Malaysia : hub makanan halal
Jiran lama aku Mejar Pak Leman pernah ke luar negeri termasuk ke Jepun. Masalah mencari makanan halal lebih susah di Jepun berbanding negara lain.
Hendak sembelih sendiri ayam hidup tak dibenarkan / dilarang kerana bagi orang Jepun, perbuatan tersebut menyiksa binatang.
Pak Usu aku yang bekerja dengan Shell, setiap kali keluar negeri , bawa maggi atau makan roti sahaja.
Dalam kepala aku , beruntungnya mereka bukan Islam dalam bab makanan ini. Orang Islam kena fikir banyak perkara apabila keluar negeri. Aku tak pernah menghadapinya dan tak cuba belajar menghadapinya.
Bagaimana dengan Ibnu Batuta dahulu ye ?. Bagaimana dengan Ibnu Batuta era milenium nih ?
Malaysia masih lagi gagal melaksanakan hub makanan halal. Kelmarin kecoh sosej Cina di kilang Selayang bersalut babi. Orang Islam percaya kepada label halal.
Aku difahamkan babi dan glatin babi digunakan dalam pelbagai perkara termasuk untuk pembedahan jantung coronary by pass.
Lelemak babi memang dikatakan sedap dan makanan jadi lebih tahan lama.
Isteri aku nak termuntah apabila melalui restoran Cina yang dipercayai ada goreng benda tu tapi aku selamba aje.
Semasa di Pulau Pinang , babi ini tergantung sekor-sekor siap bersalai lagi.
Sebagai peniaga, seberapa boleh mereka inginkan keuntungan semaksimum mungkin tanpa mengira halal atau haram.
Sebuah gerai popular di sini yang menjual kueh udang dan tauhu goreng, tauhu tersebut sah dibuat oleh 'kilang' Cina. Halal ke ?
Aku selalu makan 'Yong tau fu' dari peniaga Melayu di sebuah pasar malam. Di bawah payungnya ada iklan semua bahan untuk yong tau fu itu dikeluarkan dari sebuah kilang yang halal. Terfikir pulak sekarang , betul ke semua itu ?.
Ada beberapa kilang Melayu yang telah dicinakan. Antaranya kilang sos Aminah Hassan dan kilang proses ayam Sizul. Mula-mula Sizul ambil ayam dari ladang ayam di Lukut . Akhirnya ladang ayam Lukut tu, beli kilang proses ayam itu.
Kilang Pau Ahmad telah ditukar kepada P.A.Food sahaja. Dulu ada kawan yang jadi pemandu van hantar pau ke mana-mana kedai atau kantin sekolah.
Satu ketika dahulu KFC turut dikatakan sebagai haram tapi kemudian senyap .Mulanya aku berhenti sekejap ke KFC. Stake holder KFC banyak orang Melayu dan aku harap mereka bertanggungjawab.
Begitu juga dengan kilang roti Gardinia. Jenuh juga Gardinia Sg Long menjawabnya. Aku lebih suka Gardinia daripada High5.
Dalam surat khabar hari ini , satu muka penuh iklan IKEA Shah Alam mohon maaf dan berjanji samak bahagian makanan basah.
Terima kasih kepada IKEA atas akauntabiliti mereka.
Moga wawasan Malaysia sebagai hub makanan halal tercapai.
Untuk mengharapkan orang Melayu / Islam produk sendiri makanan halal memang tidak mungkin/ mustahil. Kita memerlukan bantuan mereka untuk produced makanan halal. Mereka boleh, asalakan mendapat untung. Tapi perlulah dipantau dan diikat dengan undang-undang.
Merapu lagi
Apak kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah. Tubuhnya gempal dan tua setahun daripada aku nih. aku selalu gelakkan dia kerana sejak kecil duduk di sekolah , apabila tua masih duduk di sekolah juiga. Pada hal aku sendiripun sama juga dengannya. Aku cikgu sementara dia pula sebagai pengawal keselamantan.
Hidup ini kekadang sukar diramal dan tak dapat dirancang sepenuhnya.
Aku menempah sarung pisau daripada Apak. Pisau itu aku beli daripada pulau Langkawi dengan harga RM15.00 . Tapi sarung kayu yang aku tempah daripada apak berharga RM25.00 . Baghaikan pisau Pandak Ali, Pisau kecil tapi sarung besarnya. aku terpaksalah terima sahaja kerana telah menempah. Malas nak layan.
Apak ada penyakit pening. Pernah sekali aku berbincang dengannya pasal parti, agak lama juga, kira-kira dua-tiga jam, dia boleh terkencing dan tak sedarkan dirinya.
Sejak itu aku tak berani berbincang pasal parti dengannya walaupun aku cukup minat bertekak dengannya. Dia memang totok orang parti.
Aku pernah mengikuti kursus BTN di Langkawi bersama apak pada tahun 1996.
Apak agak lewat kahwin. Dia kahwin dengan Mak Usu kira-kira tahun 2001, orang Gesir dekat dengan Behrang , Perak.
Dalam perjalanan balik ke kampung semasa hari raya, aku sekeluarga akan singgah di rumah Mak Usu di Gesir.
Apak cukup suka bercerita dalam longat Perak.
Dia akan ceritakan kembali mengapa negeri Perak tidak ada putera mahkota sedangkan begeri lain ada putera mahkota.
Kononnya ceritanya , orang Perak tak boleh sebut putera mahlota dengan baik, mereka akan sebut ' putera mah kote' iaitu putera lemah kotek'. Itu sebab Perak hanya ada Raja Muda.
Apabila Raja Muda, tentulah ada Raja Tua.
Sehingga kini Raja Muda Perak ialah Raja Nazrin Shah . Aku difahamkan baginda sehingga ini belum kahwin, membujang sahaja. Pelik sungguh .
Semasa pertabalan Azlan Shah sebagai Sultan Perak, meriah sungguh kampung.ku. Ada beberapa buah makam di di tepi-tepi singai di hilir Sungai Perak. sultan Azlan naik rakit Gambar menghilir sehingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datuh pada tahun 1985 kut.
Yong sesat di kampung
Cuti sekolah ini aku tidak berhajat balik ke kampung kerana emak berada di sini. Rumah di kampung terbiar kosong dan tikus kerobok bantal, tilam dan almari baju. Terkejut aku apabila tikus ini mengerutup di atas siling rumah pada waktu malam.
Dah lama tak taruk ubat gegat atau racun tikus.
Dah beberapa kali Yong mengalami peristiwa begini. Hajat hati hendak bertemu emak di kampung tapi emak berada di rumah anak-anak yang lain.
Aku juga mengalami pengalaman yang sama.
Apak meninggal tahun 2000 yang lalu dan sejak itu emak tidak boleh dibiarkan keseorangan di kampung kerana dia ada DM .
Macam-macam kerja yang emak akan dibuatnya di kampung hingga kudis dan luka-luka. Payah nak baik.
Aku harap Yong akan ke Kuala Lumpur. Di KL ini , ada tiga beradik. Di Ipoh ada dua beradik. Hanya Yong seorang di Bayan Baru.
Hanya emak togan pengikat hubungan kami sekeluarga. Jika emak telah tiada nanti, tak tahulah macam mana rumah itu.
Kampung itu benar-benar telah mati dalam sanubariku.
Virus spyware dan adware
Alih-alih dalam laman web ada loink kepada mba , education.
Tarikh dan jam ditukar.
CMOS diubah suai dan bila reboot tak boleh jalan .
Komputer jadi dan kadang-kala tak berfungsi langsung.
Asyik dapat popup beberapa iklan seperti viagra, penthemine dan lain-lain.
Siap refer pada yupsearch.com lagi.
Gerap betul lah.
Hilang mood aku sehari dua ini.
Canggih jugak virus ni yek.
Ada sesiapa yang berpengalaman dan boleh bagi idea ?
17A1 syarat jadi Perdana Menteri
"This year there was a record set when this girl took 17 subject for her SPM and got 17As. There was a massive news coverage that lasted 1 day. With interviews on how she did it and stuff. Anyway, she aspire to be the prime minister of Malaysia.
My two cents on this matter is "What for?". I mean you take 17 subjects when all you need is probably 8 or 9 subjects, your social life looks as dead as a mortuary doornob and you aspire to be the prime minister.
Itulah komen daripada Objectzero . http://objectzero.tblog.com/" title="http://objectzero.tblog.com/" target="_blank"http://objectzero.tblog.com/
Dalam sistem pendidikan kita di Malaysia, penilaian , peperiksaan &n bsp; dan ujian sangat penting . Kita masih lagi terikut-ikut dengan sistem pendidikan British bukan macam sistem pendidikan di Amerika .
Hanya SPM dan STPM yang layak dipanggil peperiksaan . Manakala PMR hanya layak dipanggil penilaian sahaja. Itu sebab PMR dipanggil Penilaian Menengah Rendah. Peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun hanya layak dipanggil ujian sahaja.
Apabila dapat 17A , rasa macam tak percaya aje. Tentunya dia ini tidak langsung terlibat dengan aktiviti ko kurikulum seperti PBSMM. Kerjanya hanya mengadap buku dan buku . Hanya 8 atau 9 subjek sahaja yang dipelajari melalui buku . Sedangkan 8 subjek lagi dipelajari dengan membaca sendiri. Congak akulah.
Malay Literature bukan mudah , walaupun ramai yang beranggapan ia mudah. Tasawur Islam aku tak pernah ambil.
Bebudak Melayu ini akan dialirkan ke Matrikulasi dan hanya sedikit bukan Melayu.
Dalam Utusan Malaysia hari ini ( 16 Mac 2005 ) ada yang masih komplaint tentang perbezaan kemasukan ke universiti melalui STPM dan matrikulasi.
Alasannya matrikulasi terlalu mudah dan hanya belajar setahun sahaja. Jaminan ke universiti memang ada berbanding dengan STPM . Ini tentulah berkaitan dengan meritokrasi yang heboh satu ketika dahulu .
Aku akui STPM memang susah kerana aku pernah ambil STPM tahun 1982.
Berbalik kepada mengejar 17A1 ini , soalnya, hidup tanpa sosial , bolehkah menjadi Perdana Menteri ?.
Dahulu pernah dibuat kajian terhadap bebudak yang duduk di asrama penuh seperti di STAR atau di Malay College . Dapatan menunjukkan mereka ini tidak mempunyai kehidupan sosial yang berlainan. Apabila musim cuti, mereka enggan balik ke kampung dan enggan bergaul dengan orang kampung. Mereka lebih selesa sesama rakan sebaya dan sekolej.
Betul atau tidak tidaklah pasti sangat kerana Bro pun dari sana jugakkan. Ok pulak.
Kau orang rasa macam mana ?
6666
Seorang muridku yang bernama Lurthumary mengajukan tentang nombor 6666 ini. Katanya dalam Kristian, nombor ini adalah nombor sial.
Lurthumary dan seorang lagi kawannya berugama Kristian dan kami selalu berbincang agama dengannya. Dia dan seorang lagi kawannya duduk betul-betul berhadapan dengan meja guru. Jadi perbualan itu tidaklah didengar oleh pelajar yang lain.
Kan 6666 ini jumlah ayat dalam al Quran . Ulama kata jumlah ayat dalam al Quran ialah 6666. Orang Kristian telah mengubah persepsi ini kepada nombor sial.
Aku buat selamba sahaja walaupun dalam hatiku pada mulanya terkejut jugak. Pandai pulak dia comfuse pemikiran aku. Kat mana dia belajar ?.
Aku selalu berhujah dengan dia tentang beberapa ayat dalam Bible yang aku tahu. Antaranya " Eli Eli, lamma sabaktani " .
Ayat ini tidakkah menunjukkan Jesus itu memohon bantuan daripada Tuhan ? . Jika Jesus meminta pertolongan daripada Tuhan, tentulah Jesus itu bukan Tuhan .
Nak menyeronokkan cerita, dia bawa Bible ke sekolah dan tunjukkan kepada aku. Bible itu dalam bahasa Indonesia dan aku telah pinjam dan fotostat .
Aku tak mahulah berhujah lanjut dengannya , nanti datang pulak bapanya ke sekolah. Payah pulak aku jadinya.
Seorang muridku yang lain pernah bertanya kepada aku. Namanya Tamil Arasi. " Cikgu, kafir itu apa maksudnya ? " . Sekarang ini Tamil Arasi telah menjadi seorang guru, lulusan UKM.
Semasa di Upper Six Seri Perak tahun 1981, dahulu , ramai pelajar Kadazan yang ditaja oleh Yayasan Sabah , selalu berdiskus tentang Islam - Kristian . Dapat jugalah mereka seorang pelajar perempuan dikristiankan semula. Pelajar ini mualaf asalnya , tetapi dengan kebijaksanaan Jonathan ini ( India ) , berjaya dikristiankan semula.
Dekat dengan taman aku ini, ada sebuah pusat penjagaan kanak-kanak agama tersebut. Aktif betullah. Besar dana yang mereka ada.
Bilalah agaknya kita ada macam itu ? . Tengoklah di Aceh tu, kalau dibiarkan , menjadi-jadi dakyah mereka.
Ilmu di China - satu ulasan
Menuntut ilmu itu terlalu universal sifat dan cirinya. Kalau dalam konteks dahulu, tentulah merujuk kepada istilah mengaji dengan tuan guru dan lebih fokus kepada ilmu yang dipanggil ilmu agama.
Tentunya menuntut itu lebih kepada di pondok-pondok atau di dalam masjid dan surau yang menekankan tentang menambah iman dan keimanan seseorang. Orang yang balik dari Al Azhar , Madinah dan Jordan dipandang lebih warak berbanding daripada mereka yang pulang dari Kobe.
Dalam satu hadis ada menyatakan menuntut ilmu dengan membaca buku itu umpama menuntut dengan syaitan.
Benarkah syaitan mempunyai ilmu pengetahuan yang tersangat luas dan mengajar ilmu.
Aku persoalkan balik, bukankah al Quran juga sebuah buku / kitab, masakan membaca buku al Quran itu menuntut menuntut ilmu dengan syaitan.
Dalam hal ini, seolah-olahnya Islam tidak mengiktiraf kemurnian dan kemampuan otak yang diciptakan oleh Allah. Otak anak murid kekadang lebih geliga daripada otak tuan guru.
Ketika kita belajar di universiti, biasalah profesor itu menyuruh kita merujuk buku itu dan ini ketika menyiapkan assignment.
Pernah dulku satu ketika , cara menuntut ilmu di Al Azhar itu dipertikaikan kerana cara ortodok iaitu banyak teknik hafalan. Samiqna waataqna sahaja. Umpama Saidina Abu Bakar. Bukan macam Saidina Omar al Khatab.
Iqra itu sendiri maksudnya membaca . Tapi membaca pulak dikatakan berguru dengan syaitan.
Dalam satu lagi hadis, kita digalakkan menuntut ilmu walaupun sehingga ke negeri China. apalah sangat hendak menuntut di China, tentunya bukan ilmu yang menambah keimanan tapi ilmu keduniaan, contohnya seni bina, seni halus, bahasa China, budaya China, ilmu pelayaran dan sebagainya.
Apabila hadis ini ditafsir-tafsir semula, mereka menyatakan hadis ini tidak sahih.
Tentang bab kesahihan ini, ramai orang tak setuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir yang mengajak umat Islam mentafsir semula ajaran-ajaran Islam . Bunyinya macam sealiran dengan Kassim Ahmad, Abdul Ghani Ismail, Farish Noor dan Astora Jabat.
Dalam ceramah Maal Hijrah baru-baru ini di masjid di sini, Ustaz Wan Sohor Bani Leman ( UIA ) tak berkenan benar dengan Astora Jabat yang berkaitan dengan azab dalam kubur. Dia kata janganlah dijemput-jemput Astora Jabat tu berceramah, susah pulak nanti hendak memnperbetulkan akidah umat Islam. Itulah yang aku dapat tanggap.
Macam kau orang kat Jepun tu, kira dah menyahut seruan Nabi menuntut hingga ke negeri China, malah terlajak hingga ke Kepulauan Jepun. Lebih-lebih pulak daripada seruan Nabi Muhamad. Aku hanya berpeluang di USM dan UPM sahaja . Itu yang dekat .
Tentunya ilmu yang diperolehi bukan menambah keimanan dalam konteks 'fardhu ain' . Ia lebih kepada fardhu kifayah. Ada ustaz-ustaz melawak ' sorang dah buat, yang lain tak payah '. Lawak bodoh ini aku tak setuju sangat-sangat. Aku tak maksudkan ustaz itu bodoh.
Fardhu kifayah yang selalu dirujuk / dicontohkan oleh ustaz ialah tentang mengkebumikan jenazah. Jika sekumpulan masyarakat telah menyempurnakan jenazah, yang lain-lain telah terlepas daripada dosa / tanggungjawab .
Ustaz-ustaz perlulah memberikan contoh terkini tentang fardhu kifayah . Kaitkan dan tafsirkan semula dalam hal tsunami di Acheh .
Setelah 45 hari berlalunya tsunami, mayat-mayat orang Islam masih lagi bergelimpangan di hujung-hujung kampung dan belukar serta di tepian sungai. Semua jenazah ini orang Islam belaka-laka.
Orang yang banyak membantu pulak dari sukarelawan luar negara kerana mereka mempunyai kepakaran canggih , kelengkapan pelbagai dan dana yang bertimbun-timbun.
Begitu juga dengan tanggapan kita 'biar sedikit derma tetapi ikhlas , nak heboh kat surat khabar buat apa '. Maka mendermalah kita barang seringgit dua di dalam tabung masjid .
Jika kutipan di bilik-bilik guru, berilah dua ringgit atau lima ringgit , itupun dah dikira banyak dan kerap merungut kutipan selalu sangat melalui sekolah atau kelab guru .
Di sekolah aku ini, apabila sampai borang kutipan derma dari mana-mana surau, Kelab Guru tentukan jumlahnya RM20 atau RM30 ringgit. Mana nak cukup. Berpada ke ?
Aku selalu bertekak dengan murid-murid aku tentang keikhlasan 20 sen dengan sumbangan 2000 ringgit tetapi disiar dalam surat khabar.
Mereka kata " ikhlas lebih penting, cikgu. Dapat pahala. Jika masuk dalam surat khabar, tak dapat pahala. Riak .", kata mereka lagi.
Aku saja-saja cungkil bakat menentang hujah daripada mereka ini. Tak ramai cikgu yang suka mendengar tentangan daripada anak muridnya.
Aku sebagai ahli PBSMM pernahlah juga minta sumbangan daripada Malaysian Pool iaitu satu syarikat perjudian. Bukan akulah yang uruskan sebenarnya. Syarikat-syarikat inilah yang hendak menghulurkan bantuan dengan agak mudah. Tentunya sumbangan mereka ini mendapat tentangan daripada golongan agama.
Satu lagi cara mudah untuk mendapatkan sumbangan ialah mengadakan konsert seperti yang diusahakan oleh Tan Sri Razali Ismail. Ramai yang tak setuju. Tapi orang yang kemiskinan dan kelaparan amat memerlukan bantuan tersebut.
Semalam JAKIM dan penguatkuasa di Selayang membuat serbuan terhadap sebuah kilang yang mengeluarkan sosej yang mengandungi campuran babi. Logo halal daripada JAKIM itu tipu sebenarya. Sebelum itu kita dikejutkan dengan berus-berus yang digunakan ketika membuat kek dan burger itu dibuat daripada bulu. Cerita begini dah lama sebenarnya .
Aku bukan orang Muar
Alamak ? . Boleh ke ? .
Untung ke ?. Rugi ke? Apa untungnya ? Apanya yang untung ? Tarikh tutup 31 Mac 2005. Dua minggu lagi. Peliknya mengapa aku tak terbaca pekeliling bertarikh 12 Februari 2005 tu.
Seelok-eloknya pengetua, guru besar, penolong kanan, ketua bidang digalakkan memohon . Semua itu tak ada pada aku. Tapi aku berangan juga. Mana tahu sangkut, dapat pulak.
Huihhhhh , hebat nampaknya. Sedap bunyinya. Takut jika didatangi, gayat bila berkuasa.
Isteriku memang berkenan benar jika aku jadi pegawai ini. "Pakailah tie nanti" katanya. Ke situ pulak yang difikirkan. Orang fikir pasal tanggungjawab, dia fikir trntang tie pulak.
Dua tiga hari ini dia bising semacam aje , lebih daripada biasa. Omelannya amat luar biasa sejak kedatangan emak.
"Apa guna belajar tinggi-tinggi, tapi tak tukar kerja. Jadilah pegawai " Aku fahamlah , dia merujuk kepada jiranku . Sahabat karib aku dunia akhirat .
Dia menempelak yang aku belajar sampai dapat sarjana tapi masih mengajar di sekolah. Dawud dah dah jadi Nazir. Nazim dah jadi pegawai. Sedangkan suaminya ini belum nampak apa-apa. Mungkin belum ada rezeki, kata hatiku.
Mana nak dapat ? , mohon pun tak. Hatiku berkata-kata. Macam mana nak mohon, syaratnya mesti ada 3 kali menegak melintang. Ehhh , itu PhD.
Aku ? habuk pun tak lekat. Tarak ? . Hanya berbekalkan sarjana itu sahajalah. Kabel memanglah tak ada . Aku bukan orang Muar atau klik Tuk Janggut.
Oooooo rupanya dia berkenan sangat dengan orang yang pakai tali leher. Segak. Bergaya. Ada kuasa. Cikgu-cikgu di Johor memang memakai tie setiap hari, itu yang aku difahamkan. Segak habis.
Aku teringin juga nak pakai tie di sekolah tapi panas bangat di dalam kelas. Dalam Blok H, hanya ada dua kipas.
Tokok lagi dengan perangai anak-anak muridku. Sebagai guru lelaki yang terlebih macho, mereka berilah kelas yang hujung-hujung. Cikgu perempuan mana nak kelas hujung. Konon tak mampu kawal kelas. Kalau tak boleh kawal kelas, cikgu lelaki boleh kawal kelas.
"Kalau tak boleh kawal kelas, jangan jadi cikgulah " bentak aku di dalam hati.
Memang banyak diskriminasi antara guru lelaki dengan guru perempuan. eh eh eh eh . Pengunjung weblog ku ini ramai orang sana . Sorry aaa. Sorry mouri . Naik atas lorry.
Semua jawatan utama milik perempuan belaka. Sampai guru disiplin pun perempuan.
Banyak sangat isu gender berbangkit dalam weblog aku ini. Tak habih-habih.
Aku harap tak perlu tukar gender untuk rebut semua tuh.
"Kecek belako ".
" Kelate mari" . Bila berkumpul, klik demolah, kecek demo. Aku melopong. Boleh jugak tumpang semangkuk kalau nak,kecek sikit , bukan susah sangat. Kawe ada gewe cik mek Kelate dulu . Siap bawak gerek lagi.
"Nyah kah aku ni ? "
Memang mereka pandai-pandai . Fresh graduate lagi. Tak macam aku, hanya siswazah PJJ .
Setiap tahun aku merana di kelas hujung dan sinonim dengan ujung-ujungan .
"Abang beli kereta baru. Iswara itu tukar automatik ." dia tersenyum simpul.
"Buktikan dulu awak boleh bawak ? "
"Nanti beli, tersadai kat rumah, buat hape ? " aku menempelak.
Aku bukanlah minat sangat hendak jadi pegawai ini. Pertama-tama gaji pegawai sama dengan gaji cikgu. . Aku terpaksa bayar tol 4.00 ulang alik setiap hari. Setiap hari aku terpaksa bangun awal untuk mengelakkan 'jam' di Putrajaya.
Cuti cuma 35 hari dalam setahun.
Makan tengah hari Rm4.50 tak kurang setiap hari. Sarapan pagi RM2.00 dan makan petang RM2.00 lagi.
Duit minyak ulang alik dan kerosakan kereta Iswara aku itu. Mustahil elok engin setiap masa. Tayar perlu ditukar.
Banyak benar yang perlu aku campur dan tolak.
Pakaian kenalah smart dan bertali leher. Komputer belum tentu dapat .
Meja kerja mungkinlah diberi dan ada air cond. Tapi sekarang bilik guru sekolah aku twlah ada air cond walaupun selalu jugak bukak kipas.
Nantilah aku cuba ambil borang .
Inilah menantu emak 2
Aku lompat dari pentas setinggi bangunan 6 tingkat dan meluncur. Aku dengar dua pembantu dan pelajar-pelajar menjerit "lipat kaki , lipat kaki. ". Aku lipat kaki dan sesaat kemudian aku sudah sampai ke penghujung. Masa mula nak melompat dari pentas rasa gayat juga tapi di pertengahan kabel, tak ada apa lagi. Seronok betul. Ini adalah kali kedua dalam seumur hidup aku meluncur bagaikan musang terbang.
Sebenarnya semasa aku panjat pokok manggis di kampung masa kecil-kecik dulu lagilah gayat. Kalau angin bertiup, pokok manggis macam nak tumbang . Olang-aling ditiup angin.
Di hujung talian, nada dering polyponic 'Dekat Padamu" berbunyi lagi. Aku terkial-kial membuka tali -tali yang menyakut pada peha aku.
Ini mesti ada urusan yang mustahak. Rupa-rupanya adikku MatLini.
"Semekum, apa khabar ? " Jelas kedengaran suaranya . Aku amat cam benar dengan suara di sana. Dia berada di Seremban , mungkin ada projek yang perlu disiapkan di sana. Kerjanya kontraktor kelas F. Mungkin dapat projek besar di sana.
"Baru-baru ini kaki patah. Masa buat flying fox . Ada Trail 4X4 di Raub Pahang bersama dengan management Ericson " .aku terkejut beruk. Aku yang baru lepas flying fox, sedangkan MatLini sudah patah dua minggu lepas ketika Flying Fox. Cam mana jadi gini ?
Nasib baik aku lipat kaki, jika tidak entahlah. Kepantangan aku ialah tak boleh luka. Ada DM. Ngeri pulak mengingat dan membayangkan merana di sebalik keseronokan.
"Patah ke ? " aku ulangi lagi pertanyaan kerana aku benar-benar ragu. Dah dua mingu berlaku , patah pulak , mengapa adikku tak beritahu , tentunya dia dimasukkan ke hospital. Sedangkan abangnnya sendiri tak tahu menahu. Apa punya abang ?.
"Tak , tak , tak patah. Seliuh aje ."
Aku lega. Selamat lagi adikku yang suka aktiviti luar tu .
Dia sudah sampai ke Chieng Mai, ke Phuket, Bali , Jakarta , Kapas, Perhentian . Langkawi dan lain-lain pulau. Segala mak nenek pulau dia dah pergi. Semua themepark dia dah jengah. Aku ? . Sunway Lagoon 32 km pun belum . Bukit Merah jauh sekali.
Sejak kecil dia memang minat habis dengan aktiviti lasak. Sementelah pulak dia berkemampuan.
Masa di tingkatan lima dia dah mendaki Gunung Tunggal. Gunung tu tempat Tok Tepuk bertapa.
Mungkin aku ada beri dorongan kepadanya atas minatnya itu. Aku pernah bermotor dengannya sampai ke Lawin, Grik. Pernah bermoror sampai ke Brincang .
Adikku yang sorang lagi, aku beri Honda 70 cc pusing satu Semenanjung selepas periksa SPM.
Akupun minat juga tapi tak berkemampuan.
"Masa turun flying fox , kabel tak cukup tegang , hujung kaki terhempas ke batu . Terkehel. Tak ada apa-apa "
Pelik ? tak apa-apa katanya. Sedapnya cakap atau dia cuba menyedapkan hatiku ini.
Aku cuba bayangkan kerana baru sahaja aku melakukan flying fox. Nasib baik aku selamat. Allah masih sayangkan aku dan adikku.
Hatiku nak marah juga kerana dua minggu kemalangan telah berlalu tapi sebarang berita tak beritahu, alih-alih kaki dah patah. Dahsyat bunyinya.
Nasib baik bukan patah, cuba terseliuh aje.
Dia pesan suruh hantar emak ke rumahnya.
Aku tak sampai hati hendak hantar emak ke rumah MatLini .
Dia sedang sakit, aku pulak hendak hantar emak ke rumahnya. Sedangkan orang rumah aku dah tak berkenan lagi dengan mertuanya. Dia cuma berkenan dengan anak lelakinya sahaja. Sabar ajelah. Nak buat macam mana . bukan tak ada didikan agama....
"Dah sampai rumah ini susah betul mereka nak ambil" rungut dan terus merungut.
"Abang tak faham."
"Cubalah abang faham ."
" Esok nak pergi Cherating. Tak ada kat rumah ."
"Apa masalahnya. Awak hendak pergi, pergilah. Abang boleh masak , jangan risau "
"Awak yang tak faham atau awak yang tak faham "
"Susah betullah nak bagi abang faham "
Aku terpinga-pinga kerana dia kata aku ini yang tidak faham dan tidak mengerti. Jadi selama ini aku tak faham apa yang ada ada dalam hatinya.
Dia yang mengatakan adik-adikku tak jemput-jemput emak . Dia marah-marah apabila aku enggan hantar emak ke rumah adik-adikku, alih-alih aku dikatakan tak faham.
Hujahannya bukan kali ini, dah setiap kali emak datang. Emak datang bukan selalu ke rumah aku ini. Dalam setahun adalah dua kali kut.
Selalunya emak akan mengelak jika dijemput datang , konon-konon ada appointment dengan doktor di hospital ipoh. Ubat dah habislah dan macam-macam lagi.
Kalau aku balik ke kampung sekeluarga , aku ajak-ajak ayam aje dengan emak kerana pastilah isteriku akan bising tak habis-habis menyakitkan hati. Entahlah. Susah nak cakap. malu nak cerita.
Dia bukan calang orang. Dia ustazah . Dia bukan tak sekolah agama. Dia dari Hishammuddin. Istiqarah dah buat dulu. Bukan kutip dekat Bukit Bintang.
Astagfirrulah.
Cukuplah.
Dah dah cukuplah. Bocor segala rahsia rumah tanggaku .
Salahkah cikgu cuti ?
Katanya " Kau tak boring ke jadi cikgu ? " , persoalannya itu masih tegiang-giang jelas di telingaku.
" Ada cikgu yang mengajar sampai 33 tahun , aku tengok dia tak boring pun " .
Selepas pencen, dia terlibat dengan politik sebelah . Nak terlibat dengan politik yang satu lagi memanglah susah kerana banyak sangat dakwa dakwinya. Mereka ada hirarki yang tertentu, siap dengan jentera korporat lagi.
Biasanya dalam setahun cuma 190 hari sahaja dikira hari persekolahan . Lain-lain itu dikira cutilah . Antaranya cuti akhir tahun, cuti-cuti umum, cuti hari Sabtu dan Ahad, cuti semester dan cuti pertengahan semester.
"Soalnya bolehkah tidak bercuti ? " . Aku soal balik, " Bolehkah anak-anak kita terus-terusan belajar tanpa cuti". Sesi persekolahan ini melibatkan pelajar dan minda pelajar.
"Mampukah dia berada di sekolah tanpa cuti."
"Cikgu untunglah banyak cuti" . Itu satu isu yang banyak dibangkitkan . Untung atau rugi bergantung kepada banyak perspektif. Cuti banyak tapi duit tak ada, tak membawa sebarang makna juga. Sebaliknya ia akan membawa masalah iaitu dicap malas pulak.
"Asyik cuti je " . Jiran-jiran Cina selalu memandang serong kepada cikgu seperti aku. Mereka bekerja 16 jam sehari iaitu dari jam 6.00 pagi hingga 9.00 malam . Hasilnya , rumah mereka nah menala besarnya. Rumahku cuma rumah teres je .
"Carilah kerja part time " , kata mereka. Contohnya buat kelas tuisyen , MLM , jual insuran dan sebagainya.
Ramai yang ingin berkahwin dengan cikgu kerana ada banyak cuti di samping boleh mendidik anak-anak yang bakal dilahirkan.
Bolehkah cikgu terus-terusan mengajar tanpa cuti ?. Takut nanti terkehel pulak otak cikgu-cikgu sini. Bahaya juga. Maklumlah , mengadap bebudak yang pelbagai ragam .
Lagipun ibu bapa perlu juga bersama-sama dengan anak-anak di rumah. Mereka juga ada program tersendiri seperti mengadakan majlis kenduri kahwin dan melancong.
Soalnya semakin banyak cuti, semakin sikitlah gaji. Sikitkan ?
Tapi pekerja kerajaan tak boleh dibandingkan dengan pekerja swasta. Mereka ada O.T . Dahulu memang banyak O.T tapi sekarang tak tahulah aku. Kerajaan kata ekonomi ok je, tapi ada yang kata merosot. Mana satu kayu ukur nak dipakai tak tahulah.
Yang pasti pelabur jarang sangat nak singgah di Malaysia. Pelabur Eropah asyik terlajak ke China dan Vietnam je.
Bolehkah Malaysia hidup tanpa pelabur asing. Bolehkah Malaysia terus survival tanpa pekerja asing ? . Macamlah mereka itu mustahak sangat kepada ekonomi Malaysia.
Apa-apapun , kesimpulannya aku sebagai cikgu tak rasa bersalah jika banyak bercuti.
Inilah menantu emak
Pada 2 Mac 2005 lalu aku ambil emak dari rumah adik di Flat Bukit Permai . Emak sudah berada di sana selama 10 hari dan adik telefon aku tentang emak yang telah berada di rumahnya . Aku sangat gembira emak berada di Kuala Lumpur dan berada di rumah adik lelakiku. Seorang lagi adik lelakiku berada di Setapak .
"Bila hendak hantar emak ke rumah Matlini pulak "
"Dah sepuluh hari dah "
"Dulu boleh hantar pulak."
"Matlini pun boleh jaga emak. Selalunya pandai dia orang datang hantar dan jemput."
"Ini buat tak tahu sahaja"
Aku diam sahaja .Dia mengomel dengan suara yang jelas dan aku pasti emak pasti dengar di meja makan.
Aku buat derk aje.Tambahan pula aku sakit perut selepas makan kurma daging kambing. Kalau aku jawab, banyak pulak perkataan-perkataan yang akan keluar yang cukup menghiris. Aku rasakan diam adalah cara yang paling sesuai dan itulah sahaja yang mampu aku lakukan. Jika aku jawab , entah apa-apa pula yang dikatakan kepada emak aku dan kepada adik-adik lelaki aku tu.
Dia memang tak senang betul emak berada di rumah ini. Kalau boleh hari kini jugak dia suruh aku hantar emak ke rumah adik perempuan atau kakak aku di Ipoh. Dia akan sakit hati betul jika aku yang menjaga emak. Sebetulnya emak tak perlu dijaga walaupun emak telah tua bangat , 68 tahun.
Entah apalah puncanya, aku sendiri tak faham . Setahu aku tidak ada sejarah silam yang membuat dia sebegiitu rupa.
"Awak tu dahlah sakit perut. Orang tua tu lagilah sakit perut. Tadi dah terlambak sekali ". rungut lagi isteriku di katil. Aku bingkas bangun tak larat hendak layan dan terus ke tandas melayan perut aku yang memulas-mulas. Kurma kambing itu sungguh menyelerakan tapi inilah akibatnya.
Lima tahun terakhir ini semenjak apak pergi emak keseorangan dan sakit diabetisnya benjadi-jadi. Ini dikuti dengan sakit perutnya yang selalu datang . Emak yang selalu sakit perut empat lima hari ini kerana setiap pagi aku belikan nasi lemak. Dia amat tak tahan pedas rupanya. Aku selamba sahaja makan nasi lemak dan kalau tak pedas tak jalan.
Semasa aku pergi ke Melaka , aku tinggalkan emak sendirian di rumah . Pagi-pagi lagi aku belikan nasi lemak , ayam dua ketul dan roti canai dua keping. Isteri aku cukup tak berkenan kalau emak memasak di rumah. Memasak kan kerja orang perempuan. Tahulah dia memasak walaupun sejak akhir-akhir ini masakan emak tidak lagi sesedap dulu. Tawo lesyor.
Aku sedia faham dapur merupakan office bagi orang perempuan. Aku sendiri dilarang memasak , dia tak benarkan. Tapi sesekali dia komplain kerana tak bantu dia di dapur. Pelikkan.
Aku dah lama berhenti memasak sejak kahwin dulu lagi. Tak sedaplah, bersepah-sepahlah, habih basah almari kabinetlah , hitam punggung periuklah, tuala lap habis basah dan sebagainya. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya.
Apabila dia sibuk dan aku tak tolong, bising pulak dia. Apa yang dia suka ialah mendengar celotehnya sambil dia memasak. Dia cukup suka kalau aku dengar masalahnya di sekolah. Semua menantu perempuan begitu ke gamaknya ?.
Kekadang seronok juga tak perlu masak dan kemahiran memasak itu luput dari ingat aku ini.
Dalam setahun , apa salahnya emak datang ke rumah aku barang dua minggu atau sebulan. Salah ke ?. Susah benar ke menantu hendak jaga emak. Emak bukan jenis suka berleter atau jenis tegur orang. Kini emak adalah perempuan yang paling bisu di dunia. Ceria emak sudah tidak ada. Kesihan emak , begitulah nasibnya di hari tua , tidak berkenan di mata menantunya. Dan aku pula tidak lagi berupaya berkata-kata, kecuali di weblog inilah.
Kaunselor jadi waibi
Bayaran setiap pelajar RM30.00. Sekolah tampung RM5000.00 . Kos dalam penyata kewangan RM10,000.00 melibatkan 160 orang pengawas. Besar tu, aku katakan dulu, pengawas sekolah aku ini adalah elit yang diutamakan .
Aku hanya dapat datang pada hari Ahad. Mulanya dalam jadual ada nama aku pada hari jumaat tapi oleh kerana terlalu ramai guru yang keluar, nama aku hanya perlu datang pada hari Ahad. Hari Sabtu aku ada Hari Keluarga di Taman Rekreasi Air Keroh, Melaka.
Aku bergerak dari rumah jam 5.45 subuh dan sembahyang subuh di masjid Batu 14, Hulu Langat. Terbabas hingga ke IKBN kerana signboard tak jelas sangat pagi itu. Segal kata , tempat itu dekat dengan Felda Semungkis, tapi salah . Depan lagi.
Aku ditugaskan untuk aktiviti rentas hutan atau dinamakan kembara minda sejauh 5 kilometer selama 2 jam. Peserta terbahagi 10 kumpulan dan setiap kumpulan ada 15 orang. Aku menjaga kumnpulan 4 . Tapi bila dilaksanakan secara beramai-ramai, ia memakan masa 3 jam lebih. Jam 12.00 barulah mereka pulang.
Di tengah jalan, kira-kira 30 minit perjalanan , Bavanii dari tingkatan 3 sesak nafas dan tak boleh mendaki lagi. Tubuhnya besar dan over weight. Tentunya tak cukup exercise , vegitarian lagi.
Aku sebagai guru PBSMM terpaksalah membawanya undur semula ke tapak perkhemahan . Leceh betul, aku sepatutnya tidak bertugas sebagai guru kecemasan dalam aktiviti ini dan memang berhajat menghabiskan kembaraan ini. Tapi apa boleh buat, dah tanggungjawab. Sebelum pengembaraan tadi, telah ditanya sesiapa yang tak cukup sihat, sila keluar dari barisan. Tapi dia tak keluar pulak.
Aku pergilah buat flying fox, meluncur ikut tali dari pokok tinggi, untuk ubatkan hatiku yang kecewa. Aktiviti flying fox ini tidak termasuk dalam aktiviti pengawas kerana dikenakan bayaran RM5.00 seorang. Aku pergi bersama dua guru yang lain . Ada pelajar dari SAM10 turut terlibat dalam aktiviti itu.
Aku difahamkan semalam cikgu Badrin turut leleh air mata apabila mendengar ceramah dari PokMan . Badrin kata Norlena yang bergenang air mata , tapi dia sendiri turut sama. Beberapa guru lain turut berlinbag air mata. Jika cikgu meleleh, pelajar apa lagi, berheu-heu-heu-heu .Tersedu-sedan dibuatnya. Taubat dan insaf sungguh. Itu hanya di camping, balik 2 X 5 jugak.
PokMan cukup pantang pendengarnya bercakap baik pelajar mahupun ibu bapa. Dia akan marah dan tengking habis.
Rakan aku beritahu , PokMan merupakan seorang kaunselor sekolah dekat-dekat sini. Aku difahamkan laptop dan LCD di rumahnya hilang kerana dimasuki pencuri. Dia telah membeli yang baru. Setiap kali ceramah, dia gunakan laptop dan LCD dan suka menyanyi dan bernasyid. Suara PokMan sedap habis. Dia minta bayaran tidak kurang RM250.00 satu slot.
Dahulu aku pernah dengar ceramahnya yang suka menyentuh hati nurani, tanggungjawab anak kepada ibu bapa dan kepada Tuhan. Ada yang sampai menangis meraung-raung. heu heu heu heu . Tersentuh betul hati mereka .
Seorang guru disiplin di sekolah aku tak berkenan sangat dengan kaunselor. Setiap 500 murid mesti ada seorang kaunselor. Jadi di sekolah aku ada 3000 pelajar , sepatutnya ada 6 guru kaunselor. Sekarang kaunselor ada persatuan yang agak kuat juga. Di sekolah mereka ada bilik khas siap dengan air cond lagi. Mereka tidak mengajar , pengetua sendiri ada 6 period mengajar.
Cikgu tu kata kaunselor tak berkesan berbanding dengan tindakan disiplin oleh guru disiplin. Setiap pelajar bermasalah , apabila dirujuk kepada kaunselor, lagi mereka suka memonteng di bilik kaunselor. Perangai tak berubah-ubah jugak. Ada kaunselor yang menyebelahi pelajar . Itu yang cikgu tadi geram dan kecohlah satu ketika.
Kaunselor di sekolah ramai peminat. Al maklumlah mereka suka menyentuh hati nurani. Tak macam guru disiplin , kereta guru disiplin menjadi mangsa torehan duit syiling lima puluh sen.
Bilik Kaunselor di sekolah aku menjadi panas kerana seorang daripada kaunselor telah menjadi waibi. Setiap orang ingin menjadi kaunselor.
Tengah hari itu aku balik awal sebelumpun majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang.
Bapa mentuaku dimasukkan ke hospital kerana sakit biring.
Kakinya bengkak kemerahan macam udang kena goreng. Dah pergi ke klinik swasta, diberi injection kerana doktor kata ada infection. Doktor kata mungkin masa muda-muda dulu selalu meracun dan effect sampai sekarang. Ada kutil sebesar duit lima puluh sen di kakinya. Hari Ahad boleh melawat lama kerana waktu melawat dari jam 12.00 hingga 7.00 malam.
Anak jadi bahan uji kaji
Apakah sikap kita ?
Berfikirlah secara positif, kata Perdana Menteri dulu . Hendakkah kita melihat jawatan tinggi dalam syarikat dipegang hanya mereka yang menggunakan bahasa Inggeris sahaja. Sedangkan anak kita yang hanya tahu berbahasa Melayu , hanya layak menjadi operator pengeluaran sahaja di kilang-kilang.
Majikan beri alasan yang paling mudah iaitu mereka tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kita tidak boleh menyekat syarat-syarat kerja di kilang kerana kilang itu kilang mereka, mereka datang dari luar negeri, mereka labur duit mereka . Kalau terlalu banyak sekatan, pelabur-pelabur ini akan cabut ke Vietnam , China, Thailand dan lain-lain. Panasonic Bangi akan tutup pada bulan September 2005 nanti.
Aku sendiri ambil sastera di USM tahun 1998 dahulu, terkial-kial untuk buat rujukan . Buku rujukan dalam bahasa Melayu amat kurang walaupun hanya untuk kajian kesusasteraan .
Dalam bidang sastera, ada sastera Afrika, Sastera China, Sastera Rusia, Sastera Eropah, Sastera Inggeris dan sebagainya. Kebanyakan novel-novel agung dari sesuatu kawasan belum lagi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris adalah.
Kalau sekadar hendak kaji novel Shahnon Ahmad sekalipun, kita perlukan rujukan teori , asas-asas sastera dalam bahasa Inggeris. Segala mak nenek teori adalah bahasa Inggeris . Contohnya konsep katarsis, simbiosis, simiosis dan sebagainya yang aku sudah lupa.
Ketika aku ambil kursus master di UPM 2004, lagilah pening kepala kerana bahan rujukan bahasa Melayu yang digunakan untuk membuatkan assignment , Dr Zai mencebik. dia perlekehkan orang kampung dia ni. Senarai buku rujukan yang diberikan oleh Dr Zai, Dr Jmaliah abd Hamid dalam bahasa Inggeris belaka. Bukan mereka ini keInggerisan dan tidak mengakui kemampuan bahasa Melayu, tidak. Hakikat adalah hakikat.
Jangan pulak nanti, anak-anak kita hanya berpeluang jadi kerani, operator , pemandu hanya kerana bahasa Inggerisnya lingkup.
Aku memang amat simpati dengan anak-anak kita yang terkial-kial dengan bahasa Inggeris. Aku sendiri berasal di nun di hilir Perak .
Cuba lihat warganegara India boleh survival di Amerika kerana mereka boleh berbahasa Inggeris. Diri mereka ada nilai tambah. bukan hanya kelapa sawit perlu ada nilai tambah, manusia Melayu juga perlu ada nilai tambah.
Aku akui mereka yang berbahasa Inggeris ini nilai hidup mereka sudah lain . Cuba perhatikan cikgu-cikgu Melayu lancar berbahasa Inggeris. Mungkin mereka lebih open minded dan lebih liberal terhadap agama. Itu aku tak nafikan. Contohnya cikgu Midad dan cikgu Putih Mariah. Cikgu Jayan lagilah.
Tapi percayalah , itu bukan isunya. Cat Steven yang lancar bahasa Inggeris, orang Inggeris, berjubah lagi. apa nak hairan.
Aku cuma ridsu dengan Indon- Indon yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah jiran Cina di hadapan rumah aku. Apakah makan dan minum mereka ?. Bolehkah mereka sembahyang ?. Itulah akibatnya jika tidak berpendidikan dan tak tahu berbahasa Inggeris, maruah bangsa, agama dan negara akan tercalar.
Aku sendiri lemah benar dalam bahasa ini tapi aku tetap percaya bahasa inggeris amat penting.
Akan aku usahakan agar anak-anak aku mahir dalam tiga subjek itu.
Jika diizinkan Allah. insyaAllah.
Sentuhan kasih
Percuma, siapa tak hendak pergi.
Kami johan dua cara iaitu :
a. Acara lambung belon berair.
b. Acara mekapkan wajah isteri.
Entah macam mana , pandai pulak aku mekapkan muka isteri aku sorang nih. Macam tak percaya pulak. Taruk kat atas mata , bawah mata, gincu, shadow kat pipi kasi merah dan sebagainya. Dapatlah hadiah hadiah periuk yang agaknya berharga RM30.00 . Acara ini dinamakan 'sentuhan kasih'
Lambung belon berair juga menang dan dapat periuk warna merah siap dengan besi tos minyak masak.
Rasanya jodoh kami bertambah-tambah pulak.
Gaduh di Stadium Bukit Jalil
Semalam ( Khamis ) tatkala kejohanan berlangsung, pengumuman stadium memanggil guru pengiring sekolah aku kerana ada kecemasan dan kemalangan. Cikgu Norzie kelam-kabut ke tempat kejadian di dalam stadium itu. Rupa-rupanya seorang seorang pelajar India tingkatan 3 dari sekolah aku telah bergaduh dengan penonton Melayu dari sekolah lain.
Namanya Remkumar .
Cikgu Norzie tidak mengaku pelajar itu pelajarnya kerana namanya tidak tersenarai dalam nama peserta kejohanan mahupun sebagai penyokong ( kalau ada ). Dia tidak mahu bertanggungjwab kerana nama dia tidak ada dalam senarai pelajar yang naik bas sekolah semalam.
Apabila di siasat, rupa-rupanya pagi Khamis itu, Remkumar telah menyelinap masuk ke dalam bas . Awal pagi, semua peserta telah dibariskan untuk mengenalpasti peserta yang belum hadir lagi di sekolah. Jika perlu rumah mereka akan ditelefon . Memang tidak ada peserta tumpang . Pelajar ini jika ditawarkan ke Stadium bukit Jalil, mencuat-cuat mereka hendak turut sama.
Kadang-kadang pada hari kejohanan, mereka tertidur, emak tak kejutkan atau ibu bapa telah pergi kerja. Aku mengalami masalah itu pada tahun 2004 yang lalu. Rumah pelajar tersebut dekat sahaja. Sebenarnya ibu bapanya tidak begitu galakkan anaknya pergi kerana pelajarannya jatuh merosot.
RemKumar dikerumuni 40-50 orang lelaki Melayu . Dia dihentam di muka dengan helmet oleh pelajar Melayu dari sekolah lain. Dahi dekat mata kanannya calar-calar dan lebam. Dia dikeroyok ramai-ramai dan tatkala Cikgu Norzie sampai, hanya dia seorang sahaja berada di situ.
Pelajar yang memukulnya tidak dapat ditangkap kerana terlalu ramai dan tidak ada saksi yang berani membuat kenyataan . Lepas bebas begitu sahaja. Dia dipukul dengan helmet. Biasanya mana-mana pelajar sekolah yang datang, mereka datang dengan bas yang disediakan oleh pihak sekolah.
Jadi jika datang motosikal , tentu mereka ini bukan peserta kejohanan olahraga. Pelajar ini pastinya ponteng dan mengajak budak luar turut sama. Payah hendak mengesan mereka ini .
Punca pergaduhan tidak diberitahu pula kepada aku. Tapi bagi aku , aku tak salahkan budak yang pukul Remkumar ini. Remkumar ini memang mulut bising, becok dan suka cari gaduh. Mungkin dia mengganggu pelajar perempuan sekolah lain atau mengejek sekolah yang kalah.
Tambahan pula, sekarang isu-isu berkaitan dengan India-Melayu mudah sangat jadi panas. Isu di luar terbawa-bawa ke kawasan sekolah. Di sekolah aku, tak ada pergaduhan Melayu-Cina lagi . Yang ada pergaduhan Melayu-India. Dulu-dululah. Dah lama tak berlaku.
Satu permeriksaan mata telah dbuat oleh doktor dan laporan polis telah dibuat.
Apa-apapun dia telah melanggar peraturan sekolah iaitu ponteng sekolah, kesalahan menyelinap dalam bas dan kesalahan tidak mempunyai surat kebenaran ibu bapa untuk hadir di Stadium Bukit Jalil. Silap-silap dia boleh dibuang sekolah kerana bergaduh dan memalukan nama sekolah. Bergaduh lagi.
Guru Disiplin yang baru iaitu Cikgu Midad , telah menulis surat meminta ibu Remkumar datang ke sekolah. Pagi Jumaat ( hari ini ) , ibunya datang berjumpa dengan Puan Midad.
Aku pernah mengajarnya di Tingkatan 2T pada tahun lepas ( 2004 ) dan kenal benar dengan kenakalannya. Dia tidak mahu buat kerja sekolah padahal ia hanyalah menyalin nota sahaja. Buat ayat tentulah dia tak reti. Kerjanya asyik mengacau dan mengurat seorang budak India perempuan yang menjadi ketua kelas. Ketu kelas itu cantiklah sikit di kalangan pelajar India dan bertubuh montok sekit. Dia duduk di bahagian bekalang duduk dekat dengan pintu keluar.
Waktu hujung ( 6.45 petang ) di akan cabut tanpa beri terimakasih kepada cikgu. Tengok-tengok dia dah hilang lesap . Aku cukup tercabar kerana perangainya diikuti oleh pelajar-pelajar yang lain.
Pada pertengahan tahun Cikgu Nomah kembali semula ke sekolah setelah bercuti tanpa gaji. Dia ambil kelas 2P dan 2T.
Islam Hadhari dan JQaf
Sejak PakLah melancarkan Islam Hadhari dan JQaf ini macam-macam perkara baru yang positif terjadi. Wakil rakyat kawasan aku ini hadir semasa majlis bacaan Yassin di masjid. Sesuatu yang mustahil aku lihat sebelum ini . PakLah , Khir Toyo dan lain-lain menjadi kepala imam sembahyang.
Ini juga telah dilakukan oleh wakil rakyat di sini iaitu di surau Sungei Perun. Sebelum ini tak pernah dengar wakil-wakil rakyat menjadi imam waktu sembahyang ,apatah lagi sembahyang jumaat.
Wakil rakyat sekarang sekarang tidak segan silu lagi memakai jubah yang dibeli di tanah suci Mekah. Pastinyalah bukan buatan Mekah, tapi buatan orang Islam di China nun. Jika dahulu , songkok ketayap putih itu akan dicop sebagai PAS dan Islam yang konservatif, tetapi kini tidak lagi.
Pada pandangan aku, perubahan ini sungguh drastik dan tanpa diundang.
Sebelum ini ketayap putih tidak dibenarkan dipakai di sekolah-sekolah. Sekolah aku , seorang guru pernah ditegur kerana memakai ketayap putih. Akhirnya dia pakai kopiah hitam. Kini dia dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehawal Pelajar sebuah sekolah rendah dekat Putrajaya.
Di sekolah aku telah ada KAA iaitu Kelas Aliran Agama. Kelas ini tidak diwar-war ke sana dan sini. Ia dilaksanakan secara senyap-senyap sahaja. KAA umpama Sekolah Menengah Agama Persekutuan di Labu dan di Kajang.
Anak Menteri Besar Perlis, Dato Shahidan Kassim pernah bersekolah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Begitu juga dengan Sekolah Menengah Maahad Hamidiah, Kajang.
Di peringkat maktab pula, semua lulusan Azhar dan agama dari Jordan dan lain-lain boleh mohon menjadi guru. Sebelum ini mereka tidak ada peluang pekerjaan. Mereka terpaksa menganggur atau bekerja di kilang. Setelah belajar jauh di seberang laut, lulusan agama ini tidak dapat pekerjaan. .
Tetapi dengan daya usaha PakLah, matapelajaran JQaf telah diperkenalkan. Ia dijar di peringkat maktab khusus untuk lulusan universiti bidang agama. JQaf menekankan tentang bacaan Iqrak, Jawi, al Quran dan Bahasa Arab. Jadi selepas mereka belajar, pekerjaan mereka telah menanti.
Tidak perlulah mereka menunggu kadi sedia ada pencen. Tak perlu tunggu imam masjid negeri meninggal dunia. Jawatan ustaz di sekolah bukan ramai sangat diperlukan. Tambahan pula pendidikan Islam hampir dimonopoli golongan wanita.
Dengan adanya peluang mengajar JQaf ini, potensi mereka untuk menentang kerajaan mungkin berkurangan. Al Maklumlah mereka ini telah mempunyai pekerjaan tetap. Dulu jika kopiah hitam itu dianggap sebagai orang UMNO. Hinggakan aku sendiri serba salah memakai ketayap putih ke masjid. Betul l l l l .
Pelajar Melayu bukan seperti pelajar Cina. Pelajar Cina , lepas sahaja keluar universiti, mereka boleh bekerja di syarikat atau kilang bapa atau suku sakat mereka. Sedangkan orang Melayu tidak ada sukut sakat yang membuka kilang atau mempunyai syarikat.
Orang Melayu hanya mempunyai saudara-mara yang bekerja di jabatan kerajaan. Lantaran itu timbullah soal kroni dan kabel besar. Semua orang Melayu bertumpu kepada jawatan di sektor awam. Lulusan Melayu dituduh memilih pekerjaan. Pelajar Melayu dituduh memilih subjek yang mudah ketika di universiti. Contohnya aku inilah, hanya lulusan sastera / geografi.
Bila diajukan kepada syarikat swasta, mereka memberi 1001 alasan mengapa mereka tidak mengambil siswazah Melayu. Tak mahir Bahasa Inggeris. Tak tahu cakap Cina sedangkan market berada di China. Penduduk China ada 1000 juta orang , jadi mesti tahu Mandarin .
Tidak pandai berkomunikasi semasa temuduga. Tidak mahir dalam selok-belok perniagaan. Siswazah Melayu tidak ada pengalaman dalam bidang pkerjaan berkaitan. Lulusan Melayu tidak pandai bergaul dan berkomunikasi sesama sendiri sahaja.
Siswazah Melayu kecoh soal makanan , pakaian dan waktu sembahyang sahaja di kilang-kilang . Macam-macamlah alasan yang membingungkan.
Cakap sahajalah , mereka mahu siswazah Cina dan hanya perlukan siswazah Cina.
Bunyinya macam perkauman. Tapi itulah realitinya.
Jurulatih oh jurulatih
Ulu Branang Hilir Branang
Tengah-tengah Kampung Daceng
Apo kojo paling sonang
Memocahan lubang koncing.
Minatnya terhadap bola sepak cukup menakjubkan. Dia sanggup berada di padang di tengah-tengah tarik matahari.
Semasa di HeadSkool dulu, dia pernah jadi pemain negeri Selangor. Semasa di tingkatan dua lagi di telah menjadi pemain Selangor. Ketika itu dia mengumpulkan pemain yang hebat-hebat dari kampung -kampung dan dilatih di padang setiap hari. Dia pemain dan dialah jurulatihnya. Cikgunya hanya tukang bancuh air dan uruskan bola sahaja. Itulah Terangnya kepada aku bersungguh-sungguh.
"Assalam mualaikum Dato"
Itulah kata pengenalan yang diberikannya kepada aku. Jika aku terdengar ungkapan seperti itu, pastilah Cikgu Rzaklah. Itulah trade mark cikgu Rzak. Kata orang Perak suka ngombok. Aku tidaklah pasti dia ngombok atau tidak. Tapi aku yang dipanggilnya Dato , seronok juga. kut-kut satu masa nanti, masin pulak cakapnya itu. Dapat betul-betul.
Dia datang ke sekolah aku sejak Januari hingga Mac 2005 melatih team bola sepak bawah 15 dan 18 tahun . Dia berpesan kepada aku, setelah dia penat lelah melatih bebudak itu, keluarkan satu surat kepadanya menyatakan dia sebagai jurulatih dan hantarlah ke PPD.
Jadi guru besar bolehlah benarkan dia keluar pada hari Kejohanan Bola Sepak peringkat zon nanti. Perlawanan persahabatan dengan HeadSkool telah diadakan di padang Pekan . Aku bukanlah guru penasihat Kelab Bola Sepak mahupun pengurus atau jurulatih dalaman. Apabila melibat jurulatih luar, sekolah tidak ada peruntukan untuk bayar bayaran jurulatih. Bukan wang yang dimaksudkan oleh Cikgu Razak. Dia faham benar akan kedudukan kewangan sekolah.
Apa yang dia perlukan ialah sekeping surat daripada sekolah dan hantar kepada PPD dan guru besar sekolahnya. Pada hari kejohanan , sebagai jurulatih bolehlah dia memberi arahan dan tunjuk ajar terakhir sebagai jurulatih di tepi padang. .
Entah apa silapnya , sampat ke saat akhir surat tak dirangka dan tak diprint. Sebenarnya tidak ada peruntukan yang membenarkan seseorang guru menjadi jurulatih sekolah lain. Itulah kelemahannya.
Jurulatih bola tampar Tong Jengtik juga orang luar. 4 team menang peringkat daerah pada 28 Februari 2005. Tiada surat dan tidak ada bayaran. Malu dan bersalah apabila mengenangkan. Dia melatih atas dasar x student sekolah ini.
Nasib baik team bola sepak 18 tahun menang , itupun kerana tendangan penalti. Nasib baik Reedwan selaku penjaga gol menyelamatkan. Team 15 tahun bungkus.
"Sepatutnya 4 pemain tak boleh dimasukkan. Tak boleh main. kita jangan ikut cakap pemain"
"Pemain memang hendak masuk , tapi kita selaku jurulatih yang tentukan . jika tidak habislah. "
"Aku rasa Kejohanan Daerah nanti, sekolah kau bungkus" berang benar Cikgu Razak.
Aku pulak tempat dia melepaskan kemarahan .
Pada akulah, team bola sepak kali ini memang bagus kerana saiz badan mereka besar-besar. Tahun lepas mereka menang peringkat zon dan seorang lepas mewakili negeri Selangor.
Cikgu Rzak sekadar memperbaiki tahap pemain yang memang sedia ada baik. Dia memang cakap banyak dan ppandai bercakap. Dai selalu berjumpa dengan Reedwan kerana rumah mereka berdekatan antara satu sama lain dan dekat dengan sekolah pula.
Peristiwa sebegini tidak pernah menjadi iktibar dan pengajaran dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Tidak proaktif.
Perabihkan peruntukan
Anak lelaki dan anak kecil masih lagi di tilam toto. Semenatara emak aku masih lagi tidur di biliknya. Isteri dan anak perempuan aku ke sekolah.
Tadi aku singgah di kedai roti canai Karim membeli 4 keping roti canai. Setiap hari aku melalui kedainya sebelum sampai ke sekolah menghantar anak dan isteri ke sekolah. Sudah lebih 11 tahun rutin setiap pagi, itulah.
Kini isteriku berura-ura membeli seekor Kancil kerana downpayment dan ansuran bulanan rendah. Dia sebenarnya dia sudah lama memiliki lesen memandu . Semasa latihan dan ujian memandu dia menggunakan kereta Kancil sahaja. Dia tidak ada lesen motosikal.
Oleh kerana kesuntukan wang dan sebagainya, dia tidak pernah memandu kereta, mungkin takut. Puas juga aku pujuk-pujuk supaya memandu tetapi dia tetap enggan. Nak buat macam mana ? .
Di kedai tadi aku berjumpa dengan Cikgu Rzak . Kini dia menjadi penolong kanan koko di US setelah 10 tahun bekerja di Jabatan Pendidikan Negeri. Setahu aku dia berulang-alik ke jabatan dengan hanya menunggang motosikal. Dia belum lagi graduate seperti aku. Sekarang dia mengunakan kereta Kelisa merah.
Entah apa yang dikejarnya di jabatan, aku tidaklah berapa pasti. Apa yang pasti dia amat berminat dengan bola sepak dan menjadi jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak negeri. Selalulah juga dia naik kapal terbang ke Sabah, Sarawak dan lain-lain. Mungkin juga dia dapat claim tambang perjalanan , penginapan dan makanan. Itulah sahajalah. Kini dia dinaikkan pangkat ke Penolong Kanan Ko Kurikulum di sekolah rendah.
Memang ramai pegawai di jabatan dan di pejabat pendidikan berkelulusan maktab sahaja. Post yang mereka sandang bukan untuk graduate . Lagipun nampaknya pegawai di PPD enggan ambil guru-guru yang graduate, nanti besar kepala kut. Siapa yang arah siapa nanti. Itu hanya sangkaan aku sahajalah.
Mereka bertungkus-lumus mengendalikan pelbagai perkara dan bekerja sehingga hari Sabtu dan Ahad. Betul. . Jika ada perkhemahan tau kursus , sepatutnya mereka mesti stay kat sana . Ramai juga yang cabut dari tanggungjawab ini dan pergi main golf. Jik ada sesuatu upacara atau aktiviti, mereka sibuk mencari iklan-iklan. Tapi setiap sekolah tetap dikenakan bayaran terterntu, itu yang hairannya dan biasanya ada penyata kewangan yang berasingan. Itu lebih aku tidak fsaham.
Mereka ini selalunya dipinjamkan ke pejabat atau ke jabatan pendidikan. Tapi biasanya apabila telah 'naik atas dan ada kuasa' mereka ini enggan kembali ke sekolah. Jika kembali ke sekolah akan dianggap tak pandai buat kerja dan turun pangkat. Jadi seberapa boleh mereka dikekalkan di post mereka.
Biasanya juga mereka ditarik ke jabatan atau ke pejabat . Jadi jika kenal orang dalam lebih mudah lolos menjadi pegawai.. Kononnya mereka ini boleh buat kerja dengan orang dalam yang sedia ada. Hendak belajar juga tidak susah dan tidak menyusahkan kerana sudah ada teman di sana. Ada betulnya juga.
Selalunya mereka mengarahkan cikgu-cikgu di sekolah juga, mereka hanya merancang sahaja. Alasan yangf diberikan , mereka tidak cukup kakitangan. Balik-balik cikgu-cikgu di sekolah yang disuruh ke sana dan ke mari , buat itu dan ini, jika tak betul akan kena 'bamboo' .
Peliknya pengetua dan guru besar takut dengan mereka yang berada di jabatan atau di PPD. Memanglah kerana mereka punya kuasa. Jika mereka ke sekolah dua tiga, senang sangat hendak cari kesalahan sekolah. Sekelip mata dapat cari kelemahan.
Antara kelemahan mudah dicari ialah fail yang tidak kemas kini. Penyata kewangan belum tutup. Paling tidakpun murid-murid didapati berkeliaran dan tandas busuk. Cermin tak berlap.
Kalau setakat nak cari kesalahan macam itu, pengawas darjah tiga pun boleh tulis m,acam-macam.
Maka jadilah mereka ' pegawai yang cari salah ' bukan ' pegawai yang menyelesaikan masalah '. Aku tidak hairankan sikap mereka yang seperti kacang lupakan kulit. Dulu pegawai-pegawai ini cikgu-cikgu jugak.
Tapi beberapa guru lain yang teringin jadi 'pegawai' tidak ada peluanglah kerana jawatan ini tidak diiklankan. Kebanyakan mereka ini tidak lagi selesa bekerja di sekolah berhadapan 1001 satu ragam murid-murid.
Setiap tahun mereka akan bercuti ke Vietnam atau membuat lawatan sambil belajar ke Medan. Ada juga yang sampai ke Bali dan Kunming. Itulah yang menghairankan aku bagaimana mereka boleh pergi ke sana. Aku di fahamkan mereka 'terpaksa' habiskan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan pada setiap tahun. Jadi langkah bijak ialah mereka mengubahsuai lebihan budget itu kepada lawatan sambil belajar atau mengendalikan kursus atau mesyuarat perancangan kurikulum dan ko kurikulum untuk tau depan. Lebihan budget itu sengaja mereka rancang agar senantiasa berlebih.
Lepas bebaslah mereka hingga ke Tioman atau hingga ke Langkawi. Untuk menutup projek mereka ini, bawalah empat lima orang guru dari sekolah-sekolah. Mesyuarat, kursus dan lawatan sambil belajar itu hanyalah sekadar syarat untuk mengelabui pegawai yang meluluskan peruntukan. Agak-agaknya pihak Kementerian sedia pejam mata dengan perkara-perkara seperti ini. Aku sendiri tidak jelas sangat akan duduk perkara sebenarnya.
Setelah penat bekerja, itulah ganjaran untuk mereka. Itu alasan mereka. Betul ke ?.
15 guru tak hadir
Seorang pemain sekolah aku cedera agak serius iaitu bengkak di bahagian lutut , perlu rawatan lanjut.
Jam 1.30 tgh baru selesai termasuk penyampaian hadiah.
Cikgu sekolah aku yang terlibat ialah Tipah, Fidah, Sahak, Ruseli, Awalin, Muru , Arpah, pengetua dan Wawa.
Hari ini sahaja 15 guru sesi pagi tak hadir kerana bertugas , sakit dan sebagainya. Tak boleh nak elak.
Cikgu suruh belasah
Tiga tempat tidak berbudi bahasa menurut sebuah akhbar dan iklan RTM ialah di pejabat, kedai dan di sekolah. Memang sah pengetua, barisan pentadbir, pelajar dan cikgu-cikgi tidak mengamalkan budi bahasa di sekolah.
Cikgu sekarang tak cukup senyuman dan tutur kata bertatasusila. Seorang guru baru pernah menyatakan dia takut nak tegur aku kerana jarang senyum. Bila dah lama kenal, nampak rajin melawak pulak.
Mungkin cikgu-cikgu terlalu banyak bebanan sehingga tak sempat senyum dengan ibu bapa yang datang ke sekolah. Tanggapan cikgu, setiap ibu bapa yang datang ke sekolah kerana hendak 'menyerang' sekolah . Selalunya anak yang nakal , ibu bapa akan dipanggil tetapi ibu bapa akan menyerang dan mencari salah cikgu terlebih dahulu .
"Mengapa cikgu lambat hantar surat kepada saya. Jika cikgu cepat hantar dan maklumkan anak saya ponteng tentu saya akan ambil tindakan. Sekarang cikgu salah. Sudah terlambat . Masa di sekolah rendah, perangai anak saya tak begini " Sedapnya mulut sang bapa menyerang guru kelas. Dulu dan sekarang tak sama.
"Banyak cantik. Nak jaga anak dia aje. Anak tak bagi alamatpun. Borang pun tak hantar. " aku mencebik dalam hati bila dipersalahkan begitu.
Satu ketika dahulu, aku malas hendak layan Yusuf yang sering mengadu itu dan ini. Akhirnya aku suruh dia ambil saja kayu besar dan pukul ajelah.Bila nak bergaduh, belasah cukup-cukup . Itu cadangan aku secara bergurau kerana dia suka sangat mengadu bebudak Cina selalu pukul dia.
Muka Yusuf ini hensem sikitlah tapi tubuhnya kecil aje. Namanya aku cukup ingat kerana dia pernah bawa tosai 30 keping semasa jamuan perpisahan.
Lantaran nasihat aku itu, dia lentum-lentam di simpang jalan dekat klinik.
Pengajarannya jangan cakap terbalik dengan mereka. Di sini, jelas nampaknya aku tak ajar Yusuf berbudi bahasa.
Menyesal pun ada.
Dewan tak boleh kongsi
YB X merupakan seorang peguam dan mempunyai rumah besar di sebuah kampung . Isterinya pensyarah dan mempunyai dua anak. Dia datang ke padang ini kerana ingin melihat anaknya di tingkatan dua, turut menjadi pemain bola sepak sekolah. Cikgu di sekolah telah mengambil kesempatan ini untuk meminta sumbangan atau peruntukan darinya. Alhamdulillah dapatlah sedikit sebanyak.
Pengalaman aku, jika kita rajin buat kertas kerja dan dapat kenal dengan dia punya P.A , agak mudah kita dapat peruntukan.Banyak tidaklah, tapi ada. Sekolahpun mohonlah peruntukan untuk bayar padang Universiti. Dia kata dia belum baca surat tu kerana dia berada di Sabah.
Kejohanan bola sepak di peringkat zon, memerlukan kos untuk membayar sewa padang universiti . Padang sekolah biasanya satu sahaja sebagaimana sekolah aku ini. Padang yang satu-satu itulah tempat pelajaran PJPK, latihan bola baling, olahraga dan sebagainya. Padang lain agak jauh sedikit, 1 km jauhnya. Sukar kendalikan perlawan bola 15 dan 18 tahun.
Bila kejohanan diadakan di sekolah, ramailah murid ponteng dan merayau ke tepi padang. Sepatutnya sesi pembelajaran seperti biasa. Tapi pelajar akan buat seperti pesta. Budak jadi tidak berdisiplin dan ini akan memalukan nama pengetua.
Tambahan pula orang luar masuk, menjenguk-jenguk ke kelas dan mudah terjadi pergaduhan antara pasukan yang menang dan pasukan yang kalah. Pasukan tuan rumah akan bantai sekolah lain yang menang. Masa aku sekolah begitu, sekarang pun serupa.
Dari pengalaman aku, sekolah ini beberapa kali bergaduh hingga berdarah-darah kerana sekolah tuan rumah yang kalah kena ejek. Oleh itu bas pemain kena baling dengan batu. Jadi kes polis. Mereka diteladani oleh pemain peringkat negeri atau kebangsaan. Kekadang jadi pergaduhan antara kaum. Mengurat 'budak jambu cun" sekolah lain turut jadi punca.
Sebelum ini sekolah aku tuan rumah / penganjur kejohanan badminton peringkat daerah. Jadi terpaksalah pinjam dewan sekolah rendah Cina setiap tahun. Tapi tahun lepas, guru besarnya komplain, tandas kotor dan dirosak. Bilik komputer dimasuki oleh penonton. Sampah sarap bersepah-sepah. Pemain dan penonton berkeliaran dari satu kelas ke satu kelas dan mengganggu. Kononnya ada dinding yang diconteng.
Pengetua aku berang. " Mana ada ? . Tak adapun. Auta semua tu. Cakap terus -teranglah tak kasi "
Memang dalam pengetahuan, sekolah itu tak berkenan dewan mereka digunakan untuk kejohanan badminton. Guru besarnya kata lebih untung sewakan kepada orang luar bermain badminton.
Tapi oleh kerana arahan PPD, mereka malu alah. Kalau tak beri kerjasama, nanti tuduh apa pulak.
Sekarang mereka dapat alasan yang kukuh untuk tidak membenarkan lagi.
Mana ada sekolah menengah kerajaan yang ada 8 kod banminton. Gelanggang luar adalah.
Daifnya kita.
Maksud tersirat Sekolah Wawasan agar kemudahan fizikal ini dikongsi bersama dan merapatkan hubungan kaum. Mana mereka mahu kongsi milik mereka. Milik kita boleh pulak mereka kongsi kerana kita cukup toleransi.
Siap dengan kontrak sosial lagi, ntah apa -apa .
Ntah apanya untung kontrak sosial itu akupun ragu , keliru dan celaru.
Wakil rakyat jadi imam
Dalam kuliah agama selepas maghrib tadi, Ustaz Keirul Anuar telah menyampaikan syarahannya . Dalam kuliah pertamanya ini, antara tetamu kehormat yang hadir ialah Yang Berhormat Ahmad Qrish . Alhamdulillah YB kita ini baru selesai menunaikan fadhu yang yang kelima iaitu menulaikan haji di Mekah.
Ketika itu aku menghantar SMS kepada ramai kawan aku termasuklah YB kita ini.
"Selamat hari raya aidil Adha. Semoga kita lebih berbahagia di hari raya ini .Daripada Cikgu .........."
"Terima kasih , Cikgu ........Cikgu yang mana satu ?
" Cikgu ...... dari SMK.."
"Oh, TQ cikgu .Saya sekarang menunaikan haji di Mekah "
Begitulah SMS aku tempoh hari dengan Yang Berhormat. Entah mengapa tergerak hati aku hendak berSMS dengan Yang Berhormat. Tak sangka pula dia sedang mengerjakan haji di Mekah. Aku berdoa semoga kehadiran SMS aku tidak menyukarkan dirinya untuk mendapatkan haji yang mabrur. Salah satu punca aku tergerak nak sms ialah tsunami 26 Disember 2004.
Sekembalinya dia dari Mekah, satu jumaat , aku terserempak dengannya berjubah putih dengan ketayap dan kelihatan cukup warak.
Dalam satu majlis maal hijrah di YPM, pakaiannya pada majlis itu tak kena. Kemeja T sahaja, aku difahamkan.
Tapi malam ini, dia hadir dalam kuliah harian, siap dengan berjubah putih di sebelah nazir masjid.
Tugas Yang Berhormat memang sukar. Pakai baju biasa , orang lain pandang tak kena. Dia pakai jubah di masjid, aku pulak terkejut.
Di Perak pulak, semua wakil rakyat mestilah pandai dan tahu menjadi imam.Di Sg Perun, dia pernah jadi imam.
MB Perak kata , satu kursus akan diberikan kepada semua wakil rakyat di Perak.
Di Selangor, semasa awal-awal Dato Khir Toyo menjadi MB, selalu keluar dalam akhbar, beliau menjadi imam di sana sini. Demikian juga PakLah.
Aku harap fenomena Islam hadhari ini akan berpanjang.
Aku pernah dengar di sebuah kampung tahun 1980-an , seorang cikgu melompat keluar dari surau apabila disuruh jadi imam.
Cikgu Malaya curik anak kitak
Aku pula bertugas sebagai pegawai pecemasan, biasalah guru penasihat PBSMM. Aku bawa Barin,Jumalee, Fauzann dan tiga ahli pelajar sesi pagi.
Semalam aku pergi kedai Evergreen di tingkat 4 membeli beberapa peralatan yang perlu iaitu canopy 10X10 , strecher dan 5 kerusi lipat untuk di bawa ke padan pertandingan bola sepak. Semuanya dibiayai oleh koperasi sekolah.
Cuaca sekarang amat panas lebih 37 ` celcius di tengah padang. Dari pagi hingga 6.00 petang. Mesti terbakar kulit aku dan apabila balik ke rumah anak kecik aku mesti heran punya.
Tajhun lepas sekolah aku memang peringkat zon, itu sebab tahun ini jadi tuan rumah. Sebelum ini jadi tuan rumah badminton. Sewa dewa sekolah rendah Cina. Dewannya besar, ada 8 grelanggang serentak. Setiap malam penuh dengan orang ramai main berbayar. Boleh cari pendpatan. Mereka memang 'business mainded.'
Pernah juga jadi tuan rumah bola tampar. Perlu banyak gelanggang bola tampar. Aku sendiri state level referi. Sekarang dah lama tak tiup , mereka tak panggil-panggil, mungkin dah ramai pengadil baru.
Dalam radio Era tadi ( Selasa 8 Mac 2005 , jam 625 pagi ) seorang pendengar memberitahu dia hampir-hampir diperkosa oleh oleh cikgunya. Aku tak pastilah namanya dan di mana ?. Ibu bapanya buat report kepada pengetua dan cikgu tersebut ditukar ke sekolah lain.
Cantik agaknya . Aku harap dia tidak tuduh sembarangan.
Aku ada kawan yang mengajar di Sabah. Entah macam macam dia boleh terpikat dengan muridnya. Selepas muridnya berhenti sekolah , merekapun berkahwin. Tak salah aku rasa , tapi ia menjadi buah mulut orang ramai.
" Cikgu Malaya curik anak kitak" .
Perimeter bahagia
Ada yang tak bahagia demi membahagiakan orang lain
Biar dia tak bahagia, asal isterinya bahagia
Miskin , nampak bahagia
Kaya , tapi anak bercempera
Anak sikit mungkin bahagia
Anak ramai lagilah bahagia
Anak setan-setan belaka mana nak bahagia
Orang tua kata " anak ramai bahagia "
Orang muda kata ' ramai kawan bahagia"
Isteri kata " harta banyak bahagia "
Isteri ramai konon bahagia tapi hilang segala
Orang gila masuk hospital bahagia
Perimeter bahagia belum tercipta
Nasib baik
Tsunami undur sebelum menjengah kita
Kita masih bernasib baik
Hujan lebat sebelum suhu 40 darjah
Basikal 6,000 ringgit
"Hello"
"Marilah kayuh basikal"
"Ha.. basikal"
"Sekarang pukul 7.00 p.m ini"
"Marilah, saya sorang-sorang saja"
"Kau dekat mana ? "
"Saya dekat Desa Mewah"
"Tak bolehlah, sudah gelap"
"Tak apa , tak apa "
"Dulu saya ada telefon cikgu"
"Ya , ya saya tahu "
"Terima kasih ahhhh "
"Lain kali kita kayuh basikal."
Petang itu aku dikejutkan oleh bekas muridku yang bernama Fu. Tiga minggu lepas dia ada singgah di rumah aku . Rumah aku itu merupakan tempat yang sesuai untuk berkayuh basikal kerana ada sedikit bukit atau changkat kecil. Penat jugalah kalau berkayuh naik bukit. Kadang-kadang aku sendiri tak terdaya kayuh basikal naik bukit me rumah aku. Sorong basikal aje.
Dah lama juga aku tak berkayuh basikal. Tahun 2004, aku beli basikal mountain bike berharga RM320.00 konon-kononnya untuk exercise. Adalah juga sampai ke kawasan rekreasi air terjun beberapa kali yang jauhnya 32 km pergi dan balik.
Tapi peha aku sedikit melecup kerana hanya pakai seluar jeans.
Aku sangkakan anak lelaki aku akan ikut sama berbasikal ke mana-mana, tapi dia tak mahu pulak.
Anak perempuan aku mahu pulak join. Tapi selepas beberapa ketika , anak perempuanku dapat panau bertompok-tompok di pipi dan bahunya. Sejak itu dia tak mahu ikut aku berkayuh lagi. Jadi aku tak ada geng. Panas cahaya matahari dan mandi tak bersih , agaknya.
Fu merupakan bekas murid aku 6-7 tahun lepas , mungkin tahun 1997 . Dia merupakan anak tauke stesen minyak di tempat aku ini. Sebagai orang Cina, dia duduk ramai-ramai dengan keluarganya. Di hadapan rumahnya ada 5-6 buah lori pasir yang masih baru-baru. Abang dia yang punya.
Selalunya dia berkayuh dengan Singh. Tapi kali ini dia hendak bersama dengan aku pula. aku tidak kisah , walaupun dia merupakan murid aku. Halangan aku , aku tidak punya pakaian berbasikal yang sesuai. Track suit adalah. Kelangkang boleh melecup.
Prestasi pelajarannya sangat teruk ketika itu. Nakal habis.
Pernah satu ketika dia bawa ke sekolah lighter seringgit. Dia cucuh api lighter kepada kawan-kawannya dan kulit kawannya sedikit melepuh.
Apabila di luar, dia selalu angkat tangan kepada aku. Kekadang dia pakai CRV , kekadang dia naik Pajero . Aku cuma Iswara hijau.
Basikalnya berharga 6,000 ringgit. Mana nak chalenge .
Tuan punya kedai basikal tempat dia beli basikal , ada sebuah basikal berharga 16,000 ringgit. Huyooooo.
Makan kenduri lagi
Mula-mula sampai , aku tidak berapa pasti adakah rumah itu yang kahwin. Setelah melihat beberapa orang bekas muridku berada di bawah tersengih-sengih melihat aku datang, barulah aku pasti.
Bapanya melambai ke arahku dan menyua tangannya ke arah khemah. Sekarang semua majlis perkahwinan secaa buffet sahaja. Tak perlu kaki tangan yang ramai untuk menghidang makanan.
Semasa kami makan, dua mempelai lelaki sampai serentak. Mungkin telah dirancang begitu, lebih kuurang jam 1.30 tengah hari. Lawa juga mekap kedua-dua mempelaia dengan warna kehijauan. Ada pasukan kompang .
Semoga dua bekas muridku itu berbahagia hingga ke anak cucu. Oppp ...... hingga ke akhir hayat.
Rasa-rasanya dari mak saudara hinggalah ke anak, aku akan mengajar mereka. hu hu hu hu hu hu.
Cikgu keluar tanpa surat pelepasan PPD
Mana boleh gitu, tolonglah cikgu-cikgu ini. Patutnya mesti ada surat hitam putih. Sekarang, zaman sekarang 'black and white' mesti ada. Jika tidak, nanti kena sue.
Aku dah serik dan terkena semasa Pertandingan Merentas Desa pada 15 Februari 2005 yang lalu. Beberapa kali aku berjumpa dengan Penolong Kanan Ko Kurikulum berkenaan surat pelepasan betugas tetapi jawapannya menghampakan. Dia kata akan diberikan pada masa hari pertandingan dijalankan. Sepatutnya surat panggilan / pelepasan bertugas diletakkan di pigeon hole di PPD dan kerani sekolah akan pergi pungut.
Andai kata berlaku kemalangan di dalam kelas, sedangkan cikgu bertugas di padang sekolah lain, cikgu yang tak masuk kelas akan bertanggungjawab. Cikgu jugak yang kena jawab.
"Mengapa awak pergi, tak ada surat rasmi tak boleh pergi, jangan pergi. Awak tak tahu ke tak ada black and white.Ada hendak cari kesempatan ponteng yerkk ? " padahal sang pengetua juga yang suruh.
Cikgu terkebil-kebil menjawabnya.
Semasa di padang SKRH , aku mintalah surat pelepasan bertugas daripada cikgu yang bertanggungjawab menjadi tuan rumah acara merentas desa , dia kata dah beri pada Penolong Kanan Ko Kurikulum.
Tapi sampai ke sekolah semula, tak diberi-beri kepada aku.
Dapatlah sehelai tshirt yang ditaja oleh Ahli Parlimen yang mungkin berharga RM10.00 . Sejuklah sikit hati yang hendak marah ini. Dau cikgu lain tak dapat tshirt dan minta aku jangan tunjuk-tunjuk kepada cikgu lain. MasyaAllah. Sampai sekarang aku tak berani pakai, halal atau tidak pakai tshirt tersebut.
Tragedi di Kota Tinggi, Johor akan berulang.
Aku bertugas sebagai pegawai kecemasan. Dalam buku aturcara, nama aku tidak tercatat langsung. Tak apalah.
Bila bab makan, aku boleh pergi atau tidak ke bilik jamuan kerana tidak tercatat sebagai pegawai. Aku ini pegawai atau tidak ?. Aku tidak pergi dan tidak ada sesiapa pelawa. Tak apalah . Balik nanti boleh makan di rumah.
Bawa pelajar pergi dan balik seramai 4 orang . Naik kereta aku . Tambang ? kos minyak tak kira ke ? . Mungkin kerana hanya RM10.00 sahaja . Tak apa lagi.
Kalau kita tak pergi nanti ingkar arahan pengetua. Nanti akan dituduh tak beri kerjasama . Berat kes ini jadinya. Ingkar arahan nanti ingkar arahan PPD / Kementerian. Silap-silap tak ada peluang menegak melintang.
Guru-guru yang ada van selalu jadi mangsa untuk menghantar pelajar ke mana-mana pertandingan. Bas sekolah biasanya tak dapat hantar dan ambil kerana mereka terikat dengan jadual untuk hantar dan ambil penumpang regular.
Kereta guru jadi mangsa dan terpaksa. Ada guru yang semangat berkobar-kobar , dah latih pelajar , takkan pulak tak hantar pelajarnya ke pertandingan. Kesihan pelajar. Alasan yang diberikan, peruntukan tidak ada.
Maka dua guru di Kota Tinggi duduk di kerusi hadapan Proton Wira dan 10 pelajar sekolah rendah di sumbat di belakang, 5 duduk dan 5 lagi pangku. Padat macam ikan sardin.
Memanglah boleh terjadi kemalangan.
Apabila hendak klaim Insuran Takaful, tidak diluluskan kerana tidak ada surat kepada guru dan pelajar. Silap-silap surat kebenaran ibu bapa tidak ada.
Tambahan pula murid-murid ini cepat lupa atau cuai meminta tanda tangan ibu bapa.
Cikgu sekolah juga yang kena.
Itulah cerita ceriti aku sebagai seorang guru yang berulang-ulang tak kesudah.
Pengawas ganti guru tak hadir
Hari ini ( Sabtu ) aku pergi rumah Noor Medinah kahwin . Dia merupakan bekas muridku dan murid isteriku. Jadi dia jemput kami datang ke rumahnya. Dia dinikahkan oleh bapa mentuaku. Majlis perkahwinannya agak meriah juga kerana bapanya bekerja di KWSP dan emaknya di BSN. Semasa di kelas dahulu aku selalu panggil dia Noor Mekah. Cepat-cepat dia mencebik.
Adiknya Lokmanul masih belajar di UITM Segamat dalam bidang business studies. Lokmanul merupakan bekas ketua pengawas sekolah aku dan pernah duduk di asrama . Semasa PMR dia dapat 7A tapi bila SPM, dia tidak sehebat mana. Mungkin kerana dia terlalu sibuk dengan jawatannya sebagai ketua pengawas. Selain itu dia aktif dalam Pengakap.Dia menjadi ketua pengakap dan menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah.
Dalam hal ini, kita sebagai guru jadi serba salah. Jawatan pengawas terutama ketua pengawas memang diberi kepada pelajar pintar di samping memiliki ciri-ciri kepimpinan . Dalam hal ini dia harus membahagikan tugas dan jangan bolot seorang sahaja tugas-tugas ini. Ketua Guru Disiplin harus bijak membahagikan tugas dan janganlah kerana tugas sebagai pengawas, &nbs p; pelajaran mereka terkorban.
Ada banyak contoh yang sangat menyedihkan.
Tugas sebagai pengawas di sekolah aku ini sungguh berat.
Jika guru tak datang kerana pelbagai perkara, guru lain akan diminta masuk ke dalam kelas. guru juga meradang jika selalu sangat ganti. Pada 3 Mac 2005 lalu., seramai 17 orang guru tidak hadir dan 2 lagi memberikan maklumat pada saat-saat akhir. Cikgu Senah tak dapat menyediakan nama-nama guru pengganti.
Dalam kes-kes begini, pengawas akan diminta masuk ke kelas yang tidak ada guru sebagai ganti. Jadi pelajaran pengawas tadi akan tertinggal. Jika dia bijak dan ada usaha , dia akan salin daripada kawan . Tapi selalunya kawan dia sendiri tidak belajar betul.
Baru-baru ini ada ibu bapa yang komplain ke sekolah tentang pengawas yang ditugaskan masuk ke kelas yang tidak ada guru. Aku memang tak setuju pengawas masuk ke kelas. Nanti pelajaran aku , dia akan banyak tertinggal.
Pelajar tugasnya untuk belajar, bukan untuk menggantikan guru lain.
Tugas sebagai guru ini sungguh mencabar. Banyak guru yang terpaksa keluar sekolah, bukan kerana ponteng sekolah. Ada banyak acara sukan , unit beruniform, pelbagai pertandingan , bahas, nasyid, debat , dan sebagainya yang memerlukan cikgu turut sama ke sana.
Contohnya dalam pertandingan bola sepak peringkat zon pada hari Selasa dan Rabu ( 8 dan 9 Mac 2005 ) , aku ditugaskan sebagai guru kecemasan ( aku guru penasihat PBSMM ). Selain itu ada cikgu yang jadi jurulatih bola sepak bawah 15 dan bawah 18 tahun . Cikgu yang ditugaskan sebagai pengurus. Cikgu yang dilantik sebagai pengadil.
Hendak atau tidak , cikgu-cikgu ini terpaksa pergi kerana pengetua yang suruh . Pengetua suruh kerana jika sekolah tak hantar team, PPD akan telefon atau panggil kenapa sekolah tidak hantar team. Kekadang sekolah dah tahu harapan tak cerah untuk menang atau tak ada kualiti langsung, buat apa hantar pasukan.
Apabila Dato hishamuddin hendak menekankan semula Pendidikan Jasmani, aku setuju sangat. Aktiviti lasak memang perlu kepada budak lelaki. Mereka perlukan adventure tapi perlulah secara teratur.
Cara nisbah guru dengan murid mesti diubah. Dahulu guru dengan murid hanya berdasarkan bilangan murid. Aku rasa kena fikirkan juga bilangan sukan / aktiviti luar yang disertai. Jika sekolah jadi tuan rumah, lagi ramai cikgu terpaksa keluar.
Baru-baru ini di Selangor , ada satu pekeliling ,pengetua diminta membuat laporan guru-guru yang kerap keluar. Antara guru yang kerap keluar ialah pengetua sendiri. Pengetua terpaksa hadir dalam majlis sukan, pertandingan , aktiviti di peringkat daerah. Selain itu terpaksa hadir dalam mesyuarat yang tidak sudah-sudah. Jika pengetua tak pergi, pengetua akan ketinggalan maklumat dan akan kena bantai.
Datang bulan , bulan tak datang-datang
Entah bila tandas di Malaysia akan sebaik di Jepun tu. Kalau tandas berbayar macam di Mines Resort City tu ok lah. Kena bayar 20 sen. Mat Bangla yang jaga. Tempat lain selalunya Makcik Indon.
Tandas di sekolah aku ini lagilah teruk, Berkunci. Tandas gurupun berkunci kerana Ada murid lelaki yang cuba menyelinap masuk. Kekadang kesihan juga bagaimana hendak pusing sekolah mencari guru disiplin yang memgang kunci tandas.
Tandas murid, jika mereka hendak kencing berak kena tawaf satu sekolah cari guru disiplin yang pegang kunci. Dalam mesyuarat agung PIBG, ada ibu bapa yang merungut kerana tandas murid kunci. Susah mereka hendak buang kecil, besar , datang bulan dan sebagainya. Bukan boleh tangguh-tangguh jika sudah kehendak fizikal.
Ada pelajar petang yang terlepas di bawah tangga bangunan. Pernah sekali tu , budak yang ngok sikit, dia kencing dalam botol minuman yang dibawanya. Selalunya yang buatr kotor-kotor ini , murid petanglah yang disalahkan terutama sekali pelajar peralihan. Cikgu petang terkenalah tempiasnya. Gaduh dan bermasam muka.
Jika dibiarkan tandas terbuka, akan berkembut dengan asap rokok dan tempat mereka memonteng. Berani sungguh menghisap rokok di dalam tandas. Pandai sungguh mereka sorok kotak rokok dan mancis api. Lagilah seronok jika dapat main sembunyi-sembunyi dengan cikgu mereka. Jika cikgu disiplin lagilah mencabar. Macam filem Hide and Seek pulak.
Sebuah bangunan tandas pernah dibina tahun 1990 dulu tapi dekat dengan pagar sekolah, maka di sanalah murid tadi memonteng dan bercinta-cintaan. Lubang tandas sengaja disumbat dengan batu konkrit. Akhirnya pengetua yang baru datang buat keputusan robohkan sahaja bangunan tandas tersebut. Pagar sekolah dipotong. Tukang kebun anyam semula dengan pagar yang dipotong. Eh... esoknya mereka potong balik . Itu cerita 1990-an. Sekarang dah banyak baiknya sekolah ini sejak cikgu Senah jadi pengetua.
Tandas perempuan selalu tersumbat. Tandas guru perempuan pun tersumbat. Faham-faham sajalah apa yang mereka buang dalam tandas tu.
Apabila budak perempuan memegang perut dan hendak balik, persoalan dalam kepala aku , mereka baru pertama kali datang bulan. Apabila disoal siasat, memang sah mereka datang bulan. Sila jumpa cikgu Samiah, dia selalunya ada bekalan pad yang banyak. Berkotak-kotak.
"Ala cikgu ini , orang sakit , dia gelak pulak "
Setiap awal tahun ada taklimat dengan murid perempuan , taklimat cara mana nak guna benda itulah. Ramai murid tingkatan peralihan, 1 dan 2 tak reti-reti apa benda itu. Tapi masih berulang.
Anak perempuan aku di darjah tiga. Aku harap benar dia akan faham benda-benda ini semua.
Kelas 2 Tekun
Aku tahulah dia ini berada di kelas yang paling hujung dan tidak banyak yang dapat diharapkan. Tapi datanglah ke sekolah kerana namanya telah terdaftar dalam Buku Kedatangan Pelajar Kelas 2T , kelas yang aku menjadi guru kelasnya.
Jika dia bukan guru kelasnya, aku memang tak peduli sangat lagi kerana apalah hendak diharapkan dengan bebudak yang ponteng sekolah . Ayahnya Semail bin Abdul Wahab dan emaknya seorang pemastautin tetap dari Indonesia pulak tu. Semua pelajar yang ponteng adalah seagama dan sebangsa dengan aku.
Tubuhnya kecil sahaja dan matanya ada sedikit rosak sebelah kini . Jadi dia ada sedikit masalah penglihatan. Masalah lain memang bertimbun lagi, pasti sangat.
"Assalammualaikum Ahmad Shafiq ". Aku menegur muridku itu dengan rasa kagum dan terkejut. Kagum kerana setelah lama ponteng dia akhirnya balik semula ke sekolah. Aku rasa terkejut kerana tanpa diduga Allah memberi taufik dan hidayah agar dia dikembalikan ke sekolah. Jadi tugas aku untuk mengisi-ngisi borang itu dan ini berkuranganlah sedikit.
Sepatutnya jika 10 hari tak datang secara berselang guru kelas wajib menghantar surat amaran pertama. Jika tak datang berturut-turut selama 3 hari, guru kelas wajib hantar surat amaran 1 kepada ibu bapanya. Aku telah hantar surat amaran yang kedua.
Mulanya aku ingatkan Ahmad Shafiq ini dapar surat daripada guru disiplin kerana melanggar disiplin dan menjemput ibu bapa untuk bertemu dengan guru disiplin. Biasanya pelajar ini bila diminta bawa ibu bapa ke sekolah, mereka pengapkan sahaja surat tersebut dan memontenglah mereka. Peraturan sekolah menyatakan selagi ibu bapa tak datang ke sekolah , mereka tidak boleh datang ke sekolah atau masuk ke dalam kelas.
Anak yang takut dengan tindakan dan hukuman ibu bapa, tidak akan menyerahkan surat tersebut kepada ibu bapanya.
Anak pula kekadang itu enggan memberikan alamat yang betul kepada cikgu-cikgu. Mereka beri alasan terlupa nombor telefon oibu bapa mereka, macam Ahmad Shafiq ini. Pihak sekolah juga enggan membenarkan guru-guru guna telefon sekolah untuk hubungi ibu bapa kerana melibatkan bil telefon yang banyak. Duit setem juga banyak, tahu 2003 lebih RM500.00 beli duit setem. Banyak tu.
Aku bersalam dengan Ahmad Syafiq dan bergoncang dengan kuat beberapa kali. Dia tersenyum meleret. Beberapa kawan di sekelilingnya turut tergelak.
"Saya rindu betul dengan awak Ahmad Shafiq " Lama betul tak jumpa dengannya. Aku memegang bahu dan tangannya dan membawanya ke hujung bangunan
"Mengapa tiba-tiba awak datang hari ini ? " aku bertanya kehairanan. "Ibu bapa saya hendak dayang ke sekolah cikgu ." Ini tentulah ekoran daripada dua surat amaran yang aku telah berikan tempoh hari. Sesungguhnya kerja cikgu-cikgu ini menghantar surat -surat sahajalah. Kalau tak hantar cikgu pula dipersalahkan oleh ibu bapa dan pengetua sekolah.
"Mengapa awak ponteng Ahmad Shafiq. Datanglah ke sekolah. Buat apa dekat rumah. Bukan best sangat kat rumah tu., Bukan ada sesiapa." . aku seolah -olah merayu kepadanya. Memang benar aku merayu kepadanya. Aku tahu dia tak mahu datang ke sekolah kerana dia takut kepada cikgu, kerja yang cikgu beri dia tak siapkan. Cikgu pula terpaksa kerah dia siapkan kerja kerana nanti pengetua marah kepada cikgu kerana tak paksa dan pantau bebudak yang tak siapkan kerja. Budak kelas 2T, manalah dia boleh buat kerja. Menyalin pun dia malas.
"Bapa awak kerja apa ? "
"Ayah kerja di kilang perabot "
"Emak awak kerja ?"
"Emak kerja kilang di Jalan Sungai Lalang. "
"Adik beradik berapa orang ? "
"Empat orang."
"Empat orang. ? "
"Eh eh eh , masuk ibu bapa saya empat orang."
"Ada adik beradik awak di sekolah ini ? "
"Ada. Di tingkatan tiga. "
"Namanya siapa ? "
"Siti Atirah Semail."
"Kelas apa ?"
"Tak tahu."
Ooooooo ada kakak rupanya Ahmad Shafiq ini. Lawa kut kakaknya.Aku cuba mengubat -ngubat hatiku yang marah dengan membayangkan kakaknya yang cantik lawa.. Aku menjadikan semua pelajar-pelajar di sekolah ini sebagai kekasih aku belaka.Hanya itulah sahaja motivasi aku ke sekolah ini selama 18 tahun sejak 1987 lagi, tak tukar-tukar.
Jadi taklah susah sangat hendak contact dengan ibu bapanya. Beritahu sahaja kakaknya di sebelah pagi.
"Mengapa awak ponteng sekolah Shafiq. Ponteng sekolah dekat-sekat sekolah pulak. "
"Ini, .... ponteng dekat surau di luar sekolah. Kemudian ponteng dekat dengan Pasar raya Econsafe pulak."
"Dia wirid dekat surau cikgu." Seorang kawan dalam kelas 2T menyampuk.
"Surau itu berkunci" . Lalatul menyampuk. Aku tahu rumah Lailatul memang dekat dengan surau itu. Dia duduk di rumah murah dekat dengan kawasan surau itu. Lailatul banyak beri aku maklumat tentang budak yang ponteng sekolah. Saiz badan Lalatul besar. Jadi dia tak takut dengan sesiapa.
"Tak kuncinya " . tempelak Ahmad Shafiq. Aku faham surau itu tak berkunci. Aku juga faham Lalatul memang tak pernah ke surau itu kerana dia budak perempuan. Aku kenal sangat dengan bapak Lalatul yang tidak pernah kaki surau. Tak pernah jengok surau itu. Emaknya tidak. Bapanya ada motosikal Jaguh dan kini pakai van pulak.
Memang sah awak ponteng di surau. Semua pelajar di kelas 2T tergelak.
Beginilah latar belakang murid-muridku di Kelas 2T.
Aku kena banyak sabar dan banyak simpati.
Jika mereka salah perhitungan di usia muda ini, akan terjebak dengan dadah, rompak , rogol dan sebagainya. Tiga tahun lepas seorang tentera di Lumut ditangkap kerana merogol. .Aku pernah mengajarnya .
Seorang Perdana Menteri yang cemerlang ada guru terbilang di belakangnya. Seorang perogol telur tembelang , imej guru - guru hilang dari pandangan hidupnya.
Pegawai PPD
Rumah yang menang ialah Ungu dan Hijau. Perbarisan dimenangi Rumah Hijau. Perbarisan unit uniform dimenangi pasukan Pengakap dan St John. Persatuan Bulan Sabit Merah tak menang.
Zaidinoor kali terakhir bertugas di sekolah ini. Dia dipinjamkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Gajinya masih diuruskan di sekolah ini. Abang Mat beri dia sejambak bunga berwarna purple. "Mesti ada apa-apa tu " aku mengusiknya. Dia gelak mengekek.
Di kantin , aku makan pulut dan rendang ayam kerana pemergian cikgu ZaidiNoor. Moga dia seronok bertugas di PPD. Jangan lupakan kami di sekolah ini.
Lawang gulai tempoyak
Aku teringat situasi di kampung tahun 1970-an, berus gigi aku juga diikat dengan sabut atau libut. Bukan kerana warna berus gigi sama dengan orang lain. Tapi untuk mengelakkan berus gigi hanyut dalam Sungai Perak. Jika ada sabut kelapa atau libut , berus gigi itu boleh terapung. Maklumlah ketika itu mandi, membasuh , berak dan sebagainya di tebingan sungai.
Libut diambil daripada botol ubat lemuju. Biasanya kalau sakit perut atau tak sedap badan, minumlah air lemuju. Rasanya agak pedas sedikit. Ia lebih kurang macam air badak. Air cap badak digunakan jika jika panas-panas badan. Mujarab juga. Air cap badak dijual sehingga kini. Tapi air lemuju aku tak berapa pasti, tak pernah jumpa lagi.
Kini sudah 30 tahun lebih ditinggalkan.
Sabut kelapa atau kayu pokok kekabu juga digunakan untuk memancing ikan. Pak Abu Hassan Kampung Padang membuat tuntang mengunakan sabut kelapa atau batang pokok kekabu. Pada batang pokok kekabu diikat tali pancing sepanjang satu meter dan dihanyutkan. Pak Abu turut berhanyut dengan sampannya . Selalunya dapat ikan patih, lelaih atau ikan lawang.
Sedap ikan lawang wooooo. Gulai tempoyak lagi.
Cikgu mengisap mengedar ganja
Selama 18 tahun aku menjadi guru, hanya sekali aku melihat seorang guru terlibat dengan dadah di sekolah ini atau di daerah ini. Dia ini berasal dari Mahang, Kedah dan bekas pelajar ITM . Dia terlibat dengan dadah semasa di ITM lagi. Dia ini sebilik dengan aku menyewa kuarters sekolah tahu 1989. Jadi aku tahu benar akan aktivitinya.
Semasa dia di ITM, dia pernah membawa sebeg ganja di dalam bas. Ganja ini berbau kuat dan dibawa ke ke dalam kampus ITM untuk diedarkan dan digunakan. Dia tak habis belajar di sana , masuk maktab dan menjadi guru Matematik.
Dia mengajar di sesi petang seperti aku. Waktu pagi dan malam dia menghilang entah ke mana dan temannya cukup ramai, entah siapa-siapalah temannya dan semua kenal kepadanya. Bukan yang baik-baiklah.
Dia akan menggigil jika tak dapat ganja. Serba tak kena, ke sini dan ke sana di dalam bilik atau di dalam rumah itu. Dia akan hisap rokok tak habis-habis. Sakit perut memanjang dan demam tak habis-habis . Bekalan panadol dan ubat batuk tak putus-putus. Barangkali untuk mengurangkan rasa gian yang amat sangat.
Kawasan operasinya di bahagian jalan menuju ke ...... . Semua kawannya budak dadah belaka. Kawasan ini memang ramai penagih dadah.
Dia memang pandai mengelak diri daripada positif apabila uji air kencong. Antaranya ambil kencing orang lain, ambil kencing orang dalam mangkok tandas , makan pisang terlebih dahulu dan pelbagai cara lagi diterangkan kepada aku.
Aku dah tahan lagi lalu report polis di balai. Sehari kemudian, polis datang serbu rumah murah ( sebelum duduk di kuarters ).Aku ajak dia tinggal dengan aku konon-konon bolehlah bantu dia meninggalkan aktiviti dadahnya. Hampeh,..... giannya berterusan. Motosikal aku jadi mangsa. Asyik-asyik dia nak pinjam, nak ke maskar lah tu.
Sekali itu dia bawak perempuan ke dalam bilik kami. Aku tak tahan dan tak sabar, bilalah kawan aku ini hendak pindah.
Beberapa bulan lepas itu dia kena tangkap basah dan terpaksa kahwin dengan perempuan yang selalu diangkutnya. Dapat anak segera . Setahun kemudian di kembali bertukar ke negeri Kedah.
Tak tahu apa jadi .
Meniru English paper
Sekarang Dzul pakai kot , blazer kaler hitam lagi dan bertali leher. Seorang lagi tu, Junus juga merupakan bekas guru sekolah rendah. Aku pernah bersama bermain badminton di dewan sekolah pada waktu malam setahun yang lalu. Sekarang tidak lagi bermain badminton di dalam dewan kerana bil elektrik mendadak sampai RM400.00.
Dia bertanya kepada cikgu Putih Mariah , tentang dua orang murid India pada tahun lepas, Bukan murid tahun 2005, tapi murid tingkatan lima pada tahun 2004. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Mengapa hendak siasat mereka. Lagipun mereka ini tidak sekolah lagi, dah habis periksa SPM, nak buat apa ?
Rupa-rupanya mereka dua pelajar ini meniru semasa peperiksaan paper English dijalankan . Hai macam mana ni ? Keputusan periksaan SPM dah nak keluar baru sekarang hendak siasat ?
Mungkin mereka ini duduk depan dan di belakang dan passing kertas jawapan. Tambahan pula mereka ini girl friend boy friend . Menurut rekod dalam buku merah, seorang daripada mereka memang ada rekod meniru dalam masa peperiksaan akhir tahun. Sah, mereka ini meniru. Ketika ini baru aku tahu betapa pentingnya Buku Laporan Kelas ( warna merah ) yang dibuat oleh JPS.
Soalnya macam mana mereka boleh terlepas meniru di dalam bilik peperiksaan. Di mana guru pengawas peperiksaan ? . Tidur ke ?. Tak perasan ke ?. Benda-benda macam ini mana boleh terlepas.
Bagaimana baru sekarang baru dapat dikesan ?
Kata Dzul, guru pemeriksaan English paper yang dapat kesan. Jawapan betul sama, struktur ayat sama antara kedua-dua pelaja itu. . Kesalahan yang adapun sama jugak. Sudah tentu meniru. Macam mana mereka dapat meniru ?.
Aduhhhhhh ... busuk nama sekolah lagi.
Minat membaca meningkat
Semasa aku kursus sastera di USM dahulu , Pensyarah itu Prof Mohd Khalid Taib kata bacalah sastera agung. Kita tak punya banyak masa macam Ungku Aziz baca buku dan baca laju-laju sampai sehari lima buah.
Kini kegemaran membaca buku di Malaysia meningkat secara mendadak. Tahun 1990 dahulu , jika penerbit hendak terbitkan novel, novel setebal 400 halaman dikira amat tebal dan penerbit kata pembaca tak mahu baca.
Tapi sejak Karangkraf terbitkan novel berserta Creative Enteprise tambah lukisan kulit cun habis, pembaca mahu pulak beli. Macam Bumi Harapan ini, harganya RM22.00 . Cikgu Shamsiah komen ada novel berharga RM50.00 .
Novel Inggeris memang tebal-tebal. Semasa aku mandi manda di Teluk Nipah, Pulau Pangkor semasa cuti Tahun Baru Cina lepas, ramai mat salleh berjemur di sana. Di tangan mereka novel yang tebal-tebal belaka , kira-kira 600 halaman. Ramai orang cerita mat saleh rajin baca buku dan tak kira masa. Mereka baca di dalam bas , keretapi , duduk-duduk di taman bunga dan sebagainya.
Apakah aku sebagai seorang guru juga boleh seperti mereka ?
Suruh murid baca tapi cikgu sendiri tak baca-baca.
Di dalam kelas , aku lihat sudah ada kecenderungan itu di kalangan murid perempuan. Bila aku belek sekejap , buku itu mereka pinjam daripada perpustakaan sekoilah.
Novel yang dijadikan filem ________________ yang berbahasa Melayu menjadi lusuh kerana ramai murid yang pinjam. Tak sangka novel macam ini dapat sambutan.
Jika aku tak ada lagi , kau hendak duduk di mana ?
Hari ini emak aku datang di rumah aku.
Dulu emak aku periang , selalu bercakap dan bercerita, tapi tidak sekarang.
Sekarang dia menjadi manusia paling sepi pernah aku temui.
Kasihan sungguh dia aku lihat .
"Jika aku tak ada lagi , kau hendak duduk di mana ? " tanya apak kepada emak .
Persoalan itu besar dan dalam ertinya . Kini aku tahu apa ertinya maksud apak apabila apak bertanya begitu.
Rumah besar di hilir sungai Perak , hujung kampung kini ditinggalkan dan dijengah sekali-sekala sahaja.
Hanya dijengah pada hari raya dan musim cuti persekolahan sahaja.
Emak punya enam anak dan menyara semuanya dengan sempurna.
Tapi enam anak tidak upaya menyara enak seorang.
Seorang daripadanya ialah aku ini lah.
Filem Hide & Seek
hide and Seek secara mudahnya adalah main sorok-sorok dalam budaya Melayu. Permainan kanak- kanak ini diolah dan diubah suai menjadi filem triller dan suspen yang cukup hebat. Tambah lagi ada gabungan pelakon, muzik orkestra dan penyataan cahaya suram malam . Semuanya berlaku pada waktu malam.
Filem ini dilakon oleh Robert de Niro, nama besar tapi aku menonton bukan kerana namanya. . Selain itu Dakota Fanning yang sungguh berjaya membawakan watak anak perempuan yang takut , trauma.
Kisah sebuah keluarga ahli psikologi David Callaway yang mendapati isterinya membunuh diri, berlumuran darah dalam tab mandi di bilik air. Semasa dia mengangkat isterinya , anaknya Emily turut sama melihat ibunya berkelar di tangan , air mandi penuh darah dan terkulai di tab mandi.
Bagi melupakan peristiwa tersebut David Callaway pindah ke sebuah rumah banglo besar di New york. Banglo besar biasanya sinonim cerita hantu dan pelbagai cerita pelik berlaku. Tujuannya bagi mengatasi masalah trauma yang dihadapi oleh anaknya Emily, kesian sungguh. Begitu kasih dan sayang bapa kepada anaknya yang seorang itu.
Dalam fikirannya muncul Charlie yang menjadi teman barunya. Bayangan Charlie menyuruh Emily membuat upacara ghaib dan aneh. Emily da 'Charlie' selalu main sorok dan cari sebagaimana kita kecik-kecik dahulu. Tapi dulu aku tak lah trauma macam Emily.
Jiran sebelah rumah sering kali bergaduh dan mempunyai wajah serta perangai yang mencurigakan David Callaway.Keluarga tersebut turut kehilangan seorang anak cacat yang sebaya dengan Emily.
Emily akan menyalahkan Charlie setiap kali majlis pemujaan dan pembunuhan berlaku. Antaranya kucing yang mati dalam tab mandi. Kemudian kematian
Di sana David berkenalan dengan dengan seorang perempuan muda . Tapi Emily tak suka dengan perempuan tersebut dan bila perempuan muda itu berkunjung untuk berkenalan lebih lanjut dengan David, dia telah ditolak jatuh dari tingkap loteng.
Selepas kematian gadis muda itu seorang syerif polis ada datang menyiasat dan cuba mendapatkan maklumat daripada David dan Emily. Teka teki sama ada Emily menjadi saksi dan mengetahui rahsia kematian. Peliknya sesiap yang mpernha melihat Emily, pasti akan memuji-muji Emily sebagai budak perempuan yang cantik . Sebenarnya wajahnya penuh trauma, anak mata bulat dan dikelilingi warna hitam di mata. Gaya macam lepas menangis, menangis mengenangkan ibunya yang membunuh diri.
Rahsia sebenarnya terbongkar apabila datang anak didik David Callaway datang dan polis datang menyiasat menjumpai sebuah bilik rahsia.Banglo besar kan selalu ada bilik bawah tanah dan pintu rahsianya pastilah di dalam almari baju, Kan gitu.
Charlie yang menjadi watak igauan Emily sebenarnya bapanya sendiri. Bapanya amat bencikan isterinya dulu kerana ada affair dengan lelaki lain. Lantaran itu dia berdendam dengan isterinya . Dia merancang pembunuhan isterinya sehingga tampak seperti membunuh diri. Dia kan pakar psikologi, jadi pandailah dia mengaturkan cerita dan keadaan agar polis mengesyaki sebagai bunuh diri. Sejak itu David membenci wanita.
Jahat ahli psikologi kan ?. Aku kena lebih berhati-hati selepas ini. hik hik hik.
20 Century Fox berjaya mengutip 170 dolar di Amerika syarikat . Aku memang angkat tabik dengan filem ini . Jarang benar aku kagum dengan filem thriller. Tidak ada unsur lucah tapi memang ganas seram habis. 18SX.
Guna notepad saja
Kalau boleh aku berazam hendak update dua tiga kali sehari tetapi tak boleh. Setiap hari ada lebih 100 pengunjung dan aku tidak mahu mereka lari.
Sekarang cara aku ialah taip dahulu guna notepad dan save dalam komputer. Setelah siap buka Tmnet . Aku belum guna streamyx.
Laman pertama yang aku set ialah bahagian tambah entry tblog. Aku copy catatan dan paste ke tblog. Send.
Maaflah kepada semua pembaca. Catatanku ini agak panjang meleret-leret. Semuanya cerita betul tapi aku tukar nama je.
Aku jengok tblog orang lain , pendek-pendek belaka dan banyak pulak komen. Aku cemburu, mungkin mereka dah lama menulis dan ada peminat serta teknik tersendiri.
Setiap kali ada komen, cukup menggembirakan hatiku. Bahagia sangat rasanya.
Tidak melawat sesiapa
Isteriku mengucap panjang. Baru siang tadi dia mengutuk-ngutuk ustaz Nuar kerana membuat keputusan baik tapi memalukan dan seolah-olah memperbodoh-bodohkannya. Tahun lepas ada beberapa ustazah mengejek Ustazah Ramla buat jamuan kenduri nasi beriani kerana dia hendak mati. Malam itu Ustazah Ramlah betul-betul diserang sakit jantung dan meninggal dunia.
"Kini giliran ustaz Nuar pula ? . "
Jika kaki Ustaz Nuar patah dan minta ustaz lain menggantikannya di kelas mengaji al Quran di sekolah pada waktu maghrib, tentu kesnya serius. Tentu dia dimasukkan ke dalam wad dan duduk di sana untuk beberapa hari. Paling tidak seminggu. Aku membaca dan menelah itu dan ini untuk menentukan tahap keseriusan berita itu.
"Marilah kita melawatnya di hospital. Hospital bukan jauh sangat , cuma 8 km sahaja "
"Ingat ini Hospital Teluik intan ke ? " isteriku menempelak aku. Tiba-tiba hospital tempat kelahiran aku itu yang disebut. Dia tak mahu melawat Ustaz Nuar yang kermalangan sambil mengejek-ngejek aku. Entahlah. Setahu aku Hospital Teluik Intan lebih besar , lengkap dan lebih moden daripada hospital di sini.
Aku memang selalu berurusan di Hospital Teluk Intan kerana bapa dan emak aku selalu keluar masuk kerana DM. Hospital itu , dulu, senang sikit untuk melawat. Sekarang di mana-mana hospital ada pengawal keselamatan swasta dan tidak mudah dipujuk rayu untuk masuk.
"Kita cubalah. Kalau tak boleh masuk kita baliklah dan terus ambil anak yang pergi ke kelas tuisyen. " Aku terus cuba memujuk ..
Sebenanrnya Ustaz Nuar itu bukanlah kenalan aku yang rapat. Dia adalah guru besar sekolah rendah agama tempat isteriku mengajar.
"Esok sahaja pergi."
"Kalau esok pergi, abang tak dapatlah hendak melawat"
"Lagipun awakkan timbalan mantan dia.Sepatutnya awak kena jengok sebelum orang lain"
Akhirnya isteriku setuju bersiap dan pergi.
Tetapi di wad lelaki patah tidak ada nama Ustaz Nuar. Boleh masuk wad itu tapi seorang sahaja masuk. Anak kecilku yang berumur dua setengah tahun terpaksa tinggal di luar .
Kemudian kami ke bahagian kecemasan , mungkin dia belum diumasukkan ke wad. Memang ada nama ustaz Nuar dan kakitangan di situ tak dapat memastikan dia masih ada di dalam atau bagaimana ?.
Aku ke bahagian dalam dan bertanya di kaunter dan mendapati nama isterinya ada dalam buku rekod pendaftaran pesakit. Nama ustaz Nuar tidak ada .
"Mana dia pergi ? "
"Mungkin cederanya tidak serius. Isterinya yang serius dan patah kaki. Isterinya di masukkan ke wad 4 tingkat tiga. "
Kami kembali ke bangunan tinggi semula.
"Pergilah jengok isteinya. Mungkin ustaz Nuar ada di sana. "
Takut. Biarlah.
Akhirnya kami pulang tanpa melawat sesiapa.