berenang tapi tidak ada pembantu rumah. Dia sendiri cuci dan sapu rumah.
Dalam hal-hal begini aku kerana prepair jawapan yang bagus supaya pengetua tak melenting. Dia mudah melenting dan mudah buat keputusan yang di luar jangkaan. Kes yang kecil macam ini akan nampak besar.
Aku tahulah, jika pintu tak berkunci semua peralatan P.A.Sistem akan hilang, dicuri orang. Dewan ini bersebelahan dengan rumah murah dan kampung baru. Dah lama kejadian curi mencuri tak berlaku, tapi mana tahu kan.... .
Dia sedia maklum P.A.Sistem dewan dah rosak. Sehingga kini belum diperbaiki. Aku sendiri tak tahu apa kerosakannnya kerana aku tidak mahir tentang P.A.Sistem ini. Cepat benar rosaknya. Suiz elektrik mudah terpelantik.Masa perhimpunan, tiba-tiba hilang suara atau kipas tidak berfungsi, rupa-rupanya suiz elektrik terpelantik.
Jadi masa perhimpunan pelajar petang digunakan speaker lain yang boleh pindah-pindah . Lagu Negaraku gunakan radio kaset dan terpaksa pindah-randah. Apabila pindah-randah ini, faham-faham sahajalah , tak boleh tahan lama.
Kalau boleh, aku tak mahu jaga dewan ini , banyak kelemenih nya.
Panasonic tutup
"Saya terpaksa cari kerja lain."
"Mengapa hendak ditutup. Tengok macam ok sahaja. Kualiti bagus."
"Panasonic memang bagus. Tapi pasaran cikgu. Dulu ada pasaran domestik dan Singapura. Tapi sekarang tidak lagi. "
"Ada banyak saingan. Ada pelbagai jenama cikgu." . Panasonic keluarkan peti sejuk dan mesin basuh. Sekarang mesin basuh ada pelbagai jenis. Ekonomi Malaysia sekarang terbuka mengikut Peraturan WTO. Semua barang luar tak boleh tapis. Tak boleh sekat dengan cukai. "
"Barang kita pulak boleh masuk ke sana."
"Tapi barangan kita mahal, siapa hendak beli barangan Malaysia."
"Ada LG, Elba, Khind, MEC , Toshiba dan lain-lain lagi. ". Barangan dari Korea yang dkilang di Thailand dan Indonesia lebih murah."
"Labour cost, Malaysia tak boleh lawan "
"
"Kos buruh di Malaysia sudah terlampau tinggi. Operator yang bekerja 20 tahun boleh dapat 2,000 sebulan." .
"Itu sebab dia buang dan beri pampasan secara beransur-ansur."
"Siapa bos kau" aku bertanya lebih lanjut.
"Bos orang Jepun. Mereka dah bukak cawangan di Vietnam. Ada seramai 200 pekerja dari Vietnam di sini .. Mereka bekerja secara kontrak selama tiga tahun. Selepas tempoh tiga tahun, mereka akan dihantar balik "
Kilang di Vietnam dah jalan dah. Jika mereka balik, mereka akan terus bekerja di sana "
"Maknanya kilang akan pindah ke Vietnam pulak."
Mengelabah cikgu. Nasib baik saya belum kahwin"
"Sabau ajelah."
" InsyaAllah rezeki ada di mana-mana " aku cuba menenangkan yang aku sendiri tidak akan tenang.
Dia merupakan muridku dan aku pernah mengajarnya di tingkatan 1.
Semasa di tingkatan empat dia bersekolah di Sekolah Teknik Kangar, Perlis .. Kemudian ambil diploma di Politeknik Shah Alam.
"Susah cikgu. Mereka yang lama-lama lagi susah."
"Sekarang ini , kilang ambil pekerja dari Vietnam . Pekerja yang tinggal kini 400 orang. Semua itu akan diberi pampasan."
"Ramai yang dah berhenti atau diberhentikan. Msana-mana yang berhenti diberi pampasan. Macam saya yang baru beberapa bulan ini, dapatlah 1000 ringgit. Mana cukup."
"Ekonomi dah jatuh."
Kerajaan kata ekonomi bagus. Cuma satu dua projek mega sahaja yang ditangguhkan. Aku teringat projek Makmal komputer yang masih belum beroperasi lagi. Dalam surat khabar dikisahkan hanya makmal komputer di Pantai Timur sahaja yang terbengkalai
"Kau kerja apa di sana"
Saya jadi juruteknik. Adalah kelulusan sedikit, mungkin boleh minta kerja lain. Mereka yang jadi operator yang bermasalah. Apa kerja yang mereka boleh lakukan.
Aku faham benar sekarang. Patutlah suami Ustazah Dalia beri RM2.00 kepadanya kerana tengah bengkok. Overtime dah lama tak ada. Ansuran kereta dah lama tak bayar. Kereta tersangkut di tengah jalan kerana minyak kereta kering. Kering. Kering habis. Kering kontang.
"Kakak engkau Julina kerja di mana sekarang. ? " aku ingat benar akan ketua pengawas di sekolah dulu. Dah kahwin atau belum. Tak dapat kad jemputan pun.
"Dia kerja di Putrajaya sebagai designer. Dia dan suaminya bekerja di tempat yang sama. " , Dah dahwin rupanya Julina yang juling air tu. Ada lesung pipit di pipinya. Badan besau. he heh .
Kamila juga dah kerja. Aku jadi guru kelasnya di tingkatan 2 pada tahun bila, entah mungkin 1987.
"Adik beradik engkau yang kerja cikgu berapa orang ? "
"Ada dua orang , satu Masina dan sorang lagi Riston .Dia dah baru pindah ke sini"
"Cikgu buat apa kat sini". Oh .... saya tunggu anak saya tuisyen sambil melihat jam hampir 10.00 malam. Masih juga belum nampak keluar , turun tangga.
Perbualan kami tamat di situ.
Betapa bersyukurnya aku menjadi seorang guru.
Selak kain
"Bullshit"
"Kaulah bullshit" . Melampau dia kata aku taik lembu.
"Kaulah"
Pada mulanya kedua-dua cikgu ini di dalam bidang yang sama iaitu guru Pendidikan Jasmani. Cikgu BSing memanglah kerjanya di padang sahaja trained pelajarnya latihan merentas desa. Sementara Alan pula Setiausaha Sukan sekolah..
"Kau setiausaha sukan, kaulah yang buat garisan di padang."
"Kau yang latih budak-budak itu merentas desa, jadi kaulah yang buat garisan di padang.Ajaklah diorang "
"Aku Setiausaha Sukan, ada banyak kerja yang aku kena buat, kena taip, kena bincang. Kau kenalah tolong aku."
"Bullshitlah. Kau ingat aku ini kuli batak kau"
"Aku tak kata macam itu"
Biasa terjadi di sekolah pertengkaran siapa yang harus membuat garisan di padang terutama masa hampir Sukan Tahunan.
Cikgu-cikgu terpaksa beli minyak hitam daripada bengkel baiki kereta dalam dua -tiga tin. Masuk dalam kereta buat garisan . Kalau nasib baik dan bijak , pelajar boleh tolong bantu. Tapi jika tak pandai memanfaatkan pelajar, cikgu sendiri kena ukur dan tarik kereta garisan itu.
"Pening kepala aku"
"Alan menolak bahu Bsingh ke tepi . BSing tercabar dan menolak kembali. " Hoi janganlah tolak-tolak. " .
"Aku tak tolak kau. Tepilah, aku nak bawa kereta garisan ini . Kau tak mahu buat, biarkan aku buat", bentak Alan.
Aku teringat kembali kenangan lalu apabila mengenangkan dua cikgi di Sekolah Kebangsaan Seri Setia bergaduh, bertumbuk dan bertarik-tarik rambut. Sanggup mereka lupa akan status dan kerjaya mereka sebagai cikgu.
Peliknya cikgu-cikgu lain hanya tengok aje, ibu bapa yang kebetulan dekat dengan tapak perhimpunan yang meleraikan.
Rakan seperjuangan yang bekerja selama 15 tahun di sekolah yang sama, tentunya mempunyai dendam kesumat yang maha hebat.
Mungkin salah seorang cikgi tadi menyindir-menyindir semasa berucap. Contohnya " Awak semua mestilah jaga kecantikan wajah masing-masing. Kalau tak jaga kulit dan wajah kita, awak tak dapat jodoh yang baik. Ada cikgu yang tak laku .... Andartu ." Itu hanya andaian. Bacalah berita lanjutnya nanti.
Pengarah berjanji menukarkan kedua-dua mereka ke sekolah lain dalam tempoh dua minggu. Tapi sehingga kini surat arahan belum dibuat.
Dua cikgu ini merupakan &nbs p; guru-guru cemerlang tapi tidak sebaluh. Sengketa mereka memang diketahui oleh guru besar. Itu sebab mereka diasingkan , Cikgu A mengajak di Blok A dan Cikgu B mengajar di Blok B. Mereka tidak pergi ke kantin dan ke Bilik Guru ke ? . Pelik betul !!!
Pertukaran mereka sebelum ini tidak diluluskan kerana sumbangan hebat mereka ini. Perkhidmatan mereka amat diperlukan di sekolah itu.
Aku rasa dua cikgi ini cikgu Cina mengajar di sekolah kebangsaan . Guru Besarnya seorang Cina juga. Mungkin murid-muridnya pun ramai keturunan Cina. Kalau cikgu ini Melayu, biasanya pakai tudung dan agak susah sikit hendak bertarik-tarik rambut. Nasib baik tak berselak kain macam Kak Nab dengan Kak Limah masa aku kecik-kecik dulu di Sungai Perak.
Geli hati aku mengenangkan.
Menonton memang seronok. Gaduh sesama perempuan dan berselak kain ini lebih hebat dari menonton   ; wrestling atau boxing. He he he he ...
Selak kain merupakan senjata paling hebat dan popular di kalangan perempuan. Itu dululah. Dolu-dolu mana ada pakai underware. Hik hik hik.
Kalau murid bergaduh, cikgu tolong leraikan. Kalau cikgu-cikgi bergaduh, murid-murid bertepuk tangan.
Hari ini dalam sejarah u.
Sial punya sekolah
"Sekolah ini suwe"
"Berapa ramai kena reject."
"Tan datang ke sini, terus dapat sakit"
"Zul dulu, setahun berada kat sini, terus meninggal dunia". Itu aku tahu benar. Dia tak jadi belajar di UPM.
"Cikgu Talhah empat tahun di sini terus meninggal dunia". Malam Isnin tu dia diserang sakit jantung secara mengejut.
"Betul ke sekolah ini sial ".
"Aku rasa betullah"
"Sekarang cikgu Tasnima kanser payu dara tahap tiga.". Cikgu-cikgu perempuan ada melawatnya bulan Januari lalu. Rumahnya dekat dengan penjara.
"Zienal, darah merah kurang . Doktor terpaksa ambil darah dalam tulang sum-sum untuk buat kajian."
"Nazrin pindah ke sekolah lain, terus jadi baik. Jadi imam di tamannya."
"Aku berfikir panjang tentang kata-kata Muruga itu."
"Ada betulnya juga."
"Berapa ramai yang baru dapat sakit di sekolah ini."
Pak mentua aku pernah kata tapak sekolah ini dahulu pernah jadi kem tentera Jepun. Aku tidak pasti dan tidak ada sesiapa yang dapat mengesahkan. Mungkin tentera Jepun ada singgah sekejap sementara dalam perjalanan ke Singapura.
Aku sendiri DM. Jika aku pindah / hijrah mungkin aku sihat sepenuhnya, siapa tahu ?. Hijrah sebagaimana Rasulullah hijrah dari Mekah ke Madinah. Jaraknya lebih kurang 70 kilometer, Itu yang aku difahamkan.
Tak kena
Jika kita tak kena, kita hendaklah galakkan.
Sebaliknya jika kita yang terkena, barulah kita bising-bising
Punca, aku kena pergi Kem Bumi Jati , Klang dan dia tak kena. Oleh itu dia sangat menggalakkan.
Jika dia yang kena, dia aku buat bising dan mengadukan kepada Dato Hishamuddin.
Peliknya dia selalu tak kena.
Politik Budak Kecik 3
Apabila aku sampai di gelanggang bola keranjang, tujuh lapan orang ahli PBSMM telah sampai. Aku memang sudah agak ahli yang akan datang memang tidak ramai. Tidak dapat sambutan.
Semalam sengaja aku tidak umumkan minta ahli PBSMM datang kerana aku hendak uji mereka datang atau tidak. Empat hari setiap petang aku umumkan supaya ahli PBSMM datang buat latihan tapi tak datang-datang juga. Kecewa sungguh aku dibuatnya. Umum tak datang, tak umum lagilah tak datang.
"Tak dengarlah cikgu. Kelas sebelah bising. " rungut Ainudin kepada aku. Ainudin hanya pakai tshirt sekolah.
Aku yang bertshirt bulan sabit merah tapi ahli PBSMM yang datang hanya pakai tshirt sekolah. Mereka hanya pakai seluar track. Aku takut kena sindir macam semalam.
"Hai cikgu aje yang pakai baju bulan sabit merah, muridnya tidak " . Pedih telinga aku mendengar dari Cikgu Sahak. " Cikgu kuat semangat . Budak yang datang empat lima kerat sahaja". Aduh , pedih sungguh.
"Hari-hari kau datang sekolah, rajin betul..", Cikgu Sahak berkata kepada aku. Dia membawa sebuah 'beg kursus" berwarna merah hati. Dai hendak masuk ke kelasnya. Ada logo BPR di luar begnya. Aku sendiri dapat beg macam itu yang diberikan oleh Badan Pencegak Rasuah.
Aku hanya mampu tersengih. Betul juga katanya. Cikgu yang lebih-lebih tapi ahli tidak.
Mereka belum memulakan latihan . Aku mengeluarkan handphone dan melihat jam. Baru jam 7.50 pagi. Patutlah mereka belum memulakan latihan./
Narinder masih berpusing-pusing keliling gelanggang mengunakan basikalnya. Hanya dia seorang yang berbasikal di situ. Pelajar lain yang tidak pula bawa basikal ke situ.
Tiba-tiba Narinder memanggil semua ahli yang seramai lapan orang itu untuk berbaris.
"Cikgu, cikgu semalam lantik saya jadi komandan." Mereka tak percayalah cikgu ".
Semalam Ainuddin ada sesi Sukantara Rumah Biru.Jadi dia tak dapat hadir latihan kawad kaki PBSMM. Narinder tak over. Dia menunjukkan bakatnya sebagai komandan. Dia cukup garang. Ada dengar arahan kawadnya sedikit berbeza dengan Ainudin. " Ah, pedulilah , janji ada latihan kawad".
"Cikgu , cikgu suruhlah Ainudin masuk barisan kawad." Dia menggunakan aku supaya ahli-ahli dengar arahannya. Beberapa orang gelak-gelak. " Siapa yang jadi ketua ini, Ainuddin atau Narinder ". Aku tidak pasti siapa yang bercakap.
"Narinder hendak rampas kuasa pulak ", sindir Safwan di hujung barisan.
"Ainuddin ini lembik sahaja. Pendek pulak tu " kata Narinder sambil memegang bahu Ainuddin. Aku rasa Ainudin mesti malu dan tercabar. . Mungkin jika dibiarkan akan bertumbuk pulak mereka nanti. Muka Ainuddin kemerahan.
"Awak sokong saya kan. Awak sokong saya kan. Awak sokong saya kan " Narinder minta pengakuan daripada ahli-ahli PBSMM yang sedang berkawad itu.
Sejak semalam Narinder melobi supaya ahli-ahli menyokongnya . Semalam , ketika tidak ada Ainuddin, semua menyokong Narinder. Tapi bila ada Ainuddin, tidak pula mereka beriya-iya sangat menyokong Ainuddin.
"Ainuddin tu hanya sesuai jadi pengawas." tempelak Siti Robaiyah. terkejut aku mendengar komen darinya.
Narinder memang mahu jadi komandan tapi setakat ini ahli tidak juga bertambah-tambah walaupun dia pusing satu sekolah. Aku rasa pelik juga mengapa tidak ramai yang datang berkawad. Mereka yang datang berkawad ini pula tidak ada uniform yang lengkap .
"Awak dan Ainuddin jangan bergaduh. Kalau awak berdua bergaduh, nanti ahli yang sedikit ini akan lari .Tinggal awal berdua sahaja. "
"Saya harap awak berdua bekerjasamalah. Jangan bertengkar dan ejek -mengejek. Kalau Ainudin letih, Narinder tolong. Narinder letih, Jumali boleh tolong" . aku merayu.
Tapi mereka macam tak dengar .
Pelik betul.
Politik Budak Kecik 2
Hari ini sungguh memeranjatkan aku. Harinderpal Singh yang aku geli sangat dalam hati , rupa-rupanya dapat menunjukkan ciri-ciri komander yang baik.
Dengan jawatan komandan buat kali pertama, dia mengarahkan ahli PBSMM lakukan itu dan ini. Mana-mana yang salah didenda enjut ketuk ketampi. Aku jadi serba-salah adakah mereka dapat terima hukuman yang diberikan. Aku suka Rijal iaitu Kadet PBSMM yang turut tegas. Tapi tahun ini dia tak dapat turun padang. Dia dah kahwin.
"Dua tahun lepas Nurul Nadia juga cukup garang sebagai komandan. Last-last sekali dia diboikot oleh kawan-kawannya" aku merungut di dalam hati. Nurul Nadia cukup berbakat dalam kawad kaki tapi tidak ada pulak sokongan. Merajuk habis dia.
"Kita perlu keras dengan mereka Cikgu. Saya tak suka cara Ainuddin yang lembik dan gaya rap itu " Rungut Narinder kepada aku. Aku rasa pelik, betulkah komen Narinder itu. Rasanya tidaklah rap sangat. Namun begitu aku biarkan Narinder terus membebel. Aku rasa bebelannya itu terikut-ikut daripada keluarganya.
"Jika saya tak keras mereka takkan beli full uniform.Susah kita nanti.. Tengok Pengakap dan KRS , semua dah cantik " . Aku memang setuju dengan pendapatnya itu. Aku turut jealous, mengapa PBSMM tak boleh begitu ?.
Nazrul ahli KRS yang aku tanya semalam , dia beli full uniform KRS lebih RM200.00 . Ini termasuklah seluar dan baju hijau. Kasut tinggi, tali pinggang, beret , butang , lencana, name tag, pangkat dan lain-lain. Ibubapanya beli di Alamanda. Terkejut beruk aku mendengarnya. Kalau anak lelaki minta begitu, lentok aku dibuatnya. aku tanya balik, " awal masuk tak dalam perbarisan KRS ". "Tak , KRS pilih pelajar pagi". Narinder di sebelahnya tersenyum sinis.
"Kan lebih baik kau masuk PBSMM". Aku tergelak dengan atawatan Narinder itu.
"Cikgu , Ainudin salah bagi kommand" Narinder menggayakan pula cara gaya yang betul hingga tersepak lulut kaki aku. " Sorry sorry cikgu. Tersepak. Tak sengaja" . Melampau budak ini. Aku mengibas-ngibas lutut aku dan membuang habuk kasutnya.
Aku sejak dahulu teragak -agak menyuruh mereka membeli baju PBSMM lengkap. "Manalah mampu ibu bapa membelinya. Awal tahun ini mereka dah bayar yuran hampir 62.00. Beli buku tulis hampir 40.00. Belum lagi bayar yuran PIBG dekat-dekat 32.00 . Yuran kelas 2.00 , yuran empat buah persatuan 8.00 . Rabak" Aku menilai dan mengira kos yang perlu disediakan oleh ibu bapa.
Aku juga punya anak di sekolah ini di tingkatan satu. Seorang anak perempuan di sekolah rendah. Dia turut sekolah di sekolah agama . Kalau tak ada elaun yang Pak Lah kasi pada belanjawan tempoh hari, mahu aku menggigit jari.
"Cikgu beri pas keluar pada saya , cikgu . Saya akan panggil semula ahli PBSMM yang liat bayar yuran. Suruh mereka datang esok. Kadet polis dah berlatih, mengapa PBSMM tak latih-latih lagi". Aku mengangguk. Dalam hati aku rasa setuju tapi aku bimbang akan bersoal-jawab dengan Cikgu Jayan pula.
"Saya lihat budak tu asyik merayau dari kelas ke kelas. Tegur Cikgu Jayan sambil matanya memandang ke arah Narinder . " Ya. Dia hendak kutip yuran PBSMM. Dia Bendahari PBSMM". Aku serba salah. Adakah salah aku membenarkan Narinder keluar kelas .
Aku lebih bimbang jika ibu bapa Narinder soal jawab dengan aku." Dulu dia dapat 5A . Sekarang melorot ke 2F" , Muruga beritahu aku tanpa aku bertanya ketika Narinder datang meja aku di bilik guru. Muruga merupakan guru kelas 2F.
Sebelum ini Bendahari rumah sukan juga datang dari kelas ke kelas. Mereka dapatkan maklumat ahli rumah sukan dan kutip yuran 2.00 . Cikgu Jayan tak tanyapun.
Aku merungut di dalam hati.
Besi lubang najis dicuri
Perak yang mulanya dihuni penduduk Melayu dan orang Asli, diserbu oleh pelombong dari negara China. Dengan adanya ladang getah, pekerja dari India diangkut datang ke Tanah Melayu. Abad ke-18 melihat pertumbuhan penduduk yang begitu pesat di Tanah Melayu. Orang Melayu masih kekal sebagai petani dan pesawah di kawasan kampung dan tepi-tepi sungai.
Semalam Dato Sothinathan ( 21 Feb 2005 ) mengumumkan hasrat beberapa pelabur yang ingin mencuba dan meneroka bidang ini yang telah lama ditinggalkan. Pelabur tertarik melombong bijih timah kerana harganya mencapai 34,200 ringgit setan.
Satu ketika dahulu , banyak jutawan Cina dilahirkan di Lembah Kinta dan di Lembah Kelang. Mereka mempunyai senarai lombong - lombong di Ipoh, Chemor, Batu Gajah , Taiping, Kampar dan lain-lain. Rumah banglo mereka ini terletak berhampiran dengan Tiger Lane di Ipoh. Bengkel-bengkel besi untuk perlombongan terdapat di sepanjang Jalan Kuala Kangsar- Ipoh dan di Kampar.
Selepas lombong ditutup pada tahun 1981 iaitu ketika Dr Mahathir baru menjadi Perdana Menteri Malaysia. Malaysia mendapat saingan daripada negara Bolivia dan Thailand. Dua negara ini mengeluarkan bijih timah dengan lebih murah. Tambahan pula ada saingan dari plastik dan getah. Bijih timah sangat tidak diperlukan.
Di Terenganu ada Bukit Besi. Dengan adanya kilang kereta Proton, permintaan untuk besi semakin meningkat. Malaysia tidak mempunyai lombong besi sebagaimana di negara China . Pembangunan yang pesat juga menyebabkan permintaan terhadap besi semakin meningkat.
Terdapat beberapa kilang melebur dan memproses barangan daripada besi. Antaranya ialah kilang besi Lion Amalgamed di Bukit Raja Shah Alam. Kilang besi keluli Malayawata di Butterworth . Kemudian ada kilang besi Perwaja di Terengganu dan di Gurun Kedah. Kilang -kilang ini amat memerlukan besi buruk untuk dileburkan semula.
Lantaran itu bengkel dan kedai besi buruk tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan .Ada yang jadi kaya raya menjadi tauke besi buruk.
Pada masa lapang ramai mengambil kesempatan mengutip besi buruk di belakang-belakang rumah untuk dijual. Mereka memotong pagar-pagar rumah yang ditinggalkan. Mereka memotong besi penghadang jalan raya dan lebuh raya. Mereka mengopek bumbung rumah yang tidak berpenghuni. Mat Lop di sekolah aku turut mencari wang tambahan di kawasan lombong bijih timah. Besi-besi zaman 1950-an dan 1960-an amat bernilai kini.
Mereka juga pergi ke kawasan pembinaan terbengkalai , mencari besi-besi yang ditinggalkan. Kerja mengutip besi buruk ini dilakukan oleh penagih dadah. Pintu pagar dua rumah di taman aku ini turut dilarikan. Entah bila mereka mengerjakannya , aku sendiri tidak pasti. Apa yang pasti mereka mesti bawa lori, bukan ringan.
Penagih dadah memerlukan 60.00 sehari untuk bekalan dadah. Sungguh menakutkan. Patutlah mereka sanggup mengeledah rumah kosong dan belakang rumah serta tepi belukar . Kawasan kuari yang sangat bahaya itupun mereka masuk. Lombong-lombong tinggal dan kuarters terbiar jangan cerita lagi.
Paling sakit hati penutup lubang najis , penutup longkang pun dicurik. Kereta kawan aku tersangkut di hadapan Klinik Fatim kerana lubang di atas jalan raya tidak bertutup. Melampau. G r r r r r r r .
Harga sekilo besi itu RM0.70 . Anak lelaki aku turut mengumpulkan tin minuman untuk dijual.
Rasa-rasanya akupun mahu mencuba.
Nakal betul !
Selalunya anak lelakiku lebih dahulu bersiap. Dia mengenakan baju pengawas dan seluar hijau.
Anak kecil aku meraba-raba kepala aku. Dia memang selalu menyikat rambut aku. Aku biarkan sahaja. Malas hendak layan karenahnya. Jika aku tidak tahan lagi melihat seluarnya basah, barulah aku bawa dia ke bilik air, tukar lampin pakai buang. Umurnya dua setengah tahun tapi masih tak boleh cakap untuk kencing atau berak.
Kemudian terasa dia menyapu sesuatu .Bukan air tetapi minyak. Juga aku biarkan sahaja. Seronok juga rasanya apabila jari-jemari anak kecilku yang halus itu membelai rambutku.
Mungkin agaknya apabila besar nanti dia akan memiliki kedai salun dan yang seumpama dengannya. Jarang sangat wanita Melayu membuka kedai salun . Tapi perempuan Cina rajin sangat membuka kedai salun, sampai melambak-lambak.Mereka mampu menyewa kedai atas untuk kedai salun.
Aku rasa keras sahaja di atas kepala aku. Agaknya gel yang disapu oleh anak kecilku tadi. Tak apalah.
Selepas sembahyang zohor di surau, Badrul menegur dan menunjuk-nunjuk atas kepala aku dari jauh.
"Hei, mengapa rambut kau putih ?"
Aku meraba-raba rambut di sebelah atas kanan. Terasa keras dan jegang.
Aku kikis sedikit dan melihat benda keputihan di hujung kuku.
Alamak gam lah. Baru aku teringat anak kecilku ada bermain gam kepunyaan kakaknya dan dikacau di dalam bekas telur.
"Bertuah punya anak" aku melepaskan geram di dalam hati. Ingatkan dia sapu minyak, rupanya gam.
"Gam ! . Ini kerja anak aku lah ni. Aku ingatkan dia sapu rambut aku dengan gel, rupa-rupanya dengan gam"
"Nakal betul anak kau."
Aku terkernyih.
Sukarelawan al Falah
Bumi Jati, Kelang. Aku ditugaskan bersama 6 guru yang lain.
Pelajar yang pergi hanya dari sekolah aku sahaja. Iaitu pelajar asrama, pengawas dan ketua - ketua kelas.
Guru-guru hanya ditugaskan sebagai guru pengiring sahaja. Pengangkutan, penginapan, makanan , aktiviti, fasilitator dan penceramah
disediakan oleh pihak JAKIM.
Politik budak kecik
Kalau orang Punjabi bukan budaya tertutup, tentu ramai orang Melayu, Cina mahpun India yang suka berhawin dengan orang Punjabi. Mereka ini ada rupa macam Aiswarya Rai, Shah Rukh Khan , keturunan Kapoor dan sebagainya. Aku sendiri telah menyukai filem-filem Hindustan sejak Bobby lagi.
Kalau di sekolah mereka ini dengan mudah menjadi pengawas. Pengawas merupakan jawatan yang dipilih oleh guru disiplin. Pastinya guru displin akan tergoda dengan mereka kerana mereka juga dapat kawal keadaan pelajar. Mereka ini juga berdisiplin dan dapat berkomunikasi dengan baik. Kebanyakan mereka ini boleh berbahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan cukup baik. Mereka tidak mengakui diri mereka India kerana mereka rasa lebih superior.
Di sinilah letakknya kelebihan Narinderpal Kaur.
Aku dimaklumkan dia ini dapat 5A dalam UPSR dan masuk dalam kelas 1B. Tapi kini melurut ke 2F pulak.
Dalam PBSMM aku setuju melantik dia jadi Bendahari dan dapat kutip duit 143.00 dalam temph seminggu. Sebenarnya dia telah melobi aku banyak kali supaya dia menjadi pengerusi PBSMM. Aku tanya dia bolehkan menjadi ketua kawad dan cublah tunjuk sedikit di hadapan aku. Jika dia boleh, setuju sangat aku. Aku perlukan pemimpin yang boleh memberi arahan kawad.
Beberapa tahu lepas, pengerusi PBSMM ini dapat sokongan ramai ahli tapi dia lembut sangat. Beri arahan tak boleh sangat . Macam perempuan, pelajar perempuan sangat sukalah pada dia.
Tapi Narinder ini cukup garang dengan ahli-ahli PBSMM. Dia tidak berlemah-lembut apabila mengutip duit. Dia sendiri mudah membayar wang ahli PBSMM yang berjumnlah RM2.00. Tapi dia kutip RM3.00 seorang. Aku diamkan sahaja. Sebenarnya aku tak patut buat begitu. Tapi demi menjaga muka Narinder ini, aku senyapkan sahaja walaupun ada beberapa ahli yang bertanya balik kepada aku.
Apa yang penting semua wang yuran itu diserahkan kepada aku selaku guru penasihat PBSMM .
Pada pandangan aku, kutip 2.00 sudah lebih mencukupi. Jika ahli PBSMM 150 orang. Dengan yuran 2.00, sudah boleh kutip RM300.00 .Banyaklah juga. PBSMM boleh beli macam-macam. Setipa tahun tak ramai yang membayar yuran. Guru penasihat tak boleh paksa. Yuran ini juga tak boleh dimasukkan ke dalam yuran sekolah. Guru penasihat terpaksa simpan dan belanja mengikut keperluan . Contohnya membeli air minuman, ubat dan beli uniform ahli jika terdesak.
Malangnya Narinder tidak disukai oleh banyak pelajar yang cakap berdegar-degar terutama sekali Shabana Munawwarah. Shabana ini bolehlah berkawat dan ramai yang kata dia 'veteran' . Tapi oleh kerana dia hendak menjadi pemimpin, dia masuk perbarisan Rumah Biru. Itu yang aku bengang. Terntulah dia tak boleh lemepasi Ainuddin. Ainuddin lebih menonjol dalam memberi command kawad kaki.
Aku cabar Shabana , jika hendak tunjukkan kepimpinan , datanglah jumpa aku selalu. Dia merupakan Setiausaha PBSMM tapi tak pernahlah berjumpa dengan aku. Sebaliknya aku pulak yang terpaksa mencari dan berjumpa dengannya. "Cikgu tak jumpa saya". "Cikgu panggillah saya ". Saya banyak kerja. " Buku laporan saya terpaksa beli ke ? " . Sebenarnya aku hanya duga dia sahaja. Hendak tahu sejauhmana komitmen dia terhadap PBSMM.
Sebaliknya Narinderpal lain. Dari awal tahun dia dah jumpa aku dan bertanya tentang perkembangan. Dia sanggup menjadi pengerusi PBSMM sesi petang dan dia mempunyai uniform PBSMM yang lengkap. Itu yang aku cukup teruja. Dia juga termasuk dalam ahli PBSMM yang menyertai Pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah Julai 2004.
Orang yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin dan sanggup melobi aku untuk menjadi pemimpin, bermakna dia sanggup bersusah payah dan bermuka tebal. Senangh kita suruh dia itu cari ahli, keliling sekolah dapatkan yuran dan sebagainya. Tak semua orang boleh bermuka tebal dan menjawab 'serangan' daripada cikgu-cikgu lain.
Bila dia banyak kali keluar kelas , sudah tentu dia akan dipersoalkan oleh guru mata pelajaran. Guru disiplin sendiri akan tertanya-tanya mengapa dia ini suka sangat keluar kelas.
Tapi aku suka cara dia ini.
Dari pengalaman aku, jika ahli-ahli yang pilih ssecara demokrasi , secara undi angkat tangan, pemimpin itu masih tidak boleh buat kerja. Hanya sebilangan kecil sahaja yang berkebolehan.
Tapi Narinder tentulah tak mungkin mendapat sokongan daripada semua ahli kerana faktor dia Punjabi. Orang India walaupun hampir sebangsa dengan dia, tapi masih tidak menyokongnya. Punjabi walaupun sedikit, dia ada egois superior. Namun begitu aku tidak kisah sangat dengan teori itu teori ini. Apa yang penting persatuan PBSMM yang aku jadi pengerusinya akan berjalan dengan lancar.
..........bersambung
Kena rogol ?
Dari segi saiz anaknya lebih tinggi dan lebih lebar daripada ibunya. Wajah ibuinya nampak kerut-kerut di dahi, berambut merah kuning, tshirt hitam cokelat dan seluar hanya sampai di paras bawah sedikit dari lutut. Memang itulah pakaian wanita Cina sekarang. Aku kira itu sudah cukup sopan , ada yang datang ke sekolah ini lebih teruk lagi.
Wajah anaknya Lian lebih lawa tapi ada sedikit kesan calar di muka. Kalaiu masa kecil dahulu, calar-calar begitu kerana main sorok-sorok di tepi belukar atau lalang. Aku tidak hiraukannya kerana aku mahu berprasangka baik sahaja. Jika tersilap 'terka', aku juga yang malu.
Pendekkan cerita anaknya ini degil sangat dan pandai bawa jantan. Istilah 'jantan' yang digunakan. Aku tidaklah beberapa pasti adakah itu serius sangat atau tidak. Bagi aku, di sekolah ini murid perempuan yang menumpang motosikal lelaki memang cukup banyak. Dari setahun ke setahun ada sahaja kes-kes begitu.
Oleh kerana mereka ini diangkut selepas sekolah, kita sebagai guru hanya tengok sahaja. Itu urusan selepas waktu sekolah. Jangan menyibuk di luar kawasan sekolah. Disiplin dalam sekolah lagikan tak terjaga. Nak hambat dan rotan tak boleh sewenang-wenangnya. Kena saman nahas kita nanti. Tengok ajelah.
"Dia sangat berminat dengan jantan , jantan keling pulak itu.". Itu istilah yang aku dengar. Aku nak tergelak juga. "Kalau boyfriends dia Cina aku tak kisah sangat, tapi ini Keling. ". Selalunya istilah Keling ini dituturkan oleh orang Melayu sahaja. Mungkin ibu Lian ini hidup dalam limgkungan oran Melayu.
Dari siasatan aku kemudian , dia dah berkawan dengan seorang lelaki dewasa berumur 32 tahun bernama Simon. Simon ini merupakan pekerja sebuah penjagaan anak-anak Kristian . Rumah perlindungan kanak-kanak ini dekat jugalah dengan sekolah dan hanya 1 kilometer daripada rumah aku. Jadi pekerja pusat itu telah salah guna hubungan rapat kepada hubungan mesra yang terlalu peribadi.
"Dia angkut Lian ini sampai ke Ipoh selama enam hari . Tentu dah kena tibai ". Doktor telah buat siasatan dan sah kena rogol, kata ibunya. Di badan Lian ada macam-macam. Aku andaikan mungkin tato atau kesan lebam kena gigit. Ibunya dah buat dua laporan polis. Katanya dah masuk kes rogol. Jika masuk kes rogol , tentulah Simon telah ditahan oleh polis kerana Lian ini baru 14 tahun, walaupun 'setuju'.
Lian ini di rumahnnya pengotor sangat. Pengotor sangat.Sampai aku tak tahu nak buat apa lagi . Cakap dah cakap. Sampai berbuih mulut aku. "Sampai berbuih" ini tak pernah dituturkan oleh orang Cina. Lagi aku rasa pelik.
Cakap Melayu ibu Lian cukup mengkagumkan aku. Patutlah Lian ini pandai berbahasa Melayu , rupa-rupanya ibunya pun pandai berbahasa Melayu. Malangnya Lian tidak boleh membaca dan menulis. Otaknya termasuk dalam kategori lembab .
Pada 4 Februari ibunya datang lagi. Dia mengadu anaknya minta-minta wang sampai 20-30 ringgit. Aku rasa yuran semua dah bayar. Aku akui semua yuran kelas sudah dibayar. Dia telah membayar semua sekali yang berjumlah 62.50.
Tapi aku menjelaskan mungkin yuran persatuan-persatuan dan yuran kelas belum dibayar. Jika dicampur berjumlah 8.00. Ibunya terdiam dan setuju memberi kepada aku 10.00 dan minta aku jelaskan yuran-yuran tersebut bagi pihak anaknya. Dia tak percaya lagi kepada anaknya.
Punca segala cerita ini , ibu Lian ini telah bercerai dengan suami pertama. Dia kemudian berkahwin lain dan masih belum mendapat anak. Lian merupakan anak yang kedua. Anak pertama lelaki. Perangai buruk macam Lian juga. Dia sungguh kesal. Anak ketiga perempuan, dan berharap anaknya akan jadi baik.
Anak ketiganya itu selalu komplain bilik Lian kotor macam sarang tikus. Mereka duduk di sebuah rumah pangsa di BT.
Ibu Lian menyerahkan adik Lian kepada seorang saudaranya untuk dijaga. Ibu Lian bayar RM1000.00 setiap bulan. Dia minta sangat-sangat saudaranya itu dapat jaga adik Lian dengan baik. Dia dah banyak 1000 ringgit, bukan murah. aku rasa pelik perempuan Cina ini sanggup bayar 1000.00 semata-mata untuk menjaga anak perempuannya.
Ibi Lian ini bekerja sebagai pembantu restoran di RV. Oleh kerana sakit dan berkali-kali masuk keluar hospital, dia malu hendak bekerja lagi di restoran RV. Dia dapat kerja baru di sebuah pasar raya di BB dekat dengan sebuah plaza tol.
Bulan Januari lalu, aku memang ada minta dia jelaskan yuran. dia kata ibunya berada di hospital. aku tidak syak apa-apa. Biasalah masuk dan keluar apa-apa. Bapanya tidak tidak bekerja. Lebih kurang macam tu. Akhirnya dia bayar yuran. Aku sedap hati kerana tidak perlu tanya dan tanya lagi.
Bila bab borang SPBT, Lian tak hantar-hantar borang SPBT dan lain-lain. Dalam borang itu perlu ada pengesahan majikan atau ketua kampung. Dahi Lian berkerut dan menjelaskan ibunya berada di hospital. Tapi aku masih juga minta borang-borang itu semua. Sebenarnya aku tak tahu cerita sebenar. Dia tak boleh isi borang, kan dia ini di kelas 2T.
Dia tidaklah pengotor sangat, pada pandangan aku. Masa perlantikan AJK kelas, aku ada bertanya ada tak sesiapa ingin menawarkan diri menjadi ketua kelas atau AJK. Lian cepat-cepat angkat tangan dan aku setuju dia menjadi penolong ketua kelas.
Lian memang rajin. Apabila aku suruh ambil penyapu dan penyodok, dengan segera dia akn pergi.Jika aku suruh hantar buku latihan Bahasa Melayu, segera dan rela dia pergi. Malah tanpa disuruh, dia akan cari kerja yang membolehkan dia keluar dari kelas. Nampaknya dia telah ambil kesempatan atas jawatannya itu.
Bapanya tirinya merungut inikah muka jadi penolong ketua kelas. Pemalas. Pengotor. Tak tahu menulis dan membaca. Aku akui kelas 2T adalah kelas yang paling hujung di sekolah ini. Kelas ini lemah sangat - sangat.
Pada peringkat awal ( mungkin semasa sekolah rendah ) Lian dijaga oleh neneknya di Johor. Tapi Lian ini panjang tangan. Dia seluk poket seluar datuknya yang tergantung dan ambil duit berpuluh-puluh ringgit. Itu pada peringkat awal perceraian mereka.
Abang Lian dijaga oleh bapanya yang sebenar tapi liar sangat. Selalu keluar dan lari dari rumah.
Apabila Lian selalu curi duit, neneknya tak sanggup lagi memeliharanya. Banyak sangat buat masalah . Saudara dan mak-mak saudara tak setuju dengan Lian ini.
Oleh itu diserahkan kembali kepada ibunya. Ibunya ambil jalan mudah dengan menghantar dia di pusat penjagaan kanak-kanak Kristian di sini. Selama dua tahun dia berada di situ. Pusat ini dikendalikan oleh seorang paderi keturunan India. Ramai staf juga daripada keturunan India. Kanak-kanak dan orang tua yang dijaga juga merupakan keturunan India. Sesekali beberapa perempuan dan lelaki mat saleh datang melawat dan membantu.
Paderi itu nampaknya baik dan bertanggungjawab. Pada awal tahun dia akan membayar yuran sekolah pada PK HEM. Jadi guru-guru kelas kena ambil duit yuran daripada PK HEM. Aku rasa wang tersebut daripada Tabung Kristian kut. Banyak duit mereka kan. Makan. Pakai. Gaji staf dekat 10 orang. Siap dengan perpustakaan dan bilik seminar lagi. Bilik belajar tentulah ada.
Oleh kerana pergaulan yang luas dengan kanak-kanak India , jadi Lian boleh bertutur dalam bahasa Cina, bahasa India dan bahasa Melayu. Bahasa Indianya cukup fasih dan salah seorang kawannya bernama Angela. Angela seorang perempuan India , beragama Kristian dan sangat rapat dengan Lian. Taman perumahan Angela duduk dengan pusat itu hanya sebelah-menyebelah sahaja. Dekat dengan stesen minyak BP. Angela juga di kelas yang sama iaitu 2T.
Ibu Lian putus asa kerana Lian masih berhubungan dengan lelaki 32 tahun itu. Aku malas hendak tanya bagaimana dengan perbicaraan di mahkamah.
Ibu Lian berhajat menghantar Lian ke sekolah perempuan jahat . Namanya aku tidak bewrapa pasti, mungkin Tunas Putri kut. Aku kata, jika hantar ke sana, belum pasti dia akan sedar dan insaf. Aku ada kawan semasa di Sekolah Seri Perak dahulu yang bernama Gobek. Setelah keluar dari Sekolah Henry Gurney, perangainya bukan bertambah baik, tapi semakin jahat. Jadi aku tak berapa setuju sangat dengan cadangan ibu Lian itu.
Kini 21 Februari dan sudah lebih lima hari berturut-turut Lian tidak hadir ke sekolah. Jika tanpa surat, dia akan dianggap ponteng sekolah dan aku kena hantar surat amaran 1, amaran 2, amaran 3 dan akhirnya surat berhenti.
Bab-bab isi borang dan hantar ini memang aku cukup liat. Tapi apa nak buat, aku guru kelas 2T. Semua itu tanggungjawab aku. Kalau bolehlah, aku hendak mengajar sahaja. Itu merupakan core business aku yang sebenarnya.
Beberapa kali aku cuba telefon ibu Lian. Aku guna handphone aku. Rabak lagi. Pejabat tak benarkan kita gunakan sewenang-wenangnya. Telefon berkunci. Kena catat dalam buku penggunaan telefon. Ahhhhhh, pakai telefon sendiri lagi senang.
Dua tiga kali tidak ada sesiapa yang angkat.
Dalam kelas 2T, Angela menjelaskan dia pergi ke rumah Lian di BT semalam ( Ahad) . Angela kawan rapat kepada Lian. Ibu Lian kata Lian telah berhenti sekolah dan akan dihantar sekolah perempuan Tunas Puteri.
Baguslah kalau begitu.
Aku telefon sekali lagi. Tapi ibu Lian jawab dengan tergesa-gesa. Aku perkenalkan nama aku dan sebagai guru kelas 2T. Dia macam terlalu sibuk sangat di pasar raya itu.
Mungkin dia bekerja di bahagian kaunter dan ada pelanggan yang hendak bayar barang. Ada bunyi bising dan orang bercakap-cakap. Tapi dia kata dia bekerja di bahagian akaun.
Mengapalah sibuk sangat ibu Lian ini, aku merungut.
Buku SPBTnya belum dipulangkan lagi.
Ke manalah Lian ini ?
Rindu pun ada.
Anak lelaki didiskriminasi
individu kepada rumah masing-masing. Contohnya ahli rumah Merah akan dipertandingkan dalam 3 acara sahaja iaitu acara 200 m, acara
lontar peluru dan lompat jauh.
Semua ahli rumah Merah terlibat dalam acara Sukantara dan mereka wajib hadir. Jika melepasi tahap, dapat dua mata. Jika rendah sedikit
dapat 1 mata sahaja. Tapi jika terlampau rendah , 0 mata. Selalunya jika ada latihan , mereka boleh menyumbang 2 mata terutama acara
lompat jauh dan lontar peluru.
Malangnya ramai pelajar yang tidak hadir. Alasan yang diberikan ialah jauh dari rumah. Kata mereka mereka duduk 6 - 7 kilometer dari
sekolah. Mereka perlu naik bas awam kerana bas sekolah khas untuk sesi pagi sahaja.
Mereka terpaksa bayar tambang lebih untuk ke sekolah. Selain itu ibu bapa yang bekerja biasanya tidak masak di rumah. Jadi terpaksa beri
belanja lebih untuk anak membeli makanan dan minuman di kantin. Munasabah jugak alasan tersebut.
Cikgu-cikgu memang mengharapkan ahli rumahnya datang tiap-tiap minggu . Latihan dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Tapi kekadang
sampai 9.30 pagi sahaja kerana guru-guru perempuan kalau boleh hendak berkejar ke rumah untuk memasak makanan tengah hari. Jika
ada sedikit latihan yang betul, rumah boleh menang dan nama guru penasihat boleh naik.
Jadi nampaknya murid sekolah jadi mangsa kepada guru-guru yang berminat untuk dapat melintang dan menegak.
Kadangkala guru tekan dan tekan minta ahli rumahnya datang, tapi mereka tidak datang juga. Hanya bebudak yang baik sahaja yang
datang . Manakala pelajar yang bekerja di waktu pagi seperti di restoran dan pasar basah, mereka tidak akan datang. Ramai pelajar Cina
tidak datang ke sekolah. Pelajar perempuan lebih ramai datang kerana ibu bapa lebih percaya beri wang tambang dan belanja makan di
kantin.
Sementara pelajar lelaki kurang dipercayai . Maka pelajar lelaki ini tadi akan lepak-lepak di rumah sambil menonton televisyen. Jika ada
kawan, mereka akan bermain bersama-sama. Baca buku bukanlah acara utama bagi mereka yang duduk di rumah.
Oleh sebab itu pelajar lelaki ini tadi akan terasa janggal untuk terlibat dalam apa-apa aktiviti di sekolah. Mereka enggan masuk persatuan ,
kelas atau badan beruniform. Perasaan takut kena marah oleh ibu bapa dan tiadanya rasa simpati daripada ibu bapa menyebabkan mereka
leboih cepat menyendiri , menjauhkan diri, membawa diri dan buat hal sendiri-sendiri.
Manakala yang lebih berani akan memprotes adik-adik perempuan mereka. Mereka akan 'belasah' adik-adil perempuan atau kakak
perempuan. Mengapalah emak dan ayah asyik manjakan adik perempuan dan kakak sahaja.
Aku tidak pasti mengapa anak lelaki dipinggirkan.
Dalam hal menganjurkan lawatan atau rombongan ke mana-mana , penyertaan lebih ramai daripada perempuan. Lelaki payah sangat
dapatkan duit rombongan daripada ibu bapa.
Memang beginilah nasib anak lelaki. Mereka tidak dipedulikan, didiskriminasi , tidak dipercayai dan sebagainya. Hal ini lebih menonjol di
kalangan pelajar Melayu.
Ini merupakan masalah gender.
Biarlah
Dari jam 11.00 hingga 5.30 petang kami sekeluarga berada di kebun. Ibu masak ikan semilang sambal, tulang lembu korban masak sup dan daging korban masak lemak. Selain itu ada tempe goreng. Isteriku cukup sukalah kerana dia tidak perlu masak hari ini . Itu aku tahun sangat.
Semalam ( Sabtu ) aku dan isteri minum cendul pulut di sebuah gerai di tepi sebuah padang golf. Di bahagian belakang gerai itu ada padang golf. Gerai ini tidaklah bersihkan sangat, biasalah, gerai di tepi jalan . Gerai ini hanya dibuka pada waktu siang sahaja. Menu utama ialah rojak dan me kari. Sedap juga . Ada juga menu-menu lain tapi tidak ada nasi berlauk.
Sebenarnya semalam isteri aku ada gotong-royong di sekolahnya. Ada jamuan makan , jadi dia malas masak. Itu aku maklum sangat. Suami di rumah macam mana ? . Jadi dialah belanja. Patut kan. Tidaklah aku dikatakan makan duit bini.
Kekadang aku bimbang juga pada hari Sabtu dan Ahad. Aku bimbang pasal makan lah , apa lagi. Mungkin aku ini kuat makan kut. Tapi aku mesti makan waktu pagi, pekena apa-apa. Jika ada roti Gardinia, ok jugak. Isteri aku ini jenis orang hendak diet memanjang. Mangsanya akulah. Kalau ada kenduri kahwin di mana-mana alhamdulillah jugaklah. Tapi kalau tidak ada macam mana.
Kadangkala malu memikirkan dan mengenangkan. Aku kena sabar banyak.
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
Seronok juga menonton senamrobik yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 .Senamrobik ini disiarkan secara langsung dari Dataran Merdeka pagi ini. Ada larian integrasi dan dilepaskan oleh YB juruterbang Dato Hasnan Rafique. Baguslah ada juga aktiviti yang menjurus ke arah kesihatan di Kuala Lumpur.
Setiap hari selama 30 minit di TV1 ada disiarkan &nbs p; senaman .Rancangan ini mengajak kita semua untuk menjaga kesihatan . Caranya dengan memulakan &nbs p; senaman asas memanaskan badan. Gerakan hanya asas sahaja , tidak ada pergerakan yang pelik-pelik dan menarik. Kalau pergerakan yang teruk sangat, mungkin [penonton tak terikut dan hanya menonton sahaja.
Sejak terkena diabetis ini , aku cuba menukar gaya hidup. Minggu lepas aku ada beli tali skiping di Mines. Harganya murah sahaja iaiotu 1.90 satu. Isteriku cukup suka kerana semasa kecil dia memang cekap dengan tali skipping. Itu katanya dan terkti dia boleh buat sampai 20 untuk percubaan kali pertsana. Sedangkan &nbs p; aku sendiri untuk kali pertama, hanya dapat 3 sahaja.Susah juga main tapi skipping ini.
Sebenarnya aku tidak suka sangat main tapi skipping ini semasa kecil dulu. Aku dan ramai lagi kawan-kawan aku kata permainan ini hanya sesuai untuk budak perempuan dan pon sahaja. Masa kecil , tali skipping hanya dibuat daripada tapi rapia atau daripada gelang getah yang disambung-sambung. Itu sebab tidak ada trill dan skill tidak begitu menyerlah. Masa kecil, sukan memanjat pokok jadi kegemaran aku selain mandi di Sungai Perak. Terojun yo terojun.
Tapi melalui pembancaan aku, Muhamad Ali tinju guna skipping untuk melatih bertinju. Sekarang pula ada pertandingan tali skipping peringkat kebangsaan dan dunia. Hebat wo. Tak sangka aku.
Dalam hal ini berapa banyak cikgu-cikgu yang bersenam setiap pagi. Maksud aku cikgu yang mengajar pada sesi petang macam aku ini. Cikgu yang mengajar di sesi pagi memang tak akan bersenam, itu sebab cikgu sesi pagi nampak lebih kedut-kedut dan bermasalahan sahaja. Walaupun ada banyak masa rehat di sebelah petang, mereka tidak bersenam atau bermain bola.. Berkebun jauh sekali kerana duduk di kawasan perumahan manalah ada kawasan tanah . Tanah pusaka memang ada tapi nun jauh di kampung.
Aku difahamkan jika kita bersenam setiap hari, badan kita lebih sihat, hati kita lebih gembira dan ceria dan muka kita lebih berseri-seri.
Aku ulang , raut wajah kita berseri-seri. Taklah berkedut banyak di dahi.
Kawan-kawan aku termasuklah aku sendiri yang baru melangkau 40 tahun dah diulit penyakit diabetis , lemah jantung dan tekanan darah tinggi. Ada yang makan ubat tak berhenti. Ada yang malas makan ubat sehingga paras gulanya sampai 24.
Dia buat tak tahu sahaja, macamlah paras gula 24 itu tidak memberi sebarang makna kepadanya. Dia kata kalau makan ubat, nanti ada side effect. Lantaklah malas aku nasihat, mereka cikgu seperti aku, tentu mereka lebih tahukan.
Mujurlah pada tahun ini aku diberi kelas PJPK. Aku dapat mengajar 1CD dan 1EF .Aku cukup suka kerana & nbsp; dengan ini dapatlah aku peluang untuk bersenam dengan para pelajar. Entah mengapa tahun ini aku cukup suka mengajar PJPK.
Selalunya bebudak ini tak mahu aktiviti memanaskan badan. Kalau boleh mereka hendak terus main bola. Mereka main bola sepak pun macam cara kampung, tak ada sill langsung. Mereka bekejar bola sebiji dan tiada pembahagian kawasan. Bila 40 orang bermain bola sepak dalam setengah padang bola, tentulah   ; nak tendang pun tak boleh.
Lagi satu mereka mahu buka kasut. Aku larang mereka buka kasut, buka kasut masa main bola memang tak sesuai langsung. Lainlah masa aku sekolah dahulu. Masa itu kasutpun susah nak cari. Kasut berketumpam dengan lecah dan selut. Mana ada jalan raya.
Peraturan daripada Kementerian memang tegas yang mahukan setiap guru yang mengajar PJPK mesti berpakaian PJ. Dalam hal ini memang banyak cikgu yang bengkeng, termasuklah aku sendiri. Bukan apa, apabila masuk semula ke kelas, terpaksa   ; tukar semula pakaian biasa semula. Bukankah melecehkan. Bukan cikgu bantah benar-benar, tapi kelas tinggal 1 waktu atau dua kelas lagi selepas mengajar PJ, terpaksa pakai balik baju kemeja.
Dahlah kita ini berpeluh-peluh di padang , kena tukar balik dengan baju kemeja dan seluar . Peluh, walau dikesat macam manapun , tetap akan keluar lagi. Maka berpeluh dan melekit-lekit kepada kita. Mereka ini bukan opsyen PJ, itulah masalahnya. Guru yang opsyen PJPK sangat sedikit.
Sekolah aku ada seorang guru perempuan yang opsyen PJ tapi dia tidak pulak jadi Setiausaha Sukan atau Ketua Panitia PJPK. Terbalik pulak. Di mana silap dan salah, aku tidak berapa pasti. Dia masuk pada tahun lepas. Sebelum itu sudah lama cikgu opsyen PJ tidak ada di sekolah aku. Cikgu perempuan ini Wiva namanya. Saiznya besar sungguh, terutama yang itulah , aku jeling-jeling juga sesekali.
Duya tahun lepas, guru pelatih datang mengajar di sekolah ini. aku . Mereka opsyen PJ, tentulah mereka kena mengajar PJPK. Entah macam man , tiang gol hoki tumbang sremasa hendak dipindahkan dan kepala pelajar yang bernama Fazid bincut. Cikgu-cikgu cuba sembunyikan isu ini tapi tak berjaya.
Guru pelatih yang terlibat tidak memantau tingkah laku pelajar dengan teliti. Dia ingat semua pelajar tingkatan 5 itu baik-baik belaka. Sebenarnya dalam beberapa hal kita kena layan mereka dengan macam budak kecik. Kita kena anggap mereka nakal dan lasak belaka. Kita kena anggap mereka boleh buat hal-hal yang tak boleh dijangka. Kita kena anggap pelajar ini macam budak sakit mental, jika pelin sikit, mereka akan buat hal , membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Pengetua pergi ke rumah murid tersebut . Ibu bapanya marah-marah dan mengadu balik dekat aku. Fazid ini ada sepupu kepada isteri aku. Jadi tempias kemarahannya dan ketidakpuashatian terkena juga kepada aku.
Tiada sebarang tindakan diambil terhadap guru pelatih tersebut. Ibu kepada Fazid ini macam mahukan pengetua ambil tindakan disiplin . Pengetua tak boleh buat apa sangat kerana guru pelatih ini masih di bawah pengurusan universiti. Pengetua memang ada kuasalah. Tapi jika laporan negatif, silap-silap guru pelatih ini tak dapat jadi cikgu.
Sekarang ini Pendidikan Jasmnai dan Kesihatan akan ditekan dan menjadi pelajaran wajib dalam peperiksaan. Entah macam mana statusnya hendak ditukar , aku tidak berapa pasti. Sejak zaman tak kanun lagi, PJ bukanlah subjek yang wajib. Tidak ada prospek langsung , kata mereka. Mana ada kerja yang berkaitan dengan PJ, itu dululah.
Tapi kan sekarang PJPK ini membabitkan pendapatan jutaan ringgit, kalau di Amerikalah. Pemain golf Tiger Wood merupakan bilioner. Penungnang basikal Graeme Brown dari Australia dan Frank dari Peranchis memanglah dah jadi jutawan. Itu belum lagi pemain tenis , tinju, gusti, sofbol, bola sepak dan lain-lain lagi.
Pendek cerita, ada prospek yang baik dalam bidang sukan. Mereka boleh menjadi jurulatih dan pemain profesional . Pengurus kualiti dan pengurus kedai alatan sukan. China boleh kekal mantap dalam ginastik dan akrobatik kerana ada sistem pendidikan yang sungguh mantap.
Tapi pemimpin dan pembuat dasar pendidikan negara kita bukanlah mereka yang lasak-lasak. Ada pemimpin kita yang lembik sahaja di sekolah, kecuali Datok Dr Farid Ariffin dari Penang. Dia pernah berkereta Volkwagen dari Britain ke Malaysia. Aku ada baca kisahnya dalam Utusan Malaysia tahun 1980-an. Seronok baca. Azalina ada black belt dalam taekwando.
Sebelum ini peperiksaan PJPK hanya di peringkat pertengahan tahun dan akhir tahun sahaja. Soalan PJPK ini bukan senang hendak dibuat . Tidak ada buku rujukan yang sesuai terdapat di pasaran. Jadi pandai-pandailah cikgu buat soalan. Pelajar pun tak beli buku PJPK dan buku rujukan kerana subjek oini tak penting. Cikgu sendiri cakap begitu. Perspektif mereka tentulah kita lebih maklum.
Biasanya soalan tahun-tahun lepas akan keluar.Cuma tukar nombor sahaja. Kalau pelajar yang rajin sedikit, mereka boleh himpun soalan-soalan tahun-tahun lepas daripada kakak dan abang mereka. Tentu soalan -soalan ini berulang , sebijik-sebijik.
Tapi aku tahu sangat ,mereka tidak ada inisiatif buat begitu .
Kelemahan soalan PJPK ini ialah soalannya lebih kepada soalan pendiidikan kesihatan. Soalan lebih menjurus kepada Sains , Sains Pemakanan dan Biologi. Manalah pelajar ini hendak berminat sangat. Pelajar perempuan &nbs p; memang suka bab menyalin-nyalin nota dan tulis cantik-cantik. Lukis rajah dan gambar , fullamak - boleh jadi pelukis. Budak lelaki mana hendak macam itu.
Macam mana hendak buat soalan tentang Pendidikan Jasmani.
Dulu , pada zaman Aristotle, &nb sp; pelajarannya adalah tentang taktik dan teknik peperangan. Bagaimana hendak menjatuhkan lawan. Mereka belajar tinju dan gusti. Lawan pedang dan menunggang kuda. Pelajaran ini memanglah seronok dan lelaki tentu amat berminat.
Bak kata pensyarah USM semalam kata di televisyen, sistem pendidikan sekarang lebih menyebelahi kaum perempuan. Sistem pendidikan sekarang tidak langsung menimbangkan kepentingan kaum lelaki. Itu sebab 70 % pelajar di universiti dipenuhi dengan lelaki.
Lelaki minat mengembara, rentas hutan, berkhemah di air terjun, menyelam di dalam tasik, mencari harta karun dan angkat mayat. Pelajar lelaki minat skateboard, roller blade, futsal, mendaki dan sebagainya yang lasak-lasak.
Sedangkan guru yang ada di sekolah perempuan belaka. Mengandung pulak tu. Bila mengajar PJ atau latihan rumah atau Sukantara masih guna payung. Cikgu perempuan tukar baju pun tidak. Masih lagi pakai baju kurung ketika ketika sukan tahunan atau merentas desa.Entahlah, mungkin aku celupar sangat, mengutuk sesama kawan.
Peliknya mereka yang dapat melintang dan menegak.
Cikgu perempuan ini amat mudah mendapat kerjasama cikgu-cikgu lelaki .Dengan suara yang manja, dengan alasan mereka lemah berbanding lelaki, mereka minta kerjasama guru lelaki. Tapi bila guru lelaki minta kerjasama perempuan, jangan harap mereka akan membantu.
Alasan yang aku paling sakit hati, mereka akan minta kebenaran suami, suami tak benarkan, anak masih kecil lagi, masih menyusu, mengandunglah dan sebagainya. Datang bulan pun jadi alasan. Memang logik, akupun ada isteri ...
Berbalik kepada soalan peperiksaan PJPK , apakah wajar ditanya tentang peraturan bola sepak atau peraturan bola jaring. Kalau ditanya tentang SUKOM 1998 mungkin relevan , tapi sekarang ini tahun 2005. Takkkan hendak disoal tentang SUKOM lagi.
Pelajar suka hanya satu permainan sahaja iaitu bola sepak. Murid Cina suka bola keranjang. Murid yang diajar dalam satu -satu masa lebih kurang 40 orang. Padang terpaksa kongsi dengan guru PJPK yang lain.
Pertandingan bola sepak peringkat daerah pada bulan Mac..Oleh itu padang terpaksa dikongsi dengan mereka. Tentulah kita beri keutamaan kepada latihan bola sepak peringkat daerah, jadi P&P bagaimana. Kantoi, belajau lah dalam kelas macam cikgu Talhah.
Murid Cina minta aku membenarkan perlawanan bola sepak antara Melayu dan Cina. Aku tidak benarkan kerana & nbsp; tentu akan mencetuskan sengketa kaum .Padahal matlamat pendidikan , untuk menyatukan mereka. Untuk merapatkan mereka.. Inilah akibat apabila sekolah rendah masih berbeza-beza sistem. SK lain dan SRJKT atau SRJKC lain. Cakap kita mereka tak faham langsung. Yang pandai tu oklah.
Budak ini merayu-rayu dan merengek diberikan bola keranjang. Dalam rancangan pelajaran mana boleh begitu. Entahlah, aku harap aku kreatif menghadapi situasi begini. Bengang juga sebenarnya apabila mereka tak ikut cakap. Mulalah mereka duduk di tepi padang, berborak sambil melihat pelajar Melayu dan India bermain bola.
Pelajar ini juga malas hendak tukar pakaian terutama sekali pelajar India. Aku tidak pasti mereka mampu atau tidak. Mungkin juga ada di antara mereka yang tidak mampu. Minggu ini kita marah-marah dan tarik telinga mereka, minggu depan masih lagi pakai tshirt sekolah dengan sekolah biasa.
Seronoknya mengajar PJ, kita boleh denda mereka macam-macam. Contohnya pumping dan ketok ketampi atau lari pusing padang. Tapi janganlah denda pelajar macam itu di dalam kelas, alamatlah jadi isu nanti. Namun cikgu-cikgu harus berhati-hati dalam mendenda pelajar. Periuk nasi boleh berkalih dibuatnya. Kena hantar kat UT atau PK pulak. Susah. Ambil langkah selamat, cukuplah. Buat apa ambil tindakan yang berisiko tinggi . Emak bapak memang memang melenting punya jika anak mereka dijentik.
Pengetua cukup pantang jika pelajar tidak pakai tshirt sekolah. Untuk mengelakkan dari kena sembur dengan pengetua, Cikgu Talhah tidak membawa pelajar ke padang. Akhirnya setiap kali pelajaran PJ, hanya duduk di dalam kelas sahaja. Dia dapat pulak kelas yang hujung-hujung pulak, kelas yang memang degil hurabbi.
Sepanjang tahunlah Cikgu Talhah dan murid-murid PJnya tidak ke padang. Tahun lepas dia telah meninggal dunia. Dia mendapat sakit jantung dan salah satu puncanya yang dapat aku kesan ialah, pengetua tegur cikgu ini.
Apa yang aku hairan, pengetua buat derk sahaja. Dia macam tak faham akan situasi dan kondisi. Pengetua perempuan lah katakan. Dia mementingkan pakaian, bukan mementingkan latihan PJPK. Dia kata jangan bawa pelajar ke padang jika tidak berbaju PJ. Sebenarnya bukan semua pelajar yang degil tak bertshirt sekolah. Tapi pengetua ini satu, dia sangat nampak seorang dua yang tidak berbaju PJ. Pasal empat lima orang, seluruh kelas di denda tak dapat ke padang. Merana pelajar-pelajar tadi.
Di sekolah aku ini, tempat persalinan ada dua. Sekolah lain aku tak pasti sangat. Sesetengah kata ada bilik mandi lagi.
Tapi di sekolah aku, bilik persalinan lelaki telah ditutup. Alasannya pelajar lelaki ini mengintai pelajar perempuan bersalin pakaian. Pandai sangat buat bilik persalinan sebelah menyebelah, siapa suruh. Memanglah mereka akan mengintai. Kerja-kerja begini aku pernah buat dahulu. Jadi aku faham sangat. Cukup adventur jika dapat lihat betis putih melepak. Tak tidur malam. Basah.
Dah lah, merapu habis. Nanti terkeluar yang sulit mulit.
Mungkin masa lain aku akan cerita tentang cikgu Talhah ini yang mati mengejut . Dia telah beberapa kali dipanggil pengetua kerana beberapa kes seminggu sebelum diserang penyakit jantung.
Jumaat tak pergi
Sekolah aliran agama mungkin lain . Ini aku nak cerita pasal apa yang terjadi di sekolah aku ini.
Memang susah sungguh hendak menyuruh mereka sembahyang. Tiga pelajar lelaki yang aku tanya mengaku tidak sembahyang Jumaat. Memang aku sudah agak , dari air muka mereka aku sudah dapat baca. Mereka dari kelas hujung. Aku ingatkan jika 3 kali tak pergi Jumaat, boleh jatuh kafir.. Minggu lepas sembahyang tak. Seorang daripada mereka dengan penuh yakin berkata " Ya, sembahyang ". Dua lagi macam teragak-agak menjawab.
Pelajar perempuan yang lain terkih kih kih.
Pelajar India dan Cina turut gelak. Mungkin mereka juga faham apa yang aku tanyakan.
Soalan sembahyang ini ada kaitan dengan cerpen Sebuah Catatan Farid Badrul. Cerpen ini dalam antologi Seuntai Kata Untuk Di rasa untuk Tingkatan 2. Farid Badrul semasa cuti penggal tiganya berasa amat malu berada di surau di kampungnya kerana dia tidak pandai sembahyang. Dia tidak tahu masbuk muafik kut.
Selalunya pelajar Melayu di kelas hujung ini, bila kata nak pergi ke surau, mereka berlegar-legar sahaja di surau dan basuh muka dan rambut tapi tak masuk ke dalam surau. Mereka berlakon sahaja , kononnya basah muka ambil wuduk, sebenarnya tidak. Masuk dalam dewan suraupun tidak. Inilah anak-anak murid aku di kelas 2T.
Banyak kali aku beri pesan peringatkan, tapi balik-balik macam tu juga.
Sebenarnya ada double standard di sekolah ini. . Pelajar perempuan dibenarkan ke surau beramai-ramai dan mintalah izin daripada guru mata pelajaran terlebih dahulu. Sebaliknya pelajar lelaki hanya dibenarkan ke surau dalam dua orang dua orang, kerana selalunya mereka 'tersangkut' di tengah jalan. Mereka mesti pakai pas keluar . Ingat tu 'pas keluar'.
Namun kelas yang atas, masih jugak ramai pelajar yang tidak ke surau. Mereka tidak sembahyang walaupun telah berumur 13 tahun dan 14 tahun. ( sesi petang ).
Sistem jadual persekolahan dah macam itu. Jadual sembahyang tidak selaras dengan jadual waktu zohor dan asar. Tambahan pula waktu zohor dan asar sentiasa sahaja berubah dari semasa ke semasa.
Cikgu pulak, kekadang tak benarkan mereka ke surau . Antara alasannya mereka ini melencong ke tempat lain. Kata 10 minit cukup sembahyang tapi selalunya sampai 20 - 40 minit.
Mereka juga mengelakkan &n bsp; cikgu dan subjek tertentu. Guru yang mereka tidak minat, mereka lebih lama berada di surau. Itulah yang tak aci, macam mana cikgu tak geram tak marah.
Kawalan kelas menjadi cukup susah. Apabila mereka ke surau, tiada inisiatif untuk mereka merujuk semula buku atau menyalin nota daripada kwan-kawan. Habis tu, tinggallah pelajaran mereka.
Benarkan ke surau salah, tak benarkan salah. Rasa di hati amatlah berdosanya. Kan aku ini guru Islam, mana boleh tak benarkan mereka ke surau. Kekadang itu, masa akulah mereka nak ke surau. Mengapa mereka tak minta kebenaran pada cikgu-cikgu lain.
Aku pernah ditugaskan buat jadual waktu sekolah yang melibatkan guru hampir 70 orang di sesi petang dan di sesi pagi.( Murid sekolah aku ini 3 orang lagi cukup 3000 ) . Memang siksa. Software yang digunakan ialah SSS tahun 1991, aku dengar software itu masih digunakan,. Ia dikatakan berasal dari Singapura. Sekolah guna software cetak rompak.
Setakat ini belum ada pekeliling untuk menyelaraskan waktu sembahyang dengan jadual waktu pelajaran. Susah sangat agaknya.
Tambahan pula sekolah aku ada tiga kaum . Itu kut masalahnya, kut. Tapi kan, kita mesti latih anak-anak kita, pelajar kita sembahyang, jika tidak , mereka juga akan abaikan sembahyang, sebagaimana aku masa bebudak dulu.
Masih belum berubah.
Itulah sebabnya 'orang belakang' kata sistem kita ini macam daun kiambang di tepi sungai. Ikut ru.
Makan lebihan emak
http://www.tblog.com/templates/index.php?bid=sirasain&" title="http://www.tblog.com/templates/index.php?bid=sirasain&" target="_blank"http://www.tblog.com/template...;static=391174&search =guru
Satu weblog yang aku terbaca tentang pendidikan anak-anak. Dr Dato Fadhilah Kamsah ada memberi pendapat bahawa anak-anak dahulu lebih terdidik kerana makan sisa emak. Ibu bapa dilarang memakan sisa anak.
Petua ini telah lama aku dengar dan memang aku setuju pada mulanya. Tapi bila fikir balik , didik anak tidak semudah makan lebihan emak atau tidak makan lebihan anak. Tidak semudah itu.
Petua lama biarlah jadi petua lama dan kita tak seharusnya mengharapkan petua lama sahaja untuk mendidik anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Aku setuju sangat dengan komen Pak Lah tentang cikgu-cikgu Melayu ( dan umumnya masyarakat Melayu ) . Ucapan Pak Lah ini telah diulang beberapa kali. Oleh kerana ia diualng beberapa kai, aku cuba mendapatkan penjelasan yang sebenar-benarnya tentang ucapan itu. Ucapan Pak Lah itu disampaikan dalam amanat khas dalam perhimpunan UMNO Februari 2005.
Pak Lah kata, kita orang Melayu suka sangat sembang pasal politik . Politik ini boleh jadi politik negara, politik dalam pentadbiran sekolah, politik di surau dan masjid, politik dalam pemilihan JKKK , politik dalam kenaikan pangkat dan sebagainya. Banyak masa dibazirkan untuk cerita 'politik ' ini. Tentu sekali Pak Lah pun demikian. Dia dah selesa di atas dan kalau boleh orang bawahan janganlah cerita pasal politik.
Walau apapun tafsiran tersurat dan tersirat dari komen Pak Lah tentang cikgu-cikgi di sekolah, memang banyak kebenarannya. Cikgu Melayu kurang sangat bercerita tentang pendidikan anak-anak mahupun pendidikan murid-muridnya. Ada bukan tak ada langsung. Ada. Tapi mungkin boleh diubah dan diperbaiki.
Dalam hal ini, tak pastilah aku, siapa yang terkena cili, cabai dan lada. Bila sebut pasal pendidikan, kita orang Melayu menjurus kepada perubahan yang belum dilakukan oleh kerajaan. Itu tak betul dan ini tak kena. Semua yang dibincangkan itu betul belaka dan pak menteri tak berapa jelas kut. Contohnya isu saman.
Cukuplah.
Kaum Cina lebih maju kerana hampir semuanya hantar anak ke kelas tusiyen. Kelas tuisyen mereka ini, tak semestinya di tuisyen center. Tapi di rumah- rumah guru mereka. Tengok sendiri dan perhatikan. Sedangkan guru-guru Melayu tidak buat kelas tuisyen, Ini termasuklah aku sendiri.
Mereka sanggup berhabisan untuk anak-anak. Aku cuba tidak menjadikan beli pinggan mangkok di rumah sebagai satu budaya , tapi susah sungguh. Isteri cukup bantah dalam hal ini. Beli penuh almari, tupperware penuh almari. Akhirnya keluarga aku sama taraf dengan keluarga Melayu yang lain. Dua kali lima jugak.
Anak-anak Cina tidak bebas keluar dari rumah, Ini jauh berbeza dengan anak-anak Melayu. Anak Melayu bebas keluar masuk rumah dan pergi jauh-jauh. Kononnya pergi ke kedai, tapi dengan motosikal , anak-anak Melayu ini menyongsong jauh. Cuba perhatikan.
Anak Cina tak semudah itu pergi camping sana sini walaupun program itu nampak bagus. Mereka sebenarnya cukup berkira pasal duit, walaupun mereka sebenarnya banyak duit.
Anak mereka selalu main chess, dam, dam Cina dll. Terup pun selalu. Malangnnya kita orang Melayu haramkan anak-anak dari bermain terup. Cuba fikirkan. aku cuba galakkan anak-anak aku main terup supaya mereka cekap mengira, tapi isteri dan lebih-lebih mentua - menjeling panjang. Kut-kut nanti pandai berjudi, kata mereka.
Pasal tuisyen ini , kelemahan aku ialah aku tak boleh berbahasa Inggeris. Sekarang ini Sains dan Matematik di ajar dalam bahasa Inggeris. Matematik memang lemah buat kepala seperti aku. Biasanya kelas tuisyen ini mengajar 4 subjek utama. kita hanya boleh bahasa Melayu sahaja. Sedih sungguhlah.
Tambahan pula ibu bapa Melayu berkira sangat soal bayaran.
Terperangkap dalam Zon Selesa
Hari ini ada perjumpaan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia kali ke-4 untuk tahun ini. Aktiviti ini dimulakan dengan latihan kawad kaki. Latihan kawad kaki diketuai oleh Mohamad Ainudin , Jumali dan Narinderpal Singh . Latihan kawad selama 45 minit. Ada nampak sedikit perubahan dan kemajuan.
Kemudian sesi bengkel / demo pertolongan cemas. Bagaimana menghadapi situasi kecemasan. Contohnya semasa membantu mangsa lemas di SMK Tok Jiring, Kuala Berang Terengganu. Situasi cikgu kena renjatan elektrik di Melaka. Atau situasi berlaku kecemasan kemalangan jalan raya pada musim hari raya.
Paling penting , utamakan keselamatan diri terlebih dahulu. Janganlah kerana hendak menyelamatkan murid lemas, & nbsp; cikgu pula yang mati lemas. Dalam dalam kes ini , teknik dan taktik menghadapi situasi kecemasan mesti dipelajari , dilatih dan diamalkan setiap ketika.
Teknik DRABC mesti digunakan.
Teknik pemindahan pesakit menggunakan strecher. Sekolah ini ada satu strecher dan pengetua bercadang membeli sebuah lagi. Harapan semoga menjadi kenyataan/
Ahli-ahli PBSMM dibentuk kepada beberapa kumpulan   ; dan mereka ditugaskan menyelamatkan pesakit menggunakan strecher. Jika bergurau-gurau dan bermain, gelak-ketawa semasa menggunakan strecher, kemalangan mudah berlaku. Oleh itu guru peasihat / jurulatih PBSMM haruslah memastikan setiap peserta serius. Alamak serius lagi.
Beberapa tahun lepas , terjadi kemalangan semasa latihan mengangkat pesakit. Ketika itu pemindahan pesakit tanpa menggunakan strecher . Tiga orang mengangkat seorang pesakit. Dua orang bersilang tangan. Pesakit duduk di atas tangan yang bersilang itu. Sementara seorang lagi tolong ampu kaki yang patah. Mereka bergurau dan ketawa terkikih-kikih semasa melakukannya. Seorang ahli yang nakal, telah mencampak pesakit ke atas jaln raya.
Beberapa calar di lengan dan badan.Kecut perut aku dibuatnya. Mungkin ada tulang yang retak atau patah. Namun rasa-rasanya tidak. Prelajar itu kurus dan pendek sahaja . Dia juga sering 'dibuli' oleh pelajar yang lain . Aku menanti esoknya kalau-kalau ibu bapanya ke sekolah dan menyerang aku atau mengadu kepada pengetua. Selalunya pengetua patang mendengar keadaaan yang begini . Langkah-langkah perlu memang telah aku buat sebelum itu.
Aku telah nasihatkan setiap ahli jangan bergurau semasa latihan pemindahan . Surat kebenaran menyertai ko kurikulum memang ada. Tapi ibu bapa tak dapat terima kes kemalangan seperti ini. Ini semua merupakan kerja sukarela. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia merupakan pertubuhan sukarela. Lantaran aku berminat sangat dengan PBSMMM, ada pelajar yang cedera atau patah, periuk nasi aku pula terjejas. Silap hari bulan , aku mungkin dipindahkan ke Ulu Tembeling atau ke Pulau Ketam.
Nasib tak baik akan dipanggil oleh pengetua dan bersoal-jawab dengan penyiasat daripada Kementerian Pendidikan. Laporan mereka yang tulis dan tidak diberikan kepada kita. Entah apa laporan yang mereka tulis , kita tidak mengetahuinya.
Atas situasi-situasi sebegini, aku mengambil jalan mudah, janganlah aktifi sangat. Buat ala kadar cukuplah. Tak dapat menegak dan melintangpun tak apalah . Dan sehingga kini sudah 18 tahun aku berada di sekolah ini. Ini dah kira terperangkap dalam Zon Selesa.
Makan di restoran KFC
Tadi malam., kami sekeluarga makan ayam goreng KFC. Restoran KFC semakin hampir dengan kawasan perumahan ini. Kita orang Melayu memang suka makan di Restoran KFC kerana itulah sahaja restoran halal yang dikatakan &nbs p; standard dan menepati citarasa anak-anak dan kita juga.
Pekerjanya terdiri daripada bekan pelajar sekolah. Tersenyum-senyum mereka apabila bekas cikgu mereka datang. Ada yang beri salam. Ada yang bertanya khabar.
Pelanggannya juga bekas muridku sendiri. Mereka membawa girlfriend mereka sendiri. Aku pula kemaluan . Alamak kemaluan pulak. Selamba sahaja mereka makan bersebelahan dengan meja aku dan ketawa berdekah-dekah. Kahwin pastinya tidak kerana baru setahun dua keluar dari dunia sekolah.
Itulah bebudak sekarang.
Cikgu -cikgu pulak yang sepatutnya menyimpang.
Hempas pintu
Memang mudah menghempas pintu bila kita marah. Memang mudah kita hempas pintu kereta apabila kita geram. Tapi bayangkan kerana hempasan itu jantung sang suami boleh gugur.
Tidakkah anda tahu hempasan pintu itu boleh menyebabkan jantung ayah berlari kencang.
Begitulah yang terjadi apabila aku menggerakkan anakku dari tidurnya. Dia ingin sambung tidur jam 6.30 pagi. Tapi mana mungkin, dia perlu ke sekolah. Semalam dia tuisyen dan agak lewat tidur. Kasihan juga aku melihatnya. Mungkin itu puncanya. Lantas masuk sahaja ke dalam bilik air , dia hempas pintu tanda protes.
Dunia ini cukup mencabar .
Mulut lancang
Mulut kita jangan cabul sangat, nanti orang marah. Untuk mengelakkan orang marah sepenuhnya memang tidak mungkin. Kita tak dapat menutup orang berkata, menghina kita, memperli kita dan mengejek kita. Itu mulut mereka. Ada sahaja yang tidak betul pada pandangan mereka. Segala-gala yang kita buat tak betul belaka. Tapi bila mereka buat dan kita boleh contohi mereka, tidak pulak sebaik mana.
Itulah yang terjadi kepada kawanku yang bernama Rahimi ini. Mulut tak berbedung memang begitu. Kata emak aku, semasa kecil , bidan akan menarah mukut bayi.
Dia juga merupakan seorang guru sepertiku. susah senang dirinya samalah dengan dirinya dengan aku. Imejnya sebagai guru tecalar, maka imej aku sebagai guru juga akan tercalar. Namun dia membuatkan bidang akademik ini semakin harum, kecuali sedikit kekurangan di bahagian lidah dan mulut.
Dia mengajar subjek bahasa Melayu dan Sejarah. Tapi bahasanya tidak sebaik mana . Aku maklum akan hal ini kerana dia ini keturunan India Muslim. Dia tidaklah bercakap India di rumah. Keluarganya aku ketahui benar. Sepatah haram dia tak tahu cakap India walaupun bapanya keturunan Malabari dan ibunya keturunan Jawa Batu Pahat.
Sudah barang tentu guru-guru Melayu akan memperli dan mempertikaikan akan kewibawaannya. Tambahan warna kulitnya agak gelap sedikit berbanding dengan orang Melayu. Jika cakap belakang, istilah keling akan keluar. India muslim ini datang dari wilayah Kalinga, India. Zaman Badang dan Kerajaan Melayu Melaka, benua Keling merujuk kepada benua kecil India.
Tapi dia tetap kawan aku sejak 18 tahun yang lalu. Dia masih lagi kawan aku dan menjadi jiran aku sejak 10 tahun yang lalu. Kami duduk di taman perumahan yang sama. Ada seronoknya . Dua tiga rakan serumah kami yang lalu telah balik negeri. Antaranya kembali mengajar di negeri sendiri iaitu Johor , Kedah , Kuala Selangor dan Perlis.
Mulut dia memang celupar dan aku pernah berkata jika dia cuba masuk ke sekolah ini ( tempat aku mengajar sekarang ) aku akan keluar. Aku tidak sanggup mendengar mulutnya yang celupar itu. Aku tidak sanggup dimalukan. Agaknya kerana ugutan ini, dia tidak pernah bertugas di sekolah aku. Aku pulak selesa di sekolah ini selama 18 tahun. Tak pernah bertukar sekolah.
Aku ada cara untuk mengelakkan mulutnya yang celupar dan sesedap mulut sahaja itu. Dia akan menghina dan mengejek aku dari semua segi. Dia akan ejek pakaian aku. Dia akan kata tidak berani dan tidak berdisiplin. Dia akan tuduh aku tidak tahu mengajar itu dan ini. Macam macam lagilah yang akhirnya akan menonjolkan dia serba boleh.
Dia sebenarnya memang serba boleh. Dia boleh menjadi polis.Dia boleh bertukang dan amat minat tentang barangan elektrik. Dia boleh menjadi guru displin yang hebat. Dia bekerja dari pagi hingga ke malam. Di samping mengajar dia menjadi polis sukarela di Ipoh. Pada hari Sabtu dan Ahad pula dia akan memberi ceramah undang-undang di sekolah memandu.
Pendek kata macam-macam kerja yang dilakukan olehnya. Aku naik malu dan segan bila dia keluar dari rumah pada hari Sabtu dan Ahad. Dia bekerja keras untuk menambah pendapatan keluarganya. Sedangkan aku tidak buat sesuatu apapun pada hari Sabtu dan Ahad. Itulah sebabnya dia nampak hidup senang, walaupun tidak semewah mana.
Rumahnya telah ditambah di bahagian belakang. Sedangkan rumah aku tidak. Rumah aku bocor sedangkan rumahnya elok luar dan dalam. Cuma kelebihan aku ialah, rumah aku jenis endlot, dia rumah tengah, betul-betul di sebelah rumah aku. Aku dapat rumah inipun kerana anjuran daripada. Dia yang booking dulu tapi menawarkannya kepada aku. aku amat berterima kasih kepadanya.
Dia cukup peramah dan sedia membantu sesiapa sahaja. Lantaran itu dia mempunyai ramai kawan dan rakan. Semua orang mahu kenal dan berkenalan dengannya. Orang dengan mudah mendapatkan perkhidmatan daripadanya terutama sekali berkaitan dengan pendidikan , kepolisian, lesen memandu, sola perumahan dan sebagainya. Dia sungguh ringan tulang. Dia sangat senang membantu.
Dia pandai memasak dan tetamu yang berkunjung ke rumahnya pasti akan dihidang dengan minuman dan segala jenis makanan. Dia boleh masak kuetiaw, mee goreng, laksa, pulut kunig, nasi ayam dan sebagainya Setiap tahun, pada hari raya, berbelas kereta-kereta yang singgah atau parking di hadapan rumah aku, sebenarnya akan pergi ke rumahnya. Aku tidak dapat kata apa ?.
Dia memang sungguh baik. Dia baik macam malaikat. Mulutnya sahaja yang jahat. Tapi itu sudah tabii yang sukar diubah. Jika mulutnya berubah, dia tak boleh dipanggil dengan nama Rahimi lagi. Kena tukar dengan nama lain. Itulah identitinya.
Ishak berkata dia mendapat jawatan sekarang kerana dia merayu-rayu kepada Dato Ketua Pengarah Pelajaran. Antara rayuannya ialah dia tidak tahan lagi mengajar di sekolah. Dia sudah tidak ada mood lagi mengajar di sekolah. Dia cemus dan bosan berhadapan dengan para pelajar. aku tidak sangka begitu deskripsi yang diberikan oleh Ishak kepada kau. Tapi aku akui itu mungkin benar. Rasa-rasanya memang betul.
Setelah mendapat master dalam bahasa Melayu di USM , dia ingin beralih bidang kepada kepegawaian. Dia ada juga tanya pada aku, tidakkah aku rasa bosan berada di sekolah dan mengajar 18 tahun di sekolah yang sama. Aku tidak pasti.
Namun aku lebih selesa jika bnerbabding dengannya. Dia keluar bekerja dari jam 7.30 pagi dan malam , lebih kurang 10.00 barulah balik. Dia menjadi polis sukarela sebagai part time. Jawatannya agak besar juga di dalam bidang pegawai poolis.
Aku pernah bertanya tidakkah dia mahu bertukar bidang iaitu menjadi polis pulak tambahan pula semua polis mengenalinya.
Dalam sebuah restoran , aku mengenali seorang pegawai polis semasa aku belajar di UM. Pegawai polis tersebut di bahagian perdagangan. Namun demikian   ; polis ini tidak sambung belajar dan terkandas begitu sahaja di tengah jalan.
Kawan aku Rahimi ini dengan pantas angkat tabik sungguh pun dia tidak memakai seragam polis. Aku naik tergelak juga. Aku rasa polis itupun tidak mengenalinya. Mungkin mengenalinya mungkin tidak. Disiplin polis memang ketat dan amat menekankan tentang sistem pangkat. Jika rank seseorang itu lebih tinggi , dia kenalah tabik.
Aku ada beberapa kali masuk ke balai polis tempat dia bertugas . Rakan setugas akan angkat tabik dengan pantas jika dia lalu. Aku rasa kagum kerana mereka iaitu polis-polis sukarela tabik pacak padanya. Irihati juga aku dengan pakaiannya yang smart dan ada orang bawahan.
Pada ramalan aku dia akan cepat naik pangkat baik di dalam bidang perguruan / pendidikan mahupun di dalam bidang kepolisian. Dia tahu banyak tentang undang -undang pendidikan dan undang-undang keselamatan negara dan kepolisan. Aku ini apalah sangat.
Dia cepat kenal orang dan mempunyai kenalan di semua peringkat. Katanya semasa dia belajar di universiti ,dia kenal dengan ramai pensyarah. Para pensyarah ramai yang tolong bantu. Aku juga belajar di peringkat degree dan master tapi nama pensyarah aku lupa. Nama aku pensyarah lupa kecuali Dr Jamaliah atau Dr Zai .
Begitu juga semasa dia belajar di peringkat sarjana, dia dengan mudah dapat CGPA 3.5 . Sedangkan CGPA sarjana aku cuma 3.2 sahaja.
Aku mengambil pengkhususan pentadbiran pendidikan. Sementara dia dalam pengkhususan bahasa. Tapi aku meragui juga kebolehan berbahasanya. Dia juga merupakan seorang pemeriksa kertas bahasa Melayu SPM. Dia pernah menjadi ketua pengawas peperiksaan PMR dan SPM. Dia pernah menjadi ketua pengawas semasa pilihanraya. Malangnya dia tidak pandai bersukan. aku difahamkan dia pernah belajar silat gayung tapi entahlah. Tak nampak macam pesilat.
Pendek kata apa juga bidang kerja yang berkaitan dengan ketua, dia pernah menjadi ketua. Aku memang tabik dengan kawan yang seorang ini.
Jika aku kesempitan wang, aku akan pinjam dengannya. Begitu juga jika dia kesempitan wang. Namun begitu aku lebih banyak meminjam daripadanya.
Mintalah apa juga pertolongan daripadanya, pasti dia akan membantu. Bila kita meminta bantuan daripadanya, kita mesti tahan telinga. Mulutnya sedikit celupar. Telinga kita kena tahan sedikit , itu sahaja. Dia memang banyak menabur bakti. Aku pernah berazam untuk membalas budinya tapi tidak pernah kesempatan.
Pintu rumah aku terkunci, dia yang tolong pecahkan kunci pintu. Pintu rumah aku tak boleh bukak , dia yang tolong aku. Aku tak boleh gunakan penebuk lubang elektrik, dia akan bantu aku. Dia juga yang pasang para di bahagian dapur rumah aku.
Jika alarm kereta aku berbunyi tak berhenti-henti , namanya juga yang akan kusebut. Kereta aku meragam tengah jalan pada waktu malam, dia jugalah harapan aku untuk membantu. Bukan aku sahaja yang sangat berharap akan kehadiranya, tapi ramai lagi kawan-kawan lain yan tidak pernah aku kenali. Ramai sungguh kawannya. Barangkali boleh penuh satu padang bola sepak. di sana kawannya, di sini kawannya. Baik Melayu, Cina atau India.
Semasa aku mula-mula masuk ke rumah ini, dia yang tolong bantu pasang 13 lampu kalimantang dengan bantuan seorang lagi kawan kami. Pendek kata, tidak ada cacat cela padanya kecuali mulutnya sahaja.
Antara perkataan yang selalu keluar dari mulutnya ialah 'Pukimak betul'.. Jahanam kau. Itupun kau tak tahu ke ?. Begini rupanya menantu imam ?. " Banyak lagi sindiran tajam yang ditujukan kepada aku atau kepada kawan-kawannya yang lain.
Seseorang yang berdampingan dengannya pasti lebih faham akan mulutnya yang tak berbedung itu. Orang yang baru dikenali akan cepat ingat padanya. Rahimi ini pulak akan cepat kenal dengan mereka yahg berpangkat-pangkat atau berdarjat. Orang yang berkereta besar memang kawan dia sahajalah.
Kawan-kawan aku cuma cikgu, kerani dan tukang-tukang kebun sahajalah. Kerdil benar aku berbanding dengannya.
Semua tugas dan jawatan dia akan kongker dan tunjuk pandai. Baik dari segi teknikal ., siaraya , pendawaian , kesukanan , undang-undang, disiplin, kawat dan lain-lain. Semua kerja hendak dibolot olehnya.Tapi banyak juga kritik terhadap dirinya. Maklumlah, Jika semua kerja hendak dibolot, semua tempat dia hendak menonjol diri, memanglah ada yang kritik, ada yang geram, ada yang marah. Semulajadi manusia begitu. Bila tak tahu atau minta tolong, pandai pula mereka mendekati kawan aku Rahimi ini.
Cuma beberapa tugas yang dia cuba mengelak. Antara tugas yang dia akan mengelak ialah bab komputer, juruacara dan keagamaan . Selain itu serahkanlah apa-apa tugas kepadanya.
Mulutnya yang celupar boleh ditafsirkan sebagai berani. Oleh itu bolehlah dikatakan dia ini berani berhujah . Tambahan pula dia mempunyai ijazah master dalam bahasa. Lantaran itu amat tidak rugi jika dia dijemput dan ditonjolkan dalam mana-mana persatuan atau parti politik. Oleh itu dia terlibat secara aktif dalam parti dan GB4B. dia memegang beberapa jawatan penting di sana.
Aku selalu bandingkan diri aku dengan dirinya. Jika dia hadir ke surau, kehadirannya amat dirasai. Jika dia tidak hadir, akan terasa kehilangannya. Surau atau majlis akan riuh rendah. Tambahan pula dia seorang yang ringan tulang. Sedangkan aku hanyalah melukut di tepi gantang. Hadir tidak menyeri, ponteng tak disedari. Aku akui sangat bahawa ' hadir tidak menambah, tak hadir tidak pula mengurang'. Tanpa ada sebarang nilai pada aku.
Aku terima hakikat itu. Aku tidak dapat merubah akan keadaan diri aku ini. Aku sememangnya melukut yang malu.
Sebagai seorang guru disiplin, dia masak dengan perangai para pelajar dan ibu bapa. Dia akan bertindak sebagai guru yang tahu segala tindakan undang-undang. Ibu bapa tidak akan dapat menyamannya kerana dia marah dan merotan berdasarkan undang-undang yang dipegang. Tambahan pula dia pernah pergi menghadiri kursus kaunseling dan kursus guru disiplin. Aku rasa dia memang pakar tentang hal-hal sebegini. Dia akan menjadi orang depan dalam kebanyakan majlis.
Tapi semalam aku sungguh terkejut, rakan aku yang hebat ini tabur garam dan lada hitam sekeliling rumah. Apa ke jadah tabur garam dan lada hitam di rumahnya hingga sampai ke rumah aku pulak. Beberapa malam , rumahnya dipenuhi dengan bunyi azan, bacaan Yassin dan bunyi orang berzikir. Eloklah kan. Majlis agama memang elok. Mungkin dia dah bertaubat dan ingin mendekati agama semenjak tsunami berlaku.
Aku akui dia kurang ke surau atau masjid. Surau yang amat dikenalinya dahulu sudah amat dikunjungi kecuali musim sembahyang tarawih. Bab sembahyang tarawih, dia masih cukup jaga.
Setahu aku garam yang ditabur-tabur ini untuk pendinding daripada serangan histeria.Ustaz Razak pernah buat begitu semasa asrama sekolah aku diserang histeria beberapa tahun yang lalu. Sejak itu histeria tidak berlaku lagi.
Rakan aku ini hendak menahan / mendinding daripada apa ?. Itu yang jadi persoalan. Malangnya , sungguhpun rumahnya di sebelah rumah aku, tapi kami tidak berkesempatan berjumpa. Apa masalah yang terjadi kepadanya ?. Minta disimpangkan Allah dari segala mara bencana.
Aku sebagai sahabat dan jiran Melayu yang paling dekat, paling hampir , aku mendoakan dia sejahtera selama-lamanya. Terlalu banyak jasanya kepada aku.
Aku dapat rumah tepi ini pun kerana bantuan daripadanya. Mulanya dia booking rumah tepi, tetapi kerana aku berkehendak sangat sangat akan rumah tepi, dia mengalah.
Malahan ada cerita -cerita yang lebih seni dan mengharukan lagi yang tidak dapat aku ceritakan. Mungkin akan memalukannya dan memalukan diri aku sendiri. aku hanya mampu menceritakan cerita yang baik-baik sahaja tentang dirinya.
Keburukan dirinya biarlah aku simpan. Bukankah aku ini seorang pendiam. Orang yang introvert memang sesuai diberikan tugas-tugas yang penuh kerahsiaan. Sementarakan kawan ini beraksi sebagai ektrovert, amat sesuai sesuai dia bertugas di bahagian hadapan.
Sesungguhnya aku akui dia sahabat sejatiku, dunia dan akhirat.
Garam pendinding
Garam dan lada hitam yang bertaburan di depan rumah jiran dan rumah aku tu rupa-rupanya pendinding. Hashim tahu sangat.
Semasa sekolah diserang histeria tempoh hari, Ustaz Razak tabur garam agar histeria tidak berulang lagi.
Isteriku mula dapat terima. Mulanya dia memandang dengan penuh sinis. Hendak bertanya tak boleh kerana jiran aku tu asyik tutup pintu sejak akhir-akhir ini.Tiada kesempatan untuk bertanya.
Mulutnya memang celupar habis. Pantanglah berbincang mesti ada benda yang hendak ditekakkan. Pernah dia kena serang semasa mesyuarat hal ehwal pelajar.
Tapi dia tetap kawan aku. Aku kenalinya sejak 18 tahun yang lalu. Dulu duduk serumah. Dialah yang meminang isteri aku kini. Kemudian duduk di sebelah rumah.
Aku akan selalu mendoakan kejayaannya.
Jebat difitnah
Hebat kau Jebat
Derhakamu karena seorang sahabat
Perjuanganmu tepat
Tuturmu padat
Hebat kau Jebat
Setiamu bertempat
Kau sanggah raja keparat
Raja lari sementara sempat
Kuasa raja kau sekat
Hebat kau Jebat
Hidupmu tidak merempat
Tak makan pujuk raja laknat
Hebatnya kau Jebat
Sayang sekali kau difitnah Jebat
Segala gundik kau rembat
Harta negara kau sebat
Sayu hatiku Jebat
Mereka jadi keliru , Jebat
Aku pilu , tapi terlambat
Lidah kelu bila mengingat
Kasihan dikau Hang Jebat
Suaranya digaraukan
Aku cari namanya di internet. Tapi serupa pula dengan sepupunya dan beberapa orang lain. Jadi nama itu tidak ada kelainan. Aku suka nama yang lain daripada yang lain. aku inginkan keluarbiasaan.
Umurnya kini dua setengha tahun. Dia selalu menyikat rambut aku. Sekali itu dia sapu minyak rambut dekat rambut aku.
Tapi kali ini dia sapu gam ke atas rambut aku. aku ingatkan dia menyapu minyak rambu. aku diam sahaja . Ingtatkan dia sapu gel ke rambutku.
Ketika di sekolah selepas keluar dari surau selepas solat asar, Badrul tegur mengapa rambutku berwarna putih..aku merasa terbal di atas rambut sebelah kanan. Terasa keras. Gam itu sudah berwarna putoih dan keras. Aku syak ini semua kerja anakku .
Dia melompat macam katak. Bila sebut pasal katak, dia akan mengajuk 'katak'. Kami suka kerana dia boleh mengajuk kami bercakap. Terkih-kih neneknya ketawa.
Kak Ngah selalu takut-takutkan dia dengan lagu 'Pulangkan'. Kami selalu lihat cerita Pontianak Sundal Malam melalui Astro Ria. Kini dia menjadi seoran gkanak-kanak yang penakut.
Apabila aku suruh ambil botol susu kosong di ruang tamu, dia enggan kerana dia sangat takut. Aku sangat susah hati. Susah aku jadinya. .
Pondok dimasuki lipan. tak pernah pondok di kebun itu dimasuki lipan. Nasib baik malam itu isteriku nampak lipan itu berlari ke bawah tikar pastik. Jika tidak, tak apa yang akan terjadi.
Dua minggu kemudian , semasa balik dari kebun , seekor babi tunggal melintas jalan. Mungkin babi itu melintasi Lebuh raya Kaseh.
Anakku suka membela dan membelai kucing Aku bimbang dia alah dengan bulu kucing dan dapat asma seperti aku. Asma yang aku hidapi memang keturunan daripada emak aku. Namun bukan itu kesalahan &nbs p; emak aku. Dia bukan hendak anaknya sakit. Begitu juga dengan aku. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu anakku sakit. Serik mengidap sakit asma. Macam bunyi lembu kena sembelih. Kini sakit aku bertambah beberapa lagi. Antaranya ialah DM.
Dia pantang melihat baju kurung . Terutama sekali jika baju hari raya yang berwarna ungu. Dia akan sarung sekali., Sudah beberapa tahun , kami sekeluarga akan menempah baju yang serupa. baju aku dan anak lelakiki dijahit oleh Pak Busu Arman.
Dia conteng dinding dengan pen merah. berputar-putar. Semasa hari raya baru-baru ini ( 2004 ) , aku anak beranak terpaksa cat semula dinding dengan warna putih.
Anakku garang Dia antara yang paling garang di kalangan sepupu-sepupunya. Dia sudah pandai bergaduh.. Dia akan ejek 'koling kaje'. Dia dapat perkataan itu daripada Pak Teh. Pak Teh suka sebut 'Koling ". "Kau ini koling betul.". Akhirnya anak buahnya terikut-ikut & nbsp; pak saudaranya sebut dan cakap. Dia tak tahu apa-apa. Pak Teh lulusan UM. Jadi serba salah hendak tegur kerana bapa saudaranya lulusan universiti.
Aku terpaksa menelan air liur. Dulu keluarga itu selalu mengejek dengan istilah 'mangkok'. Isteriku juga terikut-ikut sama. Malahan apabila aku buat salah dia akan kutuk aku dengan kata 'Mangkok betul'." Mengapa mangkok sangat". "Janganlah mangkok". Ali sangat terhina dengan cercaan itu. aku tak dapat terima. Bukanlah keluarga berbudi -bahasa sangat. Tapi aku rasa itu sangat tidak patut terutama 'mangkok ayun'. Mustahil seorang ustazah boleh mencerca suaminya sedemikian.. Tapi itulah yang terjadi..Aku terpaksa membetulkan semula kebiadapan itu.
Setiap kali dia bercakap walaupun betul aku akan jawab mangkok. Sepatah dia bercakap, aku akan kata 'mangkok'. Mulanya dia marah pada aku. Akhirnya dia faham dan tidak gunakan perkataan mangkok itu lagi di rumah. Di rumah ibu mentuaku pun istilah itu tidak digunakan lagi. Berkesan jugak cara aku. Mungkin mereka malu.
Semasa di kedai buku , anakku masih ucap 'koling kaje' pada seorang pembeli keturunan India.Aku cukup bimbang kerana orang itu menjeling pada anak aku. Ramai orang India tidak dapat terima perkataan itu.
Seorang guru pernah mengunakan istilah 'keling' ketika mengajar. Dia terlampau marah dengan muridnya. Isu itu dibawa ke atas oleh ibu bapa pelajar tersebut. Jenuh juga dia menjawab.
Apabila masuk ke kedai BP, dengan selamba dia mengambil gula-gula. Dan apabila masuk ke farmasi dia ambil gula yang lain yang dia berkenan. Mana boleh tahan.
Semasa di restoran roti canai, mamak dari India suka mengusik dan membelai rambutnya. Mungkin maka itu terkenang anak-anak mereka di India. Anak aku pantang orang lain mengusik rambut atau mengusik 'kelapa sawit' di kepalanya. Dia cepat-cepat menepis.
Dia akan menjerit sekuat-kuat hati.
Dia dengan berani berkata ' tak' tak', 'tak nak'. Seolah-olah dia faham apa soalan daripada aku.. Sebenarnya usianya baru berumur dua setengah tahun. Macam dia faham , tapi aku rasa dia tak faham sangat apa yang telah dituturkannya.
Malangnya dia belum pandai kencing atau berak di tandas. . Oleh itu dia masih lagi memakai pampers.
Dia pandai cakap mandi. Kekadang dia liat hendak ke bilik air. Aku terpaksa cebok dan tukar lampin pakai buang.
Mulanya kami bimbang juga dia tak pandai cakap. Akhirnya dia pandai bercakap.Cuma bab kencing dan berak tidak. Malahan dia boleh terberak ketika dia sedang tidur. Tak gelikah dia ?
Dia banyak mengisap susu. Petang itu aku buat dia tiga botoil. Setiap botol ada 4 skop susu. Aku harap badannya boleh besar sedikit sebagaimana anak mat salleh.
Dia disayangi oleh nenek dan atuknya. Ketika mamanya hendak ke sekolah petang, atuk akan ambil dia sekali.
Mak Iti akan bawa dia kedai ubat TC Tong. atau ke Econsave atau ke Fajar membeli gula-gula.
Beberapa kali nenek membeli baju untuknya. Aku terpaksa jeling-jeling. Mustahil aku menolak hadiah atau pemberian orang kepada anak-anakku. Patutnya aku lebih bersyukur, tapi entahlah. Mungkin aku takut kehilangan kasih sayang.
Aku serba salah untuk meninggalkan anakku di rumah neneknya . Takut nanti dia kesedapan dan aku kesunyian di rumah.
Isteriku mengajar pagi dan petang. Sedangkan aku hanya mengajar pada waktu petang. Oleh itu pada waktu pagi, aku yang jaga anak kecil ku itu.
Dia suka bergurau dengan kak Ngah. Dia akan tarik rambut Kak Ngah hingga menangis. Kak Ngah suka membulinya. Tapi dia lawan balik.
Kakak cachier di pasar raya tegur dia kerana ambil gula-gula. Tapi dia lawan balik.Dia sergah balik cashier itu dengan kata 'hep' dengan suara yang kuat dan digaraukan. suara yang garau itu memang menjadi kebiasaan aku bila marahkannya.
Anak-anak memang cepat meniru.
Semasa aku mula-mula kahwin dahulu , ada sesorang memberitahu aku bahawa dia pernah menegur isteriku. Isteriku akan jawab dengan suara yang garau. Isteriku memang bersuara garau, macam suara lelaki semasa mudanya.
Kini suara itu menurun kepada anak kecilku ini.
Remuk redam Ustazah Dalia
Pagi tadi cukup merisaukan aku. Semasa aku sedang sibuk menguruskan dan menjual barang di koperasi tiba-tiba Dahlia masuk dan meraung-raung. Tension-tension katanya. Hai tak tahan. Tak tahan lagi ni. Macam mana nak buat, tak tahulah.
Aku dan beberapa orang cikgu lagi kehairanan. Apa hal pulak dengan Dahlia ini. Setahu aku dia macam ok sahaja. Tak nampak macam ada masalah walaupun setiap orang pasti ada masalah.
Dahlia menungkum di meja guru. Kemudian mendapatkan Husna. Dia menangis teresak-esak di peha Husna. Menangis sungguh-sungguh dia. Husna cuba menyabarkannya. Jangan buat macam ini. Tenang. Sabar. Setiap orang ada masalah.
Buku ringkasan mengajar masing belum berhantar-hantar walaupun sudah masuk bulan Februari. Lin sudah mengingatkan dia supaya menghantar buku ringkasan. Setiap ustazah mesti menghantar buku ringkasan. Tidak boleh tidak. Tapi kini dia sudah tidak menghantar buku rongkasan lebih lima minggu. Ustazah di kelas ini bukannya ramai sangat, cuma 19 orang sahaja.
Semalam keretanya kehabisan minyak di tengah jalan. Dia telefon suaminya datang dan membantu. Tunggu suaminya datang tapi cukup lama baru datang.Suaminya   ; cuma berikan RM2.00 untuk membeli minyak. Maknanya suaminya pun cukup sengkek sekarang ini. Keluarga mereka cukup terbeban sekarang.
Rupanya perkahwinan mereka tidak direstui keluarga sebelah Dahlia. Inilah akar kepada sehgala masalah. Mereka berkenalan di tempat mereka dan mungkin mengenali sejak di sekolah lagi. Mereka suka sama suka tapi keluarga Dahlia tidak.
Dia tinggal dengan neneknya sejak kecil. Neneknya tak berkenan dengan bakal suaminya. Begitu juga dengan ibu bapanya. Ia berpunca daripada kisah-kisah lalu. Taopi Dahlia dan suaminya nekad mengambil keputusan untuk berkahwin juga.
Lantas ustazah ini kahwin di selatan Thailand. Mereka menyeberang ke selatan Thailand iaitu di Takbai. Mereka puas hati kerana dapat sehidup dan semati bersama. Segalanya indah dan ceria belaka. Tapi langit tidak selalu cerah. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan sepanjang hari.
Kini mereka telah mendapat anak seorang . Baru berusia beberapa bulan. Anak kecilnya   ; menggunakan lampin pakai buang . Mungkin mereka tidak menggunakan lampin kain, aku tidak berapa pasti. Ibu mentua memang seronok mengunakan lampin pakai buang kerana sangat udah. Tapi jika sebulan mungkin menelan belanja 60-70 ringgit atau mungkin lebih.
Ibu memang hendak mudah belaka. Mereka enggan basuh semula kain lampin sebagaimana ibu bapa dahulu. Isterikun pun. Dia juga membeli lampin pakai buang daripada ustazah di sekolahnya. Mulanya dia sendiri keluarkan belanja untuk membeli lampin tersebut. Tapi lama-kelamaan dia minta duit daripada aku. aku pun naik hairan bagaimana budget boleh lari setiap bulan.
Perkahwinan mereka baru dua tahun. Remaja sekarang memang begitu. Mereka tidak fikir panjang. Mudah sangat buat keputusan yang di luar dugaan. Jika sudah buat keputusan untuk sehidup semati, tanggunglah bersama. Jangan tak bertanggungjwab lagi.
Isteri cepat sangat berubah. Itu belum lagi diambil kira ibu yang enggan menyusukan anak.
Bila suami isteri bertengkar, suaminya bungkus-bungkus baju-baju &nbs p; dan seluar pergi ke rumah ibu bapanya yang jaraknya 5 kilometer dari situ. dua tiga hari barulah balik.
Selalunya dalam kes pergaduhan keluarga, isterinyalah yang merajuk dan balik ke rumah emak. Ini tidak, suami pulak yang merajuk dan balik ke rumah emaknya.
Susu tak beli. Suami hanya tahu mengharapkan isteri membeli itu dan ini.
Suaminya sibuk mengecar iaitu asyik memancing ikan. Suaminya suka memancing di kolam berbayar. Itu salah satu sebab suaminya kering-kontang.
Duit yang pernah diberikan oleh kakaknya sebanyak 300.00 diminta oleh suaminya. Dia terpaksa beri.
Mereka banyak berhutang. Berhutang keliling pinggang. Aku memang faham kerana aku sendiri seorang guru. Cikgu ini tak banyak duit. Pakaianpun lusuh , selekeh atau ala kadar sahaja.
Tak macam mereka yang bekerja di pejabat. Orang yang bekerja di pejabat segak dan bergaya.Nilai pakaian mereka setiap hari ini lebih 500.00 ringgit. Ini termasuklah baju, seluar berjenama, kasut, stokin, tali pinggang, tali leher, jam tangan , pen di kocek dan lain-lain.
Mereka bekerja di bilik berhawa dingin dan menghadap komputer dan kertas sahaja. Oleh itu wajah mereka tak nampak tua dan berserabut. Sedangkan cikgu-cikgu mengadap karenah bebudak yang 1001 ragam dan macam. Muka cikgu-cikgu jika anda teliti, tidak seceria mana, berkerut dan bergaris-garis di dahi. Cakap pulak kasar-kasar. Itulah sebabnya ada yang komplain tempat yang tidak berbudi bahasa ialah di sekolah.
Duit gaji Dahlia cuma 400.00 terpaksa dibelanjakan habis.
Suaminya bekerja kilang , Dulu banyak overtime tapi kini &nb sp; permintaan barangan menurun. Tak ada lagi overtime.
Dia bangun 6.45 pagi. Cuba pergi ke sekolah awal, tapi &nb sp; masih selalu lambat. Tak sembahyang ke, aku tertanya-tanya di hati. Dia memang selalu datang lambat ke sekolah..
Dai pernah minta wang daripada Lin . Lin sendiri tidak berduit. Dia ada juga pinjam duit 10.00 daripada Hasnita. Dia pinjam duit 10.00 untuk bayar hutang duit kain sebanyak 15.00 . Kasihan pulak aku mendengar ceritanya.
Dia ada minta suaminya beli peti ais. Sebagai sebuah keluarga yang baru , beberapa barangan elektrik amat perlu. Suaminya setuju membeli peti ais dan hifi. Dia kata cukuplah beli peti ais yang kecil sahaja. Tapi suaminya beli secara ansuran di Court Mammort besar iaitu peti ais dua tingkat / dua pintu. Habis itu setiap bulan kena bayar lebih dan budjet tentulah sudah lari. Dalam hal ini, dahlia hanya meletakkan punca kesalahan kepada suaminya sahaja. Kita tidak pula mendengar kesalahan daripada sebelah pihak suami pulak.
Mereka juga membeli sebuah kereta Iswara second hand. Dari tahun lepas aku nampak di ke sekolah dengan menaiki kereta. Aku cemburu juga kerana muda-muda lagi sudah bawa kereta, sedangkan aku sendiri tidak berkereta.
Rupanya-rupanya setiap hari setiap pagi dia membawa kereta ke sekolah .Sebelum itu dia hantar anak ke rumah emak mentuanya terlebih dahulu. Kemudian hantar suaminya yang bekerja di sebuah kilang. Mengapa suaminya sendiri tidak pakai kereta ,aku tidak pasti.
Aku rasa suami terasa tercabar. Suami tidak pakai kereta sedangkan isteri pulak yang pakai. Sedangkan &nbs p; untuk bayar duit ansuran kereta, suami kena beri. entah macam mana cerita sebenar aku tidak berapa pasti sangat. Mungkin ada perkara yang tersembunyi.
Oleh kerana mereka berkahwin di sempadan, untuk pendaftaran setelah ada anak, terpaksa pula membayar denda dekat-dekat 1000.00 . Dia sendiri yang bayar untuk tidak dikatakan mendapat anak luar nikah.
Dia bersalin di hospital kerajaan.
Ada juga kawan-kawan suruh dia berbaik-baik semula dengan ibu bapa. Bawalah suami ke rumah ibu bapanya sebelum melahirkan anak. Sekurang-kurangnya & nbsp; mereka berdamai semula. Tapi si suami enggan berjumpa dengan ibu bapanya. Suaminya masih berdendam. Bila dah jadi macam ini, barulah mereka tahu nasihat ustazah-ustazah yang lain tidak berjalan. Dahlia dan suaminya masih belum berjumpa dengan ibu bapanya.
Tentulah ibnu bapa dan nenek Dahlia sendiri membuang terus Dahlia. Langsung tidak menjengok walaupun jarak antara mereka cuma 4-5 kilomter sahaja. Bukannya   ; dari Kelantan hoingga ke Johor. Sekitar-sekitar ini sahaja. Lalu lalang , ke hulu dan ke hilir atau ke pasar malam mesti terjembung.
Melalui Lin, rupa-rupanya suaminya selalu pukul dan tampar kerana minta wang dan kerana kesalahan-kesalahan yang lain. Bila sebut tentang tampar dan pukul ini, aku rasa Dahlia ini jewnis suka menjawab. Sepatutnya ketika suami sedang marah, Dahlia patut-patutnya diam sahaja sahaja dahulu. bincang elok-elok dan jangan ungkit kisah-kisah pahit masa lalu.
Mereka duduk di kawasan kampung yang sewanya mungkin tidak begitu tinggi.
Sampaikan &nbs p; susu anak tak terbeli. Dia biarkan tong susu sampai kosong . Suaminya hanya harap dia sahaja yang bayar duit kereta, sewa rumah , beli susu dan sebagainya.
Suaminya sudah bercerita-cerita mahu perpisahan mereka. dia sangat bimbang jika suami menceraikannya. Namun akhirnya dia akn tetap terima. biar padan muka suaminya bagaimana azabnya nanti. Dia akan jaga anak kecilnya itu dan kembali ke pangkuan ibu bapanya.
Kawan-kawan suami datang ke rumah ajak dia pergi mengecar ( memancing ikan ).. Mengapa kawan-kawan suami tak mahu bayar duit minyak. Dia tidak pula menjawab.
Dia pernah hendak mengikut suaminya pergi mengecar, tapi suaminya melarang.
Sekarang dia tension betul.
Aku tak berapa pasti adakah suaminya turut memiliki motosikal atau tidak. Aku agak mereka ini membeli kereta atak desakan Dahlia. Bukan mudah untuk membeli kereta dan membayar tia-tiap bulan jika pendapatan isteri 400.00 dan suami pula kerja kilang. Bukan pekerja kilang hidup senang-lenang macam dahulu.
Dahulu gaji permulaan kerja kilang hampir 700.00 mengalahkan gaji permulaan seorang guru maktab pada tahu 1989 dulu. Aku terasa juga jealous dengan pekerja kilang waktu itu . Mereka hanya lulusan SPM tapi dapat 700 untuk gaji permulaan. Itu tidak termasuk   ; over time yang begitu banyak. Mereka tak perlu masuk maktab atau sebarang institut. Jika mereka jadi juruteknik atau pembantu jurutera, &nbs p; gaji lagi lebat.
Umur Dahlia ini kira- 22 tahun sahaja. Tentunya suaminya muda juga dan gaji kerja kilang tidak seberapa. Over time tidak ada pulak sekarang.
Dahlia pernah mengadu dengan mak mentuanya. Mereka menghantar anak mereka ke rumah mak mentua dan bayar 150.00 sebulan . Emak mentuanya berpesan, jangan berleter ,membebel di rumah. Sekarang ibu bapa suaminya turut berputus-asa dan dah tak tahu nam buat macam mana. Nampaknya mereka juga tidak berikhtiar.
Dia dah cuba tidak berleter dan membebel di rumah tapi perangai suaminya serupa sahaja. Macam nak membebel, duit asyik tak cukup. Nak beli susu anak pun dah tak boleh ini. Minyak kereta sampai kering.
Aku rasa sebagai seorang yang suka memancing ikan , lakinya jenis orang yang tidak sembahyang atau mudah sangat mengabaikan sembahyang. Aku tidak pasti sama ada adakah Dahlia ini juga seorang yang bersembahyang kerana bangun 6.45 pagi. Sembahyang apa waktu itu. Jarak dari rumah ke sekolah agak jauh juga. Ustazah tak sendiri tak sembahyang memang tak patut.
Orang yang asyik sangat memancing ikan, dia juga pastinya kuat merokok. Jika dia membeli dua kotak rokok jenama Dunhill, sudah berapa duit dibakar setiap bulan. Tapi aku tidak pasti dia beli berapa kotak dan apa jenama yang dihisap oleh suaminya.
Pernah suatu ketika Dahlia beri 15.00 kepada suaminya untuk membeli susu, tapi suaminya pergi memancing ikan pulak. Geram betul dia.
Suaminya selalu minta duit daripadanya.
Setiap bulan dia ada memberi ibunya 50.00 dan bapanya 50.00 . Benarkah begitu. Dalam keadaan gaji Dahlia, Dahlia masih memberi duit 100.00 ringgit kepada ibu bapa. Ibu bapa Melayu memang amat mengharapkan & nbsp; anak-anak menghukur sedikit sebanyak. Mereka orang yang susah. Dengah adanya pemberian anak-anak, lapanglah sedikit ekonomi mereka. Merasalah senang sikit.
Aku tidak pasti adakah cerita Dahlia ini betul atau tidak. Gajinya 400.00 sahaja. Dia merupakan ustazah di sekolah agama rendah dan ustazah sementara sahaja. Baru setahun dia mengajar di sekolah ini. dia bukan lulusan maktab mana-mana .
Mungkin juga Dahlia ini kuat membebel di rumah . Itu sebabnya suaminya mencari hiburan dan ketenangan di kolam memancing. Suaminya juga lebih mudah berbicara dan berbual dengan kawan-kawan daripada meluahkan masalah dan cerita kepada isterinya sendiri. Wanita memang sukar untuk mendengar cerita suami.
Hanya isteri sahaja yang mahu suami mendengar masalahnya.
Mereka masih menyewa rumah. Mengapa tidak Dahlia dan suaminya duduk di rumah mak mentua Dahlia. Mungkin Dahlia tidak mahu dan itu sebab suaminya sangat marah dan berdendam. Dia enggan membayar itu dan ini. Tambahan pula suami menghadapi masalah kewangan.
Kini sudah lima bulan mereka tidak bayar hutang ansuran kereta. Aku tidak pasti berapa ansuran kereta sebulan. Pihak bank beberapa telefon dan pernah telefon pihak sekolah. Malahan road tax kereta sudah mati. Barangkali dia cukup tension takut-takut di tahan oleh polis di pertengahan jalan. Namun setahu aku di dalam perjalanan dari rumah ke sekolah, tidak menempuh sebarang balai polis. Cuma bimbangkan sekatan jalan sahaja. biasanya waktu pagi, tidak ada sekatan polis.
Aku pernah mengalami masalah yang sama suatu ketika dahulu . Motosikal aku sudah lama tidak bayar roadtax .Mulanya tidak menjadi masalah kerana selalu naik kereta WS. Tapi kereta Datsun WS itu buat ragam pulak. Terpaksalah naik motosikal semula. Road tax telah lama mati.
Aku tidak dapat terima sepenuhnya kesalahan diletakkan kepada suami Dahlia. Memanglah aku lelaki. Tapi rasional aku ini memang ada kebenarannya kerana aku juga beristeri.
Pada aku, berikan kekuasaan kewangan suami kepada suami. Isteri jangan minta itu dan ini, minta tukar itu dan ini, beli kereta dan sebagainya sehingga suami yang putuskan. Suami memanglah sejak semula mahu beli itu dan ini.Contohnya beli kereta.. Suami mana tak mahu beli kereta. Suami mana tak mahu beli peti ais. Tapi oleh kerana budget tak cukup, budget tak seberapa, suami tangguh-tangguhkan.Sedangkan isteri hendak cepat. bila didorong berkali-kali , suamipun belilah.
Aku cadangkan, Dahlia pergi ke sekolah bas sahaja . Jika ada jiran yang bersebelahan , dia boleh tumpang jirannya itu pergi ke sekolah. Kereta biarkan suaminya pakai kerana gajinya tentulah lebih besar. Anak kecil biar suaminya yang hantar. Tapi ada masalah juga. Suaminya lewat balik dan Dahlia leboih awal balik ke rumah. Jam 11.30 sudah balik ke rumah. Oleh itu sepatutnya Dahlia yang ambil anak di rumah mak mentua.
Bayaran 150.00 kepada mak mentua , aku rasa mahal. Ini kerana mak mentua hanya jaga anaknya dari jam 7.00 pagi hingga 11.30 sahaja. Bukan sampai sehari suntuk.
Perceraian bukan langkah yang bijak. Tapi kalau nak bercerai juga , apa nak buat. Dah takdir. Samy Vellu pun pandai sebut fasal takdir.
Rupa-rupanya masalah orang lebih teruk daripada masalah.
Jiran sebelah rumah aku ini lain pulak. Kelmarin rumahnya didatangi dua lelaki berserban. Lepas itu ada baca zikir , azan dan qamat. Pukul 12.00 anak perempuannya menangis-nangis. Hari ini pulak, isterinya tabur garam dan lada hitam. Anaknya kata berubat. Aku belum ada kesempatan bertanya. Jika ada peluang, aku akan tulis dalam entry yang lain.
Ramai giant lari
Hari ini ada latihan rumah merah. Hanya aku dan Cikgu Zubedah yang datang latihan. Aku tidak berapa pasti &n bsp; Cikgu mana lagi yang belum datang. Semuanya ada 12 orang guru. Ada 2 orang guru lelaki. Memang ada agihan agihan hari-hari yang perlu datang dan hari ini, 14 Februari aku dikehendaki datang. Takkanlah aku dua orang sahaja. Tak patut betul.
Ahli rumah merah pun ramai yang tidak datang. Pelajar perempuan tentunya lebih ramai datang daripada pelajar lelaki. Barangkali mereka masih bercuti dan berkahyal dalam kerana baru lepas Tahun Baru Cina dan Tahun Baru Islam.
Aku buat aktiviti memanaskan badan. Kemudian lari pusing padang dua pusingan. Diikuti dengan lompat tinggi. Seterusnya lompat jauh. Seterusnya akan ambil mata untuk lari 100 meter. Aku tururt 400 meter pusing padang , lari-lari anak sahaja. Boleh tahan jugak aku , mereka malu-malu bila aku memotong mereka di selekoh.
Tentunya mereka keletihan . kira-kira 9.45 pagi aku benarkan mereka pulang ke rumah.
Tak banyak pencapaian yang dibuat oleh mereka. Pelajar yang hadir ini daripada kelas-kelas yang baik atau mereka yang berpotensi jadi atlet. Ramai lagi yang boleh dan berkebolehan , malangnya mereka tidak hadir pulak.
Dalam acara Merentas Desa Sekolah tempoh hari, rumah merah dalam ranking kedua. Itu yang aku dengar tapi tidak begitu pasti. Esok aku ke ke sekolah rendah 5 batu dari sinui. Aku dikehendaki bertugas sebagai guru kecemasan kerana aku jadi guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah. aku akan bawa lima pelajar tingkatan 5. Aku harap akan berjalan lancar . Jika kelapangan aku akan hantar entry berkaitan merentas desa tersebut.
Semasa resafle ( pertukaran ) rumah sukan tempoh hari, ramai 'giant-giant' rumah sukan telah pergi ke rumah lain. Tak aci betul . Antara nya ialah Prema, dia telah melompat ke rumah Ungu. Aku tak boleh buat apa-apa . Semua guru-guru dalam rumah Merah meradang. Bila disemak dalam buku kedatangan tingkatan 1, dia memang sepatutnya di dalam rumah Merah. Tapi bila dalam buku pendaftaran , nombor lain pulak. Jadi dia mesti masuk ke dalam rumah Ungu.
Aku tidak pasti bagaimana cikgu-cikgu ini daftarkan nama pelajar. Tapi hanya beberapa orang sahaja yang tersilap. Entahlah . Kami senyapkan sahaja kerana malas hendak kecoh-kecoh. Pasal pelajar giant, cikgu-cikgu pulak bergaduh. Tapi itulah , geramlah kan.
Pisang masjid pernah makan ?
Semalam kami sekeluarga pergi pondok di kebun. Kami sekeluarga berlima. Keluarga Kak Long Senah ada empat orang . Keluarga ibu ada tiga orang. Kak Ngah Ijah pun datang. Keluarga Mak su ada tiga orang. Jadi semua sekali ada enam belas orang yang pergi ke kebun.
Lauk pauk yang dimasak ialah ikan sembilang masak tumis sambal. Kerang dibakar. Daging lembu korban dibuat sup. Dan sahun dimasak dengan suhun . Selain itu adalah & nbsp; sambal belacan. Enak sungguh bila makan berramai-ramai.
Semalam kan hari Jumaat. Jadi orang perempuan makan dahulu. Aku dan anak lelaki aku sembahyang di masjid di pekan.Sementara abang Khairul sembayang di Masjid Batu 3. Apak jugak sembahyang di masjid di pekan sana. Jauh sikit. Mulanya akupun nak merasa sembahyang di masjid Batu 3. Ketika itu baru sahaja 12.40 tengah hari. Jadi &nb sp; aku lihat ruang motosikal dan kereta tidak ada. Bila aku melintasinya terpandang seorang sahaj berbaju, alamak tidak ada orang lagi.
Mustahil aku orang luar datang awal-awal ke masjid . apake jadahnya. Oleh itu aku berpatah balik ke pekan dan sembahyang di masjid di pekan itu sebagaimana jumaat-jumaat yang lepas.
Di sana memang selalu ada pisang masak yang dihantar oleh yang yang berhajat hendak bersedekah. Jadi aku tidak lepas peluang untuk menikmati pisang emas dan rastali yang disediakan.
Kalau kami balik ke kampung, aku akan tebang dua tiga pokok pisang. Pisang yang banyak ditanam di kampung ialah pisang awak dan pisang abu . Dulu ada juga pisang emas tapi sekarangnya semuanya telah mati. Pisang emas cepat mati jika batang atau akarnya terendam dalam air banjir. Selalu pulak banjir di kampung aku ini beberapa tahun yang lepas.
Satu masa itu, banjir selama dua minggu. Airnya tidaklah dalam sangat lebih kurang paras lutut sahaja. Di bahagian jalan raya, kereta aku masih boleh tempuh. Tapi sayangnggya habis semua pokok pisang dan pokok durian mati. Tetapi pokok kelapa sawit elok sihat-mihat.
Jika pulang semula rumah aku di bandar , dua tandan pisang memang tidak kurang dibawa balik. Aku akan susun di belakang bonet. Jika tak bawak merajuk pula emak aku. Lagipun rezeki mengapa pulak hendak ditolak.
Mulanya isteri ini enggan bawa banyak-banyak. Katanya tak termakan. Pisang awak dan pisang abu memang tak boleh dimakan mentah-mentah. Tapi jika digoreng tentulah laku, bukan.
Akhirnya aku memnasihatkan , bawa sahajalah. Jika lebih kita sedekahkan sahaja kepada jiran-jiran kita di sebelah rumah itu. Sejak itu dia tak merungut lagi membawa pisang dua tiga tandan. Malahan dia pulak mencadangkan bawa banyak sedikit.
Tapi itulah. Pisang itu tidak boleh makan begitu sahaja. Aku bolehlah makan mentah-mentah kerana aku memang biasa makan pisang awak mentah. Anak-anak aku tak pernah mengusik langsung. Isteriku janganlah lagi.
Pisang ini bila masak, ia akan masak serentak. Jadi susahlah dibuatnya. Ada anginnya , isteriku malas hendak goreng. Tambahan pulak anakku pun tak mahu makan pisang goreng. Heran betul aku, padahal bukan ada menu lain. Tahan mereka berlapar. Itu yang aku geram itu.
Kekadang pisang itu hitam-hitam . Hendak buat jemput-jemput pun tidak boleh . Alamat terbuang sahajalah.
Qada dan qadar seorang guru biasa
Kuliah subuh pagi Sabtu ini disampaikan oleh Ustaz Razak. Tajuknya Feqah - tentang Qada dan qadar. Ia merujuk kepada takdir dan ketentuan daripada Allah.
Kata Ustaz Razak, walaupun kita telah berusaha dengan ubat yang paling mujarab dan berjaya menyembuhkan penyakit orang lain yang sama penyakit dengan kita, ubat itu tidak mungkin dapat menyembuhkan kita jika Allah tidak tolong. Dalam hal ini, ada campur tangan daripada Allah jua.
Merujuk kepada tsunami di Aceh, ia adalah qada dan qadar daripada Allah juga. Sepatutnya dengan bencana ini menjadikan kita lebih beringat dan lebih beriman. Samy Vellu merujuk kepada takdir apabila tanah runtuh di PLUS tempoh hari. Kawan aku SiMuru turut menolak apabila aku katakan ada campur tangan Tuhan , Tuhan murka di Aceh.
Aku kuatkan diri dan hatiku untuk mengikuti kuliah subuh ini. Banyak kali berkalih duduk bagaikan Malang dalam novel Kawin-Kawin ketika mendengar kuliah Syeikh Yazan .. Sekejap ke kanan dan sekejap lipat kaki ke kini. Sekejap lipat lulut tegak sebelah kiri. Kekadang bertopang tangan ke belakang. Sementara masa lain , duduk bersila dengan terhangguk-hangguk.
Tapi Pak Sulaiman , Onyah Mahmud yang berada di hadapan aku duduk bersahaja. Tahan betul mereka walaupun mereka lebih tua daripada aku. tentunya mereka lebih mendapat hidayah daripada aku. Dalam hal ini aku teringat akan pesanan Nik Aziz tentang amaran neraka dan ganjaran Syurga patut diwar-warkan kepada para pelajar. Mungkin betul katanya itu. Sila lihat artikel dalam sasterawan.blogdrive.com
Selepas kuliah subuh , ada jamuan nasi lemak. Lauknya tentulah ikan bilis bersama telur ayam sebelah. Ada lebih bungkusan nasi lemak , jadi dengan muka selamba aku bawa balik sebungkus untuk anak aku yang masih tidur.
Kehadiran aku dalam kuliah ini adalah juga qada dan qadar Allah . Kita patut berusaha untuk hadir setiap kali kuliah subuh diadakan . Kita boleh merancang aktiviti yang hendak dijalankan , tapi hanya Allah yang akan menentukan.
Macam juga cikgu di Sekolah Menengah Agama Tok Jiring yang menganjurkan program maju diri di pantai Merang, Terengganu. Pelbagai persiapan telah diatur, surat-menyurat dan peraturan telah disiapkan. Tapi Allah menghadirkan ombak yang entah datang daripada mana , tak diketahui. Pakar-pakar hidrologi , maritim dan geologi masih tidak dapat menjawab persoalan ini. Akhirnya terkornban juga seorang guru dan lima orang pelajar.
Itu yang buat cikgu-cikgu seperti aku enggan membawa pelajar ke kawasan pantai. Kawasan berair memang bahaya kepada pelajar. Tapi pantai dan air terjun adalah tempat yang paling menyeronokkan untuk mengfadakan aktiviti riadah. Bebudak sekarang manalah reti berenang. Mereka hanya tahu bersukaria sahaja.
Jika guru gagal dan leka dalam menyediakan &n bsp; surat kebenaran ibu bapa, menyediakan peraturan bertulis dan taklimat tentang langkah-langkah keselamatan , perkara ini akan dibawa ke tengah. Silap hari bulan cikgu-cikgu akan disaman . Langkah yang paling cepat dan mudah ialah menukarkan guru tersebut ke sekolah lain atau pindahkan sahaja mereka ke Pulau Ketam atau ke ulu Tembeling. Betapa mudahnya orang-orang atas menyelesaikan masalah .
Pada satu peringkat mereka mepersoalkan kenapa cikgu tidak aktif dan lembab dalam mengadakan aktiviti ko kurikulum. Kononnya pelajar-pelajar akan lebih &n bsp; cergas dan pintar belajar jika mereka diberi kursus motivasi di kawasan perkelahan. Penilaian prestasi guru akan dinilai jika rajin membawa pelajar ke luar. Prestasi guru akan dinilai tinggi jika guru rajin tanam bunga. Prestasi guru yang tinggi jika guru berjaya melahirkan bintang bola sepak , bola tampar dan sebagainya.
Apakah itu tugas utama seorang guru. Aku sendiri keliru. Patutlah sehingga kini, melintang dan menegak nak pernah melekat pada aku ini.
Itu juga barangkali qada dan qadar daripada Allah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Aku harap-harap begitulah. Aku harap Allah lebih mengetahui daripada aku yang naif ini. Siapa yang tidak hendak menegak dan melintang berkali-kali. Bagilah sekali kat aku, perkara itu &nbs p; terputus-putus menerawang dalam batu jemala ini. Tapi ia tak kunjung tiba.
Mereka gelak-gelak apabila aku menafikan pernah menerima   ; menegak atau melintang. Itu yang huat aku geram. Kan itu qada dan qadar daripada Tuhan. Aduhhhhhh sakitnya.
Guru disaman perlu peguam
Macam-macam tuduhan dilemparkan kepada cikgu . Cikgu ini bagaikan papan dart yang kerjanya menerima tusukan panah dart. Membaling dart memang menyeronokkan . Siapa yang tidak seronok jika membaling ke papan dart . Selalunya dart akan mengena dan jarang sekali yang meleset. Cuma untuk tepat ke sasaran memang susah. Begitulah juga dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada guru-guru . Nampak macam kena tapi tidaklah kena sangat ke sasaran. Ia masih sipi-sipi sahaja.
Filem yang cukup menghina guru ialah filem yang dilakonkan oleh P Ramlee. Dalam kelas cikgu itu , cikgu tersebut tertidur kerana setiap malam dia bermain gitar dalam satu kumpulan muzik. Filem ini ditayang berkali-kali di televisyen terutama sekali di Astro Ria. Aku memang tak kering gusi melihat telatah Cikgu Ramlee dengan anak murid yang nakal-nakal itu.
Tapi adakah semua cikgu-cikgu sedemikian. Oleh kerana filem itu ditayangkan berkali-kali ,maka ramai yang terpengaruh dengan dakwaan itu. Mereka beranggapan ramai guru yang mengajar sambil lewa dan senang-senang tidur di dalam kelas.
Setahu aku, cikgu yang menjadi penyanyi ialah penyanyi Safar Ghafar dari Sarawak sahaja. Itu pun dia telah lama tidak muncul di rancangan televisyen. Sama ada Safar Ghafar tidur di dalam kelas aku tidak berapa pasti.
Terpancut keluar dari mulut Cikgu Lok Yim Pheng bahawa cikgu-cikgu disaman hampir setiap hari. Dalam laporan RTM, pemberita meminta ulasan daripada cikgu-cikgu di kelas. Semua guru yang ditemuramah mengiyakan guru-guru mudah terdedah dengan kes saman ini. Mereka takut mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang nakal. Aku naik pelik juga dengan laporan RTM itu kerana seolah-olah RTM menyebelahi cikgu dan tidak menyokong Dato Hishamuddin. Selepas itu tidak ada lagi temubual   ; dengan para guru baik RTM mahupun TV3. Itu yang akui perasan , mungkin betul mungkin tidak. Laporan akhbar aku tak percaya sangat kerana ia lebih mudah ditapis.
Jika bernasib baik , guru-guru hanya akan dicalar kereta mereka. Tetapi jika tidak bernasib baik, kes mereka akan direport ke balai polis , dibuat laporan doktor swasta dan di bawa ke mahkamah. Tak kurang juga yang melibatkan yang berhormat, tokoh politik dan persatuan politik setempat. Banyak juga yang diselesaikan oleh pihak pengetua, PPD atau oleh pegawai daripada Kementerian. Jawapan paling mudah ialah tukar sekolah.
Apakah tanggapan ibu bapa sekarang terhadap guru-guru. Ibu bapa memang menaruh harapan yang tinggi terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa sekarang mempunyai bilangan anak yang kecil , hanya tiga empat orang sahaja. Jadi mereka amat bergantung kejayaan kepada dua anak perempuan dan seorang anak lelaki . Jika dapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan , itu sudah cukup memadai.
Dalam beberapa hal mereka ambil perhatian terhadap keadaan anak-anak mereka Sungguhpun mereka sibuk bekerja , tapi mereka amat mengharapkan anak mereka berjaya, lebih berjaya daripada mereka. Jika ibu bapa mempunyai kelemahan dan kesilapan masa lalu, seboleh mungkin kesilapan dan kelemahan itu tidak akan berulang dan berjangkit kepada anak-anak mereka.
Ibu tidak percaya perwatakan anak-anak mereka berubah dari semasa ke semasa. Semasa di Tahun 1 perangai anak mereka cukup baik tetapi setelah ke Tahun 2, perangai anak mereka berubah. Mulalah mereka menyalahkan kawan-kawan kepada anak-anak mereka.
Apabila di sekolah menengah, perangai anak mereka lebih cepat berubah. Mereka menyalahkan sekolah dan guru-guru yang kononnya tidak berdedikasi. Mereka mendapati guru sekolah menengah tidak bertanggungjawab berbanding dengan guru-guru di sekolah rendah. Guru di sekolah menengah hanya membiarkan jika anak mereka melakukan kesalahan. Ibu bapa lebih kenal dengan guru di sekolah rendah. Mereka lebih menghargai jasa dan peranan guru sekolah rendah. Mereka merasakan guru di sekolah rendah lebih prihatin.
Ibu bapa tidak sedar corak pendidikan dan pergaulan mereka di rumah telah menyebabkan watak anak mereka turut berubah. Setiap manusia akan berubah. Apabila masa berlalu , anak-anak akan lebih dewasa , mahukan status kedewasaan , inginkan kebebasan dan lepas bebas dari kongkongan.
Ketika di sekolah rendah , anak-anak tadi bercampur sesama kaum tetapi apabila sampai di sekolah menengah, anak-anak mereka bercampur dengan kaum-kaum yang lain. Selalunya ibu bapa ini menyatakan sesuatu kaum itu lebih jahat dan nakal, lebh biising dan sebagainya.
Pelbagai tuduhan dilemparkan dan ada kalanya berbau perkauman. Di sekolah menengah isu-isu perkauman lebih mudah merebak. Pergaduhan pelajar antara kaum lebih mudah berlaku. Faktor luaran amat mempengaruhi terutama   ; iklim politik semasa dan kongsi gelap.
Faktor jarak juga memainkan peranan. Semasa di sekolah rendah , jarak antara sekolah rendah dengan rumah tidaklah begitu jauh. Hanya sekitar 2-3 batu sahaja. Tambahan pula mereka selalu hantar dan ambil di sekolah. Oleh itu mereka tahu perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa mengenali rakan dan lawan anak-anak mereka. Anak -anak ini pula selalu mengadu hal ehwal apa yang berlaku di sekolah.
Tetapi apabila sampai di sekolah menengah , jarah rumah dengan sekolah lebih jauh. Mungkin 7- 10 kilometer. Ada di antaranya dihantar ke daerah lain atau di hantar ke negeri lain. Malah melibatkan negeri Sabah dan Sarawak.
Sekolah -sekolah menengah ini terletak hanya di bandar-bandar. Satu ketika dahulu pusat video games, pusat snuker, kafe siber banyak dibandar. Anak-anak yang jauh daripada pemerhatian ibu bapa telah menyimpang ke pusat-pusat ini untuk mendapat pengiktirafan sebagai seorang muda remaja. Tidaklah mereka dikatakan kolot, tidur di celah ketiak emak lagi.
Banyak pemimpin politik tidak percaya pelajar-pelajar ini macam samseng di sekolah. Datanglah jengok ke sekolah-sekolah &nbs p; terutama sekali pada waktu hujung waktu belajar dan semasa rehat. Lihat juga kawasan bandar yang mempunyai pusat-pusat yang dinyatakan di atas. Tidakkah mereka sedari para pelajar ini melepak dan melepak tanpa sebarang tujuan.
GURU HEBAT DITUKAR DAN DISAMAN
Selalunya guru yang jadi mangsa para pelajar dan ibu bapa ialah guru-guru yang aktif . Guru yang sekadar datang ke sekolah untuk mengajar tidak akan mengambil sebarang risiko. Bagi mereka kerjaya guru adalah mengajar semata-mata, masuk kelas mengajar. Jika pelajar bising , tidak kutip sampah, berkelakuan tidak senonoh , itu bukan tanggungjawab mereka. Hal disiplin diserahkan kepada guru disiplin. Ramai juga cikgu yang bersikap begitu.
Tambahan pula dalam pekeliling Kementerian hanya pengetua yan boleh memukul dan merotan pelajar. Jika guru perempuan tidak merotan , kuasa merotan hendaklah diserahkan secara bertulis kepada guru disiplin.
Lantaran itu guru biasa begitu takut dan kecewa. Hendak report berulang-ulang kali kepada pengetua dan guru disiplin segan pulak terutama guru lelaki. guru lelaki akan rasa tercabar jika menyerahkan hal ehwal displin kelasnya kepada guru lain. Jika guru ini selalu memgadu, mereka akan dicap tak boleh boleh kawal kelas dan disindir-sindir &nbs p; semasa mensyuarat guru.
Guru yang masih berani mengambil risiko , antaranya ialah guru disiplin dan guru penasihat unit beruniform.. Kebanyakan guru-guru ini ialah guru lelaki dan lulusan maktab perguruan . Lulusan universaiti yang aktif dalam kegiatan ko kurikulum juga ramai.
Kebanyakan guru di sekolah yang mempunyai ijazah adalah guru perempuan. Guru lelaki yang berijazah di sekolah kebanyakannya hasil lanjutan belajar mereka di universiti beberapa tahun kemudian.. Dasar menggalakan guru menyambung pelajaran ke universiti semasa Dato Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pendidikan.
Paling bahaya mengajar ialah jika mengajar anak peguam. Mentang-mentanglah mereka ini peguam dan mahir tentang undang-undang, guru-guru diugut macam-macam sehinggakan anak mereka dilayan bagaikan VIP. Guru-guru bertungkus-lumus melayani karenah anak-anak peguam,ahli politik , ahli korporat dan sebagainya ini. Anak mereka ditatang bagaikan minyak yang penuh. Pemeriksaan buku-buku kerja dan layanan jadi berpilih-pilih.
Pengetua turut dengan rentak ibu bapa sebegini. Guru diugut jika memukul pelajar akan didenda RM 40.000 . Jika buat kesalahan, guru-guru tadi akan ditukarkan. Ancaman tukar ke Ulu Tembeling, Pulau Ketam, Kapit dan sebagainya begitu sinonim dengan kerjaya guru. Macamlah semua guru di Ulu Tembeling dan Pulau Ketam itu tempat buangan guru pulak.
PPD turut mengambil peranan.
Kebanyakan guru tidak tahu akan hak-hak mereka untuk mempertahankan diri. Mereka sepatutnya hanya bercakap dengan seorang peguam di sebelah. Tanpa adanya seorang peguam di sebelah, cikgu-cikgu jangan bercakap sepatah haram pun. Tapi manalah guru mampu melantik peguam . Kecualilah para isteri yang suaminya peguam atau kerjaya profesional. NUTP pun tidak mampu mempertahankan   ; guru-guru ini. Lok Yim Pheng sendiri terkial-kial bila ditujah oleh Menteri Pelajaran.
Selalunya guru-guru terperangkap dengan cerita dari mulut mereka sendiri. Pendakwaan hanya berdasarkan &n bsp; sumber sebelah pihak sahaja. PPD tidak berdaya memahami undang-undang dan hak para guru. Mereka tidak langsung menyediakan peguam yang terlatih dalam undang-undang yang berkaitan dengan pendidikan. Sungguhpun &nb sp; para pegawai di PPD adalah bekas guru-guru belaka , tetapi mereka tidak faham akan hal ehwal perundangan .
Dalam kebanyakan sidang media, Kementerian lebih memihak kepada ibu bapa berbanding dengan guru-guru sendiri. Jarang benar guru disanjung dabn dipuja sebagai seorang mahaguru. Guru-guru dianggap sebagai melukut di tepi gantang sahaja. Jika guru enggan menjadi guru, mereka mendakwa ada 60,000 lagi yang bersedia menjadi guru.
PPD mengambil jalan mudah untuk menyejukkan ibu bapa dan PIBG. Lalu guru-guru ini dipindahkan 'buat sementara', sementara menunggu siasatan selesai. Akhirnya guru ini ditukarkan terus dan imej mereka tercalar tanpa sebarang pembelaan. Lebih baik ditukarkan ke sekolah lain daripada membayar   ; denda beribu-ribu ringgit. Lebih baik pindah ke sekolah lain daripada nama tercemar kerana didakwa ke mahkamah.
Dalam hal ini ibu bapa menang kerana guru-guru berkenaan telah ditukarkan. Mereka bertepuk dan bersorak kononnya guru yang membenci anak mereka telah tiada lagi. Ibu bapa tidak sedar beberapa bulan kemudian anak mereka akan diberhentikan atau ditukarkan sekolah kerana masalah disiplin yang sama.
Biasanya pelajar yang membuat masalah dan bermasalah akan mengulang kesalahan yang sama .Benar atau tidak ,pelajar tadi akan dipandang serong oleh rakan-rakan dan semua guru yang mengajar. Siapa yang sanggup menjadi bahan tenungan dan buah bicara di kalangan pelajar dan guru. Perangai lampau ,baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah akan terdedah. Ketika itu , PPD, pengetua dan guru-guru lain sepakat mengumpul kesalahan pelajar ini hingga akhirnya dibuang sekolah.
Ahli politik selalunya mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan. Kononnya merekalah jaguh dan juara dalam membela ketidakadilan. Ahli politik sebegini pantang dicocok, mereka akan melatah. Mereka akan terus menelefon pengetua mengarahkan satu laporan lengkap dihantar kepada mereka. Jika masih tidak jalan juga, PPD akan diperalatkan.
Selalunya guru akan bercakap atau terpaksa bercakap dan beri laporan tanpa ' nasihat peguam'. Bukan semua boleh didedahkan kepada pengetua atau kepada penyiasat daripada Kementerian.
Cikgu jarang menyediakan laporan kesalahan pelajar tersebut. Mana mungkin hendak direkodkan setiap kesalahan pelajar. Ibu bapa akan menuduh cikgu tak pernha beri laporan pun. tidak ada sebarang rekod pun tentang kesalahan anak mereka. Mengapa tiba-tiba anak mereka mendapat banyak laporan disiplin. Aneh sungguh. Ibu bapa merasakan sekolah berpakat untuk menyingkirkan anak mereka.
Contohnya Cheng dan Ahmad tidak pakai lencana. Cheng dan Ahmad baju keluar. Cheng dan Ahmad cakap lucah. Cheng dan Ahmad menyelak kain budak perempuan tapi tidak mengaku. Cheng dan Ahmad menconteng papan hitam tapi menuduh orang lain. Cheng dan Ahmad cakap lucah di belakang cikgu dan baling kapal terbang ketika cikgu keluar dari kelas. Cheng dan Ahmad mencalar kereta cikgu tapi tidak mengaku dan tidak dapat ditangkap atau tidak ada saksi yang nampak. Kawan-kawan Cheng langsung tidak kenal dan tidak tahu siapa Cheng walaupun cikgu amat pasti Cheng adalah kawan mereka. Semangat setiakawan dan setia kongsi gelap mereka cukup tebal. tiada siapa yang sanggup bocor rahsia atau buka mulut. Akhirnya mereka ketawa berdekah-dekah dan mengombok pulak. Sekali terlepas, lain kali boleh buat lagi. Jangan lupa, gurupun dibuli disekolah.
Bagi sesetengah orang , semua kesalahan ini adalah kesalahan titik bengik belaka tapi Jika direkodkan amat penting di mahkamah. Malangnya guru-guru tidak mampu berbuat demikian. Jika masih mahu berbuat demikian, alamat tidak mengajarlah cikgu. Akhirnya tidur di dalam kelas sebagai mana arwah Cikgu P Ramlee.
INDONESIA ISYTIHAR PEMBELA PATI
Menteri Buruh Indonesia beriaya-iya benar hendak menyaman majikan Malaysia yang masih lagi belum membayar gaji kepada pekerja tanpa izin dari Indonesia ( PATI ) . Mereka beranggapan hanya itulah sahaja cara yang paling tepat dan sesuai untuk mendapatkan gaji yang tidak dibayar buat sekelian lama. Alasan tidak dibayar gaji ini juga menyebabkan pendatang tanpa izin tidak dapat pulang sebelum 31 Disember yang lalu. Patutlah tak dapat pulang. Bagaimana hendak pulang rupa-rupanya masih belum dibayar gaji.
Inilah masalahnya bila datang ke Malaysia   ; untuk bekerja tapi tidak mempunyai permit kerja yang sah. Kejadian-kejadian seperti inilah yang menyebabkan kerajaan Malaysia mahu mereka balik dahulu ke Indonesia dan uruskan hal permit kerja di sana. Setelah mendapat permit yang sah, datanglah semula ke Malaysia kerana majikan di Malaysia masih memerlukan mereka pada waktu ini.
Sepatutnya cerita-cerita tidak dibayar gaji, diburu oleh pasukan keselamatan , susup-sasap dalam hutan belukar, menempuh ombak dan gelombang di Selat Melaka , tidur dalam rumah kongsi di tepi hutan atau di dalam hutan cukup untuk menyedarkan rakyat Indonesia untuk bekerja di Malaysia. Mereka sepatutnya cukup serik untuk datang dan datang lagi ke Malaysia. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Makin menjadi-jadi pula mereka datang ke Malaysia. Lagak mereka pula bagaikan warga negara Malaysia. Pantang ada cuti umum , mereka aka memenuhi   ; bandaraya Kuala Lumpur, terutama sekali KLCC dan Petaling Street. Mereka akan membina rumah yang indah di tepi-tepi sungai dan berkahwin dengan wanita Malaysia.
Sebenarnya pekerja yang datang dengan izin yang sah juga ada yang tidak di bayar gaji. Bukan semua majikan tidak bertanggungjawab. Rakyat Malaysia sendiri ada yang tidak dibayar gaji. Ada majikan yang tidak mencarum wang KWSP . Ada syarikat yang stabil tapi banyak juga syarikat yang menanti masa untuk lingkup. Majikan-majikan yang kritikal inilah yang selalunya mengambil pekerja tanpa izin dari Indonesia.
Dalam keadaan ekonomi yang mendesak dan semakin lemah ada ketikanya &nbs p; produktiviti & nbsp; jauh meleset berbanding dengan tenaga kerja yang pada mulanya sungguh ramai. Permintaan semakin kurang terhadap produk Malaysia kerana kos pengeluaran yang tinggi. Malaysia menghadapi saingan daripada China, Vietnam , Thailand dan lain-lain negara. Kos buruh di Malaysia semakin tinggi dan tidak mampu bersaing dengan buruh yang murah dan melambak-lambak di China dan Vietnam.
Majikan perlu adil dan telus dalam pembayaran gaji. Dato Fong Chan Onn sendiri telah mengesahkan bahawa setiap keringat yang keluar, hendaklah dibayar gaji sebagaimana dalam perjanjian. Jangan ambil kesempatan di atas sebarang kelemahan perjanjian mulut antara majikan dan pekerjaan.
Jangan hendak ambil kesempatan pula. Janganlah kerana status mereka sebagai pendatang tanpa izin, tidak ada pasport yang sah, permit kerja yang sah , mereka diperlakukan seperti kuli batak. Tak perlu dibayar gaji, diperhambakan dengan sewenang-wenangnya. Dalam kes ini, kebanyakan pekerja tanpa izin ini bekerja di sektor pembinaan dan perladangan. Sektor ini melibatkan banyak sub-sub kontraktor dan amat bergantung kepada prestasi projek. Jika berlaku projek yang terbengkalai, pembayaran gaji juga akan tertangguh.
Janganlah kerana kesalahan subkontraktor yang tidak bayar gaji, kontraktor utama yang dipesalahkan. Selidik dan siasatlah terlebih   ; dahulu. Kebanyakan kontraktor utama melibatkan syarikat Malaysia yang terkenal. Reputasi mereka akan terjejas jika &nb sp; kes ini dibawa ke mahkamah. Jika benar mereka bersalah, mereka harus dipertanggungjwabkan . Tetapi jika sebaliknya mereka tidak bersalah, apakah PATI dan kerajaan Indonesia sanggup menghadapi saman malu dan tuntutan ganti rugi.
Apakah tidak cara lain yang lebih sesuai selain daripada tindakan mahkamah. Siapa yang akan menang dalam kes ini nanti. Tidakkah akan ada yang mengambil kesempatan dan menangguk di air keruh. Negara mana yang akan untung jika Indonesia dan Malaysia yang serumpun bertelingkah.
Pendakwaan &nb sp; di Malaysia mengambil masa yang cukup lama. Khidmat peguam untuk meneliti fakta kes, polis yang akan menyiasat dan pegawai yang akan memutuskan tentang keberkesanan undang-undang .
Peguam Negara akan menentukan sama ada ada kesesuaian untuk membawa kes ini ke mahkamah atau tidak. Pelbagai undang-undang sedia ada akan dipinda kerana hal ini berupakan cerita yang agak baru. Belum pernah terjadi sesebuah kerajaan asing hendak membela rakyatnya di Malaysia kerana tidak dibayar gaji. Mungkinkah mereka boleh diektradisi ?
Setelah pekerja tanpa izin ini muncul di mahkamah , mereka pula akan ditangkap polis di luar mahkamah dan didakwa di mahkamah kerana datang ke negara ini tanpa izin, tanpa kelulusan, tanpa kebenaran undang-undang dan mengganggu keamanan dan keselamatan negara.
Apakah mungkin Menteri Buruh dan Menteri Kehakiman Malaysia akan ke Indonesia pula dan membawa mereka ke mahkamah untuk dibacarakan pula.
tTidaklah ini akan menyebabkan cerita ini akan bertali-tali, berpanjang &nb sp; mengambil &nbs p; masa bertahun-tahun, pelbagai kelemahan negara akan terdedah dan dimalukan. Sebagai negara jiran , hubungan baik antara dua negara yang semakin intim akan menjadi keruh semula sebagaimana zaman ' Ganyang Malaysia' satu ketika dahulu.
Jika Indonesia mengambil peguam yang handal-handal tentulah kerajaan Malaysia mesti mempertahankan hak rakyat Malaysia pula . Tentulah tidak adil jika hanya Indonesia berasa teraniaya sedangkan Malaysia turut rasa tertipu, teraniaya dan disusahkan. Soalnya siapa yang jemput mereka datang ke mari ?
Indonesia tentulah maklum betapa pendatang tanpa izin ini amat menyusahkan keamanan dan keselamatan Malaysia. Mereka susup-sasap melalui hutan bakau dan mencicit lari dari buruan pasukan keselamatan Malaysia. Setelah mereka mendapat kerja di Malaysia, senang-senang pula menyatakan mereka tidak dibayar gaji.
Bukti yang sahih perlu ada dan apakah mereka akan menang dalam pertikaian di mahkamah nanti. Rekod-rekod pembayaran gaji disimpan oleh para subkontraktor. Sebagai pekerja subkontraktor, tidak ada sebarang rekod kerja yang tepat. Maklumat   ; tentang nama pekerja , bilangan pekerja ,masa , jenis kerja dan kemudahan yang diberikan direkodkan secara nyatakan. Malahan tidak ada perjanjian mengambil pekerja secara khusus. Lainlah jika sekiranya mereka bekerja di sektor industri .
Pertikaian di mahkamah tidak akan menguntungkan mana-mana pihak. Harapan untuk dibayar gaji akan terus hancur kerana para majikan juga akan menyediakan peguam yang handal-handal. Mereka mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Peruntukan undang-undang buruh yang sedia ada di Malaysia belum bersedia berhadapan dengan kes-kes seperti ini.
Dalam keadaan ekonomi Indonesia yang masih gawat ditambah lagi dengan isu bencan tsunami di Aceh, Indonesia seolah-olah mahu menjadi juara kepada pendatang tanpa izin. Mengapa tidak dari dahulu lagi mereka diperingatkan tentang kemungkinan-kemungkinan&n bsp; tidak dibayar gaji. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Dah tahu hujan batu turut berlaku di negeri orang, mengapa masih berminat datang mencari penyakit. Bekerjalah di tempat sendiri kerana sudah tentu dibayar gaji oleh majikan mereka.
Kita sudah tahu akan ragam Indonesia yang ingin berlagak sebagai 'abang' dengan Malaysia. Mereka ingin menjadi hero dalam keadaan-keadaan sebegini.
Pak Lah tak mahu komen panjang dan Timbalan Perdana Menteri terkejut besar dengan berita terbaru ini. Berita ini hanya muncul ketika Malaysia membuat persiapan terhadap kunjungan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono beberapa hari lagi. Apakah ini isu utama yang hendak disampaikan oleh Presiden Indonesia itu. Tanpa ada angin, tiba-tiba isu ini timbul.Datangnya isu ini bagaikan datangnya tsunami pada 26 disember 2004 yang lalu.
Syaitan bertenggek
Mulanya aku menetapkan niat untuk mengikuti kuliah subuh setiap hari pada hari-hari cuti begini tapi subuh tadi tak pergi pulak. Entah syaitan murakab mana yang bergayut dalam jantung hatiku ini. Akupun tidak tahu. Malam tadipun aku tidak ke masjid untuk bersama-sama membaca Yassin . Agaknya syaitan besar telah bermaharaja lela dalam batu jemala aku ini. Seronok sangat syaitan murakap itu berjaya mempengaruhi aku ini. Barangkali keseronokannya mengalahkan keseronokan di Sureheboh TV3.
Nampaknya apa yang akan dibuat tak sama dengan apa yang telah dibuat. Setiap hajat yang hendak dibuat selalu sahaja ada mental block yang menghantui dan mempontianakkan &nbs p; diriku ini. Boleh halau syaitan dan hantu-hantu yang menghantui diriku ini tak. Serabut sungguh jadinya.
Sebenarnya aku dah set alarm pada handphone aku ini. Nombor telefon aku ini 019- 2542660. Nampaknya handphone ini tidak pula terpengaruh dengan syaitan laknat tu. Memang jam dah bunyi jam 5.30 subuh keredek dan sesuai untuk aku bangun, mandi dan berkereta ke masjid yang jaraknya hanya 1.5 kilometer sahaja. Tapi sifat malas dah hinggap dengan bantuan syaitan , iblis dan jin kafir mana tah .Aku hiran betul. Selalunya bila aku ada niat, niat itu boleh dijadikan realiti. Tapi tidak subuh kali ini.
Akhirnya isteriku mengejutkan aku untuk sembahyang subuh. Dia memang setiap hari mengejutkan aku untuk sembahyang subuh. Kalau dia tidak dapat sembahyang subuh sekalipun, dia kekal setia mengejutkan aku untuk sembahyang subuh. Kena bangun untuk sembahyang subuh ini memanglah menyeronokkkan. Selalunya kita- buat-buat tak sedarlah .Syaitan memang sedap menyuruh kita tidur lena. Sampai 6.30 masih belum bangun dan terbangun dan berkali-kalilah isteriku menggerakkan aku. Nasib baik ada isteri yang rajin bangunkan suaminya, jika tidak melepaslah aku daripada mengerjakan perkara wajib ini.
Setelah sembahyang subuh , aku melipat kain yang penuh dalam bakul. Kain-kain itu dah dua hari tidak berlipat. Melipat kain merupakan kerja yang satu-satunya merupakan kerja aku di rumah ini. tidak ada kerja lain melainkan kerja melipat kain inilah sahaja.
Kemudian aku ke kedai membeli surat khabar dan membeli roti canai. Isteriku ini tak pernahlah membuat kuih -muih untuk aku sekeluarga sejak dahulu lagi. Ibunya memang pandai membuat pelbagai jenis dan setiap hari menghantarnya ke kantin sekolah tempat aku mengajar.
Tapi entah di mana silapnya, anak ibu itu tak pandai pulak buat kuih. Meleset sungguh tanggapan aku. Aku ingat jika ibu pandai buat kuih tentulah anaknya berlebih-lebih lagi. Jangan tidak adalah sekali dulu ketika belum ada anak dua buat kuih keria atau ekarang dipanggil donat. Tapi kuih cedokok memang ada, tapi itu sahajalah .
Agaknya dia memang tidak pernah hendak menimba ilmu membuat kuih itu semua. Tak apalah. Aku boleh belih dekat anak Cik Timah Lenggang di tepi padang sana.
Rasuah dan mercun.
Siapa pernah sakit gigi ? . Bagi yang berpengalaman tentu faham dengan soalan aku dan maksud di sebaliknya. Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku sakit gigi. Selepas makan daging korban , aku sakit sikit. Sebelum itu, aku telah sakit gigi, tapi tidaklah teruk sangat.
Aku sudah makan pil ponstan yang aku beli di farmasi Bintulu tapi belum ada menunjukkan ia akan berkurangan. Ramai yang kata jika sakit gigi, telanlah ubat Ponstan yang berbelang hijau dan kuning. Tapi entahlah. Tak mujarab lagi agaknya. aku tik tak dengan keyboard ini pun tak semangat.
Di luar rumah aku, bunyi dentum dentam. Banyak betul mereka membakar mercun mengalahkan sambutan di Dataran Mereka sahaja. Aku rasa kerajaan tak perlu taja pembakaran bunga api dan mercun semasa tahun baru. Cukuplah ketika di Tahun Baru Cina ini sahaja. Gigi aku semakin sakit bila dengar bunyi mercun.
Pak Lah sendiri hairan bagaimana semua ini terlepas masuk ke Malaysia dari negara China. Apa yang polis, kastam dan imigresen buat. Tak baik tuduh mereka macam-macam, tapi itulah persoalan yang ada dalam kepala aku.
Semasa duduk di asrama pada tahun 1981 dahulu, kami melintasi balai polis. Setiap hari Jumaat, semua pelajar asrama dikehendaki menaiki bas menuju ke masjid yang terletak di Teluk Intan. Jarak antara asrama Seri Perak dengan Masjid baru Teluk Intan bukanlah jauh sangat, tapi kena jugalah naik bas. Sebelum sampai di masjid itu, bas itu melintasi kawasan balai polis Teluk Intan. Ia merupakan sebuah bangunan yang agak baru.
Semasa Zaman British, balai polisnya terletak di tepi Sungai Perak.
Pendekkan cerita, kawan aku yang bernama Harun telah menjerit-jerit pada polis yang berkawal di pondok kawalan. " Polis tak sembahyang ke ? . Jom lah pi sembahyang. Orang lain semua sembahyang , mengapa polis tak sembayang.Itulah sebabnya banyak sangat rasuah " Begitulah &nbs p; antara yang dijeritkan oleh kawan-kawan aku ketika itu . Aku memang tak menjerit sama dan aku tukang gelak sahaja. Terfikir pulak mereka untuk mengejek   ; abang-abang polis itu. Polis tukan sedang bertugas. Mereka bertugas menjaga balai secara bergilir.
Apabila pulang dari masjid, bas kami telah ditahan oleh polis. Beberapa orang kawan aku tadi telah ditahan oleh polis dan dibawa ke sebuah bilik. Macam mana polis boleh cam dengan bebudak yang menjerit ' Polis tak sembahyang" itu aku tak berapa pasti. Aku tak berapa ingat sangat akan kesudahan cerita. Mereka telah diberi amaran dan masing-masing pucat lesi masuk semula ke dalam bas. Padan muka.
Cerita kedua pula baru -baru ini di sekolah aku sendiri. Ada pertandingan kawad antara pasukan unit beruniform. Antara hakim yang dipanggil ialah dari balai polis. Pada pengamatan aku sendiri, pasukan kadet polis sekolah tidaklah cantik sangat kawatnya. Ini bukanlah kerana aku ini guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Ada pasukan lain lagi yang lebih hebat dan boleh berjaya. Tapi oleh kerana dua orang pegawai polis jadi hakim, pasukan kadet polis telah menang. Tanpa diacum dan serentak pelajar yang menjadi penonton telah menjerit " Polis rasuah, patutlah menang".
Iktibar daripada dua peristiwa ini , imej polis memang tak lepas daripada rasuah. Semua mereka ini orang Melayu belaka , begitu juga cikgu-cikgu semuanya Melayu belaka. Kesimpulannya orang Melayu dengan rasuah tidak boleh dipisahkan.
Semasa hari raya aidil fitri tempoh hari, isteriku turut membeli mercun dan bunga api daripada seorang ustazah yang lain. Mereka jual dan beli secara sorok-sorok sahaja dan tidaklah banyak sangat. Mana dapat ?. Dia kata mercun tu semua adalah daripada mercun yang dirampas oleh polis.
Pulakkkkkk
Sebelum ini isterikun pantang aku membeli mercun atau bunga api.Mulalah dia membebel. Katanya buat apa ikut perangai dan budaya orang lain. Bakar duit sahaja. Tapi entah kenapa , tahun ini terbalik pulak , dia pulak yang lebih.
Qiamullail 1 Muharam
Cuti-cuti begini memang puas tidur. Pagi tadi , kira-kira 3.40 pagi buat Qiamullail di masjid. Aktivitinya termasuklah sembahyang tasbih 2 rokaat, diikuti lagi sembayang tasbih dua rokaat, sembayang taubat 2 rokaat, sembayang hajat dua rokaat , sembayang witir dua rokaat dan 1 rokaat. Selepas itu ada kuliah subuh oleh Ustaz Rahman.
Hari ini Romi kahwin di Kuala Selangor. Aku dapat jemputan daripadanya . Tapi jauh jugak dekat-dekat 150 kilometer. , Tambahan pula &nb sp; gaji jauh lagi. Ada bas rombongan bebudak asrama pergi ke sana kerana dia merupakan warden asrama tempat aku mengajar.
Romi pernah bersama ikut rombongan pelajar ke Pulau Pangkor pada tahun 2001. Tahun 2003, sekali lagi ke Taiping dan Cameron Highland ikut rombongan bebudak asrama. Seronok juga mengawasi budak asrama. Mereka nampaknya baik-baik belaka, mudah nak kawal. "Emak ' mereka dah tak ada di asrama, pindah kat Putrajaya/
Pergi ke kebun seperti biasa. Maksu dan keluarga Khairul ada datang sama. Bakar ikan sembilang dan daging lembu korban . Daging itu merupakan daging korban tempoh hari. Dekat dua minggu lebih. Sedap juga. Abang Khairul yang tolong bakarkan dan aku cuma tolong korak-korak api je.
Selepas makan aku balik ke rumah dan &nbs p; lepak di rumah. Hajatnya hendak tik tak dengan komputer tapi terlelap hinbgga 5.30 petang di hadapan televisyen. Malas nak layan Astro. Semua cerita berkaitan Tahun Baru Cina lagi.
Malam ini ada &nbs p; bacaan Yassin di masjid dan aku bercadang ke sana. Isteri dan dua anak anak masih lagi di kebun. Mereka suruh aku jemput mereka selepas solat Isya nanti. Aku bercadang mengajak anak lelaki aku ke masjid dan sama-sama membaca Yassin tapi awal-awal lagi dia menolak. Aku akan cuba lagi.
Ayah mentua aku puasa hari ini sempena 1 Muharram. Aku tak pernah puasa 1 Muharam seumur hidup aku.
Doa dua tahun baru
Tadi aku pergi menghadiri majlis doa selamat akhir tahun hijrah dan memyambut awal tahun Tahun Hijrah yang ke berapa aku tak berapa pasti sangat. Yang pasti aku telah menghadir majlis yang sepatutnya disambut oleh orang Islam.
Tahun ini kerajaan membatalkan sambutan Tahun Baru 2005 dan pelbagai acara malam itu telah dibatalkan. Antaranya ialah &n bsp; acara nyanyian yang ditaja oleh Syarikat Televisyen TV3 dan Bank Ambank. Kita sebagai orang Islam patut menyambut tahun baru dengan dengan lebih meriah . Maksud aku di masjidlah. Bila sebut upacara di masjid , tentunya dengan bacaan doa dan Yassin. Itu lebih afdal.
Bacaan doa akhir tahun dibacakan oleh Cikgu Aziz. Dia merupakan bekas Nazir di masjid ini. Dia berundur secara sukarela menjadi Nazir . Kebetulan ketika itu pengunduran Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia. Cukup besar ertinya.
Kemudian selepas sembahyang maghrib, kuliah harian telah disampaikan oleh Ustaz Rahman. Dia merupakan ustaz yang popular di sini . Namanya begitu harum dan mekar terutama zaman kebangkitan pelajar di di Universiti Malaya satu ketika dahulu. Ketika itu, beliau seganding dengan Pak Syeh.
Ustaz mengingatkan bahawa tsunami yang berlaku adalah satu ingatan Allah kepada kita semua. Ramai orang berkata tsunami adalah tanda kemurkaan Allah kepada manusia kerana banyak maksiat. Ustaz kata mengapa banyak masjid di Aceh masih elok sempurna. Astora kata kuil di Seri Langka dan Buddha di Thailand juga tersergam indah , tidak hanya masjid di Acheh.
Menurut logik manusia, tentulah bumi Amerika atau Paris , London dan sebagainya , Allah lebih murka kerana disanalah &nbs p; tapak segala maksiat. Mengapa Aceh dengan gelaran Serambi Mekah menjadi sasaran kemarahan Tuhan. Itulah logik yang dikemukakan oleh Astora.
Ramai pengkaji Barat kini datang ke Aceh mengjkaji &nbs p; binaan masjid begitu kukuh dan utuh. Apakah acuan dan ramuan binaan tersebut. Mereka sibuk mencari sebab-sebab mengapa masjid tersebut tidak hancur luluh sebagaimana bangunan-bangunan batu bersebelahan dengannya. Itu yang menghairankan.
Di Pulau Pinang juga, sebuah masjid yang betul-betul mengadap tepi laut juga tidak mengalami kecacatan teruk dan orang yang sedang sembahyang di dalamnya elok selamat. Itulah keajaiban Tuihan. Tuhan lebih mengetahui daripada kita semua.
Selepas sembahyang Isya, aku dijemput menghadiri &nb sp; masjis doa selamat dan kenduri arwah di rumah arwah Cikgu Isa. Cikgu dan isterinya bukan orang tempatan. Dia tinggal di Taman Gembira dan merupakan Bendahari Masjid setelah pencen daripada profesion perguruan. Anak empat orang, dua lelaki dan dua perempuan. Semua masih lagi belum berkahwin. Apabila pulang , kami diberi sebuah beg kertas yang mengandungi buyku Surah Yassin, tasbih, songkok, bauh dari Mekah dan limau mandarin. alhandulillah , syukur .
Aku difahamkan , Cikgu Isa pernah mengerjakan umrah dan bercadang mengerjakan haji pada tajhun 2004. Dia telah mengikuti kursus haji. Malangnya tahun itu kuota telah penuh.. Oleh yang demikian tahun ini, iaitu kira-kira &nbs p; dua bulan selepas Cikgu Isa meninggal dunia, isterinya pergi mengerjakan haji. Moga dapat haji yang mabrur. Ramai lagi yang belum pulang dari mengerjakan haji.
Ketika bacaan Yassin dan doa , bunyi mercun dan bunyi bunga api dentum-dentam di luar. Hari in merupakan sambutan Tahun Baru Cina. Majoriti Penduduk Taman Gembira ini ialah Cina. Tak dapat nak kata apa, biarlah mereka dengan budaya mereka.
Sungguhpun mercun api dilarang oleh kerajaan Malaysia tetapi polis tidak dapat buat apa-apa. Tahun ini aku rasa bunyi mercun makin menjadi-jadi pulak. Heran betul. Makin diharamkan makin banyak pulak di pasaran.
Untungnya kakitangan kerajaan, setiap kali perayaan akan dapat cuti, terutamanya cikgu sekolah. Hari Isnin ( ( 7 Januari 2005) ramai murid di kelas aku yang tidak hadir. Mereka awal-awal lagi telah bercuti. . Cikgu hanya tumpang gembira . Hendak mengajar pun tidak boleh kerana yang datang cuma 16 orang sahaja.. Yang lain telah mencutikan diri mereka. Nak kata macam mana.
Jom tengok Constantine
Tadi aku menghilangkan diri aku dari kebun . Anak lelaki aku bekejar di belakang kereta aku. Tapi aku buat tak nampak mereka bekejar di belakang. aku malas nak bawa mereka kerana di separuh jalan mereka akan ajak aku pulang. aku memang panyang jika tengah syok ronda dalam pasar raya atau di kedai computer, mereka mengajak aku pulang. Potong stim betul.
Ada beberapa orang di kebun itu . Oleh itu aku tidak berapa bimbang sangat tentang keselamatan anak-anak aku. Lembu -lembu yang ada itu aku tidaklah hiraukan sangat. Walaupun lembu-lembu boleh menanduk jika berbaju merah, tapi aku tidaklah percaya itu semua. Lembu yang suka menanduk ini setahu akulah ialah lembu sapi - lembu matador di Madrid, Sepanyol.
Yang lebih membimbangkan aku ialah perigi yang ada dalam pondok itu. Dulu memang tidak ada air paip. Jadi sumber air yang ada ialah air perigi. Ayah mentua aku telah mengupah orang kampung untuk menggali perigi. Kami cukup suka dengan air pergi itu kerana airnya sangat jernih. Tambahan pula airnya cukup jernih. Beberapa orang kampung turut datang ke kebun untuk mengambil air. Kononnya airnya lazat dan sedap. Mengikut mereka lagi air pergi ini boleh dibuat ubat. Entahlah. Aku nak terkikik-kikik   ; dalam hati bila air perigi boleh dijadikan ubat.
Ada di antara mereka minta air penawar daripada ayah. Ayah tidak keberatan &nbs p; mendoa dan menjampi menggunakan air pergi itu. Aku akui airnya sedap dan lazat. Mungkin garam mineralnya banyak. Semasa aku datang, datang sebuah kereta dari kampung berdekatan minta air penawar daripada ayah. Ketika itu ayah sedang menghalau lembu-lembunya. Keluarga tersebut terpaksa menunggu lebih setengah jam menunggu ayah menyelesaikan kerjanya. Apabila ayah siap menjampi, merekapun pulang.
Aku sendiri ada minta penawar daripada ayah. Apabila anakku demam dua tiga hari, aku minta penawar daripada ayah. Ayah akan menggunakan bawang jantan yang telah dibelah dua dan disapukan di bahagian telinga dan ketiak. Entah macam mana , demam anak-anakku itu boleh kebah dan sembuh. Nak percaya atau tidak , tapi itulah yang terjadi. Namun begitu aku tidaklah percayakan sangat kerana di samping itu aku turut memberi ubat yang kubeli dari farmasi atau dari Klinik Fatimah. Kami suka ke Klinik Fatimah kerana harga perkhidmatannya murah, cuma RM15.00 sahaja.
Sebenarnya hari ini aku pergi menonton wayang. Aku tidak kira judul fiem yang akan ditayangkan. Namun begiu aku ada melihat dalam iklan di Berita Harian , filem-filem semasa. Antara filem semasa yang ditayangkan di panggung wayang ialah National Treasure , Elektra dan Constantine. Filem Melayu memang aku tidak berapa minat, entah kenapa. Kalau tidak ada filem orang putih yang menarik barulah aku akan tengok filem Melayu. Filem Melayu yang ditayangkan sekarang ialah filem Tak Ori Tapi Ok arahan AR.Badul. Satu lagi ialah filem arahan Yusof Haslam yang bertajuk GK3 the Movie.
Filem Melayu dalam bentuk cd cetak rompak pun aku tak pernah beli. Jika ada orang lain yang beli di pasar malam, aku atau anak-anak aku [pinjam dan tengok. Tak pernah beli cd cetak rompak filem Melayu apatah lagi menonton filem Melayu di pawagam. Aku bukanlah selalu sangat menonton wayang. Paling banyakpun 4 kali dalam setahun. Jika aku ke Ipoh melawat emak di di rumah Nyah di Ipoh, aku ambil peluang menonton wayang di Kinta City.
Biasanya aku tengok wayang seorang diri sahaja. Masa bujang lainlah. Tak ramai kawan aku yang minat menonton wayang . Mereka kata menonton wayang ini haram. Tambahan pula pelakonnya ada berpakaian bukak-bukak. Tapi aku suka menonton wayang . Apa beza antara menonton filem di panggung wayang dengan menonton filem di televisyen. Kan lebih kurang sama sahaja kesannya. Aku sangat suka jika ada kesan effect . Dalam cd atau dalam televisyen, kesan effect filem tak dapat dirasakan sangat. Betul tak ? .
Cuti masak
Pak mentua aku telefon pagi-pagi ini. Dia bertanya mengapa tak datang malam tadi ke kebun . Pak mentua aku ada kebun. Di sana dia memelihara lembu. Adalah lebih kurang 20 ekor lembu. Ada sebuah pondok. Sebenarnya bukan lagi pondok tapi sebuah rumah kedua dan dilengkapi dengan peti ais, ada bekalan elektrik dan air. Jadi jika tak ke mana-mana aku sekeluaga akan lepak di sana.
Sejak akhir-akhir ini keluarga isteri aku ini suka ke sana. Mereka akan ajak kami ke sana dan makan-makan. Kekadang tidur di sana. Seronok juga kerana makan free dan buat aktiviti riadah di sana. Malangnya di situ tidak ada air terjun . Cuma ada sebatang sungai tapi airnya tidak berapa bersih kerana ada ladang & nbsp; babi di bahagian hulu sungai. Itu yang leceh sangat tu. Jika hendak menjaring atau menjala ikan pun boleh tapi sanggupkah makan ikan sembilang yang memakan sisa babi.
Malam Tahun Baru Cina memang & nbsp; bunyi mercun cukup kuat dan membingitkan. Tambahan pulak duduk di kawasan Cina di Kampung Baru. Bunyi dentum-dentam dari maghrib hingga ke pagi. Depan rumah mentua aku itu kawasan kampung baru Cina. Kita tak boleh nak salahkan mereka atau halang mereka main mercun. Itu dah jadi budaya mereka . Nak buat macam mana ? . Oleh itu mentua aku buat keputusan &nbs p; malam Tahun Baru Cina mereka akan duduk di kebun, jauh sikitlah dari rumah murah itu.
Tengah hari ini mereka ajak kami makan tengah hari di kebun. Cuti panjangkan . Malam nanti mereka nak belanja makan sate. Makan sate memang cukup seronok kerana aku dah lama jugak tak makan sate.
Sebulan yang lalu aku makan sate di masjid. Malam Jumaat selepas baca Yassin, kita dijamu oleh orang yang berhajat dengan makan sate. Jamuan sate di masjid ini bukan selalu. Adalah sesekali. Selalunya mereka jamu dengan kuih, bubur , nasi lemak atau makanan bergoreng yang lain seperti mi atau bihun.
Bapa mentua jadi &nb sp; bilal di masjid itu dan menjadi jurunikah . Selalunya dia sibuk pada hari Sabtu atau Ahad. Dia tak pergi kenduri ke rumah saudara-maranya jika diadakan pada hari Sabtu atau pada hari Ahad. Ini kerana pada dua hari itulah banyak majlis akad nikah. Oleh kerana itu akulah yang bawa mak mentua ke mana-mana majlis kenduri. Aku tak kisahlah bawa mak mentua pergi makan kenduri..
Makan kendurilah katakan, makan free. Selalunya jika ada sesiapa yang jemput mentua aku pergi kenduri, syaratnya mestilah ajak keluarga anaknya sekali. Dengan cara itulah bolehlah dia pergi. Ramai yang aku tak kenal sebenarnya walaupun dikatakan saudara-mara. Aku ikut sajalah.
Biasanya hari Ahad ini merupakan hari cuti memasak bagi isteriku. Letih katanya, dia nak berehat daripada memasak. Aku cukup bimbang jika hari Ahad tidak ada jamuan kenduri . Jika ada kenduri atau apa-apa jamuan, bolehlah aku makan di sana. Selamatlah duit aku daripada membeli makanan di gerai. Malam biasanya isteriku masak nasi goreng. Ataupun beli nasi lemak di tepi jalan sana.
Pada waktu malam dia tak makan, diet katanya. aku tak boleh nak diet macam dia. Dia memang kuat semangat untuk diet.
Pantanglah alku komen badannya tembam atau kekawan dia komen pipinya semakin gebu, mulalah dia diet. Dia diet , kami yang lain teruk tak dapat makan. Aku nak juga masak, tetapi dia tak benarkan. Pelbagai alasan dia berikan. Antaranya &nbs p; dapur jadi berselerak. Dapur memang merupakan office bagi orang perempuan. Janganlah nak cuba ubah barang itu dan ini . Dia cukup marah. Dia boleh kesan air atau gula tumpah walaupun aku alp beberapa kali.
Lama-lama skill memasak dah hilang daripada aku. Aku sendiri jadi malas hendak memasak. Apa yang boleh aku bantu ialah basuh pinggan mangkuk sekali-sekala. Aku harap dia puas hati.
Cikgupun hantar anak ke kelas tuisyen
Tadi aku hantar mereka ke kelas tuisyen . Tahu lepas aku tak hantar mereka ke kelas tuisyen kecuali ke kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Bayarannya pada tahun lepas RM25.00 sahaja. Agak murah.
Tapi kali ini bayaran kelas tuisyen RM75.00. Yuran pendaftaran 15.00. Aku terpaksa bayar kerana itulah sahaja cara yang paling sesuai dan tidak menyebabkan aku rasa bersalah. Kelas tusiyen yang diadakan di rumah seorang guru India - bau 'sembahyang' cukup kuat . Tambahan pula dimulakan pada pukul 7.00 malam. Mana mungkin aku hendak hantar ke sana sedangkan aku baru sampai di rumah.
Mereka kata murid-murid Cina pandai-pandai kerana menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen. Mereka cukup prihatin tentang pendidikan anak-anak dan sanggup berhabis untuk pendidikan. Sedangkan orang Melayu hanya sanggup beli pinggan dan mangkuk sahaja.
Semasa aku mengambil peperiksaan STPM, aku sendiri pergi ke kelas tuisyen beberapa kali untuk mengambil semangat. Alhamdulillah , aku dapat prinsipal dan akhirnya dapat masuk ke USM secara PJJ. Sesetengah kelas tuisyen itu tidaklah menonjol sangat. Kalau pelajarnya memang pelajar yang pandai , tentulah pencapainya juga cukup bagus. Itulah yang diwar-warkan.
Beberapa tahun lepas aku ada buat kelas tuisyen di rumah. Sambutan memang cukup baik dan terbuka kepada pelajar sekolah rendah sahaja. Aku cuba memberi bimbingan dalam empat subjek yang utama dan alhamdulillah , cukup memberansangkan. Tapi apabila pindah rumah, kelas itu aku hentikan buat sementara dan akhirnya berhenti terus. Dua buah kelas tuisyen ada jemput aku mengajar di sekolah mereka.
Sebenarnya kawan aku menjadi pengurus kelas tuisyen tersebut dan dia tidak melupakan aku. Tapi aku hanya sanggup untuk setahun sahaja . Pindah pula ke kelas tuisyen yang lain. Ketika itu aku ada kerja tambahan lain dan terpaksa melepaskan peluang untuk buat part time. Sebenarnya dapat duit tuisyen masa itu habis begitu sahaja. Aku habiskan untuk makan di luar sahaja. Tak adalah nak simpan-simpan.
Anak jiran sebelah rumah menghantar anaknya sejak kecil ke kelas tusiyen ialah sejak tahun 1 atau tahun dua lagi. Akhirnya anaknya dapat UPSR 5A. Itu yang buat aku serba salah. Pelajar sekarang perlu dibantu dengan kelas tusiyen. Jika tidak alamatlah mereka corot di dalam peperiksaan . Hendak atau tidak mesti hantar.
Aku cuba hendak mengajar mereka di rumah tetapi kita ada banyak kekangan. Anak lelaki yang seorang ini cukup liat untuk aku mengajarnya. Kalau aku marah, dia akan menangis. Yang peliknya aku selalu marah-marah dengan dia. Emak dia tak hendak mengajar. Isteriku lagi bengis dan lebih panas baran hinggakan &nbs p; mengajar al Quran aku yang mengajar. Padahal aku tidaklah sepandai mana. Dialah yang lebih layak mengajar mengaji al Quran kerana dia seorang ustazah di sekolah rendah agama JAIS.
Aku bukan pandai sangat membaca al Quran. Setakat membaca surah Yassin pada malam Jumaat di masjid bolehlah. Itupun semasa bersekolah asrama di Seri Perak dahulu, aku baca Yassin dalam tulisan rumi. Aku cukup malu tapi apa boleh buat. Akhirnya aku bolehlah mengajar anak-anak mengaji al Quran.
Aku letak syarat kepada isteri aku, jika aku mengajar anak- anak membaca al Quran , jangan pulak dia pandai-pandai menegur. Kalau aku salah mengajar mengaji al Quran, jangan sekali-kali dia menegur walaupun aku ajar salah. Pantang benar orang tegur aku ,apa tah lagi di depan anak-anak. Jatuh imej dan maruah aku sebagai seorang ayah. Kalau hendak tegur sangat , engkaulah ajar. Sejak aku beri warning, dia tidak lagi berani menegur.
Entahlah, hidup ini penuh dengan cobaan dan dugaan.
Diam adalah sisa kuasaku
Aku memang pendiam
Dan aku sememangnya aku , aku diam
Kau kata aku diam ,aku akui
Tapi diam aku bukan kediaman
Kediamanku adalah rumahku
Lantas aku diam di rumahku ini
Di rumah ini lebih baik aku diam
Diam aku tak menyusahkan orang lain
Diam aku di kediaman aku sendiri
Apa salahnya aku diam
Kan lebih senang aku diam
daripada mencarut sana sini
daripada bertekak dengan kau
Kau memang duduk di rumahku
Tak kau tak pernah duduk diam
Selalunya aku yang diam
Aku terpaksa diam kerana kau
Teringin juga aku menceceh macam kau
Tapi aku tak kuasa
Lagipun daya yang ada padaku hanya diam
Aku amat pandang tinggi pada diam
Sungguhpun diam menyiksa jantung dan mindaku
Tapi itulah sahaja sisa-sisa kuasa yang aku ada
Malaslah nak jawab
Lebih baik diam.
Diamlah
Sajak Anak Derhaka
Sayang apa entah jika begini
Inikah yang dikatakan hormat
Macam inikah yang dikatakan membalas budi
Ini bukan anak mengenang jasa namanya
Sebenarnya inilah anak derhaka
Anak tak tahu diuntung
Dicekik masa kecil lagi bagus
Apa guna berpelajaran tinggi
Lebih baik kerja biasa
Entahlah
Memang dunia terbalik
Atau engkau yang sudah terbalik
Dan itulah aku
Jom Ronda Kuala Lumpur
Ramai pelajar tidak datang untuk latihan Rumah Merah hari ini. Lelaki hanya 40 orang dan 60 orang perempuan sahaja. Pelajar Cina tidak datang kecuali dua orang sahaja . Nampaknya mereka telah memulakan cuti Tahun Baru China sejak hari Sabtu yang lalu. Hari Sabtu yang lalu ( 5 Februari 2005 ) kelibat mereka tak nampak kecuali beberapa orang sahaja.
Selalunya ketika musim perayaan Tahun Baru Cina , beberapa fenomena akan berlaku. Satu ketika dahulu , kita susah hendak beli barang kerana banyak kedai yang ditutup. Pasar menjual ikan juga ketiadaan peniaga Cina . Oleh sebab itu kita terpaksa kelaparan pada Tahun Baru Cina. Banyak kedai Cina menjual tanglong yang berwarna. Tanglong yang paling popular pada tahun ini ialah ayam kerana tahun ini merupakan tahun ayam.
Aku tidak pasti sama ada tahun membawa tuah atau tidak. kita sepatutnya tidak membezakan mana-mana tahun dan sentiasa bersikap positif. Malangnya kita tiap-tiap mengatakan ekonomi negara akan merosot. Beberapa orang telah membunuh diri . Ini termasuklah &n bsp; jutawan kereta Jaguar Malaysia.
Malangnya sekolah rendah agama tidak cuti pada hari Selasa. Ini termasuklah sekolah tempat isteri aku mengajar. Ini yang leceh ini. Aku bercuti seorang diri dan lepak di rumah seorang-seorang sementara dia dan anak-anak tidak becuti. Tapi ada juga untungnnya. Aku boleh merayau hingga ke Jalan Imbi untuk meninjau-ninjau tentang harga komputer dan produk terbaru. Nasiblah mereka pergi ke sekolah. Anak kecilku boleh post kat neneknya.
Aku ingat hendak menonton wang cerita Constantine dan National Treasure di Leisure Mall atau di Mines. Aku akan jalan sakan &n bsp; dari pagi hingga ke petang. Mungkin akan sampai ke malam ronda Kuala Lumpur.
Jangan renovated rumah dulu
Rumah aku ini tidaklah sebesar manapun. Rumahku ini ada 3 bilik dan dua bilik air. Tapi sebuah daripada bilik air itu ditutup untuk dijadikan setor. Pada mulanya aku tidaklah setuju kerana bilik air itu untuk kami suami isteri . Tapi memandangkan & nbsp; bilik air tidak digunakan sangat ,maka ia ditutup secara beransur-ansur dan nampaknya terus kekal.
Di dalamnya tersimpan kerusi plastik berwarna merah yang kugunakan untuk kelas tusiyen beberapa tahun lalu. Memang banyak pinggan-mangkuk di dalamnya dan memang sesuai disimpan di dalam setor kerana tidak ada tempat lain. Barangan ini jenama Arcopal dan seumpamanya. Harga setiap kotak lebih 400 ringgit. Dia beli pinggan-mangkuk ini daripada Andah iaitu mak saudaranya yang di berada tidak jauh dari sini. Kini Andah telah meninggal dunia pada Mac 2004.
Oleh kerana dia guna wangnya sendiri barang-barang itu, aku biarkan sahaja. Dia memang ada minta kebenaran daripadaku untuk membeli semua barang itu. jika aku tidak setuju dengan barangan itu , akan ada perbincangan yang berlarutan dan mungkin akan bermasam muka. Itu yang aku malas membantah dan dengan berat hati aku relakan .Kiranya aku cuba beri keputusan bijak dengan menyatakan tidak, lantas dia akan menjawab ' Bukan minta duit abang.".
Apabila dia minta kebenaran untuk membeli barangann itu dan ini, tentulah ia melibatkan ya dan tidak. Tapi selalunya dia meminta dan memastikan &nb sp; jawapan dariku "Ya, boleh "
Biasanya aku akan katakan padanya buat apa beli banyak-banyak jika tidak digunakan. Jika memang perlu digunakan atau akan digunakan, belilah. Tapi jika sekadar simpan dan terus simpan, hanya digunakan semasa hari raya buat apa ?. Lagipun kita tukarlah tabiat orang Melayu yang suka membeli pinggan-mangkuk daripada membeli buku untuk anak-anak. Jangan jadikan pinggan-mangguk sebagai hias almari di ruang tamu. Namun begitu aku gagal untuk menukar sikapnya dan sikap kita memang sukar untuk berubah.
Barangan plastik tupperware memang banyak dan memenuhi   ; ruang kabinet yang satu lagi. Bila disimpan di ruang atas kabinet, ia tidak digunakan langsung. Harga barangan plastik tupperware ini bukannya murah dan isteriku nampaknya enggan menggunakannya. Dia begitu komited untuk membeli barangan tupperware dengan alasan & nbsp; mutunya sangat tinggi. Ada seorang cikgu perempuan yang selalu berkunjung ke rumah ibunya dan di situlah bermulanya pengumpulan plastik tupperware. Setiap bulan dia akan ditunjukkan buku yang penuh dengan gambar daripada syarikat Tupperware . Ada sahaja tawaran dan isteriku ini sangat tergoda melihat gambar.
Cikgu perempuan ini menghantar dua orang anaknya ke rumah ibunya iaitu ibu mentuaku. Sambil dia hantar dan ambil anaknya setiap hari dia jual dan kempen tentang barangan tupperware. Mulanya aku lihat isteriku bersimpati dengan peniaga jualan langsung ini dan seolah-olah macam mengemis. Itu pada pandangan akulah. Mungkin salah dan keterlaluan.
Rakan-rakan yang sebaya dengan ku banyak yang telah menambah   ; ruang rumah. Biasanya mereka menambah ruang di bahagian belakang rumah . Selalunya di bahagian belakang rumah ada 10 kaki . Jadi bolehlah ditambah ruang untuk sebilik lagi. Tapi aku rasa cadangan itu tidak sesuai untukku buat masa ini.
Jika ikutkan kehendak dan kemahuan isteriku , memang hari ini juga ruang ini mahu ditambah tapi aku tetap dengan pendirianku. Kalau duit dia tak apalah. buat apa ruang yang banyak dan luas sangat kerana anak kami cuma tiga orang, buat setakat inilah . Aku tidak bercadang untuk lebih daripada itu. Kebanyakan rakan-rakanku juga mempunyai bilangan anak yang kecil .Aku rasa bilangan ini ideal.
Perancangan aku ialah selepas aku habis bayar kereta Proton Iswara dan hutang Bank Rakyat, aku akan mengerjakan haji. Selepas itu akan melawat beberapa negara terutamanya Great Wall of China, Taj Mahal dan Piramid di Mesir. Aku harap harapan dan doa itu akan menjadi kenyataan. Harapan itu hanya bersandar kepada pendapatan sedia ada padaku. Aku tidak ada sumber pendapatan lain. Aku harap hasratku itu menjadi kenyataan beberapa tahun lagi tapi tidak lebih dari 2010.
Apa guna kita lihat rancangan Travel & Tours di Astro setiap hari jika kita tidak berpeluang pergi ke sana. Jadi buat masa ini aku tidak akan tambah ruang rumah atau beli rumah lain . Cukuplah apa yang ada. Ia hanya akan menambah hutang dan aku tidak ada kesempatan untuk ke mana-mana.
Anakku kehilangan kucing
Tadi aku ke kebun menghantar kucing . Kucing ini dah kesedapan duduk di dalam rumah. Anak kecilku Iffa selalu memeluk dan membelainya . Aku bimbang dia akan alahan dengan bulu kucing dan akhirnya mendapat penyakit astma.
Semasa aku kecil dahulu rajin membelai dan mengintai kucing bermain di bawah katil. Akhirnya aku dapat asma dan menanggung deritanya sehingga sekarang. Aku percaya itu salah satu puncanya. Walaupun aku tahu penyakit asma ini adalah penyakit bawaan keturunan.
Setiap bulan aku beli pam sedut asthalin buatan India berharga RM10.00. Sebenarnya ubat ini boleh diperolehi dari klinik tapi aku malas hendak beratur dan tunggu lama di   ; ruang menunggu klinik. Tambahan pula akan bertemu dengan ramai murid-muridku. Itu yang malas tu.
Melihat kucing melompat sana sini terutama semasa dia masih kecil memang seronok. Dia akan bergurau dengan adik-adiknya. Anak kucing akan menetek dan berebut-rebut menetek dan emaknya buat 'derk' sahaja bila masa anak-anak mereka menetek.
Namun aku bimbang Iffa akan meracau kehilangan kucingnya. Kucing ini pernah jadi binatang peliharaan Nabi Muhamad. Kalau dia mencari kucingnya , aku bimbang dia akan buat hal, demam atau sebagainya. Susah aku dibuatnya.
Orang yang paling tak suka dengan kucing ialah isteriku. Dia tak suka kucing apatah lagi membuang tahi kucing. Akupun begitu. Aku rasa siapa yang suka akan tahi kucing yang pengit dan pering.
Emak hilang ceria
Sejak apak pergi, aku lihat emak tidak ceria lagi . Wajahnya langsung tidak ceria. Itulah agaknya penderitaan yang amat ditanggung oleh emak . Apak adalah segala-galanya bagi emak. apabila apak telah tiada sejak tahun 2000 lalu, Keceriaan emak telah dibawa bersama.
Apak pernah berkata, "Jika engkau pergi dulu, engkau jangan risaukan aku. Tapi jika aku pergi dahulu, engkau hendak ke mana ? " Apak ternyata telah dapat menerka permasalahan emak pada masa hadapan.
Apak bukanlah berpendidikan tinggi. Apak cuma kerja kampung sahaja. Dia pernah menjadi SC sekitar tahun 1940-an iaitu ketika zaman British.. Kemudian menjadi tukang kebun sekolah rendah buat beberapa tahun sekitar tahun 1970-an. . Selebihnya menjadinya menjadi pesawah dan penoreh getah. Selain itu apak ada kedai runcit kecil di kampung yang terpencil dan sunyi.
Emak memang cukup ceria ketika ada apak. Emak akan akan menguruskan hal-hal di rumah seperti memasak, menyapu, membasuh kain dan sebagainya. Kretika itu masih tidak ada elektrik . eleketrik cuma sampai di rumah kami pada tahun 1987. Jalan raya juga hanya baru dinbina pada tahun 1987 setrelah Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar Perak. Pokok getah yang tua dan terbiar telah diambil alih oleh kerajaan untuk ditanam dengan kelapa sawit. Harga kelapa sawit sekitar tahun 1987 boleh tahan dan jauh lebih baik daripada   ; pokok getah. Harga getah menjunam habis.
Ketika itu anak-anak memang selalu balik. Aku masih bujang kala itu. Oleh itu aku memang selalu balik ke kampung menikamati air Sungai Perak. Dua kakakku juga selalu balik. Tiga adikku masih lagi ke sekolah di sekolah menengah . Aku memang terasa keriangan dan kehebatan hidup adik beradik walaupun tidaklah seceria mana.
Tapi segalanya itu telah hilang . Sejak apak ada lagi, emak memang beberapa kali masuk hospital. Emak ada oenyakit kencing manis. Emak masuk ke hospital kerana kakinya hampir dipotong di bahagian hujung jari sebelah kanan. Aku amat bimbang ketika itu.
Emak memang suka benda yang manis-manis. Masakan emak memang aku suka kerana manis-manis belaka. Aku hampir tidak mengetahui kesan makanan manis ketika itu walaupun sebenarnya aku pernah dengar. Masakan emak yang aku paling suka ialah jenis bubur. Contohnya bubur jagung, bubur kacang atau pengat pisang. Semua makanan iniu manis-m,anis belaka. Di kampung memang banyak pokok pisang. Jika emak buat goreng pisang atau pengat pisang - rasanya manis meletin.
Kaki saudara emak yang bernama Bakri yang bekerja sebagai atendan di hospital Teluk Intan pernah dipotong setelah kemalangan jalan raya . Kakinya tidak dapat di selamatkan kerana ada penyakit kencing manis sekitar tahun 1980-an.
Ada satu sebab utama emak dan apak dapat kencing manis. Ketika hari raya, cara yang paling mudah menghidangkan tetamu yang datang ialah dengan menghidangkan air cola-cola atau air pepsi . Apak memang suka dengan minuman ini. Mulanya aku tidak berapa perasan sangat tentang kegemaran apak. Apak selalu hidang minuman ini jika anak buah yang datang dari jauh-jauh . Kebanyakan anak buah apak bekerja di Kuala Lumpur . Aku juga bekerja di Kuala Lumpur. Apak adalah satu-satunya bapa saudara mereka yang masih berada di kampung . Ayah Ngah dan Ayah Andak telah lama pergi.
Kini, jika aku berjumpa emak, topik yang emak boleh ceritakan ialah tentang penyakit kencing manisnya. Itu adalah topik yang boleh dibincangkan dengan emak. Sebenanrya aku juga telah terkena penyakit ini. Sekarang aku juga terpaksa makan ubat yang dibekalkan oleh doktor.
Dulu emak ekalu bercerita dengan aku . Pantang sahaja aku bentanya atau minta emak minta ceritakan . Pasti emak akan bercerita. Dia akan bercerita sambil bekerja di dapur. Aku akan dengar dengan penuh teliti. Banyak istilah dialek kampung yang aku kuasai dan tidak aku perorehi daripada buku.
Dalam 365 hari dalam sethun itu, hampir 350 hari emak tinggal di Ipoh bersama dengan adik perempuan aku atau bersama kakak yang juga tinggal di Ipoh. Emak jarang ada peluang tinggal bersama aku kerana ada masalah seperti yang aku nyatakan dalam blog sebelum ini. Alasan yang paling kukuh emak tidak tinggal bersama aku ialah emak selalu ada appointment dengan doktor di hospital.
Emak tidak tinggal lagi di kampung. Kami, terutama sekali adik lelaki aku melarang emak tinggal di kampung. Orang lain memang boleh tinggal di kampung. Tetapi emak sakit. Emak tidak sihat. Emak selalu tak dapat kawal makanan jika tinggal di kampung. Emak akan bekerja macam-macam jika tinggal di kampung. Emak terlalu tua untuk tinggal di kampung.
Suasana kampung tidak sesuai lagi untuk emak tinggal. Sungguhpun rumah itu besar dan lengkap segalanya kini, tapi emak tidak boleh dibiar sorang-sorang di kampung. Kampungku nun jauh di pedalaman. Ramai penduduknya telah berhijrah ke tempat lain.
Sebenarnya jasa emak amat besar. Emak boleh jaga anak yang ramai iaitu seramai enam orang. Tapi anak yang ramai tak boleh jaga emak yang seorang itu. Aku yang telah bergelar cikgu inipun cakap tak serupa bikin. Berbuih-buih aku mengajar kepada anak murid agar menghormati ibu bapa tapi aku sendiri tidak berupaya untuk menjaga emak sebaik-baiknya. Banyak halangan kepada diriku untuk menjaga emak. Halangan yang paling utama ialah halangan mental.
Aku cemburu masyarakat Cina yang boleh menjaga ibu bapa mereka dengan baik. Mereka boleh duduk sebumbung dengan ibu bapa mereka. Contoh terbaik ialah kawanku Cikgu Tan Chin Lai. Mengapa aku tidak.
Le Tour de Langkawi
Aku pernah terperangkap dalam kesesakan jalan raya semasa Le Tour de Langkawi ketika hendak sampai di garisan penamat di pantai Port Dickson sekitar tahun 2001. Mulanya aku sekeluarga tak perasan mengapa kereta di hadapan tak bergerak-gerak. Setelah lama kemudian barulah kami perasan ada pertandingan Le Tour de Langkawi yang akan menamatkan kayuhan mereka di Hotel Avilion dekat dengan Pantai Teluk Kemang. Dekat sejam lebih kereta tak bergerak-gerak di situ
Kayuhan basikal ini memang nampak meriah dan pesertanya dari luar negara belaka. Hampir tidak ada peserta dari negara Asia. Setiap tahun menggunakan laluan yang berbeza-beza. Itu yang menyeronokkan dan dapat dilihat dari pelbagai tempat. Aku rasa cabaran yang paling hebat ialah mendaki puncak Genting . Selamba sahaja mereka berkayuh mendaku gunung itu. Aku sendiri tak larat mendaki ke rumah aku, bukannya tinggi sangat .
Kebanyakan peserta dari negara Australia, Britain dan Amerika. Kelmarin, juaranya ialah Brown dari negara Australia. Mereka memang hebat- hebat belaka. Kayuhan cukup cepat dan laju. Saiz badan tidaklah cukup besar. untuk aktiviti berbasikal ini tidaklah memerlukan saiz badan yang besar seperti mana pemain bola sepak. Pada pandangan mata aku, saiz badan mereka macam orang Asia sahaja, tak lebih daripada itu. Tetapi mengapa tidak ada peserta dari Malaysia dan seumpamanya. Sepatutnya sukan ini boleh dimajukan kerana saiz badan kita tidak menjadi masalah.
Sungguhpun negara yang paling banyak basikal dan menggunakan basikal ialah negara China tapi tidak ada pula peserta dari negara tersebut. Sejak dari dahulu, negara China tidak mengeluarkan atlet yang hebat yang dapat menyaingi Eropah kecuali ping pong , akrobatik dan bola tampar. Atlet Cina - Cina Malaysia juga tidak dapat diketengahkan di peringkat antarabangsa kecuali sukan badminton sahaja. Itupun sekejap naik dan sekejap turun.
Sebenarnya tidaklah begitu seronok sangat menontonnya kerana mereka berkayuh di hadapan mata kita tak sampai seminitpun. Mereka melintas di hadapan kita beberapa saat sahaja . Tapi beberapa saat yang ditunggu itu cukup menyiksa . Misalnya hari ini , ( Sabtu , 5 Februari 2005 ) laluan Le Tour de Langkawi ialah Kuala Kelawang, ulu Beranang , Broga, Semenyih , Bangi lama dan terus ke Putrajaya. Tempat penamat ialah di Putrajaya .
Tetapi kesesakan jalan raya sampai ke Kajang. Mungkin peserta masih lagi berada di Titi lagi, tapi sekatan jalan raya telah dibuat di Semenyih. Hampir sejam kenderaan tak boleh melintas di Semenyih. Ada yang ceria kerana dapat menonton mat-mat Saleh berkayuh basikal. Tapi tidak kurang juga yang berang kerana perjalanan jauh mereka tersekat hampir dua jam.
Tempat yang paling sesak ialah di Restoran Yus berdekatan dengan lampu isyarat Perabot Ang Giap. Semua polis dari Semenyih dan Kajang berkawal tidak membenarkan sebarang kenderaan melintasi laluan. Tidak ada laluan pilihan. Jadi aku kira , penonton yang datang menonton terpaksa dan dipaksa menonton. Itupun jika mahu menonton   ; mat-mat saleh mengayuh basikal.
Bilangan peserta hampir 40 orang. Bilangan polis peronda dan marshall   ; juga dalam bilangan yang sama. Setiap kereta jurulatih atau polis peronda lengkap dengan stiker negara-negara peserta. Sebuah helikopter berlegar di angkasa Semenyih. Sebuah kapal terbang Cessna juga kelihatan terbang rendah. Mungkin ada jurugambar yang mengambil gambar dari udara. Keadaan amat sesak sekitar jam 2.30 petang.
Pasti bengang mereka yang hendak cepat sampai ke destinasi. Hari ini kan Sabtu dan sesetengah pejabat swasta atau kilang memulakan cuti seminggu Tahun Baru Cina bermula pada hari ini. Mereka ini dalam perjalanan ke utara atau ke selatan. Tentunya mereka menyumpah-nyumpah sebagaimana aku terperangkap di Port Dickson pada tahun 2001. Apabila kita berada di dalam kereta, kita tidak pasti apa yang berlaku di hadapan. Kita tidak boleh potong que. Kita tidak pasti adakah pertandingan sudah selesai dijalankan atau belum. Jika belum, tentulah kita boleh parking kereta di tepi jalan dan berjalan kaki ke tempat mereka melintas. Jadi serba tak kena jika kita berada di dalam kereta.
Aku sebenarnya mula meminati sukan ini setelah membaca kisah perjalanan Dato Hasan Nawawi yang berkayuh dari Port Dickson mengelilingi dunia . Buku tentangnya aku pinjam daripada Cikgu Roslan. Harga buku edisi bahasa Malaysia dekat-dekat 70.00 .
Di Sungai Purun pulak ada Pak Icek .Nama sebenarnya ialah Abu Samah . Dia sudah pencen dan berjaya berkayuh basikal mengelilingi negeri Selangor   ; pada bulan Ogos 2004 sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.
Aku sendiri telah sampai ke Sungai Tekala beberapa kali . Memang cukup menyeronokkan. Masa itu aku terkenang zaman sekolah berkayuh basikal dengan kawan-kawan dari kampung terus ke SMKDSML
Gotong-royong Perdana condong-royong
Gotong -royong Perdana di sekolah aku ini hanya melibatkan pelajar sesi pagi sahaja. Tapi semua guru sesi pagi dan petang dimestikan hadir dan terlibat sama. Malangnya ramai pelajar yang tidak datang. Bilangan pelajar sekolah ini ramai iaitu 2997 orang. Bilangan guru sesi pagi 75 dan bilangan guru sesi petang 66 orang. Ini tambah pula dengan 4 orang guru pelatih .
Tentu sekali pelajar perempuan lebih ramai hadir daripada pelajar lelaki dan tentunya pelajar Melayu lebih ramai hadir daripada kaum lain. Ini bukanlah sentimen kaum tetapi kenyataan. Bukan cobaan tetapi betul-betul punya hakikat. Namun begitu jika tugasan melukis mural, penyertaan dan penglibatan pelajar Cina lebih menyerlah dan lebih menonjol. Seorang guru Pendidikan Seni pernah mengadu kepada aku , jika kita minta penglibatan pelajar Melayu , mereka akan minta makan , minum dan sebagainya. Guru penyelaras berkenaan terpaksa berkorban untuk belanja makan dan minum mereka. Sebaliknya pelajar Cina tidak minta bayaran , makan , minum dan sebagainya. Malahan kerja-kerja lukisan mural lebih menarik dan sempurna. Namun ini hanyalah pemerhatian biasa sahaja.
Bagi guru pula bilangan pelajar yang tidak berapa ramai hadir ini ada juga baiknya kerana mudah sedikit hendak kontrol. Daripada 1600 pelajar sesi pagi yang patut hadir, aku rasa yang hadir hanyalah 180 orang sahaja .Biasanya pelajar sesi pagi lebih sukar hendak beri kerjasama. Ini tidaklah kerana aku ini mengajar di sesi petang. Dahulu aku ada mengajar di sesi pagi dan aku maklum akan keadaan itu.
Beberapa tahun lepas sebuah sekolah yang agak elit agama di Bangi disaman oleh pihak Majlis Daerah kerana mempunyai 16 tempat pembiakan nyamuk aedes.
SEKOLAH TEMPAT TIDAK BERBUDI BAHASA.
Dalam minggu ini tersiar di televisyen ( hujung Januari 2005 ) beberapa kali tuduhan terhadap guru dan sekolah. Asalnya seorang penulis di dalam surat khabar Utusan Malaysia mendakwa 3 tempat yang langsung tidak berbudi bahasa ialah di kedai, pejabat dan sekolah. Dalam istilah lain, sekolah adalah tempat yang paling kurang ajar. Di sekolah melibatkan pengetua, barisan pentadbir, kerani, guru dan pelajar.
Keadaan tidak berbudi bahasa di sekolah berpunca daripada warga sekolah yang tidak menyambut kedatangan tetamu terutama ibu bapa yang tidak disambut dengan senyuman. Kerani di sekolah langsung   ; tidak membantu menguruskan hal ehwal anak mereka terutama sekali hal pertukaran dan kemasukan. Sekiranya ibu bapa hendak menguruskan hal pelajar yang bersekolah di sesi pagi, jangan cuba berurusan di sesi petang. Begitu juga jika si anak bersekolah di sesi petang, jangan cuba berurusan di sesi pagi. Sang kerani akan suruh datang pada sesi pagi. Alasannya , hanya guru kelas pelajar yang berkenaan akan lebih maklum akan hal ini.
Kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui anak mereka di tingkatan berapa dan di kelas mana. Di sekolah ini ada 17 belas dari 1 Amanah hinggalah 1 Tekun. Kekadang ibu bapa menyatakan anaknya berada di tingkatan &nbs p; dua tetapi sebenarnya di tingkatan satu. Adalah lebih baik bawa anak bersama ke sekolah jika hendak berutusan di sekolah.
Satu hal lagi , apabila bapa hendak berurusan di pejabat, sang kerani tidak tahu apa-apa. Mereka tidak memegang fail atau data pelajar tersebut. Mereka tidak pegang kad kemajuan pelajar, Kad 001, kad ULBS, Kad kesihatan dan sebagainya. jika hendak menukarkan anaknya , mereka harus berjumpa dengan beberapa guru yang entah berada di kelas mana . Ini amat menyiksakan bagi ibnu bapa yang selalu 'sibuk'. Mereka diminta datang pada esok hari. Dalam kes tertentu ibu bapa dikehendaki pergi ke PPD atau Jabatan Pendidikan Negeri. Sebenarnya di sekolah tidak ada maklumat yang lengkap tentang seseorang pelajar kecuali- yang ada dalam Buku Kedatangan Pelajar. Data ada dalam komputer tetapi access ke sana amat susah atau disusahkan.
Sebenarnya &nb sp; sekolah adalah satu tempat yang paling kerap dikunjungi atau berurusan. Sekolah sesi petang & nbsp; tutup pada jam 6.45 petang tetapi kerani telah balik pada jam 4.40 petang. Ini menyebabkan ibu bapa murka. Mereka beranggapan kerani berada di pejabat sehingga 4.30 petang juga. Tambahan pula kerani- kerani di sekolah ada bidang tugas masing-masing.
Seperti yang aku jelaskan sebelum ini, cakap guru memang kuat seolah-olah menengking. Jika ibu bapa datang semasa perhimpunan , akan mendengar guru-guru yang berucap di pentas mengherdik dan menengking pelajar yang bercakap dan bising. Ada ibu bapa yang terperanjat apabila mendapati anak mereka buat perangai di tapak perhimpunan dan melihat guru-guru 'berbahasa kasar' di pentas perhimpunan.
Namun sekarang ibu bapa agak susah hendak masuk ke kawasan sekolah dan mendengar taklimat atau 'hadir ' semasa perhimpunan. Ibu bapa yang hendak masuk ke kawasan sekolah mestilah minta pas masuk ke kawasan sekolah dari pengawal syarikat swasta dan dapatkan tandatangan daripada guru yang telah ditemui. Dahulu, ketika perhimpunan pelajar sesi petang sekitar jam 6.00 petang, kira-kira 50 ibu bapa turut mendengar taklimat. Nampaknya mereka seronok dengar taklimat daripada guru-guru dan melihat persembahan daripada para pelajar.
Di sekolah aku ini ada 20 speaker dan terletak di setiap blok. Malangnya suara daripada speaker ini boleh terdengar hingga ke rumah murah di belakang sekolah. Ramai penduduk di rumah murah tersebut mengadu mereka mendengar setiap biji butir apa yang berlaku di sekolah. Mereka mendengar setiap arahan pengetua. Mereka dengar setiap taklimat pengetua. . Mereka tahu dengan detail apa yang berlaku di sekolah.
Siibu datang lagi
Buat kali kedua ibu ni datang lagi berjumpa dengan aku. Kebetulan pulak aku baru sahaja mengawasi trafik pelajar sekolah yang sedang merentas desa. Mestilah aku kena layan kerana dia merupakan ibu kepada muridku di kelas 2T.
Sebenarnya aku rasa megah juga berjumpa dengan ibu ini. Sungguhpun dia berseluar pendek tetapi bahasanya cukup bersopan dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu yang cukup baik berbanding dengan orang Cina yang lain.
Dia mengadu anaknya dah liar sangat dan berhajat menghantar anaknya ke pusat perempuan jahat. Aku nasihat jangan kerana mereka bukan jadi bertambah baik, malahan menjadi bertambah jahat. Kawan aku ada pengalaman sebegitu.
Pendekkan cerita anaknya pernah keluar dengan lelaki Keling yang berumur 32 tahun . Mereka ke Ipoh selama 6 hari . Istilah Keling hanya dituturkan oleh orang Melayu kampung. Tapi ia terlucut keluar daripada seorang perempuan Cina yang berumur sekitar 38 tahun. Itu yang buat aku terkejut.
Cikgu bertempik
Petang itu aku begitu asyik sekali dengan tugasku sebagai seorang guru. Suaraku kurasakan begitu berkumandang ke seluruh kelas. Aku tak peduli kelas-kelas lain dapat tumpang sama apa yang aku ajarkan. Aku tidak peduli jika guru-guru di kelas lain turut terganggu dengan suaraku yang lantang. Itu aku akui sendiri dan amat maklum.
Apabila aku bercakap, sebenarnya seoalah-olah aku sedang bertempik . Jika aku sedang menekankan sua ra aku, itu seolah-olah aku sedang menjerit kuat. jika aku sedang marah , itu bermakna, kelas akan bergegar dan pelajar perempuan akan menikus. Mereka akan menutup telinga jika aku sedang bertempik. Tapi bagi mereka yang 'gedebe' , mereka tidak kisah langsung.
Akibatnya ada murid-muridku yang terkejut. Murid perempuan yang berada di baris kedua dari depan tersentak. Mereka menekap telinga pada kedua-dua belah. Ketika itu baru aku sedari bahawa aku sebenarnya sedang bercakap kuat dan menyakitkan telinga sahaja. Faedahnya tidak ada langsung.
Bila aku bercakap dan pelajar itu sedang buat kerja lain, dia akan terkejut besar dan mengurut dada. Kawan di sebelahnya terkekeh-kekeh ketawa. Jadi aku tahu mereka memang tergeramang apabila mendengar suara aku.
Ketika aku berborak dengan ahli keluarga , mereka turut menegur aku kerana aku bersuara kuat. Eh , diamlah, suara kau kuat sangat. Along Yusof pernah menegur aku kerana aku bersuara lantang ketika bercerita. ' Kau diamlah, suara kau kuat sangat", katanya. Aku rasa terhina kerana aku ingatkan cerita aku tak sedap. Tapi akhirnya aku sedari dia tak senang dengan suaraku yang kuat.
Pada satu masa yang lain , kawan kepada isteriku mengadu bahawa aku bercakap cukup ketika buat satu kunjungan pada hari raya. Dia berkata aku memang sesuai jadi guru disiplin atau penyelia petang kerana suara aku cukup kuat.
Kuat sungguh agaknya suara aku itu. Sebenarnya aku tak perasan sangat yang aku ini bersuara kuat. Jadi seorang guru memang perlu bersuara kuat. Jika bersuara perlahan, mana mungkin murid hendak dengar . Tambahan pula Blok D yang terlalu hampir dengan Blok C, jaraknya dipisahkan oleh longkang sahaja. Aku amat hairan bagaimana bangunan 'projek segera' itu boleh lulus. Bahananya kepada aku yang mengajar sekarang. Rasa-rasanya aku terpaksa bertempik gajah , barulah sesi pengajaran dan pembelajaran boleh diikuti.
Cikgu Hendon lainlah. Dia mengajar di makmal dan menggunakan 'microphone dan speaker pinggang' ketika mengajar. Begitu juga dengan Cikgu Lim . Mereka untung kerana mengajar subjek sains. Guru yang rugi ialah guru selain Sains dan Matematik. Guru Sains dan Matematik menggunakan notebook dan LCD ketika mengajar.
Mereka juga dapat elaun mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Jadi guru Bahasa Inggeris juga amat beruntung. Subjek Sains banyak dapat peruntukan daripada Kementerian Pendidikan. Uoppp.... eh ... Kementerian Pelajaran.
Cikgu yang paling rugi dan terhina di sekolah ialah cikgu Sastera dan Geografi, selain daripada cikgu Bahasa Melayu. Maruah guru- guru ini begitu tercalar sekali. Begitu rendah sekali & nbsp; martabat mereka. Gaji sudahlah tidak sama, kemudahan pun berbeza-beza.
Terasa pulak aku hendak tukar subjek. Kalau boleh aku hendak mengajar subjek Sains dan Matematik. Aku boleh menggunakan makmal yang lengkap dengan alatan mengajar. Pada waktu petang atau malam aku boleh buat kelas tuisyen atau menjadi guru di mana-mana kelas tuisyen.
Di makmal, terdapat   ; overhead projektor . Di dalam makmal terdapat pelbagai bahan mengajar yang dibeli daripada pembekal. Di sekolah aku ini terdapat 6 buah makmal. Untung kalau dapat jadi pembekal alatan Sains. Dahulu ada juga Encik Daud datang ke sekolah. Dia dari syarikat pembekal makmal Sains. Macam-macam barang yang dibekalkannya. Sesekali dia kena bagi duit sumbangan kepada penerbitan majalah atau pembelian hadiah semasa Sukan Tahunan. Tetapi dia sudah lama tak datang ke sekolah ini. Dengar cerita pintu rumahnya di Sungai Jelok disimbah dengan cat merah angkara along. Sudah lama dia menghilangkan diri, tanpa berita, tanpa suara. Lenyap begitu sahaja. Mungkin sudah balik kampung atau kembali ke alam fana.
Pengedar yang selalu datang ialah tauke Pustaka Rakyat.Muda orangnya , lingkungan 35 tahuns sahaja. Dia kini bertukar kereta baru iaitu Storm. Hebat sungguh keretanya kerana parking di tempat letak kereta pengetua sekolah aku. Jadi, statusnya sama atau lebih tinggi daripada status pengetua sekolah aku.
Aku begini juga, namun begitu aku harus bersyukur kerana menjadi guru. Ramai yang kepingin menjadi guru tetapi tak berjaya.Aku dipilih oleh Ilahi untuk meneruskan kerjaya ini.