Pontianak mengamuk ...
Tapi hari ditukar kepada hari ini - Jumaat jam 12.00 tengah hari .. sebelum sembahyang Jumaat . Kira oklah... sempatlah sikit hendak pergi ke pasar dan memasak.
Jadi semalam kami 4 beranak ke gudang Alfio Raldo membelek-belek kasut kut-kut ada yang murah. Aku tersangkut sepasang. Dah lama hendak membeli sepasang sejak sebelum raya lagi tapi tak ada yang memuaskan hati. Kalau ada yang ok, harganya 200 + . Tapi yang ini setelah didiskaun dapatlah 97.00 . Ada jenama AR.
Entah macam mana orang rumah ajak ke Extra di Mines pulak . Jom lagi.
Anak aku yang sulung bertapa di rumah neneknya. Ada komputer mak ciknya yang dah habis belajar di UITM . Dapatlah dia melahu dengan game tembak-tembak.
Tempoh hari aku dah nak tersangkut dengan sepasang kasut di sana tapi tak ambil pulak. Aku agak cerewet pada harga dan stailnya. Saiznya kena tengok juga ..... anak buah aku kata kasut aku macam kapal ... saiz 10. Tapi sekarang saiz 9 boleh pakai.
Jenjalan di tingkat 3, terpandang iklan PHSM 2. Elehhh.... jenjalan kononnnnnn. Jom kita tonton. Mulanya kami sangsi juga sama ada anak kecik aku 3 1/2 tahun tu boleh diam ke . Ntah ntah dia buat perangai nanti dalam panggung. Mana tahu dia menjerit semacam dalam panggung tengok hantu terbang. Dia boleh mengamuk dengan Kak Ngahnya. Ataupun dia berlari-lari dalam satu panggung dan ajak balik di pertengahan jalan. Potong stim pulak nanti. Pelbagai persoalan menghantui benakku.
Namun kutabahkan hati dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jam 1.55 petang tu. Agak-agak dia buat hal , nak terberak ke nak terkencing ke ? kami balik jelah .
Tiket dewasa RM9.00 dan kekanak RM5.00 . Budak kecik aku tak ambil tiket kerana aku andaikan panggung selalunya tak penuh mane.
Akhirnya kami menonton sampai habis walaupun tak 100 % konsentrasi. Banyak kali anak kecik aku berselindung pada tudung emaknya.
Banyak kali aku ingatkan dia bahawa cerita tu tipu, bukan hantu betul. Pengarah suruh terbang. Pengarah filem suruh warnakan mata jadi merah dan sos tomato cair meleleh.
Nampaknya dia dia tak menjerit jerit. Dia diam duduk di kerusi dan setia makan popcorn.
Alhamdulillah penonton di kerusi depan tak buat show lain pulak. Segalanya dalam kawalan. Kalau ada yang buat show lain , itu yang hati tak sedap tu. Faham-faham ajelah , mereka buat show depan anak-anak.
AlliRani tak datang
Kelas 2T hanya 21 pelajar yang tinggal. Hanya 2 orang yang hadir. Seorang , ibunya datang bersama kakaknya. Dia tak datang. Semasa peperiksaan seminggu sebelum cuti .. banyak hari dia tak datang, hanya 3 subjek dia ada markah , itupun merah . Memanglah 2T. Aku tak target ibu bapanya datang , tapi nampaknya datang ambil kad kemajuan.
Aku beritahu anaknya bajyak hari tak datang semasa peperiksaan. Ibunya maklum dan serba salah nak cakap."Puas cakap cikgu .....' Aku sangkakan anaknya tak datang kerana sakit kerana mukanya agak pucat sikit. Lelaki Melayu.
Setelah lama menanti tidak kunjung tiba ibu bapa mahupun pelajar aku tu, datang sorang lagi lelaki Melayu. Sembang lebih kurang, aku berilah kad kemajuan dan kad ULBS.
Aku tanya dia datang dengan apa. Dia cakap dengan basikal. Aku sangkakan dia duduk jauh... rupanya dekat je. Ibu bapanya tidak datang.
Sepatutnya ibu bapa kena datang baru boleh beri kad kemajuan. Tapi oleh kerana hanya dua murid ini je yang datang .... aku dengan rela hati memberi mereka kad kemajuan.
Murid-murid yang aku jangka akan datang tapi tak datang,, ini termasuklah AlliRani - sumber maklumat filem Tamil bagiku.
Keganasan polis dalam filem
Filem Thalapathy dilakonkan oleh Rajnikanth , Mammootty , Arvind , Shobana , Srividya , Jaishanker , Banupriya , Geetha , Amrish Puri dan diarahkan oleh Mani Rathnam .
Cerita berkisar tentang Surya ( Rajkanth) yang kehilangan ibu bapa sejak kecil . Ibunya yang berumur 14 tahun ketika itu membuang anaknya di sebuah kereta api dengan harapan dipelihara oleh orang lain. Surya dipelihara oleh orang miskin di sebuah kawasan setinggan.
Di kawasan inilah Surya membesar dan ironisnya kawasan ini di bawah kawalan Devaraj yang akhirnya menjadi sahabat setia Surya.
Surya cintakan seorang gadis keturunan Brahmin tapi terhalang kerana kasta . Devaraj menjodohkan Surya dengan janda anak satu bernama Padma. Suami Padma seorang penjenayah dan telah dibunuh oleh Surya. Rasa bersalah berlaku pada diri Surya dan Padma.
Arjun selaku pegawai daerah yang baru ingin membetulkan keadaan agar kerajaan dan polis lebih berkuasa, bukannya Devaraj.
Devaraj ini tidaklah jahat, dia dan orang-orangnya membela rakyat marhaen. Lantaran itu rusuhan rakyat terjadi. Devaraj ditangkap oleh polis atas hasutan. Di lokap, Devaraj diseksa begitu teruk sekali dan ketua polis digambarkan begitu korup sekali. Biasalah dalam filem Tamil dan filem Hindustan - polis selalu aje rasuah.
Akhirnya Surya dipertemukan semula dengan ibunya yang juga ibu Arjun.
Filem arahan Mani Rathnam ini berjaya menambat hati aku selaku peminat filem. Semasa aku belajar dulu - karya sastera adalah gambaran masyarakatnya. Barangkali filem ini mewakili masyarakat India.
Di peringkat awal, aku tertanya-tanya juga mengapa Rajnikanth begitu popular. Bukanlah hansem sebagaimana Shah Rukh Khan atau Salman Khan. Tapi lebih 150 telah dilakonkannya dan mendapat sambutan . Ini termasuklah filem terbaru Chandramukhi.
Muridku AlliRani 2T kata filem Chandramukhi ini tentang hantu dan ada ular yang membalas dendam.
Barangkali macam filem Pontianak Harum Sundal Malam 2. Yang pertama aku dah tengok di Astro. Filem kedua ini aku merancang menonton di pawagam. Jika ada lagi di pawagam. Selalunya filem Melayu 4-5 hari sahaja.
Aku terkenangkan gadis China yang dibogel dan kena ketuk ketampi. Dari sudut filem Tamil ini, apalah sangat dibogel untuk pemeriksaan dan disuruh tunduk bangkit .
Di sekolah pun aku ada sesekali , aku denda bebudak tu ketuk ketambi. Jangan pulak nanti keluar gambar video 2 minit aku sedang mendenda mereka ketuk ketampi. La ni ramai murid yang membawa hanphone ke sekolah. Ibu bapa atau kakak beli telefon baru. Telefon lama nak jual tak laku. Berilah pada adik-adik atau anak.
Pengundi hantu lagi
Akhirnya PAS dalam pilihan raya Pengkalan Pasir melalui Kamarudin Jaafar setuju bayar RM15,000.00, satu jumlah yang aku kira memadai untuk menguit kesetiaan pengundi hantu.
Kita tengoklah apa akan jadi. Jika benar tidak ada pengundi hantu yang tidak kelabu mata dengan 15,000.00 ini , aku kira PAS akan malu besar. Sungguh-sungguh malu besar kerana sejak Lunas dan pilihan raya 2004 , isu ini diwar-warkan bagi menutup kelemahan dan kekalahan mereka.
Kali ini mungkin PAS akan kata UMNO/BN ubah strategi, tak pakai lagi pengundi hantu untuk memang.
Setakat 10.00 malam 6 Disember 2005, BN dikatakan menang tipis 129 undi , akan undi akan dikira semula 10.00 pagi esok ( 7 Disember 2005).
Cakap tentang wujudnya pengundi hantu memang senang, tapi harus dibuktikan. Seperti aku kata dulu, takkan tak ada dapat tangkap seekorpun pengundi hantu. Setia sangatkah mereka kepada parti mereka. Apakah mereka wanita KEMAS seperti yang didakwa. Tuduh jangan sebarang tuduh. Berdosa . Orang yang buat tu lagilah berdosa.
Adakah sesiapa terjumpa weblog pengundi hantu ini di mana-mana yang buat pengakuan....
Najib kata memang wujud dalam sesebuah kampung itu , penduduk kampung tak kenali. Bukan semua yang dikenali. Nampaknya Najib akui akan hakikat pengundi di sesebuah kampung yang tidak dikenali.
Di kampung aku sendiri nun di tebing sungai , kampung tu bukan besar sangat, sekitar 50 orang penduduk sahaja, termasuk yang tidak boleh mengundi lagi. Dalam senarai ada yang telah meninggal dunia, dah lama dah. Mengikut kata adik aku yang jadi ketua pemuda UMNO kampung, ada nama di kampung itu tidak tinggal di situ dan tak pernah dengar pun. Sekitar 20 orang lebih. ... Itu tahun 2004.
Saluran di kampung ini tidak ada Cina, tapi entah macam mana muncul sorang sesat . Siasat punya siasat, Cina ini memang ada tapi di alamat lain, tapi mengundi di kampung aku. Kalau orang PAS, tentulah kata ini 'pengundi hantu' .
Semua itu aku tidak lihat sendiri senarai namanya. Aku cuma dengar cerita daripada adik aku sebelum pilihan raya 2004. Aku nak korek lagi rahsia, tapi tak berkesempatan.
Ada banyak lagi cerita-cerita sedemikian daripada cikgu-cikgu lain . Bila aku tanya balik , dia pun dengar cerita daripada kawan juga. Jadi cerita atas cerita sahaja dan aku buat kesimpulan , semua itu tak betul belaka. Zaman sekarang mestilah ada proof.
Carilah, tangkaplah sekor untuk dijadikan saksi mata . Bayarlah dia habis-habisan . Ini tidak, cakap aje berdengung-dengung.
Di tempat aku ini , di dewan pengumuman , konon cerita pembangkang hampir hendak menang. Tup tup datang lagi peti undi entah dari mana, saluran pengundi yang baru wujud kut.
Aku pernah jadi kerani tempat mengundi. Ketuanya cikgu sekolah lah. Setiap parti ada wakil pemerhati semasa mengira kertas undi. Aku kira , payah hendak belot sebab ada wakil parti lain yang memantau.
Di sini aku tak kenal sangat pengundinya tambahan pula mereka itu Cina - kampung baru.
Sekarang baru aku tahu , pengerusi SPR mengakui dia telah menyerahkan senarai nama pengundi Pengkalan Pasir kepada PAS setelah PAS mendesak-desak. Agaknya selama ini PAS tak dapat senarai pengundi sebelum pilihan raya. Sedangkan parti lain dapat. Agaknyelah.
Peliknya , makcik aku yang jadi agen UMNO tahu pulak aku mengundi di mana . Semua nama pengundi ada padanya. Mereka siap cetak nama kita di atas kertas ke komputer di balai penghulu , dengan lambang BN . PAS tak buat pun macam itu. Mungkin tak mampu, tak ada komputer, tak cukup tenaga kerja dan wang . Atau tak dapat senarai nama pengundi. Tak tahu di mana silapnya.
Di US, sesebuah parti itu mendapatkan sumber kewangan daripada pelbagai pihak. Jadi pelobi Yahudi yang kaya raya memainkan peranan melabur bilion ringgit bagi menyokong parti dan calon yang memihak kepada mereka. Bilangan Yahudi di US bukan ramai sangat, tapi bilangan calon Yahudi atau pro Yahudi hampir 100 %.
Hakikatnya demokrasi dan pilihan raya adalah milik orang kaya , bukan golongan marhaen seperti cikgu-cikgi. Aku tidak pasti berapa bilangan calon guru di US.
Setahu aku ada 27 orang cikgu bertanding dalam pilihan raya 2004 di Malaysia . Antara yang menang ialah sahabat aku cikgu RM dan cikgu AW. Lain-lain tu aku cuba kesan tapi tak kesampaian.
Mencari ceria
subuh gini terkenang memasa lalu dan akitannya dengan masa depan . hidup mesti diteruskan . jika tidak kita yang menceriakannya, siapa lagi.
Akan kukutip cebisan-cebisan ceria yang ada.Tak ada... ? Ada tak ? . Mesti ada , tak kan tak ada.
Tak ada pun tak apalah. Tak ada pun sesuatu yang menarik juga. Menariknya kerana ... tidak ada.
Kembali akhirnya
Diam tak diam dah 20849 kali pengunjung berkunjung ke weblog ini walaupun aku berserabut sekali selama 4-5 bulan. Sebenarnya aku mencari tapak yang lebih bernas dan konon lebih berfaedah tapi tak membawa sebarang erti juga. Akhirnya aku kembali juga ke sini.
Sebenarnya aku kehilangan diriku sendiri . Hilang punca hilang tuju dan hilang rasanya, tapi bukanlah benar-benar hilang. Biarlah...
Cuti selama dua bulan ini buat aku cemuih aje.Cepat-cepat aku setuju dilantik sebagai ketua pengawas peperiksaan SPM. Sebenarnya PMR aku dah jaga dah, berilah pula pada orang lain ...kan kan.
Tapi memandangkan dua bulan cukup lenguh dan perit, aku setuju aje . Pengalaman dedulu cukup mengajar aku tentang cuti yang cukup meletihkan. Nak jenjalan tak ada duit. Memerap ajelah di rumah .
Hanya astro dan internet mengubat hati. Master dah ambik. Phd malas lah, tak larat. Buat ape ????? . Kerja part time .. ape ye yang sesuai. Kalau boleh aku malas nak jengok sekolah tu.
Lecehnya sekarang cikgu-cikgi ada periksa time-time cuti begini iaitu pada 28 Disember 2005 ini. Dua kali dah mabil periksa, cuma dapat 3 dan 4 sahaja. Tak lulus bahagian teras.
Memang aku bacalah. Macam mana nak baca... aku terpaksa jaga peperiksaan SPM , hampir setiap tahun. Tan , Sothi , Wong, Ziah yang tak jaga periksa lulus habish , dapat 4 , 4. Sedangkan aku dapat 3 dan 4. Rupa-rupanya mereka menolak menjaga periksa SPM, untuk study... Dengki ke aku ?. alih-alih mereka lompat gaji sampai 300 - 400 . Halabau betul. Aku silap strategi rupanya. Baru aku sedari.
Bonus dapat sebulan gaji , bulan Oktober dan November dah dapat . Alamatlah bulan Disember ini aku terpaksa mencekik. Bila ada duit sikit, mulalah kereta nak meragam sana sini. Aku tanya mekanik tu, mengapa boleh pecah getah dan batang sharf. \'Kereta dah lama, mestilah rosak...\'. Sakitnya hati aku.
Padahal kereta itu bulan Disember ini baru nak habis bayar, tujuh tahun lagi. Orang rumah dah berkira-kira suruh tukar... sebab kengkawannya dah tukar kereta, Waja, Accent, Avanza, Nabira. Itu belum lagi kawan-kawan aku yang tukar kereta. Aku buat-buat tak nampak je kereta baru mereka.
Macam mana mereka boleh tukar, aku pulak tak boleh ??? . Kerjanya lebih kurang aje dengan aku nih. Fikir balik..... isteri mereka graduate. Potong stim.
Oklah ... bye.