Pada Jun 1987 sepupu aku Abdul Wahid dan kawannya Sabri (Changkat Petai) datang menjenguk aku di No 2, Rumah Rakyat ,Semenyih. Mereka berdua bermotosikal dari UKM ke Semenyih, tidak begitu jauh , kira-kira 20 km sahaja.Aku duduk di rumah bujang bersama Rahim Mohidin, Fuzi dan Azman Shahadan . Rumah itu bersebelahan dengan sekolah tempat aku mengajar dahulu hingga sekarang , dulu, kini dan selamanya.
Aku kerinduan semula dengan Wahid kerana dialah sepupu aku dan rakan sekolahan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dia bertubuh gelap dan kami kekadang memanggilnya Wahid Keling. Emaknya Wan Uda tidaklah hitam. Ayahnya iaitu Ayah Uda tidaklah hitam. Adik beradiknya tidaklah hitam , tetapi dia lebih hitam. Di pipinya ada tompok hitam.
Namun begitu dia bijak. Setiap petang kami bermain bola sepak di Sekolah Kebangsaan Air Mati. Ketika bermain dia tidak pakai baju. Kebanyakan kami memang suka tidak berbaju sebagai tanda pengenalan pasukan. Antara pemain handalan ketika itu ialah Megat Salleh Megat Osman dari Kuala Parit. Dari Teluk Memali ialah Salleh Harun dan Saidin. Wahid seorang yang peramah dan guru-guru mengingati namanya, sama seperti Kamarudin Lope Pihie, anak Cikgu Limah.Cikgu Mohaamad Ali Mahidin dan Cikgu Arshad amat suka padanya.
Di sekolah menengah (1976-1978), dialah kawan aku berkayuh basikal ke sekolah di Kampung Gajah. Mula-mula naik bot penampang Acik Tambi ke Bandar Baru. Kemudian kayuh basikal ke Pulau Besar. Dari Pulau Besar kayuh basikal lagi ke Pulau Gajah, Pulau Juar, Kampung Raja, Kampung Teluk, Bendang Besar dan sampailah ke Sekolah Menengah Datuk Seri Maharaja Lela di Kampung Gajah. Rakan sekolahan yang lain termasuklah Mat Nor Abdul Hamid, Kamisah Haji arshad, Zainab Tahir,Ridhuan Dahari (Duan) , Borhan Dahari (Buan) , Sabri Che Ri, Salleh Harun , Robayah shahid, Zubir Bahauddin dan lain-lain.
Kami paling benci dengan Robaayah kerana dia paling lambat ke pangkalan tambang Acik Tambi. Dia duduk berhampiran dengan kunci air Raja Yit di BloK A Seberang Perak. Kerana dialah kami lambat ke sekolah dan terpaksa ditahan di luar pagar sekolah. Setiap hari. Hampir setiap hari. Aku tidak pernah hadir semasa perhimpunan pagi. Paling cepat aku sampai pukul 8.00 pagi. Kadang kala pukul 8.30 atau pukul 9.00 pagi. Di sekolah menengah, Robaayah masih lagi pakai kasut sekolah plastik cap Fung Keong. Betul-betul plastik. Kasut itu mudah basuh tetapi berbau. Kalau dah lama, warnanya bertukar jadi perang oren. Sebaliknya Wahid dan Mat nor cukup berbangga dengan kasut cop Warrior. Aku sendiri tidak memiliki kasut itu kerana tidak mampu. di tingkatan 1, semua pelajar lelaki dimestikan memakai sekluar panjang warna hijau. Sebaliknya apak belikan aku seluar hijau pendek, dah lah pendek, longgar atas dan longgar pinggang dan tak cukup hijau. Aku hanya mampu menahan amrah pada apak , mengapalah apak belikan aku seluar begini. Wahid pakai beg sandang berwarna hijau sedangkan aku apak belikan beg berwarna merah belang putih jenama Puma yang sesuai untuk bawa kain baju jalan-jalan.
Pendek kata dalam banyak perkara Wahid menjadi perbandingan. Sebenarnya apak Wahid kerja lombong bijih timah di Jeram Mengkuang di Bidor. Wahid dengan Mat Nor memang ngam . Mereka selalu pergi Teluk Intan beli apa-apa barang, berbanding dengan aku yang tidak berduit . Aku hanya berduit pada musim durian dan musim manggis sahaja. Pada musim buah, Wahid lagi banyak dapat duit kerana Wan Intan suruh dia panjat pokok manggisnya. Sepokok boleh dapat sekeranjang buah manggis. Ketika itu pangjat pokok manggis kait buah manggis dengan pengait cangkuk , bukan macam sekarang.
Wahid seorang yang sihat berbanding dengan aku - lelah . Basikalnya tak serupa basikal, sayap belakang tak ada, tayar hampir botak. Tapi basikalnya laju kerana prewheel telah ditukar. Basikalnya kosong habis tapi brek serta merta boleh. Sedangkan basikal aku jenis Raligde (pemberian Cikgu Mohd Noor) tak tukar-tukar prewheel. Tidak ada gear. Basikal kosong lebih ringan. Apak suruh aku bawa basikal tuanya yang lanting tempat duduk belakang amat lebar. Basikal tahun 50-an. Aku malu hendak bawa basikal itu ke sekolah. Apak ada belikan aku basikal cooper , hendle tinggi . Begitu juga dengan tempat duduk penyandar tinggi. Masalahnya basikal cooper ini tidak boleh dibawa laju. Alamat tertinggallah aku di belakang kerana mereka semua kayuh basikal laju-laju terutama Wahid dan Duan.
Semasa SRP dia dapat 17A dan masuk ke aliran Sastera walaupun layak aliran Sains. Abangnya Ani (Abdullah Mohd Zain) aliran Sains tetapi kantoi Gred 3. Sebenarnya orang Sastera lebih beruntung berbanding aliran Sains dari banyak segi. Begitulah keputusan dan hasil perbincangan kami ketika itu. Belajar Sains susah-susah, akhirnya dapat Gred 3 dan tak pergi ke mana. Sedangkan jika masuk aliran Sastera, boleh dapat sekurang-kurangnya Gred 2 dapat dapat masuk universiti.
Tahun 1979, aku jadi pengawas di tingkatan 4 dan tingkatan 5 dengan bantuan Abdul Karim Rafia. Karim ini budak Air Itam yang baru pindah dari Seri Perak. Setiap pengawas kena pakai tali leher berwarna merah tanpa logo sekolah . Baju pengawas berwarna biru dan seluar panjang hijau. Aku cukup bangga dapat jadi pengawas akhirnya di tingkatan 5. Wahid tolak aku ke longkang kerana dia lihat aku berlagak jadi pengawas. Nasib baik aku tidak terlentang dalam longkang. Semua kawannya ketawa. Selepas itu aku cukup berhati-hati apabila berjalan di kaki lima sekolah . Aku sering perhatikan kalau-kalau ada Wahid dalam kumpulan pelajar hu ha hu ha.
Aku ada ambil tindakan terhadap kawannya yang tinggal di Pulau Gajah. Sejak itu kawannya berdendam dengan aku dan ugut aku. Aku tidak beritahu Wahid akan hal itu kerana aku tidak pasti sangat sama ada ugutan itu serius atau tidak. Aku mula bimbang dan mnyediakan rantai besi dan simpan dalam beg. Kalau apa-apa jadi, aku akan libas dia dengan rantai besi itu. Tidak ada apa-apa yang berlaku. Wahid terbuka beg aku pada satu hari dan terpandang rantai besi itu. Dia bertanya mengapa aku bawa beg itu ke sekolah. Aku beritahu sebagai senjata mempertahankan diri dari serangan kawannya.Mungkin aku terlebih re act. Namun kini aku dengar kawannya yang kaki gaduh itu hanya menjadi tukang kebun sahaja.
Wahid pandai berborak dan pandai memikat Enon Pak Hassan yng duduk di Teluk Memali. Sambil berkayuh basikal pulang ke rumah, dia akan berborak dan mengusik-usik Ainon. Ayob Don dari Teluk Memali macam jadi pengawal peribadi kepada Enon. Hampir setiap kali pulang dari sekolah, basikal Ayob sentiada di belakang Enon. Sementara aku hanya mengekor di belakang mereka. Jalan tanah dan tanah merah dari Pulau Besar, Pasir Pulai, Bandar Baru dan Teluk Memali cukup teruk. Kiri dan kanan adalah dusun durian yang semaknya tinggi atas kepala kecuali musim durian.
Di Pasir Pulai ada 'mohum' Sultan yang boleh menegakkan bulu roma. Mohum ialah kubur almarhum Sultan Perak yang dikebumikan di Pasir Pulai. Kubur tersebut mengadap dengan Sungai Budiman. Kuala Sungai Budiman mengalir ke Sungai Perak , bertentang dengan Kuala Parit. Air Sungai budiman bertumpu ke Kuala Parit dan menyebabkan Kuala Parit lebh cepat banjir , lama dan dalam. Mohum itu berhampiran dengan rumah Hamdan- sekelas dengan Wahid.
Aku kelaskan Wahid ini memang bijak . Ini kerana dia suka bincang tentang pelajaran Sejarah dan baca soalan-soalan lepas. Dia banyak buat latihan sedangkan aku tidak. Dia dapat masuk ke tingkatan 6 aliran sastera dan masuk ke UKM di Bandar Baru Bangi. Di UKM dia selalu berjumpa dengan Rustam A Sani - anak Ahmad Boestamam . Dia mendapat maklumat dari Rustam, jika banyak mengkaji tentang sosiologi dan antropologi , lama-lama akan jadi komunis.
Dia juga seperti aku cukup suka berbincang tentang Kod 19 dan Anti Hadis yang dikemukakan oleh Kassim Ahmad.Aku tidak berpeluang masuk ke universiti sepertinya. Aku hanya masuk ke Maktab Perguruan Kinta, Jalan Dairy, di Ipoh.(1983-1986)
Wahid adalah harapan ibu bapanya. Semasa kami kanak-kanak, dia makan berlauk ikan bilis - hampir setiap hari, katanya. Ini mungkin kerana apaknya pekerja lombong di Jeram Mengkuang, Bidor. Hanya ayah uda kerja di Bidor sedangkan keluarga tinggal di kampung - Kampung Air Mati. Mungkin pada hari minggu , ayah uda balik menemui keluarganya di kampung. Adik beradiknya ramai juga - Zainab , Abdullah, Nordin, Wahid, Yusuf dan Ju. Apabila aku ke rumahnya , selalu sahaja aku terdengar pertengkaran dan bunyi marah-marah sesama adik beradik. 'Deme ni jahat-jahat, Dol ' kata ayah uda kepada aku. Aku hanya tersenyum sinis kerana seorang ayah mengatakan anaknya jahat. Sedangkan pada aku , setakat bertengkar dan bergaduh adik-beradik tidaklah sejahat mana.
Di sebelah rumah Wahid ialah rumah Wan Intan dan rumah Pak Pian. Kemudian rumah Yunus Wan Dat. Di depan pula rumah Yop Ja. Kemudian rumah tok kami - Mohamad Baki bin Mahbub. Tanah tok itu kini diwariskan kepada Ayah Uda.
Sehingga 2009, ayah uda masih lagi sihat wal afiat sungguhnya tidak berapa ingat. Aku menemui ayah uda semasa majlis perkahwinan anak Yop Win di Dewan Taman Meru, Ipoh. Sedangkan apak aku, Ayah Ngah, Ayah Andak telah lama meninggal dunia. Wan Uda sakit tenat di Hospital Teluk Intan semasa majlis perkahwinan Ju. Beberapa minggu kemudian . Wan Uda meninggal dunia .
Itulah sahaja ceritaku setakat ini.
Tahun 1997, di berkahwin dengan warden penjara tempat dia bekerja. Gadis pilihannya itu orang Besut sempadan Terengganu - Kelantan. Semasa majlis perkahwinannya itu aku tidak hadir . Aku dilantik jadi pengacara majlis PBSMM di Metro Kajang, sesuatu yang 'mahal' bagi aku seletelah dinaikkan pangkat. Seminggu srelepas itu, anak Pak Usu Suhaimi (Eda ?) kahwin di Bukit Tuan Syeikh di Port Dickson. Dia Port Dickson juga aku tidak pergi kerana masalah kewangan yang teruk. Kereta Datsun 120Y tidak ada road tax.
Sekembali dari majlis pekahwinan di Port Dickson bulan Ogos 1997 itu, Wahid kembali ke Jeram Mengkuang di Bidor tempat ayah Uda pindah. Dari Jeram Mengkuang, dia balik Belut ikut Lebuhraya Timur Barat. Malangnya di pertengahan jalan, oleh kerana mengantuk kerana perjalanan jauh, berlaku kemalangan yang dahsyat. Kereta Proton Biru milik Wahid terbabas dan kedua-duanya meninggal dunia tanpa waris. Baru seminggu kahwin dan tidak sempat memilik seorang anakpun.
Kereta Proton Biru diperbaiki dan diambil oleh abangnya, Nordin Mohd Zin.
Tahun 1978 aku ambil SRP di Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah. Sekolah itu tidak ada asrama padahal ramai yang duduk jauh-jauh. Beberapa orang kawan aku yang di tingkatan 5 duduk menyewa dan menumpang di sebuah rumah kosong dan memasak sendiri.
Sudin atau Shamsudin Shuhami di tingkatan 5 . Aku pula di tingkatan 3. Ayub Don di tingkatan 4. Kami bertiga cuba-cuba duduk bersama di Kampung Setia, Kampung Gajah. Jaraknya ke sekolah 3 batu. Balik dari sekolah aku kena masak sendiri . Air paip tak ada. Cuma ada perigi yang tak berapa boleh hendak digunakan. Elektrik tak ada , terpaksa guna pelita minyak tanah. Lauk tak ada, terpaksa bergantung kepada ikan sardin atau ikan masin yang dibawa dari rumah. Bawa beras dari rumah.
Ketika di rumah itu, aku sempat juga melihat latihan Silat Nasrul Haq yang diadakan di Kampung Setia. Jurulatihnya seorang penternak kerbau dari Pulau Tiga. Malam - malam berikutnya tengok cerita P.Ramlee di kedai mamak pekan Kampung Gajah. Sudin ada kawan di Kampung Setia yang sekelas dengannya. Mereka berbincang tentang pelajaran SPM di rumah itu.
Jadi aku keseorangan di rumah sewa itu. Rumah sewa itu sebenarnya kepunyaan bapa saudara aku, Acik. Rumah itu bertiang, cat hitam dan ada telaga yang telah lama tidak digunakan. Ada lorong ke rumah jiran yang lain. Pada hari Sabtu, aku menebas lalang yang tinggi di hadapan rumah dan mencari kayu api untuk memasak. Susah juga hendak mencari kayu api kerana penduduk kampung lain terlebih dahulu telah mengambil kayu-kayu getah kering. Sudin terpaksa memanjat pokok getah untuk mendapatkan dahan getah yang telah mati. Entah siapa punya kebun getah, tidaklah dapat dipastikan. Kami ke kebun getah dengan basikal.
Pada satu malam, aku mengah dan tidak ada sesiapa yang boleh tolong. Perut sakit dan kelaparan.Aku ambil keputusan untuk berulang alik dari kampung sahaja - Kampung Air Mati. Aku makan ubat tedral warna 'samo' yang boleh menyebabkan badan aku menggigil. Aku selalu lambat ke sekolah.
Aku tekad buat keputusan untuk berulang-alik dari rumah sahaja. Biarlah Sudin dan Ayob Don tinggal di rumah sewa itu. Kalau sakit , sekurang-kurangnya emak ada menjaga aku. Aku tidaklah dapat menolong Sudin. Dia memang tidak ada ibu. Dia cuma ada ayah, yang aku panggil Tok Mi atau lebih dikenali sebagai Mi Tukang.
Beberapa minggu kemudian, aku dapat tahu Sudin dan Ayob tidak juga bertahan tinggal di rumah itu. Ayob pindah ke rumah kawan-kawannya. Sudin pula tinggal di rumah Senah, yang kini menjadi isterinya. Senah tinggal dengan neneknya di Pulau Besar.
Aku dan Ayob menjadi cikgu. Sudin bekerja di Amanah Saham Nasional . Sudah lama tak jumpa mereka.Bilalah agaknya akan berjumpa .
Hari ini aku brjaya menamatkan puasa hari pertama. Tahniah pada diriku sendiri. Aku memang ada masalah asthma dan diabetes melitus paras 9.4 . Berat badan 83. Tinggi pula 158. Saiz seluar kembali saiz 40.

Sebelum ini kawan-kawan lama yang tidak berjumpa terkejut melihat aku sangat kurus dan muka cengkung. Mengapa. Mengapa kurus sangat. Sakit ke ?. Itu yang aku bimbang sangat. Sebenarnya saiz seluar hanya surut sedikit iaitu 38 sahaja dan kena pakai tali pinggang ketat-ketat. Tepi seluar sangat berlipat. Seluar saiz 40 terpaksa aku beru kepada orang kerana terlalu longgar. Masalahnya kini aku terpaksa belu semula seluar saiz 40 kerana berat badan 83 sekarang.

Pada 12 Ogos 2009 aku terpaksa ke kelinik kerana ada kudis-kudis ditangan dan peha yang tak mahu sembuh-sembuh. Kudis ini macam 'demam campak' yang hidap pada tahun lepas 2008. Dah la aku tidak check gula dalam darah. Doktor India itu terkejut darah aku 22. Aku sendiri terkejut dan bimbang kerana ada appointmnt dengan doktor padas 19 Ogos 2009.

Doktor beri injection di punggung sekali, Esokknya sekali lagi diinjek di punggung. Klinik swasta itu suruh bayar RM90 dan RM50. Rabak pokek aku. Pembantu doktor itu bekas murid aku . Malu sungguh, tetapi apa nak buat. Balik rumah aku tak makan nasi waktu malam. Doktor suruh hanya makan nasi sekali sahaja setiap hari. Dalam nasi ada banyak gula. Aku beli roti gandum. Aku juga berhenti beli buah duku langsat - yang jadi kegemaran aku tu. Isteri aku juga bimbang dengan kesihatan aku. Dia blend buah mengkudu yang dikutip di belakang rumah Cikgu Jaafar. Dia suruh aku minum. Aku suruh dia minum dahulu , jika dia larat minum, aku akan minum.

Pada 19 Ogos sebelum aku ke klinik kerajaan, aku check darah. Aku memang ada alat ukur gula dalam darah. 4.6 . Rendah pulak. Pagi itu aku tak makan dan tak minum dan terus ke klinik , jumpa doktor pakar. Gula dalam darah 4.3 dan doktor kata itu bagus. Normal. Aku diminta jaga pemakanan . Insulin aku injek 8 kekadang 10. Doktor tanya mengapa aku tak injec 12. Aku tak perasan doktor sebelum ini suruh inject 12.

Doktor turut beri ubat krim dan ubat antibodi yang kena dihabiskan 2 biji 3 kali sehari. Penuh satu plastik aku bawa balik. Semua ubat itu untuk tempoh 3 bulan. Pada 20 Oktober check semula darah di klinik. Kena puasa. Jumpa doktor pakar semula pada 19 November 2009.

Setiap hari aku aku makan 2 biji metformin dan 2 biji . Setiap kena inject insulin 8.

Pergi ke klinik kerajaan itu cukup tak selesa kerana ramai yang demam dan terbaring. Mungkin mereka mendapat demam H1N1. Aku juga bimbang kalau-kalau berjangkit kepada aku pulak. Seboleh mungkin aku menjauhkan diri san duduk di kerusi luar sahaja.

Pada 22 aku check semula darah. 9.4 . Ini hari pertama aku berpuasa. Aku harap bulan puasa ini akan meredakan berat badan aku. Berat badan terbaik untuk aku ialah 75 kg. Saiz seluar mungkin 35 sahaja. aku berharap aku akan berjaya menguruskan badan dan mengurangkan paras gula dalam darah dan aku bertambah sihat.

Mata aku ini tak berapa elok lagi. Nak baca surat khabar dan internet dah malas sekarang. Terlalu kabur.
Pelik dan takjub , dalam tempoh 3 minggu sahaja, 59 kematian akibat selesema khinzir ini. Tiong Lai segan hendak sebut swine flu . Dia selalu makan , lalu dia mahu istilah influenza A (H satu N satu) dengan alasan kita Melayu ini tak reti ape-ape.
Ada cikgu di sekolah menyindir bahawa mereka ada kekebalan kerana setiap hari makan babi. Selalu makan babi menyebabkan tubuh mereka ada imune. Banyak sekolah agama dan sekolah teknik ditutup sedangkan sekolah ini pelajarnya Melayu belaka.
Sekolah Jalan Davidson dekat Jalan Pudu KL merupakan sekolah yang pertama diisytiharkan tutup . Punya seronok kita orang Melayu kerana sekolah majoriti Cina ini yang kena. Tapi kemudian alih-alih sekolah Melayu dan kem PLKN lebih banyak kena.
Setakat ini Kementerian Kesihatan tidak berani keluarkan hot zone dengan alasan zon yang tidak kena akan lenggang kangkung. Kerajaan memang selalu fikir macam itu, dia ingat rakyat ini bodon dan tongong belaka. Kalau dia umumkan nanti , negeri yang hot zone ialah Melaka kerana ternakan babinya segar - bugar belaka. Ali Rustam nak belanja 1 bilion bawa saintis perubatan India untuk cipta ubat anti virus ini. Betul ke ? atau masuk kocek sendiri untuk lawan jadi Perdana Menteri.
Anak aku di tingkatan satu SAMTEN dan di tahun di SRAI cuti seminggu kerana demam . Bia bawa ke klinik swasta - suhu badan 38 darjah. Kemudian aku pulak MC pada 14 dan 15 Ogos 2009 . Aku ini memang ada DM dan athma yang kronik. Aku harap blog ini bukanlah yang terakhir korang baca.
Sekian, wassalam.