Tadi aku empat orang pergilah makan nasi ayam penyet kat Pelangi Semenyih, depan Tesco. Dia orang kata sedap. Itu yang isteri aku nak cuba. Tambahan pula malam ni dia malas nak masak. Seperti selalu , dia memang tak nak masak setiap sabtu dan ahad. Tapi, masyaAllah, pedas sambalnya bukan main. Pedas sungguh. Satu set RM7.90 lengkap dengan teh limau. Pagi tadi , aku ke Port Dickson, kenduri cukur jambul cucu Pak Usu Suhaimi. Jumpalah dengan Nasir, Yang ji, Kak Yang, Un Kudus, Am, Anwar, Muzammil, Ita, Eda, Ina, Juriah, Yaya dan lain-lain. Anak kedua Juriah berusia 49 hari. Pak mentuanya ada datang dari Banyan, Bukit Mahkota. Eda dan Ita nampak kurus sangat terutama Eda. Nampak macam orang sakit je. Wan Chu beritahu dia , Pak Usu, Penghulu Isa dan Yop Win hendak pergi umrah pada 6 Mac ini. Muzammil baru balik dari umrah . Anwar pernah pergi Manila - urusan kerja . Dia kerja di Menara Petronbas. Ita di Menara Maybank. Mereka berulang-alik dari Putrajaya menggunakan Lebuh raya Besraya, sebelah The Mines. Tiga ekor kambing tumbang. Dua ekor kambing buat aqiqah - kambing golek. Sedap gak. Lama dah tak kena kambing.
Fadhil kembali ke sekolah setelah seminggu menghilang lenyap. Abangnya yang pernah FB dengan aku datang ke sekolah mencari adiknya kalau-kalau ada.

Manalah aku tahu adiknya kena lokap sehari di balai kerana merempit tengah malam dekat simpang Tesco. Tak bawa Mykad pulak tu. Dengan selamba pulak di interview ngan TV3.

Rupa-rupanya selepas kena lokap, dia menyembunyikan diri di rumah abang angkatnya seminggu. Itu menurut ceritanyalah. Mungkin dia takut kena bantai dengan bapaknya . Entah bagaimana motorsikal bapanya lesap waktu tengah malam . Dia gunakan motorsikal itu merempit bersama yang lain di simpang empat depan kem polis pulak.

Memang ada biul sikit budak kepala sulah nih.

Sebelum ini abgnya ada FB dengan aku pasal adiknya. Aku laporkan adiknya setakat ini ok . Tapi sebulan dua ini dah ubah perangai. Asyik monteng kelas termasuk kelas aku.

Ada sorang itu anak pak Akob Sentosa tak pernah masuk kelas KAFA ustazah. Dia pandai main bola sepak. Bila latihan bola sepak dari 4.30 - 6.00 ada je dia ni datang.
Tiada harapan selain Allah, tiada idola selain Rasulullah, tiada kata seindah Quran, tiada jalan selurus asSunnah, tiada perjuangan selain Islam.
Inilah janji ikrarku.
Budak ni memang tinggi. Sayup tingginya. Baru tingkatan 4 di kelas hujung sekali. Badannya yang tinggi itu membolehkannya menjadi pemain bola keranjang peringkat negeri. Mungkin setinggi Michael Jordan atau setinggi Lin Dan . Memang tinggi. 2 meter lebih .

Aku yang tinggi ini pun rasa seriau dengannya. Tambahan pula aku tidak mengajar di kelasnya. Alhamdulillah, jika tidak tentu akan berperang dengannya.

Tapi disiplin menjadi masalah. Kengkawannya ramai dan dia menjadi ketua bebudak yang menjadi masalah. Hendak potong rambut dia melawan.

Lembaga Disiplin sudah menyenaraikan pelbagai kesalahannya. Banyak kali nasihat tapi budak jenis tak makan saman.

Hari Jumaat bapanya datang lagi. Hari ini pulak jurulatih bola datang pulak. Bincangkan apa masalah budak ini sehingga perlu dibuang sekolah. Bila buang sekolah, tentulah dia tak boleh wakil sekolah, wakil daerah mahupun wakil negeri.

Akhirnya setelah bincang dan bincang, dia diberi amaran sahaja. Amaran lagi supaya berubah perangai.
Seronok juga rasa apabila Murugiah tak ada lagi memegang jawatannya. Bukan apa ?. Paling aku tak berkenan pasal dia suka sangat mensensasikan novel tingkatan 5 yang aku terpaksa fikir banyak kali. Selama hari ini dia tak ambil kisah apa-apa pun. Tapi semenjak dua menjak ni, sejak talian hayat semakin kurang , auta semakin jelas. Buatlah keputusan yang profesional.
Sudah beberapa tahun kejohanan boling tenpin diadakan di sekolah aku ni. Siap ada hadiah kumpulan, hadiah tercorot dan peserta terbaik. Cik B yang rajin sesangat mengaturkan perlawanan dengan segala-mala AJKnya.
Tahun-tahun yang lepas aku malaz yang ikut sama sebab aku tahu , nak baling bola dengan tiga jari tu bukan mudah. Tambahan pula guru-guru di Bilik Sukan tu bukan gemar sangat main bola boling. Jadi akupun terikut-ikut sama dengan mereka yang negatif dengan boling ini.
Jadi apabila mereka daftar nama dan bayar 20 hinggit, aku dengan malu alahnya bayar . Kebetulan seluk poket memang ada dua keping not merah.

Aku memang berhajat hendak melawat beberapa tempat di dunia ni terutama sekali lokasi menarik - seven wonder of the world. Kalau ada ustaz yang dah sampai ke Moscow, ke Paris, Holland, Mesir, Tunis, Algeria, mengapa tidak aku.

Aku juga ada hajat besar sebagaimana Ibnu Batuta atau al Idrisi. Siap ada peta dunia Al Idrisi lagi. Malahan buku Pelayaran Ibnu Batuta telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Semasa aku di sekolah rendah 1970-an, selalu juga aku berkirim surat ke beberapa kedutaan dan syarikat luar negara dan minta majalah atau pamplet. Antaranya negara Britain, Australia, syarikat Lufthansa dan lain-lain yang berjawab. Ketika itu, dapatlah potret Prince Charles yang masih bujang. Juga dapat poster besar dari negara Switzerland.

Tapi apabila mereka dapat tahu aku hendak ke India, cikgu-cikgu mulalah tanya aku aku pelbagai soalan yang merimaskan . Niat mesti betul. Mengapa tidak pergi umrah dahulu. Daftarlah nama kat Tabung Haji. Itu lebih utamakan.

Tambah je seribu lagi, dapatlah pergi umrah. Aku tahu dia dah pergi umrah dengan isterinya dua tahun lepas selepas dapat tunggakan DG44.Sebenarnya aku tidaklah pernah bercerita kat cikgu-cikgu lelaki nih. Pengalaman lalu membuat aku serik nak ajak mereka nih. Aku faham, mereka lelaki, ada banyak tanggungan.

Aku juga suami dan ayah. Rumah RM356 je. Pesona 560 . Anak dapat PTPTN. Rumah dekat je dengan sekolah. Malah pada satu ketika aku pernah duduk di rumah guru. Bila loceng rehat berbunyi, barulah aku keluar rumah dan terus masuk kelas.

Negara India ni kotor , kata mereka. Sebenarnya aku teringinkan kehangatan, kesesakan dan kepadatan naik kereta api di New Delhi. Alih-alih dalam pakej pergi ke Kashmir, tengok dan luncur salji di Srinagar. Mungkin ada kesempatan melihat askar berkawad kaki di sempadan India-Pakistan. Kemudian melihat Taj Mahal, yang arkiteknya seorang ustaz.

Tambahan pula sekarang ini aku keasyikan melihat Sha Rukh Khan menyanyi lagu Chaiyya Chaiyya. Sejak darjah 5 lagi aku telah menonton filem Bobby di panggung Capitol Teluk Intan. Teringin juga menjengah negara India ni.

Jumpa di sana 2 Jun 2011.
Pelik sungguh cikgu-cikgu yang bercerai kasih ni.
Tetapi apabila Cikgu Minah balik Kelantan sedangkan setahu aku suaminya pegawai tentera dan sesama menjadi Palapes semasa di UKM dulu, rasa pelik menunjal-nunjal. Anak dah ada tiga lagi. Dalam Facebook , aku tercari-cari wajah suaminya kut-kut ada. Tapi tidak ada . Takkanlah ke mana-mana bersama-sama anak je. Mustahil suami jadi tukang ambik gambar ke, Mesti sesekali anak-anak ambil gambar emak dan ayah mereka.
Semasa taklimat ketua pengawas aku ada sama dengannya mandi di kolam. Sebelum tu, tak pernahlah dia ni menjadi ketua pengawas PMR mahupun SPM. Aku memang jadi hantu air dan bila jumpa dengan kolam, terjun kolam dan berenang dari hujung ke hujung. Tetiba aku nampak Cikgu Minah dengan selambanya memakai tshirt mandi dan terjun kolam yang tak sedalam mana, separas dada sahaja. Mengapa dia begitu bebas mandi .
Sedangkan cikgu lelaki belum tentu hendak mandi kolam , apatah cikgu perempuan.
Setelah beberapa tahun dia pindah ke Kota Bharu, barulah aku tahu dia pindah ke Kelantan kerana telah bercerai dengan suaminya. Cikgu perempuan yang cerita pada aku, menyalahkan 'lelaki'. Aku hanya tersenyum simpul je.
Kalau aku jawab nanti terasa pulak. Ini mesti terpikat pada Indon mana-mana nih. Kan Indon ini pandai layan suami, tidaklah nyuruh Bibik masak je atau makan kat luar je sebab penat balik dari kerja.
Simpanglah malaikat empat puluh empat.

Malam itu hujan renyai-renyai . Aku nekad mengikut Roy yang sedia menanti di bawah. Ibu sibuk memanjang dengan geng mesyuarat tingkap. Ayah pula tidak pulang-pulang semenjak berkasih dengan Cik Indon. Tinggal aku seorang menguruskan diri sendiri.

'Cepatlah, basah ni !!. Mereka sedang menunggu di Lebuh raya Lekas ni ' jerit Roy yang menderam-deramkan motosikalnya. Aku segera celapak di belakang dan laju pergi. Aku kenal dengan teman-teman Roy . Nama mereka pelik-pelik belaka. Jipam, Apeng, Parkash, Suwei dan entah-entah apa-apa lagi. "Lajulah sikit Roy. Bawa motor macam pon je", sindir aku.

Roy berjaya memintas Parkash di selekoh Pajam dan menjadi johan lumba motor mat rempit. "Yahoo !! , Intan menjadi hadiah utama malam ini". Aku terpinga-pinga apabila namaku tetiba menjadi hadiah lumba motor mereka. "Apa ke jadahnya, Bila pulak mereka minta persetujuan dari aku".

"Aku tak mahu jadi pak sanggup. Bukan  aku sorang . Ramai lagi", jerkah Roy di pagi itu, Aku semakin bimbang kerana perut semakin membengkak. "Tapi Roy yang selalu ....". Aku merayu. "Sudah ... buang aje bayi itu". "Dah tidak boleh, sudah terlambat".

Aku keseorangan meneran keluar si anak di bawah kolong. Bayi itu gelap seperti Parkash sahaja.Merah kehitaman. Aku balut bayi itu dengan surat khabar Cina.

Takbir hari raya sayup-sayup kedengaran . "Sudah, pergi kau dari sini. Kau bukan anak kami. Bayi itu anak haram ". Aku bertambah pilu san sayu sambil menuruni tangga meninggalkan rumah keluargaku.

Akhirnya aku reda dengan ketentuan Allah. Kini aku berada di Lombok mengikut abang Jono yang sudi mengambil aku. Suara riang rakan sekelas  Lia, Rina di kelas 4A1 jelas kedengaran. Sedangkan aku terjelepok di rumah setinggan ini. Dengar khabar , abang Jono kerja di Bakun pulak. 

Bilakah agaknya tsunami akan membungkus pulau ini.

 

 

 

 

 

 


Aku tidak pasti sama ada penghantaran anak aku ke asrama membuahkan hasil atau tidak.  Aku harap tindakan aku ini betul. Belajar deme ni tidak dapat aku pantau, Hendak hantar ke kelas tuisyen pun tidak boleh. Kalau duduk di rumah, mungkin tengok tv aje. Ya Allah berilah petunjuk kepada anakku .

 


Biasanya iklim yang dicerap. Tapi di sekolah guru-guru kena cerap. Kali ini giliran aku.,

Pada hari Sabtu 3 April 2010, aku dilantik menjadi pengadil bola tampar di SRAI Branang. Ia sebahagian daripada Kejohanan Sukan Peringkat Negeri Selangor.

Aku sudah lama tidak menjadi pengadil bola tampar. Dulu aku ada sijil state level . Aku pernah menjadi pengadil  peringkat negeri di Kuala Selangor, Bt Garing dan Ampang - peringkat sekolah menengah.Jadi pengadil ini membuatkan kulit muka aku terbakar dan mengelupas dan seminggu kemudian baru pulih. Satu games dibayar RM5.00 je. Tak banyak mana. Sekarang, dengar cerita langsung tak dibayar.Itu yang buat aku tak mahu jadi pengadil. 

Dulu aku minat juga jadi pengadil bola tampar ini. Sekurang-kurangnya dapat juga setahun sekali keluar dari sekolah dan bertemu guru-guru dari sekolah lain. Tapi apa gunanya. Kulit muka kena ultra violet. Sum burn. 

Ramai rakan yang sebaya dengan aku mengundurkan diri. Mereka juga tidak tahan . Ada pelapis pengadil.Bukan senang hendak lulus jadi pengadil bolta tampar ini. Kena kursus. Baca buku undang-undang dan lulus praktikal. masa itu kursus di Kajang dan praktikal di SAAS.Ramai yang tak lulus.

Rupa-ruoanya aku ketinggalan membaca buku Zaid Ibrahim 'Saya pun Melayu' . Dua rakan ku di kantin tadi bercerita tentang betapa sedapnya buku tersebut, Alamak mengapa aku begitu bodoh tak baca buku nih.

Pesta buku kali ini aku tak berkesempatan pergi. Fulus tak mencukupi. Bayaran tambah ke Bejing belum pun dibayar. Aku bercadang hendak beli beberapa gajet seperti video recorder atau handphone ketika berada di sana. Orang rumah dah siap booking baju dua helai . Untuk raya katanya. Dia suruh beli baju raya untuk kami sekreluarga di Beijing.

Semasa aku di kelas tadi, seorang murid beritahu PK ambil dua buah buku GE dari kelas tersebut. Kemudian GKMP hendak cerap pada hari khamis nih.Waduh.... apa apa an.

Pada 24 Mac 2010, aku ke Klinik Semenyih kerana sakit mata, bukan sakit hati. Selepas sekolah, aku pergi ke Klinik Mantin yang terletak di sebelah sekolah. Dalam usia 47 tahun, aku pertama kali kena penyakit gatal - ketumbit.

Dalam usia 47 tahun, aku kena penyakit gatal mengintai perempuan berak - ketumbit. Aku memang selalu perli murid-muridku tentang perangai mereka yang mengintai perempuan. Tapi kali ini mata kanan aku sendiri ada tersembul titik putih kuning iaitu nanah di kelopak mata. Pembantu perubatan itu kata - aku kena ketumbit.

Dalam kelas 4a1 dan 4A5 aku diperli habis. Aku jawab, akupun teringin juga mengintai, bukan kau orang aje. Cikgu mengintai ye ? --- Ya, kakak kau. Terdiam budak itu apabila dia mendengar jawapan aku.

Aku diberi cuti selama 2 hari iaitu esok dan lusa (Khamis dan Jumaat). Jika bernasib baik, aku bolehlah pergi ke Pesta Buku di PWTC yang akan tamat pada 28 Mac 2010. Tapi esok aku kena hantar anakku Pita ke Hospital Seremban untuk berjumpa doktor berhubung ligamen lutut putus - ACL Reconstruction. Pelik sungguh sunggiuh, mengapa aku sebagai kakitangan kerajaan, sebagai guru, aku kena bayar pendahuluan RM5740 kepada syarikat pembekal Smith ___ di Petaling Jaya,

Malamnya aku ke Pasar Rabu , Peniaga VCD selamba aje jual VCD lucah secara terbuka - tapi dibelakang sikit. Aku ada telefon YB tapi dia minta aku yhang siasat. Apa bende ????

Pagi-pagi begini teringatkan Nyah yang berada di Taman Tasik, Ipoh. Dulu Nyah duduk dengan Opah Wah di Jalan Pandak Akad Road, Batu Gajah. Dia naik basikal kut ke Sekolah Sultan Yusuf Shah di atas bukit tu. Dari Tingkatan 1-5 dia sekolah di sana kerana kampung aku jauh dengan sekolah.

Ketika aku umur 12 tahun , aku naik bas ke Tanjung Tualang dan seterusnya ke Batu Gajah dengan apak. Kemudian seorang diri pula aku pergi bila dah cam jalan dan bas. 

Yang aku nak cerita, satu malam kawan Nyah datang ke rumah Opah . Mereka bercerita panjang. Aku cuba pasang telinga tapi tak faham. Mereka bercakapa dalam bahasa rahsia. Semakin aku hendak dengar , semakin tak faham. Nyah ada tanya perempuan tu, boleh ke dia cakap bahasa rahsia. Kawannya kata boleh. Apa yang aku agak, mereka bercakap pasal boyfriend kawannya.

Dia ada sebut tetang Fatimah Hamidon. Nama ini aku ingat sangat sebab namanya lain macam sikit. Semasa kecilnya Cikgu Fatimah ini sangat berani semasa kecil. Cikgu tu bercerita pada Nyah, bahawa dia berseluar catuk pergi ziarah tanah kubur. Cikgu Fatimah Hamidon ini mungkin pensyarah sekarang ini, mungkin pernah mengajar di SMK Yusuf Shah Ipoh.

Nyah tidak begitu berkenan aku datang ke rumah Opah sebenarnya. Akupun dapati Opah tidak begitu suka dengan kedatangan aku. Nyah ada tanya sama ada aku bawa beras atau tidak. Semenajk soalan-soalan sebegitu, aku tidak lagi berani pergi ke rumah Opah Wah. Boleh dikatakan Opah Wah ini tidaklah semewah mana. Dua pembersih orangnya. Banyak alatan di rumahnya daripada tembaga.

Satu pagi aku terngin hekdak berak . Aku cuba tahan tapi tak boleh tahan, hendak terberak juga. Aku turun ke bawah , bgelap sekali rumah Opah. Rumah Opah Wah dekat aje dengan stesen bas lama Batu Gajah, Bole jalan kaki sahaja. Tapi subuh itu, gelap sungguh. Tandas yang digunakan jenis tandas curah, tong najis diangkut oleh orang pekerja majlis daerah. Semasa aku sedang berak., mereka menukar tong najis itu. Terkejut besar aku.

Oklah, aku harap aku puas hati dengan cerita ini.Bye.

 

 

 

 

 

 


Dalam satu perbualan antara Bung dengan Ziezie :

 Bung : Antara Batang Benar dengan Batang Berjuntai,  mana lebih sedap ?

 Ziezie : Kena batangan lebih sedap.

 

 

 

 


Mandi lumpur

 Memang cukup seronok mandi di tebing Pak Dollah, Sungai Perak


Sermasa di sekolah rendah sekitar tahun 1970-1976, bapaku selalu membelikan aku akhbar mingguan pelajar 'Utusan Pelajar' terbitan kumpulan Utusan. Aku selalu membuat keratan akhbar berdasarkan tajuk-tajuk tertentu . Antaranya ialah berkenaan tokoh sejarah, ciptaan sains dan binatang. Semua keratan akhbar itu aku masukkan ke dalam fail. Aku anggap semua itu ,memberikan aku faedah, mendapat maklumat yang begitu banyak dan aku boleh dapatkannya semula. Bukanlah mudah untuk mengkategorikan keratan akhbar itu. Minat aku semakin luntur apabila bilangan akhbar semakin banyak dan hilang punca. Antara tokoh yang aku simpan ialah Thomas Edison, Benjamin Franklin dan Abraham Lincoln.

Dalam majalah yang lain, ada peraduan meneka dan mengumpul dan mencantum gambar tokoh.  Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Abdul Razak. Aku sangat kenal wajahnya walaupun sekadar cebisan mata sahaja yang keihatan. Cebisan gambar itu sepatutnya dikumpulkan setiap bulan selama 4 bulan untuk melengkapkan  gambar Tun Razak. Tetapi aku tak berapa faham , aku carilah dalam Utusan Pelajar , malangnya semuanya tak sama saiz dan tak kena.

 Ketika itu, utusan pelajar ada menyiarkan alamat-alamat kedutaan negara luar yang beralamat di Kuala Lumpur. Banyaklah juga brosur yang aku dapat. Antara yang paling berharga ialah dari syarikat Lufthansa, German. Gambar Prince Charles. Gambar pemandangan di Switzerland, Australia dan lain-lain.

 Semasa bersekolah di SMK Dato Seri Maharaja Lela, aku selalu membuat nota kecil pelajaran Geografi dan Sejarah. Terlalu banyak fakta dan data dalam subjek Geografi dan Sejarah. Ketika itu cikgunya ialah Cikgu Zaitun dan Yang Zaitun.

Semasa di Maktab Perguruan Kinta, seorang pensyarah menasihati kami supaya membawa kamera ke mana-mana sahaja. Aku memang meminati bidang fotografi . Galakan ini terus melekat di hatiku.

Yong Rohani ada kamera Konica saiz kompak.  Banyaklah gambar yang aku rakam semasa di maktab. Kemudian aku beli kamera SLR Yashica FX3. Ketika itu aku sempat merakamkan Demonstrasi Penduduk Papan menentang tapak pembuangan sisa radioaktif di Papan, Perak 1985.

Era digital ini, aku beli kamera Fuji MX1200. Seterusnya kamera DSLR Nicon D50 dan D300. Koleksi gambar ini aku upload ke Picasa, Tripod, Webshoot dan lain-lain.

Kini aku lebih terlibat dengan Wikipedia Bahasa Melayu. Hobi itu aku salurkan melalui Wikipedia. Rasanya kalau tak update Wikipedia, rasa tak reti buat apa.

 

 

 

 


Pada Jun 1987 sepupu aku Abdul Wahid dan kawannya Sabri (Changkat Petai) datang menjenguk aku di No 2, Rumah Rakyat ,Merab. Mereka berdua bermotosikal dari UKM , tidak begitu jauh , kira-kira 20 km sahaja.Aku duduk di rumah bujang bersama Rahim Mohidin, Fuzi dan Azman Shahadan . Rumah itu bersebelahan dengan sekolah tempat aku mengajar dahulu hingga sekarang , dulu, kini dan selamanya.

Aku kerinduan semula dengan Wahid kerana dialah sepupu aku dan rakan sekolahan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dia bertubuh gelap dan kami kekadang memanggilnya Wahid Keling. Emaknya Wan Uda tidaklah hitam. Ayahnya iaitu Ayah Uda tidaklah hitam. Adik beradiknya tidaklah hitam , tetapi dia lebih hitam. Di pipinya ada tompok hitam.

Namun begitu dia bijak. Setiap petang kami bermain bola sepak di Sekolah Kebangsaan Air Mati. Ketika bermain dia tidak pakai baju. Kebanyakan kami memang suka tidak berbaju sebagai tanda pengenalan pasukan. Antara pemain handalan ketika itu ialah Megat Salleh Megat Osman dari Kuala Parit. Dari Teluk Memali ialah Salleh Harun dan Saidin. Wahid seorang yang peramah dan guru-guru mengingati namanya, sama seperti Kamarudin Lope Pihie, anak Cikgu Limah.Cikgu Mohaamad Ali Mahidin dan Cikgu Arshad amat suka padanya. 

Di sekolah menengah (1976-1978), dialah kawan aku berkayuh basikal ke sekolah di Kampung Gajah. Mula-mula naik bot penampang Acik Tambi ke Bandar Baru. Kemudian kayuh basikal ke Pulau Besar. Dari Pulau Besar kayuh basikal lagi ke Pulau Gajah, Pulau Juar, Kampung Raja, Kampung Teluk, Bendang Besar dan sampailah ke Sekolah Menengah Datuk Seri Maharaja Lela di Kampung Gajah. Rakan sekolahan yang lain termasuklah Mat Nor Abdul Hamid, Kamisah Haji arshad, Zainab Tahir,Ridhuan Dahari (Duan) , Borhan Dahari (Buan) , Sabri Che Ri, Salleh Harun , Robayah shahid, Zubir Bahauddin dan lain-lain. 

Kami paling benci dengan Robaayah kerana dia paling lambat ke pangkalan tambang Acik Tambi. Dia duduk berhampiran dengan kunci air Raja Yit di BloK A Seberang Perak. Kerana dialah kami lambat ke sekolah dan terpaksa ditahan di luar pagar sekolah. Setiap hari. Hampir setiap hari. Aku tidak pernah hadir semasa perhimpunan pagi. Paling cepat aku sampai pukul 8.00 pagi. Kadang kala pukul 8.30 atau pukul 9.00 pagi. Di sekolah menengah, Robaayah masih lagi pakai kasut sekolah plastik cap Fung Keong. Betul-betul plastik. Kasut itu mudah basuh tetapi berbau. Kalau dah lama, warnanya bertukar jadi perang oren. Sebaliknya Wahid dan Mat nor cukup berbangga dengan kasut cop Warrior. Aku sendiri tidak memiliki kasut itu kerana tidak mampu. di tingkatan 1, semua pelajar lelaki dimestikan memakai sekluar panjang warna hijau. Sebaliknya apak belikan aku seluar hijau pendek, dah lah pendek, longgar atas dan longgar pinggang dan tak cukup hijau. Aku hanya mampu menahan amrah pada apak , mengapalah apak belikan aku seluar begini. Wahid pakai beg sandang berwarna hijau sedangkan aku apak belikan beg berwarna merah belang putih jenama Puma yang sesuai untuk bawa kain baju jalan-jalan.

Pendek kata dalam banyak perkara Wahid menjadi perbandingan. Sebenarnya apak Wahid kerja lombong bijih timah di  Jeram Mengkuang di Bidor. Wahid dengan Mat Nor memang ngam . Mereka selalu pergi Teluk Intan beli apa-apa barang, berbanding dengan aku yang tidak berduit . Aku hanya berduit pada musim durian dan musim manggis sahaja. Pada musim buah, Wahid lagi banyak dapat duit kerana Wan Intan suruh dia panjat pokok manggisnya. Sepokok boleh dapat sekeranjang buah manggis. Ketika itu pangjat pokok manggis kait buah manggis dengan pengait cangkuk , bukan macam sekarang. 

Wahid seorang yang sihat berbanding dengan aku - lelah . Basikalnya tak serupa basikal, sayap belakang tak ada, tayar hampir botak. Tapi basikalnya laju kerana prewheel telah ditukar. Basikalnya kosong habis tapi brek serta merta boleh. Sedangkan basikal aku jenis Raligde (pemberian Cikgu Mohd Noor) tak tukar-tukar prewheel. Tidak ada gear. Basikal kosong lebih ringan. Apak suruh aku bawa basikal tuanya yang lanting tempat duduk belakang amat lebar. Basikal tahun 50-an. Aku malu hendak bawa basikal itu ke sekolah. Apak ada belikan aku basikal cooper , hendle tinggi . Begitu juga dengan tempat duduk penyandar tinggi. Masalahnya basikal cooper ini tidak boleh dibawa laju. Alamat tertinggallah aku di belakang kerana mereka semua kayuh basikal laju-laju terutama Wahid dan Duan.

Semasa SRP dia dapat 17A dan masuk ke aliran Sastera walaupun layak aliran Sains. Abangnya Ani (Abdullah Mohd Zain) aliran Sains tetapi kantoi Gred 3. Sebenarnya orang Sastera lebih beruntung berbanding aliran Sains dari banyak segi. Begitulah keputusan dan hasil perbincangan kami ketika itu. Belajar Sains susah-susah, akhirnya dapat Gred 3 dan tak pergi ke mana. Sedangkan jika masuk aliran Sastera, boleh dapat sekurang-kurangnya Gred 2 dapat dapat masuk universiti.  

Tahun 1979, aku jadi pengawas di tingkatan 4 dan tingkatan 5 dengan bantuan Abdul Karim Rafia. Karim ini budak Air Itam yang baru pindah dari Seri Perak.  Setiap pengawas kena pakai tali leher berwarna merah tanpa logo sekolah . Baju pengawas berwarna biru dan seluar panjang hijau. Aku cukup bangga dapat jadi pengawas akhirnya di tingkatan 5. Wahid tolak aku ke longkang kerana dia lihat aku berlagak jadi pengawas. Nasib baik aku tidak terlentang dalam longkang. Semua kawannya ketawa. Selepas itu aku cukup berhati-hati apabila berjalan di kaki lima sekolah . Aku sering perhatikan kalau-kalau ada Wahid dalam kumpulan pelajar hu ha hu ha. 

Aku ada ambil tindakan terhadap kawannya yang tinggal di Pulau Gajah. Sejak itu kawannya berdendam dengan aku dan ugut aku. Aku tidak beritahu Wahid akan hal itu kerana aku tidak pasti sangat sama ada ugutan itu serius atau tidak. Aku mula bimbang dan mnyediakan rantai besi dan simpan dalam beg. Kalau apa-apa jadi, aku akan libas dia dengan rantai besi itu. Tidak ada apa-apa yang berlaku. Wahid  terbuka beg aku pada satu hari dan terpandang rantai besi itu. Dia bertanya mengapa aku bawa beg itu ke sekolah. Aku beritahu sebagai senjata mempertahankan diri dari serangan kawannya.Mungkin aku terlebih re act. Namun kini aku dengar kawannya yang kaki gaduh itu hanya menjadi tukang kebun sahaja.

Wahid pandai berborak dan pandai memikat Enon Pak Hassan yng duduk di Teluk Memali. Sambil berkayuh basikal pulang ke rumah, dia akan berborak dan mengusik-usik Ainon. Ayob Don dari Teluk Memali macam jadi pengawal peribadi kepada Enon. Hampir setiap kali pulang dari sekolah, basikal Ayob sentiada di belakang Enon. Sementara aku hanya mengekor di belakang mereka. Jalan tanah dan tanah merah dari Pulau Besar, Pasir Pulai, Bandar Baru dan Teluk Memali cukup teruk. Kiri dan kanan adalah dusun durian yang semaknya tinggi atas kepala kecuali musim durian.  

Di Pasir Pulai ada 'mohum' Sultan yang boleh menegakkan bulu roma. Mohum ialah kubur almarhum Sultan Perak yang dikebumikan di Pasir Pulai. Kubur tersebut mengadap dengan Sungai Budiman. Kuala Sungai Budiman mengalir ke Sungai Perak , bertentang dengan Kuala Parit. Air Sungai budiman bertumpu ke Kuala Parit dan menyebabkan Kuala Parit lebh cepat banjir , lama dan dalam. Mohum itu berhampiran dengan rumah Hamdan- sekelas dengan Wahid.

Aku kelaskan Wahid ini memang bijak . Ini kerana dia suka bincang tentang pelajaran Sejarah dan baca soalan-soalan lepas. Dia banyak buat latihan sedangkan aku tidak. Dia dapat masuk ke tingkatan 6 aliran sastera dan masuk ke UKM di Bandar Baru Bangi. Di UKM dia selalu berjumpa dengan Rustam A Sani - anak Ahmad Boestamam . Dia mendapat maklumat dari Rustam,  jika banyak mengkaji tentang sosiologi dan antropologi , lama-lama akan jadi komunis. 

Dia juga seperti aku cukup suka berbincang tentang Kod 19 dan Anti Hadis yang dikemukakan oleh Kassim Ahmad.Aku tidak berpeluang masuk ke universiti sepertinya. Aku hanya masuk ke Maktab Perguruan Kinta, Jalan Dairy, di Ipoh.(1983-1986)

Wahid adalah harapan ibu bapanya. Semasa kami kanak-kanak, dia makan berlauk ikan bilis - hampir setiap hari, katanya.  Ini mungkin kerana apaknya pekerja lombong di Jeram Mengkuang, Bidor. Hanya ayah uda kerja di Bidor sedangkan keluarga tinggal di kampung - Kampung Air Mati. Mungkin pada hari minggu , ayah uda balik menemui keluarganya di kampung. Adik beradiknya ramai juga - Zainab , Abdullah, Nordin, Wahid, Yusuf dan Ju. Apabila aku ke rumahnya , selalu sahaja aku terdengar pertengkaran dan bunyi marah-marah sesama adik beradik. 'Deme ni jahat-jahat, Dol ' kata ayah uda kepada aku. Aku hanya tersenyum sinis kerana seorang ayah mengatakan anaknya jahat. Sedangkan pada aku , setakat bertengkar dan bergaduh adik-beradik tidaklah sejahat mana. 

Di sebelah rumah Wahid ialah rumah Wan Intan dan rumah Pak Pian. Kemudian rumah Yunus Wan Dat. Di depan pula rumah Yop Ja. Kemudian rumah tok kami - Mohamad Baki bin Mahbub.  Tanah tok itu kini diwariskan kepada Ayah Uda.

Sehingga 2009, ayah uda masih lagi sihat wal afiat sungguhnya tidak berapa ingat. Aku menemui ayah uda semasa majlis perkahwinan anak Yop Win di Dewan Taman Meru, Ipoh. Sedangkan apak aku, Ayah Ngah, Ayah Andak telah lama meninggal dunia. Wan Uda sakit tenat di Hospital Teluk Intan semasa majlis perkahwinan Ju. Beberapa minggu kemudian . Wan Uda meninggal dunia .

Itulah sahaja ceritaku setakat ini.

Tahun 1997, di berkahwin dengan warden penjara tempat dia bekerja. Gadis pilihannya itu orang Besut sempadan Terengganu - Kelantan. Semasa majlis perkahwinannya itu aku tidak hadir . Aku dilantik jadi pengacara majlis PBSMM di Metro Kajang, sesuatu yang 'mahal' bagi aku seletelah dinaikkan pangkat. Seminggu srelepas itu, anak Pak Usu Suhaimi (Eda ?) kahwin di Bukit Tuan Syeikh di Port Dickson. Dia Port Dickson juga aku tidak pergi kerana masalah kewangan yang teruk. Kereta Datsun 120Y tidak ada road tax. 

Sekembali dari majlis pekahwinan di Port Dickson bulan Ogos 1997 itu, Wahid kembali ke Jeram Mengkuang di Bidor tempat ayah Uda pindah. Dari Jeram Mengkuang, dia balik Belut ikut Lebuhraya Timur Barat. Malangnya di pertengahan jalan, oleh kerana mengantuk kerana perjalanan jauh, berlaku kemalangan yang dahsyat. Kereta Proton Biru milik Wahid terbabas dan kedua-duanya meninggal dunia tanpa waris. Baru seminggu kahwin dan tidak sempat memilik seorang anakpun. 

Kereta Proton Biru diperbaiki dan diambil oleh abangnya, Nordin Mohd Zin.





Tahun 1978 aku ambil SRP di Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah. Sekolah itu tidak ada asrama padahal ramai yang duduk jauh-jauh. Beberapa orang kawan aku yang di tingkatan 5 duduk menyewa dan menumpang di sebuah rumah kosong dan memasak sendiri. 

Sudin atau Shamsudin Shuhami di tingkatan 5 . Aku pula di tingkatan 3. Ayub Don di tingkatan 4. Kami bertiga cuba-cuba duduk bersama di Kampung Setia, Kampung Gajah. Jaraknya ke sekolah 3 batu. Balik dari sekolah aku kena masak sendiri . Air paip tak ada. Cuma ada perigi yang tak berapa boleh hendak digunakan. Elektrik tak ada , terpaksa guna pelita minyak tanah. Lauk tak ada, terpaksa bergantung kepada ikan sardin atau ikan masin yang dibawa dari rumah. Bawa beras dari rumah. 

Ketika di rumah itu, aku sempat juga melihat latihan Silat Nasrul Haq yang diadakan di Kampung Setia. Jurulatihnya seorang penternak kerbau dari Pulau Tiga. Malam - malam berikutnya tengok cerita P.Ramlee di kedai mamak pekan Kampung Gajah. Sudin ada kawan di Kampung Setia yang sekelas dengannya. Mereka berbincang tentang pelajaran SPM di rumah itu. 

Jadi aku keseorangan di rumah sewa itu. Rumah sewa itu sebenarnya kepunyaan bapa saudara aku, Acik. Rumah itu bertiang, cat hitam dan ada telaga yang telah lama tidak digunakan. Ada lorong ke rumah jiran yang lain. Pada hari Sabtu, aku menebas lalang yang tinggi di hadapan rumah dan mencari kayu api untuk memasak. Susah juga hendak mencari kayu api kerana penduduk kampung lain terlebih dahulu telah mengambil kayu-kayu getah kering. Sudin terpaksa memanjat pokok getah untuk mendapatkan dahan getah yang telah mati. Entah siapa punya kebun getah, tidaklah dapat dipastikan. Kami ke kebun getah dengan basikal.

Pada satu malam, aku mengah dan tidak ada sesiapa yang boleh tolong. Perut sakit dan kelaparan.Aku ambil keputusan untuk berulang alik dari kampung sahaja - Kampung Air Mati. Aku makan ubat tedral warna 'samo' yang boleh menyebabkan badan aku menggigil. Aku selalu lambat ke sekolah. 

Aku tekad buat keputusan untuk berulang-alik dari rumah sahaja. Biarlah Sudin dan Ayob Don tinggal di rumah sewa itu. Kalau sakit , sekurang-kurangnya emak ada menjaga aku. Aku tidaklah dapat menolong Sudin. Dia memang tidak ada ibu. Dia cuma ada ayah, yang aku panggil Tok Mi atau lebih dikenali sebagai Mi Tukang.

Beberapa minggu kemudian, aku dapat tahu Sudin dan Ayob tidak juga bertahan tinggal di rumah itu. Ayob pindah ke rumah kawan-kawannya. Sudin pula tinggal di rumah Senah, yang kini menjadi isterinya. Senah tinggal dengan neneknya di Pulau Besar.

 Aku dan Ayob menjadi cikgu. Sudin bekerja di Amanah Saham Nasional . Sudah lama tak jumpa mereka.Bilalah agaknya akan berjumpa .

 


Hari ini aku brjaya menamatkan puasa hari pertama. Tahniah pada diriku sendiri. Aku memang ada masalah asthma dan diabetes melitus paras 9.4 . Berat badan 83. Tinggi pula 158.  Saiz seluar kembali saiz 40.
Sebelum ini kawan-kawan lama yang tidak berjumpa terkejut melihat aku sangat kurus dan muka cengkung. Mengapa. Mengapa kurus sangat. Sakit ke ?. Itu yang aku bimbang sangat. Sebenarnya saiz seluar hanya surut sedikit iaitu 38 sahaja dan kena pakai tali pinggang ketat-ketat. Tepi seluar sangat berlipat. Seluar saiz 40 terpaksa aku beru kepada orang kerana terlalu longgar. Masalahnya kini aku terpaksa belu semula seluar saiz 40 kerana berat badan 83 sekarang.
Pada 12 Ogos 2009 aku terpaksa ke kelinik kerana ada kudis-kudis ditangan dan peha yang tak mahu sembuh-sembuh. Kudis ini macam 'demam campak' yang hidap pada tahun lepas 2008. Dah la aku tidak check gula dalam darah. Doktor India itu terkejut darah aku 22. Aku sendiri terkejut dan bimbang kerana ada appointmnt dengan doktor padas 19 Ogos 2009. 
Doktor beri injection di punggung sekali, Esokknya sekali lagi diinjek di punggung. Klinik swasta itu suruh bayar RM90 dan RM50. Rabak pokek aku.  Pembantu doktor itu bekas murid aku . Malu sungguh, tetapi apa nak buat.  Balik rumah aku tak makan nasi waktu malam. Doktor suruh hanya makan nasi sekali sahaja setiap hari. Dalam nasi ada banyak gula. Aku beli roti gandum. Aku juga berhenti beli buah duku langsat - yang jadi kegemaran aku tu. Isteri aku juga bimbang dengan kesihatan aku. Dia blend buah mengkudu yang dikutip di belakang rumah Cikgu Jaafar. Dia suruh aku minum. Aku suruh dia minum dahulu , jika dia larat minum, aku akan minum.
Pada 19 Ogos sebelum aku ke klinik kerajaan, aku check darah. Aku memang ada alat ukur gula dalam darah. 4.6 . Rendah pulak. Pagi itu aku tak makan dan tak minum dan terus ke klinik , jumpa doktor pakar. Gula dalam darah 4.3 dan doktor kata itu bagus. Normal. Aku diminta jaga pemakanan . Insulin aku injek 8 kekadang 10. Doktor tanya mengapa aku tak injec 12. Aku tak perasan doktor sebelum ini suruh inject 12.  
Doktor turut beri ubat krim dan ubat antibodi yang kena dihabiskan 2 biji 3 kali sehari. Penuh satu plastik aku bawa balik. Semua ubat itu untuk tempoh 3 bulan. Pada 20 Oktober check semula darah di klinik. Kena puasa. Jumpa doktor pakar semula pada 19 November 2009.
Setiap hari aku aku makan 2 biji metformin dan 2 biji . Setiap kena inject insulin 8. Pergi ke klinik kerajaan itu cukup tak selesa kerana ramai yang demam dan terbaring. Mungkin mereka mendapat demam H1N1. Aku juga bimbang kalau-kalau berjangkit kepada aku pulak. Seboleh mungkin aku menjauhkan diri san duduk di kerusi luar sahaja.
Pada 22 aku check semula darah. 9.4 . Ini hari pertama aku berpuasa. Aku harap bulan puasa ini akan meredakan berat badan aku. Berat badan terbaik untuk aku ialah 75 kg. Saiz seluar mungkin 35 sahaja. aku berharap aku akan berjaya menguruskan badan dan mengurangkan paras gula dalam darah dan aku bertambah sihat.
Mata aku ini tak berapa elok lagi. Nak baca surat khabar dan internet dah malas sekarang. Terlalu kabur.

Mulai 17 Ogos hingga 21 Ogos 2009, peperiksaan dijalankan bagi tingkatan 4. Kali ini aku tak perlu sediakan soalan. Aku kena sediakan soalan akhir tahun kertas 1 BM Tingkatan 4. Tingkatan 3 dan 5 sudah trial exam bulan Julai.
Kelmarin hari jadi anak aku ke 17 tahun. Dia duduk di asrama. Potong kek mungkin masa cuti nanti. InsyaAllah. Semoga dia berjaya dalam EE SPM nanti.
Pelik dan takjub , dalam tempoh 3 minggu sahaja, 59 kematian akibat selesema khinzir ini. Tiong Lai segan hendak sebut swine flu . Dia selalu makan , lalu dia mahu istilah influenza A (H satu N satu) dengan alasan kita Melayu ini tak reti ape-ape.
Ada cikgu di sekolah menyindir bahawa mereka ada kekebalan kerana setiap hari makan babi. Selalu makan babi menyebabkan tubuh mereka ada imune. Banyak sekolah agama dan sekolah teknik ditutup sedangkan sekolah ini pelajarnya Melayu belaka.
Sekolah Jalan Davidson dekat Jalan Pudu KL merupakan sekolah yang pertama diisytiharkan tutup . Punya seronok kita orang Melayu kerana sekolah majoriti Cina ini yang kena. Tapi kemudian alih-alih sekolah Melayu dan kem PLKN lebih banyak kena.
Setakat ini Kementerian Kesihatan tidak berani keluarkan hot zone dengan alasan zon yang tidak kena akan lenggang kangkung. Kerajaan memang selalu fikir macam itu, dia ingat rakyat ini bodon dan tongong belaka. Kalau dia umumkan nanti , negeri yang hot zone ialah Melaka kerana ternakan babinya segar - bugar belaka. Ali Rustam nak belanja 1 bilion bawa saintis perubatan India untuk cipta ubat anti virus ini. Betul ke ? atau masuk kocek sendiri untuk lawan jadi Perdana Menteri.
Anak aku di tingkatan satu SAMTEN dan di tahun di SRAI cuti seminggu kerana demam . Bia bawa ke klinik swasta - suhu badan 38 darjah. Kemudian aku pulak MC pada 14 dan 15 Ogos 2009 . Aku ini memang ada DM dan athma yang kronik. Aku harap blog ini bukanlah yang terakhir korang baca.
Sekian, wassalam.
Emak akan masak tepek pisang. Tepek pisang berbalut daun pisang. Lapisan tengahnya ditabur dengan kelapa bergula. Daun pisang dilipar dua. Kemudian diletak dalam kuali panas. Kuali tidak berminyak. Tutup dengan tudung periuk.
Best betul. Emak lama pergi tahun 2006.
Maafkan aku
kerana tidak berupaya berbakti kepadamu.
Mereka hendak datang.
Mereka mahu turun padang.
Turun padang.
Jengoklah.
Tengok.
Marilah.
Tinjaulah.
Pantau.
Itulah istilah anggun yang mereka ada.
Pantau.
Tinjau.
Ranjau

Pada 29 April 2009, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesan gempa bumi berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor.Gegaran lemah akibat gempa bumi berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan Manjung , Perak pada pukul 9.35 malam ini. Tida sebarang kecederaan dan kemusnahan.

Semasa kecil aku, sekitar 1970-an, aku pernah dengar gempa bumi iaitu bumi bergegar juga. Beberapa orang kampung menyatakan bunyi kuat 'rudummm' dan gegaran itu adalah gerak gempa. Tahun 1980-an, 1990-an tidaklah pula penduduk kampung bercerita lagi. Penduduk di tepi Sungai Perak memanggilnya gerak gempa.

Ayah Chor aku yang berasal dari Batu 20, Bagan Datuh ada bertanya pasal gerak gempa yang berlaku semalam tu. (ketika itu). Aku jawab lebih kurang 'ada, emak ada cakap.' Ayah Chor tinggal di Kampung Baru, di seberang . Wan Chor adalah kakak emak aku. Wan Chor meninggal dunia ketika mengerjakan haji di Mekah.

Anak Wan Chor yang bernama Zubir terpaksa naik bot Acik menyeberangi Sungai Perak selebar 100 meter ke Sekolah Kebangsaan Ayer Mati. Cikgu-cikgu yang tinggal di Teluk Intan , Pulau Besar dan Kampung Gajah pun terpaksa naik bot Achik.

30 tahun aku meninggalkan tepian Sungai Perak .


Bahaya sungguh menyakit selesema babi ini. Dalam Islam , memang telah dinyataka babi haram dimakan. Ramai bukan Islam yang gelak-gelak dan mereka makan babi lebih banyak lagi. Sebenarnya pengharaman babi bukan bertujuan mendiskriminasikan babi-babi itu. Semua ini ujian daripada Allah untuk membezakan mereka yang 'samikna waataqna'.

Selesema burung (bird flu) disamakan dengan kes burung Ababil dalam Al Quran. Tentera Abrahah dari San'a dimusnahkan dengan turunnya burung Ababil - tentera dihancurkan seperti daun-daun dimakan ulat.

Beberapa filem-filem Hollywood sekarang seperti '' yang menunjukkan kemusnahan raja-raja Firaun di Mesir akibat wabak penyakit.

Negara Cuba dan Argentina melarang kapal terbang masuk dari Mexico. Pengerusi WHO meningkatkan amaran wabak penyakit ini kepada tahap 4. Di Hospital Sungai Buluh , ada seorang pesakit yang mempunyai gejala selesema babi. Sekolah-sekolah di Mexico dan Amerika ditutup . Bayangkan sekolah di Malaysia ditutup akibat jerebu sekitar tahun 1997 dulu ?. Banjir pun sekolah ditutup. Cikgu terpaksa datang juga ke sekolah.

Baberapa pakar mempertikaikan negara Mexico sebagai negara punca. Negara sebenar ialah Amerika, kata mereka. Saintis Amerika dikatakan mencipta pelbagai kuman dan disebarkan ke negara musuh seperti China - Selesema burung. Indonesia - H5N1. Coxxakie. Japanese Anipilaties ? . Mungkin betul Amerika menjadi punca segala durjana ini.

Antara negara benua Amerika Selatan yang ada kes ini ialah negara Uruguay. Teuku baru balik dari sana bagi menyertai lumba kuda Pan Amerika. Semua jururawat dan petugas di lapangan terbang akan diberi suntikan H1N1. Bila agaknya Kementerian Kesihatan akan keluarkan arahan lupuskan semua babi-babi. Kita haruslah tahu bahawa makanan ayam iaitu dedak dan jagung, malah anak ayam dibawa terus dari Amerika. Makanan babi ini dibawa dari Amerika juga ke ?

Penternak babi di Bukit Pelanduk , Lukut minta kerajaan bayar pampasan berjuta-juta kerana usaha melupuskan babi berikutan wabak JE. Hari Rabu, 28 April 2009, penduduk Melaka mahu ladang babi ditutup. Oleh kerana terdesak, mereka pernah hendak mengadu kepada Anwar Ibrahim di Bandar Baru Bangi. Ada yang sangkutkan kepala babi di luar pagar.

Lepas ini, mungkin lebih banyak babi di ladang-ladang babi dilupuskan. Aku ada dengar gossip, penternak babi di Lukut ini lepaskan babi-babi mereka ke dalam hutan. Sekarang ini babi hutan tidak berkulit hitam gelap tapi berkulit cerah. Bagaimana dengan ladang babi moden di Ladang Tumbuk, Sepang. Tauke babi di Lukut itu tinggal berdekatan dengan rumah aku. Anaknya aku pernah ajar beberapa tahun lalu.

Memang sukar mengatasi wabak penyakit ini kerana babi ada cacing pita yang bahaya. Anehnya beberapa organ babi boleh digunakan oleh manusia. Kalau tak silap, seorang pemimpin negara kita dulu , menjalani pembedahan pintasan coronary daripada babi.

Sejak zaman Nabi Muhamad telah mengistiharkan babi sebagai binatang berbahaya. Kalau al Quran itu ciptaan Nabi Muhammad, baginda bukanlah saintis perubatan. Inilah keajaiban- keajaiban dalam Islam.


Tadi aku menghadirkan diri dalam mesyuarat disiplin sesi pagi. Pengetua baru ini wanita tentunya lambat 45 minit. Jenuh aku menunggu dan pura-pura tak marah. Nasib baik mesyuarat kali ini ada ditamu dengan nasi lemak dan air soya botol.

Katanya pengarah dah sedar hendak membina sebuah sekolah baru berdekatan. Eloklah. Minggu lepas, pengarah pendidikan nak datang , tapi terlajak ke sekolah lain. Sembang lama dengan pengetua sekolah itu dan teman lamanya, langsung tak teringin semula ke sekolah huduh aku nih.

Pengetua aku ni suka sangat kalau-kalau pengarah datang.Kalau boleh biarlah Muhyiddin datang. Hendaknya cepatlah sekolah baru dibina. Tapi aku rasa sampai tok kanun lah.... Najib dah perangkap Muhyiddin di Kementerian Pelajaran. Dia batal PPSMI terkena. Dia terima PPSMI dia terkena juga.

Dengar cerita Kementerian Pelajaran dikembalikan kepada Kementerian Pendidikan.


Pagi selasa ini pergi sekolah. 1 Mei cuti hari pekerja. 16 Mei hari guru - tapi tak ada cuti. Dapat jemputan majlis perkahwinan pada 2 Mei . Makan free...

Tengah hari ada mesyuarat disiplin. Sebelum ini pengetua nak berjumpa dengan semua guru-guru lelaki berhubung soal disiplin. Kan guru lelaki ini bagaikan bapak.. katanya. Sebenarnya status guru lelaki ini bagaikan pengawal keselamatan je. Bab-bab naik pangkat tu kan pompuan belaka. Masalah gender betul kat sekolah ni.

Banyak masalah disiplin tidak sampai ke PPD mahupun ke jabatan negeri. Kalau banyak laporan kes displin nanti peluang pengetua naik pangkat terlepas pulak.

Semalam T Murugiah 'menangkap' doktor yang baca paper semasa bertugas. Agaknya kalau T Murugiah ke bilik guru, dia akan kata guru tak mengajarlah kut.


Semalam 8 Februari 2009, Reezal Merican menggesa hukuman dikenakan kepada pelajar yang enggan mebawa buku ke sekolah. Sedapnya dia bercakap. Dia tidak menyedari kut sekarang guru-guru tidak dibenarkan merotan pelajar. Apakah dia sedar, hukuman yang dibenarkan di sekolah ialah rotan sahaja, cubit tak boleh, jeling tak boleh, sindir tak boleh, tampar dan lempang apatah lagi.

Zaman kita dulu boleh ketuk ketampi, tetapi sekarang jangan. Duku aku kena berdiri atas kerusi atau jemur di luar kelas, tetapi sekarang jangan. Dulu kena dekeh di kepala tetapi sekarang jangan. Sekarang jika ada sebarang kesalahan , tulislah nama pelajar itu dalam buku merah. Apa jadi ?. Buku merah ini akan hilang beberapa hari kemudian dan tidak dapat dikesan lagi.

Dia juga tidak menyedari pelajar yang malas bawa buku ini pelajar Melayu terutama di kawasan-kawasan kampung yang jauh dari sekolah. Mereka keletihan membawa buku teks ke sekolah dengan pelbagai alasan termasuk alasan guru mata pelajaran tidak gunakan. Buku teks yang relevan dibawa ke sekolah hanyalah Matematik sahaja kut.

Almari kayu di dalam kelas bukan jalan penyelesaian, buat perabih beras aje. Tahu tak Hishamuddin bahawa semua troli , suiz, LCD dalam kelas untuk mengajar subjek Sains dan Matematik kononnya habis rosak sekarang. Meja guru dan meja pelajar diconteng tanpa kata-kata lucah. Pelajar aniaya guru dengan letak chewing gum atas kerusi. Untuk tidak bergaduh dengan pelajar, jangan buat apa-apa kerana mereka kerana mereka bagaikan banduan dalam filem Amerika tuh. Seluar aku beberapa kali menjadi mangsa pelajar sebegini.

Aku selaku guru tidak mahu gunakan lagi buku teks ini kerana ramai yang tidak membawanya. Buku teks ini tidak sama dengan format PMR atau SPM. Masa yang terhad untuk mnengajar sesuatu subjek sedangkan banyak tajuk yang hendak diajar. Ujian bulanan, ujian setara, peperiksaan pertengahan tahun,akhir tahun, bukan kita yang buat tetapi guru lain.

Apabila masuk ke dalam kelas, belum tentu dapat mengajar kerana menguruskan kedatangan harian , memastikan kelas disapu dan dibersihkan, mengutip yuran , mengedar pelbagai borang, memastikan borang diisi dan sebagainya. Setakat suruh keluarkan buku dari beg, bukan main susah lagi . Tersilap jaduallah. Terlupalah. Kawan pinjamlah belum pulanglah. Padahal semua pelajar sekarang boleh dapat SPBT.

Apabila diberi jadual sekian-sekian hari bawa buku teks, contohnya hari Rabu bawa buku Komsas, hari Jumaat bawa buku teks Bahasa Melayu tetapi pelajar masih enggan membawanya. Mereka akan merayau dari kelas ke kelas untuk meminjam dari rakan mereka.

Aku dah serik mendenda pelajar kerana kereta kesayangan aku berconteng banyak. Siapa nak tanggung kerugian ini. Ini belum lagi mereka menyerang rumah sebagaimana Cikgu Lan 10 tahun dahulu. Rumah Cikgu Nita Yeo dibaling dengan najis lembu. Van di rumah Cikgu Limah terpaksa dihadang dengan papan lebar setiap malam agar cerminnya tidak dibaling dengan batu. Cikgu Senah dihendap dengan pisau rambo. Cermin belakang kereta Siti Zarah pecah. Hishammuddin tahu ke semua derita lara cikgu-cikgu ini semua.

Aku sendiri seperti guru-guru lain, malas hendak buat laporan kepada pengetua kerana perlu berhujah panjang dengan pengetua, PPD, ibu bapa, ahli politik dan sebagainya. Aku perati di sekolah dan dalam akhbar, guru tidak mendapat pembelaaan apalagi jika benar-benar bersalah. Aku sendiri keliru untuk menjawab semua ini kerana aku buka hakim yang tahu sangat pekeliling baru undang-undang jenayah, hak asasi manusia dan sebagainya.

Pengetua selalu ugut aku dan guru-guru lain semasa mensyuarat guru bahawa satu penampar hinggap ke muka pelajar, guru kena bayar RM40 ribu. Mak datuk. Gaji aku jika dkumpul sehingga pencen tidak berjaya mengumpul duit sebanyak itu. Tidak bawa buku rekod mengajar ke dalam kelas akan didenda RM1000.00 . Mati meragan jika Nazir mendapati aku berbuat demikian.

Walaupun kita bersemangat hendak mengajar memandangkan mereka juga sebangsa dan seugama dengan kita, tetapi periuk nasi perlu dijaga. Ajar ala kadar sahaja lebih selamat . Apa punya cikgu seperti ini, tetapi itulah hakikatnya. Aku sering mencontohi sebahagian cikgu Cina dan India yang tidak kesah dengan gelagat dan perangai tidak senonoh muridnya. Mana-mana yang tidak mahu belajar boleh duduk di belakang dan buat kerja lain. Nasiblah mereka. Sebenarnya guru Cina dan India ini hanya beberapa kerat sahaja di sekolah.

Mereka ini amat garang sebenarnya berbanding guru-guru Melayu. Ibu bapa Cina amat garang berbanding ibu bapa Melayu. Itu sebab anak-anak Melayu terbiar merayau-rayau pada waktu malam. Mereka masuk geng jerung . Masuk geng siakap dan lain-lain. Mereka cuba berbasikal , main game di cyber cafe bising bukan main. Percaya atau tidak , mereka yang berada di siber cafe ini hanya buang masa, main games sahaja. Bukan melayari internet untuk mendapatkan malumat.

Cukuplah luahan perasaan aku nih.

Tahun lepas aku hendak pindah, tapi PPD tidak luluskan. Tak faham kenapa. Pengetua suruh aku mengajar di sini sampai pencen. Tidak berhati perut langsung. Pdan muka dia .... Padan muka aku...


Kembalilah ayah

Sudah lama kau tidak kembali

Pergi kau membawa diri

Dengan pesanan jangan dicari

Ayah, kembalilah dihari-hari bapa ini

ayahlah ayah

ayahlah bapa

ayahlah bapa kami

Hidup ini memang sukar ayah

Ayah semakin sunyi lalu beralih kasih

menumpang kasih kepada bibik Indon

menumpang kasih kepada mama Mami

Banyak hari tidak kembali

 

Mak tidak sanggup berkongsi kasih

Putus saja , jika berkongsi kasih

Amboi semasa susah , sanggup makan nasi basi

Di hujung usia ,masih juga susah dan mahu beralih kasih

Mak tak rela ,

mak tidak sanggup

Payung emas bukan milik emak

Mak takut payung emas

Payung biasa-biasa cukuplah

 

Kembalilah ayah

Kembalilah ayah


Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan lagi untuk kali ke 18 tahun yang aku pernah hadiri. Hadir dalam Mesyuarat Agung ini atu perkara rutin bagi seorang guru seperti aku. Paling ramai ibu bapa hadir ialah 150 sahaja. Cukup ramai tuh. Paling sikit, 20 orang .

Kekadang Pengerusi dan AJK ada yang tidak tidak datang.Kalau lantik pengerusi dari kalangan profesional memang ada masalah. Mereka memang ada komitmen lain juga. Tarikh mesyuarat agung mesti disesuaikan dengan tarikh kelapangan mereka , bukan tarikh kesukaan pengetua.

Jika hendak lantik pengerusi dari kalangan ketua kampung atau penghulu, memang boleh tapi fenomena itu tidak berlaku lagi. Sekarang, tempat ini dah jadi bandar. Taman -taman dah berpuluh dan telah ada sebuah universiti swasta.

Tapi aku tengok PIBG ini dari dulu sampai sekarang 2 X 5 sahaja. Sama. Tak ada pembaharuan besar.

Sebuah sekolah di Ulu Kelang, PIBG campur tangan dalam pentadbiran sekolah. AJK PIBG yang terlalu aktif susah juga. Biasanya berlaku di sekolah rendah. Mereka cadangkan buat klas tambahan waktu malam, perkhemahan , ceramah motivasi dll. Baguslah kan. Tapi jika hendak tukar-tukarkan cikgu , itu sudah melampau.

Siang-siang lagi pengetua dah pesan jangan lantik AJK dari yang mulut becok. Sebabnya tahun lepas 'terlantik' seorang AJK yang yang banayk mulut. Asyik nak salahkan pentadbir, sekolah dan gurtu sahaja. Tak ada yang betul. Diberi penjelasan demi penjelasan - masih tak mahu terima.

Kekadang pengetua pun satu juga. Konon-konon dia berfikiran terbuka . Tapi apabila kena kritik, tak dapat hendak terima. Apabila muncul makhluk aneh sorang dua yang lantang dan kecoh , terkejut beruk dibuatnya.

Selalunya pulak, mereka yang buat bisng-bising ini tidak ada sebarang sumbanganpun. Banyak mulut je. Apabila kena hentam balik, terus tak datang dalam mesyuarat AJK seterusnya.

Apa-apapun aku nasihatkan, para ibu bapa datanglah jengok -jengok sekolah ini walaupun anak kita itu tak berapa pandai. Aku faham sangat mengapa ibu bapa tak hendak datang ini. Aku sendiri ada dua anak yang bersekolah.


Semalam , hari Khamis , orang rumah bercadang menjemput orang sepejabat dengannya makan-makan di rumah. Aku setuju je... sebab bukan aku yang masak....... dia.

Tapi hari ditukar kepada hari ini - Jumaat jam 12.00 tengah hari .. sebelum sembahyang Jumaat . Kira oklah... sempatlah sikit hendak pergi ke pasar dan memasak.

Jadi semalam kami 4 beranak ke gudang Alfio Raldo membelek-belek kasut kut-kut ada yang murah. Aku tersangkut sepasang. Dah lama hendak membeli sepasang sejak sebelum raya lagi tapi tak ada yang memuaskan hati. Kalau ada yang ok, harganya 200 + . Tapi yang ini setelah didiskaun dapatlah 97.00 . Ada jenama AR.

Entah macam mana orang rumah ajak ke Extra di Mines pulak . Jom lagi.

Anak aku yang sulung bertapa di rumah neneknya. Ada komputer mak ciknya yang dah habis belajar di UITM . Dapatlah dia melahu dengan game tembak-tembak.

Tempoh hari aku dah nak tersangkut dengan sepasang kasut di sana tapi tak ambil pulak. Aku agak cerewet pada harga dan stailnya. Saiznya kena tengok juga ..... anak buah aku kata kasut aku macam kapal ... saiz 10. Tapi sekarang saiz 9 boleh pakai.

Jenjalan di tingkat 3, terpandang iklan PHSM 2. Elehhh.... jenjalan kononnnnnn. Jom kita tonton. Mulanya kami sangsi juga sama ada anak kecik aku 3 1/2 tahun tu boleh diam ke . Ntah ntah dia buat perangai nanti dalam panggung. Mana tahu dia menjerit semacam dalam panggung tengok hantu terbang. Dia boleh mengamuk dengan Kak Ngahnya. Ataupun dia berlari-lari dalam satu panggung dan ajak balik di pertengahan jalan. Potong stim pulak nanti. Pelbagai persoalan menghantui benakku.

Namun kutabahkan hati dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jam 1.55 petang tu. Agak-agak dia buat hal , nak terberak ke nak terkencing ke ? kami balik jelah .

Tiket dewasa RM9.00 dan kekanak RM5.00 . Budak kecik aku tak ambil tiket kerana aku andaikan panggung selalunya tak penuh mane.

Akhirnya kami menonton sampai habis walaupun tak 100 % konsentrasi. Banyak kali anak kecik aku berselindung pada tudung emaknya.

Banyak kali aku ingatkan dia bahawa cerita tu tipu, bukan hantu betul. Pengarah suruh terbang. Pengarah filem suruh warnakan mata jadi merah dan sos tomato cair meleleh.

Nampaknya dia dia tak menjerit jerit. Dia diam duduk di kerusi dan setia makan popcorn.

Alhamdulillah penonton di kerusi depan tak buat show lain pulak. Segalanya dalam kawalan. Kalau ada yang buat show lain , itu yang hati tak sedap tu. Faham-faham ajelah , mereka buat show depan anak-anak.
7 Disember 2005 jam 9.00 hari pengambilan kad kemajuan pelajar.

Kelas 2T hanya 21 pelajar yang tinggal. Hanya 2 orang yang hadir. Seorang , ibunya datang bersama kakaknya. Dia tak datang. Semasa peperiksaan seminggu sebelum cuti .. banyak hari dia tak datang, hanya 3 subjek dia ada markah , itupun merah . Memanglah 2T. Aku tak target ibu bapanya datang , tapi nampaknya datang ambil kad kemajuan.

Aku beritahu anaknya bajyak hari tak datang semasa peperiksaan. Ibunya maklum dan serba salah nak cakap."Puas cakap cikgu .....' Aku sangkakan anaknya tak datang kerana sakit kerana mukanya agak pucat sikit. Lelaki Melayu.

Setelah lama menanti tidak kunjung tiba ibu bapa mahupun pelajar aku tu, datang sorang lagi lelaki Melayu. Sembang lebih kurang, aku berilah kad kemajuan dan kad ULBS.

Aku tanya dia datang dengan apa. Dia cakap dengan basikal. Aku sangkakan dia duduk jauh... rupanya dekat je. Ibu bapanya tidak datang.

Sepatutnya ibu bapa kena datang baru boleh beri kad kemajuan. Tapi oleh kerana hanya dua murid ini je yang datang .... aku dengan rela hati memberi mereka kad kemajuan.

Murid-murid yang aku jangka akan datang tapi tak datang,, ini termasuklah AlliRani - sumber maklumat filem Tamil bagiku.
Tadi malam aku tertengok filem Tamil di Astro bertajuk Thalapathy . Selalu juga aku menunggu-nunggu filem Tamil dari Channel 6 jika tiada filem dari channel 10 / 17 yang lebih baik. Selalunya filem-filem Tamil cukup aku berkenan setelah terbaca Kho Kay Kim turut mempunyai minat yang sama. ( Isterinya India...)

Filem Thalapathy dilakonkan oleh Rajnikanth , Mammootty , Arvind , Shobana , Srividya , Jaishanker , Banupriya , Geetha , Amrish Puri dan diarahkan oleh Mani Rathnam .

Cerita berkisar tentang Surya ( Rajkanth) yang kehilangan ibu bapa sejak kecil . Ibunya yang berumur 14 tahun ketika itu membuang anaknya di sebuah kereta api dengan harapan dipelihara oleh orang lain. Surya dipelihara oleh orang miskin di sebuah kawasan setinggan.

Di kawasan inilah Surya membesar dan ironisnya kawasan ini di bawah kawalan Devaraj yang akhirnya menjadi sahabat setia Surya.

Surya cintakan seorang gadis keturunan Brahmin tapi terhalang kerana kasta . Devaraj menjodohkan Surya dengan janda anak satu bernama Padma. Suami Padma seorang penjenayah dan telah dibunuh oleh Surya. Rasa bersalah berlaku pada diri Surya dan Padma.

Arjun selaku pegawai daerah yang baru ingin membetulkan keadaan agar kerajaan dan polis lebih berkuasa, bukannya Devaraj.

Devaraj ini tidaklah jahat, dia dan orang-orangnya membela rakyat marhaen. Lantaran itu rusuhan rakyat terjadi. Devaraj ditangkap oleh polis atas hasutan. Di lokap, Devaraj diseksa begitu teruk sekali dan ketua polis digambarkan begitu korup sekali. Biasalah dalam filem Tamil dan filem Hindustan - polis selalu aje rasuah.

Akhirnya Surya dipertemukan semula dengan ibunya yang juga ibu Arjun.

Filem arahan Mani Rathnam ini berjaya menambat hati aku selaku peminat filem. Semasa aku belajar dulu - karya sastera adalah gambaran masyarakatnya. Barangkali filem ini mewakili masyarakat India.

Di peringkat awal, aku tertanya-tanya juga mengapa Rajnikanth begitu popular. Bukanlah hansem sebagaimana Shah Rukh Khan atau Salman Khan. Tapi lebih 150 telah dilakonkannya dan mendapat sambutan . Ini termasuklah filem terbaru Chandramukhi.

Muridku AlliRani 2T kata filem Chandramukhi ini tentang hantu dan ada ular yang membalas dendam.

Barangkali macam filem Pontianak Harum Sundal Malam 2. Yang pertama aku dah tengok di Astro. Filem kedua ini aku merancang menonton di pawagam. Jika ada lagi di pawagam. Selalunya filem Melayu 4-5 hari sahaja.

Aku terkenangkan gadis China yang dibogel dan kena ketuk ketampi. Dari sudut filem Tamil ini, apalah sangat dibogel untuk pemeriksaan dan disuruh tunduk bangkit .

Di sekolah pun aku ada sesekali , aku denda bebudak tu ketuk ketambi. Jangan pulak nanti keluar gambar video 2 minit aku sedang mendenda mereka ketuk ketampi. La ni ramai murid yang membawa hanphone ke sekolah. Ibu bapa atau kakak beli telefon baru. Telefon lama nak jual tak laku. Berilah pada adik-adik atau anak.


Aku pernah cadangkan dalam weblog ini , pengundi hantu dibayar oleh parti-parti yang menyatakan adanya pengundi hantu.

Akhirnya PAS dalam pilihan raya Pengkalan Pasir melalui Kamarudin Jaafar setuju bayar RM15,000.00, satu jumlah yang aku kira memadai untuk menguit kesetiaan pengundi hantu.

Kita tengoklah apa akan jadi. Jika benar tidak ada pengundi hantu yang tidak kelabu mata dengan 15,000.00 ini , aku kira PAS akan malu besar. Sungguh-sungguh malu besar kerana sejak Lunas dan pilihan raya 2004 , isu ini diwar-warkan bagi menutup kelemahan dan kekalahan mereka.

Kali ini mungkin PAS akan kata UMNO/BN ubah strategi, tak pakai lagi pengundi hantu untuk memang.

Setakat 10.00 malam 6 Disember 2005, BN dikatakan menang tipis 129 undi , akan undi akan dikira semula 10.00 pagi esok ( 7 Disember 2005).

Cakap tentang wujudnya pengundi hantu memang senang, tapi harus dibuktikan. Seperti aku kata dulu, takkan tak ada dapat tangkap seekorpun pengundi hantu. Setia sangatkah mereka kepada parti mereka. Apakah mereka wanita KEMAS seperti yang didakwa. Tuduh jangan sebarang tuduh. Berdosa . Orang yang buat tu lagilah berdosa.

Adakah sesiapa terjumpa weblog pengundi hantu ini di mana-mana yang buat pengakuan....

Najib kata memang wujud dalam sesebuah kampung itu , penduduk kampung tak kenali. Bukan semua yang dikenali. Nampaknya Najib akui akan hakikat pengundi di sesebuah kampung yang tidak dikenali.

Di kampung aku sendiri nun di tebing sungai , kampung tu bukan besar sangat, sekitar 50 orang penduduk sahaja, termasuk yang tidak boleh mengundi lagi. Dalam senarai ada yang telah meninggal dunia, dah lama dah. Mengikut kata adik aku yang jadi ketua pemuda UMNO kampung, ada nama di kampung itu tidak tinggal di situ dan tak pernah dengar pun. Sekitar 20 orang lebih. ... Itu tahun 2004.

Saluran di kampung ini tidak ada Cina, tapi entah macam mana muncul sorang sesat . Siasat punya siasat, Cina ini memang ada tapi di alamat lain, tapi mengundi di kampung aku. Kalau orang PAS, tentulah kata ini 'pengundi hantu' .

Semua itu aku tidak lihat sendiri senarai namanya. Aku cuma dengar cerita daripada adik aku sebelum pilihan raya 2004. Aku nak korek lagi rahsia, tapi tak berkesempatan.

Ada banyak lagi cerita-cerita sedemikian daripada cikgu-cikgu lain . Bila aku tanya balik , dia pun dengar cerita daripada kawan juga. Jadi cerita atas cerita sahaja dan aku buat kesimpulan , semua itu tak betul belaka. Zaman sekarang mestilah ada proof.

Carilah, tangkaplah sekor untuk dijadikan saksi mata . Bayarlah dia habis-habisan . Ini tidak, cakap aje berdengung-dengung.

Di tempat aku ini , di dewan pengumuman , konon cerita pembangkang hampir hendak menang. Tup tup datang lagi peti undi entah dari mana, saluran pengundi yang baru wujud kut.

Aku pernah jadi kerani tempat mengundi. Ketuanya cikgu sekolah lah. Setiap parti ada wakil pemerhati semasa mengira kertas undi. Aku kira , payah hendak belot sebab ada wakil parti lain yang memantau.

Di sini aku tak kenal sangat pengundinya tambahan pula mereka itu Cina - kampung baru.

Sekarang baru aku tahu , pengerusi SPR mengakui dia telah menyerahkan senarai nama pengundi Pengkalan Pasir kepada PAS setelah PAS mendesak-desak. Agaknya selama ini PAS tak dapat senarai pengundi sebelum pilihan raya. Sedangkan parti lain dapat. Agaknyelah.

Peliknya , makcik aku yang jadi agen UMNO tahu pulak aku mengundi di mana . Semua nama pengundi ada padanya. Mereka siap cetak nama kita di atas kertas ke komputer di balai penghulu , dengan lambang BN . PAS tak buat pun macam itu. Mungkin tak mampu, tak ada komputer, tak cukup tenaga kerja dan wang . Atau tak dapat senarai nama pengundi. Tak tahu di mana silapnya.

Di US, sesebuah parti itu mendapatkan sumber kewangan daripada pelbagai pihak. Jadi pelobi Yahudi yang kaya raya memainkan peranan melabur bilion ringgit bagi menyokong parti dan calon yang memihak kepada mereka. Bilangan Yahudi di US bukan ramai sangat, tapi bilangan calon Yahudi atau pro Yahudi hampir 100 %.

Hakikatnya demokrasi dan pilihan raya adalah milik orang kaya , bukan golongan marhaen seperti cikgu-cikgi. Aku tidak pasti berapa bilangan calon guru di US.

Setahu aku ada 27 orang cikgu bertanding dalam pilihan raya 2004 di Malaysia . Antara yang menang ialah sahabat aku cikgu RM dan cikgu AW. Lain-lain tu aku cuba kesan tapi tak kesampaian.






subuh gini terkenang memasa lalu dan akitannya dengan masa depan . hidup mesti diteruskan . jika tidak kita yang menceriakannya, siapa lagi.


Akan kukutip cebisan-cebisan ceria yang ada.Tak ada... ? Ada tak ? . Mesti ada , tak kan tak ada.


Tak ada pun tak apalah. Tak ada pun sesuatu yang menarik juga. Menariknya kerana ... tidak ada.


 


Diam tak diam dah 20849 kali pengunjung berkunjung ke weblog ini walaupun aku berserabut sekali selama 4-5 bulan. Sebenarnya aku mencari tapak yang lebih bernas dan konon lebih berfaedah tapi  tak membawa sebarang erti juga. Akhirnya aku kembali juga ke sini.


Sebenarnya aku kehilangan diriku sendiri . Hilang punca hilang tuju dan hilang rasanya, tapi bukanlah benar-benar hilang. Biarlah...


Cuti selama dua bulan ini buat aku cemuih aje.Cepat-cepat aku setuju dilantik sebagai ketua pengawas peperiksaan SPM. Sebenarnya PMR aku dah jaga dah, berilah pula pada orang lain ...kan kan.


Tapi memandangkan  dua bulan cukup lenguh dan perit, aku setuju aje . Pengalaman dedulu  cukup mengajar aku tentang cuti yang cukup meletihkan. Nak jenjalan tak ada duit. Memerap ajelah di rumah .


Hanya astro dan internet mengubat hati. Master dah ambik. Phd malas lah, tak larat. Buat ape ????? . Kerja part time .. ape ye yang sesuai. Kalau boleh aku malas nak jengok sekolah tu.


Lecehnya sekarang cikgu-cikgi ada periksa time-time cuti  begini iaitu pada 28 Disember 2005 ini. Dua kali dah mabil periksa, cuma dapat 3 dan 4 sahaja. Tak lulus bahagian teras.


Memang aku bacalah. Macam mana nak baca... aku terpaksa jaga peperiksaan SPM , hampir setiap tahun. Tan , Sothi , Wong, Ziah yang tak jaga periksa lulus habish , dapat 4 , 4. Sedangkan aku dapat 3 dan 4. Rupa-rupanya  mereka menolak menjaga periksa SPM, untuk study... Dengki ke aku ?. alih-alih mereka lompat gaji sampai 300 - 400 . Halabau betul. Aku silap strategi rupanya. Baru aku sedari.


Bonus dapat sebulan gaji , bulan Oktober dan November dah dapat . Alamatlah  bulan Disember ini aku terpaksa mencekik. Bila ada duit sikit, mulalah kereta nak meragam sana sini. Aku tanya mekanik tu, mengapa boleh pecah getah dan batang sharf. \'Kereta dah lama, mestilah rosak...\'. Sakitnya hati aku.


Padahal kereta itu bulan Disember ini baru nak habis bayar, tujuh tahun lagi. Orang rumah dah berkira-kira  suruh tukar... sebab kengkawannya dah tukar kereta, Waja, Accent, Avanza, Nabira. Itu belum lagi kawan-kawan aku yang tukar kereta. Aku buat-buat tak nampak je kereta baru mereka.


Macam mana mereka boleh tukar, aku pulak tak boleh ??? . Kerjanya lebih kurang aje dengan aku nih. Fikir balik..... isteri mereka graduate. Potong stim.


Oklah ... bye.


 


 


"Bila nak pergi ke Afghanistan ?" seorang rakan guru , Sothi bertanya kepada aku. Aku terfikir sejenak  mengapa soalan itu diajukan kepada aku.  Aku gelak-gelak sambil memberitahu aku lebih teringin untuk ke Taj Mahal, Great Wall atau ke Piramid.


Sebenarnya dia memberi solan sinis kepada aku berikutan  kejadian letupan bom di London 7/7/05  lalu. Tanweer, Hasib, Sidique  yang ibu bapa mereka berketurunan Faisalabad , Pakistan, pernah ke Pakistan dan mungkin menuju ke Afghanistan.


Seperti kita sedia maklum, ramai pemuda Arab Saudi, Mesir , negara utara Afrika pergi berjuang menentang pencerobohan Rusia di Afghanistan atas tajaan CIA, Amerika.  Begitu juga ramai warga Britain yang  berlatih di Pakistan dan kemudian berjuang di Bosnia . Kini mereka kembali sebagai wira dan mempunyai semangat anti Amerika yang kental.


Seorang penganalisis Barat berkata, pejuang-pejuang yang dilahirkan oleh Amerika ini  sedang berkeliaran di jalan raya  Eropah  dan bila-bila masa akan bertindak di Eropah, Amerika atau negara  Islam yang menjadi sekutu Amerika. Afganistan dan kini Iraq melahirkan 'pejuang berani mati / bom kereta' di Eropah. Siap sedialah.


Rakyat Britain fobia dengan fenomena kematian 52 orang rakyatnya. Baru 52 orang. Tuduhan ke atas teroris Islam mudah dilakukan sehingga rakyat Brazil ditembak ? . Peliknya  M15 dan CIA dengan mudah menuduh Osama bin Laden bertanggungjawab . Sukar sangatkah mencari Osama di bumi Pakistan / Afghanistan tu. Mereka kata ada teknologi satelit  canggih seperti dapat mengesan sebarang pergerakan manusia di bumi.


Sepanyol terpaksa mengundurkan tenteranya dari Iraq setelah letupan di Madrid. Mesir yang bersubahat dengan Amerika  turut menerima tempias apabila dutanya di Iraq dibunuh dan  letupan di Syam el Syeikh mengorbankan 88 orang 22 Julai 2005.


Laporan media Melayu dengan Inggeris di Malaysia agak berbeza  dan aku tidak hairan Sothi berbeza pandangan dengan aku.


 


 


Saya seorang guru siswazah terlatih ingin mengemukakan pandangan mengenai suasana persekitaran kerja guru yang tidak kondusif di sekolah. Saya membangkitkan perkara ini kerana mendapati soal prestasi kerja dan persekitaran tempat kerja adalah dua perkara saling berkaitan dan mempengaruhi di antara satu sama lain.
 
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahui guru adalah golongan kakitangan awam yang terpaksa bekerja dalam persekitaran tidak selesa dan tidak sesuai dengan status kami sebagai pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional.


Saya ingin berkongsi mengenai persekitaran kerja di bilik guru di sekolah saya:


Seramai 100 guru ditempatkan di tiga bilik darjah yang diubah suai menjadi bilik guru. Ini bermakna purata 33.3 guru dalam sebuah bilik darjah. Kita sering bercakap mengenai kepadatan pelajar dalam bilik darjah. Mengapa tidak timbul isu kepadatan guru dalam bilik guru?


Sebuah meja guru terpaksa dikongsi dua guru kerana kekurangan ruang dalam bilik guru. Sekolah mampu membeli lebih banyak meja guru, tetapi tidak ada ruang untuk menempatkannya.


Guru terpaksa menggunakan kerusi plastik atau kerusi kayu berlipat bagi menjimatkan ruang dalam bilik guru.


Tidak ada rak atau almari bagi guru menyimpan bahan pengajaran atau buku.


Walaupun begitu, saya bersyukur kerana bilik guru sekolah saya dilengkapi alat penghawa dingin yang dapat membantu kami bernafas dalam bilik yang penuh sesak dan padat.


Saya tidak lupa kepada rakan seperjuangan yang mengalami nasib lebih buruk. Sebenarnya ada bilik guru yang lebih teruk keadaannya, termasuk tidak mempunyai kipas mencukupi, keadaan meja dan kerusi usang dan lain-lain lagi.


Source : www.bharian.com.my


Jadual waktu baru  mulai 1 Julai 2005.  Ada perubahan jadual yang aku  mengajar. Aku kehilangan kelas bahasa Melayu 2J . Kelas ini baik perangai  pelajarnya walaupun tak berapa pandai sangat berbanding  dengan 2F. Tapi aku diberi dua kelas PJPK  . Ini bermakna aku mengajar 8 waktu PJ sekarang, Baguih gak kerana ada peluang aku beriadah bersama-sama dengan pelajar. Sekurang-kurangnya aku boleh  turun  gelanggang    dan  berlari-lari anak di   gelanggang atau padang.


Sebelum ini kelas ini diambil  oleh seorang guru perempuan. Tentulah tidak kena  seorang guru perempuan mengajar pelajar lelaki.  Mana makan ajar.  Satu lagi kelas, sebelum ini diajar oleh Cikgu Lan. Tetapi sebulan yang lalu , dua injapnya tersumbat. Terpaksa masuk sepital , operate dari  urat peha terus ke jantung dan taruk besi. Ngeri aku  dengar, kawan yang begitu rapat dengan aku,  betul-betul mengadap aku di bilik guru.


Gelanggang ini agak besar  juga . Sebelum ini pelajar-pelajar  main bola sepak  di padang. Tapi ramai pelajar Cina  tak berapa berkenan main  bola sepak . Mereka kejar bola ala kadar sahaja dan minta main bola keranjang berulang kali.  Kesian jugak aku tengok.


Aku  agihkan  gelanggang   itu kepada tiga bahagian. Sebelah   untuk pelajar  Cina bermain bola keranjang. Sebelah lagi  untuk pelajar Melayu bermain  bola keranjang. Sementara satu pertiga yang lain  untuk  mereka yang berminat main futsal.  Nampaknya macam ada agihan perkauman sahaja. Aku  tahu pelajar Melayu ini  tidak berapa cekap bemlain    bola keranjang, .Ada baiknya aku mencuba mereka dengan  bola keranjang. Di pekan dekat dengan Econsave, ada gelanggang futsal, apa salahnya aku perkenalkan   futsal di sekolah ini.


Setelah beberapa minggu, hari ini  mereka mahu berlawan antara Melayu dan Cina. Aku  tanya pelajar Melayu, setuju atau  tidak ?. Setuju. Ah.... biarlah . Tengok macam mana. Tapi aku pantau di tepi  gelanggang. Bergasaklah mereka  dan  ada kalanya nak bergaduh, al maklumlah,  ada yang tak ikut peraturan . Biar mereka berkenalan dengan undang-undang bola keranjang.


Akupun sebagai 'guru cekup' sebagai guru PJ ,  bukan tahu  sangat  tentang bola keranjang.Aku  hanya  tahu  bola  tampar sahaja. Aku ada  state level sebagai pengadil  bola tampar. Tapi itu, lama dulu, awal 1990-an. Aku tahu di Amerika , permainan ini cukup popular. Sepatutnya apa yang popular di Amerika, patut juga popular di kalangan Melayu. Mengapa tidak ?.


Pukul 6.15 pelajar kelas peralihan  sudah tamat dan mereka dibenarkan pulang. Faham-faham sahajalah, pelajar peralihan ini , hampir kesemuanya  Cina dan cukup  minat dengan bola keranjang  ni. Jadi singgahlah mereka melihat   kelas aku yang sedang berbola keranjang. Ada yang cuba-cuba hendak masuk.  Sedangkan perlawanan semakin sengit 11-5.  Jadi akupun marah-marah kepada pelajar pelalihan  tadi. Mereka bergerak sedikit  tapi    datang semula kacau  daun. Aku marah-marah sikit-sikit.


Apabila  loceng berbunyi, aku suruh pelajar simpan  bola di stor  dan aku punch keluar. Apabila aku ke kereta, ada garisan panjang di kereta sebelah  stereng. Celaka punya  budak.  Hampas. Babi. Mampus  engkau. Macam-macam aku sumpah seranah. Tapi  tidak ada yang dengar. Cuma agaknya jantung aku semakin sakit, harap-harap tidaklah sampai kena injour.


"Pihak sekolah patut ambil tindakan terhadap pelajar yang menaiki motosikal ke sekolah" .


"Setiap tahun ada sahaja pelajar perempuan  sekolah ini mengandung, pengetua sekolah patut ambil tindakan "


"Budak perempuan  sedap-sedap sahaja menumpang motosikal pelajar lelaki ke sekolah. Peluk-peluk erat pulak  tu "


Aku agak terpempan  dengan keluhan  ini yang melibatkan sekolah ini . Aku memang ada dengar seorang dua pelajar sekolah ini yang mengandung  di sekolah sejak 18 tahun aku mengajar di sekolah ini, tapi tidaklah pula setiap tahun.


Mungkin perkara ini tidak sampai ke telinga aku atau disembunyikan oleh pihak pentadbir atau guru disiplin sekolah. Aku tidaklah tahu sangat hujung pangkal ceritanya . Aku biasa  dengar dedulu , banyak sekolah yang  menutup kes disiplin  untuk menjaga nama reputasi sekolah.


Sekarang Hishamuddin sendiri meminta guru besar dan pengetua sekolah jangan menyembunyikan kes disiplin. Contohnya pelajar yang ditendang-tendang di sebuah sekolah agama di Pahang baru-baru ini. Sebenarnya pihak sekolah dilarang sama seklai membuka mulut kepada pihak media massa. guru-guru biasa apa tah lagi. untuk bercakap dengan  akhbar, perlua ada kebenaran khas daripada jabatan, aku dimaklumkan hal ini lama dahulu.


Janganlah ghairah ditemubual oleh  surat khabar, kelak nanti akan dipanggil  kerana membuat statement yang bukan-bukan,  tidak berlandaskan fakta,  cerita rekaan dan sebagainya. Mudahnya mereka  akan menyalahkan kita nanti, mencari salah kita nanti.


Aku siasat balik cerita  pelajar perempuan mengandung  ini. Umurnya  baru 15 tahun , tentunya   baru tingkatan tiga. Bapanya telah meninggal dua. Adik beradik dua orang, dia anak yang kedua.  Duduk dengan   emak dan  datuknya.


Soalnya mengapa  tidak dilaporkan kepada pihak polis ?. Kalau dilaporkan kepada pihak polis,  ;lelaki yang  bertanggungjawab, berumur  21 tahun dari  kampung berdekatan akan dituduh merogol. Hukuman penjara 20 tahun tak kurang. Itulah   hukuman yang sepatunya, tetapi mengapa  tidak dilaporkan  sahaja kepada pihak polis.


Alasannya  nama keluarga akan dapat malu, Pelajar yang berumur 15 tahun ini   sudah mengandung 2 bulan. aku akan siasat nanti nama sebenar pelajar  perempuan tersebut.  Agaknya  pelajar itu aku pernah ajar. Inilah masalahnya apabila mengajar lama di sesebuah sekolah . Ada hubungan sentimental dan rasa kenal sangat sangat ibu bapa yang berkenaan.


Siapa yang akan bertanggungjawab  terhadap   pelajar   yang mengandung dan siapa yang akan  bertanggungjawab terhadap  anak yang bakal dilahirkan , jika di bawa ke mahkamah. Selepas dibicarakan dan dihukum, mahukah lelaku tersebut bertanggungjawab.


Apabila disiasat,  lelaki  21 tahun itu sanggup berkahwin  dengan pelajar  itu. Dia sanggup bertanggunjawab. Nasib baik dia mahu bertanggungjawab dan mahu dikahwinkan. Jika dia tak mahu bertanggungjawab dan minta dibuktikan, minta  siasat DNA dan sebagainya, bagaimana pula.


Untunglah lelaki tersebut  dapat kahwin free, tak perlu keluar belanja.  apakah itu akan jadi tradisi pula . Pergi tackle mana-mana  gadis sunti, buntingkan  dan dapat kahwin  free di zaman  belanja kahwin melambung tinggi.


Aku teringat kepada kes di Pakistan ,  seorang  gadis 'Mohktar Mai' dirogol oleh mahkamah  orang kampung sendiri  kerana kesalahan adiknya , atas kesalahan bercinta kerana berlainan kasta.


Kekadang terlajak juga ke sana...
Seminggu cuti telah berlalu, aku masih juga menghadap komputer ni. Mulanya seronok gak surf ke sana sini serata dunia internet. Tapi... lama-lama letih gak.

Nak buat macam mana yerk.

Aku dah lama terkenan dan berkenan dengan Asymetrix Toolbook . Program ini macam Authorware, Powerpoint, Director , Hypertext untuk membina perisian latihan dan pelajaran.


Aku cuba beralih kepada Authorware  tapi banyak pulak ciak-miaknya.


Semasa aku biasa dengan Clipper yang menggunakan DOS envirolment, tetiba komputer diserang oleh Windows envirolment.  Entah  macam aku jadi ketingalan pulak.  Sebenarnya di pasar-pasar raya, masih lagi  menggunakan database yang berunsurkan  Clipper. Ada seorang pensyarah  tu kata, kekalkan sahaja kemahiran dalam Clipper . Tapi aku  telah buat keputusan untuk buangkan saja source code Clipper  tu dari dalam kepal aku.


Begitu nasib kita apabila  teknologi komputer cepat berubah. Bagai rak kita mengingat dan menghafal source code, tetiba berhenti begitu sahaja.


Aku rasa Abangmok  amat maklum tenrasa perkara ini kerana  dia  gunakan Visual Basic dulu.  Sekarang Abangmok beralih kepada Dreamviewer  dan Flash dana entah apa-apa lagi.


Akun terfikir , bilakah agaknya Microsoft ini hendak  'lumpuh' sebagaimana nasib IBM  , Netscape , Oracle dan lain-lain.


 


Macam mana aku boleh terdelete aku punya entry nih...

Bismillah hirrahman nirrahim , Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


 


Yang dihormati tuan Guru Besar, guru-guru dan semua murid yang disayangi.


 


Sempena  menyambut hari guru  pada hari ini,  saya telah diberi peluang untuk berucap sedikit di hadapan semua  murid dan guru. Kita semua sedia maklum , semua sekolah mengadakan sambutan hari guru. Begitu juga dengan sekolah kita.


 


"Sesungguhnya tanggal 16 Mei  amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada agama, bangsa dan juga negara


 


Pada kesempatan ini,  saya ingin mengingatkan  diri saya  dan semua guru , supaya   terus memberikan kerjasama , didikan dan  tunjuk ajar kepada murid-murid kita  dan kepada sekolah.Anggaplah  murid-murid ini sebagai anak-anak kita sendiri.


 


Sebelum mengakhiri ucapan pada harimini, dengarlah sajak dari  saya  untuk semua  guru  dan murid-murid  tersayang.


 


GURU OH GURU


Dialah pemberi paling setia


Tiap akar ilmu miliknya


Pelita dan lampu segala


Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.


 


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat


Alur kesetiaan mengalirkan nasihat


Pemimpin yang ditauliahkan segala umat


Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


 


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta


Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara


Jika hari ini seorang ulama yang mulia


Jika hari ini seorang peguam menang bicara


Jika hari ini seorang penulis terkemuka


Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


 


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya


Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota


Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu


Dia adalah guru mewakili seribu buku;


Semakin terpencil duduknya di ceruk desa


Semakin bererti tugasnya kepada negara.


 


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku


Budi yang diapungkan di dulang ilmu


Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat


Menjadi kenangan ke akhir hayat.


 

Sekianlah sahaja, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.
Petrol dan diesel naik harga 10 sen secara mengejut tanpa war-war sebelumnya. Kenaikan ini di tengah-tengah heboh diesel tak cukup di pasaran. Semasa aku balik ke kampung, stesen minyak diesel di sana meletakkan iklan hanya boleh beli 20.00 diesel sahaja.

Nasib baik kereta aku tak gunakan diesel. Hari itu aku hendak balik semula ke Kuala Lumpur, beli RM50.00 petrol , full tank. Kalau setakat RM20.00, baru sampai dekat Hentian Rehat dan Rawat Tapah sahaja.

Banyak negara, jika harga minyak naik, rakyatnya akan demonstrasi . Contoh terdekat ialah penduduk di Indonesia. Setakat ini rakyat Malaysia tidak sampai ke tahap itu . Maknanya masih boleh terima dan serap kenaikan harga minyak tersebut.

Aku sebagai guru, cakapnya ada yang dengar. Oleh itu tak boleh menghasut . Orang dengar , percaya dan mungkin lakukan.

Pengalaman aku semasa peristiwa Jalan Kebun dahulu, aku cakaplah kat budak-budak kampung tentang mencari pengalaman. Pergilah sekali untuk mencari pengalaman. Pengalaman ini hanya diperolehi sekali sahaja seumur hidup.

Bukan selalu dapat tempuh peristiwa-peristiwa begini. Semua ini perlu dialami, sekalipun cukuplah . Kelak nanti ia akan menjadi peristiwa manis untuk diceritakan semasa hari tua. Waktu muda belia carilah pengalaman. Tak semua yang baik-baik belaka.

Janganlah cari pengalaman yang membinasakan. Contohnya mencuri ....

Malaysia ini selalunya aman sahaja. Cuba sekali lihat bagaimana suasana menyertai demonstrasi-demonstrasi itu, aku mengacum.

Aku sendiri tak boleh mencari pengalaman di sana walaupun aku teringin sangat melihat-lihat dari jauh. Begitulah takutnya aku sebagai seorang guru . Banyak gambar tersiar dalam surat khabar mencari orang itu dan ini yang berkaitan dengan demonstrasi di Dataran Merdeka.

Aku rasa , dua -tiga tahun tersebut ( 1997 - 1999 ) , Malaysia cukup 'hidup'. Surat khabar cukup laku. Bahan-bahan melalui internet cukup banyak.

Rupa-rupanya mereka mereka 'dengar' cakap aku. Lantas ada 'terlokap' di Balai Polis Shah Alam. Mereka mencangkung ramai-ramai dalam lokap untuk mencari pengalaman.

Ada yang berbaling-baling bom asap dengan FRU. Seorang sepupu aku , gambarnya diulangtayang dalam televisyen beberapa kali kerana demonstrasi puak dia.

Hebat juga aku !.

Sejak itu aku tak berani hendak cakap sebarang . Aku sedap-sedap duduk di rumah sedangkan mereka ada yang disoal siasat di lokap.

Tapi .... pengalaman itu mengajar kita semua.


Aku berpegang teguh kepada Hemingway, dia sanggup masuk ke dalam rumah yang terbakar hangus untuk mencari pengalaman dan seterusnya menulis cerpen.

Kau sanggup macam Hemingway tu.
Kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mahu melaksanakan pembangunan Islam Hadhari di Malaysia.

Tapi menteri kabinet tidak selaras dengan Islam Hadhari. Lim Keng Yaik selaku menteri kanan pula mencadangkan Pendidikan Islam dikeluarkan dari arus pendidikan negara. Baginya subjek Pendidikan Islam ini, tidak selaras dengan matlamat untuk mencapai kemajuan dan perpaduan nasional.

Keluarkan dahulu subjek Pendidikan Islam dari sekolah kebangsaan, barulah kami orang-orang Cina mahu menghantar anak-anak kami ke sekolah kebangsaan. Pendidikan Islam menjadi duri dalam daging kepada perpaduan dan pendidikan negara.

Inilah dia Islam yang tidak difahami. Bukan sahaja Islam tidak difahami oleh Bush di Amerika tapi juga oleh kesemua orang bukan Islam di Malaysia.

Dalam hal ini , Islam menjadi penghalang kepada kemasukan murid Cina dan murid India ke sekolah-sekolah kebangsaan. Masing-masing sayangkan budaya dan agama masing-masing. Salahkah orang sayangkan budaya , bahasa dan agama mereka. Salahkah orang India sayangkan budaya , bahasa dan agama mereka ?. Tentulah kita berkata tidak .

Dalam persoalan yang sama, salahkah orang Melayu sayangkan budaya, bahasa dan agama Islamnya ?. Tentulah juga tidak . Malahan kerajaan yang ditunjangi orang Melayu mahu semua itu dipertahankan dan diperkembangkan.

Inilah liku-liku sembilu dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Jika saranan ini diterima dan subjek Pendidikan Islam diajarkan di sebelah sesi petang, bagaimana ?. Cukupkah bangunan dan guru untuk mengendalikan sesi petang yang khusus untuk orang Melayu belajar Pendidikan Islam.

Setakat ini Pendidikan Islam dan subjek yang berkaitan dengan Islam cukup diminati. Aku dahulu juga hampir masuk ke Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah, Ipoh. Sekarang sekolah menengah agama berkembang dan menjadi tempat pelajar terpilih dan bijak-bijak. Seterusnya mereka boleh menyambung pengajian di UIA, KUIM, KUIS , di Jordan, Mesir dan Madinah . Malahan ada yang tersasar ( ? ) hingga ke Afghanistan, Pakistan dan Afrika Selatan.

Malangnya, sekembalinya dari universiti atau kolej ini, mereka tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dan setaraf dengan kelayakan. Jurusan agama dikatakan tak sesuai untuk bekerja di kilang-kilang. Mereka tidak diasuh untuk bekerja sendiri atau berniaga. Harapan penuh mereka ialah bekerja dengan kerajaan sebagai ustaz, pegawai agama, imam , bilal dan sebagainya.

Sesungguhnya cadangan ini bagaikan backlash kepada Islam Hadhari. Idea Abdullah Ahmad Badawi bagaikan ditempelak dan diperlekehkan. Tapi cadangan itu bukan cadangan Lim Keng Yaik seorang . Tapi ia adalah pandangan parti Gerakan, malahan mungkin pandangan keseluruhan masyarakat bukan Islam di Malaysia.

Islam telah disalahertikan. Islam tidak difahami. Orang Islam tidak mengerti. Bukan Islam apatah lagi.

Bukan Islam tidak mahu acara bacaan doa dalam setiap kali perhimpunan. Azan berkumandang hanya membingitkan telinga. Semasa Pendidikan Islam , pelajar Islam mengikuti subjek Pendidikan Islam. Untuk mengisi waktu senggang tersebut, diwujudkan Pendidikan Moral . Pada peringkat PMR , Pendidikan Moral tidak dimasukkan dalam peperiksaan. Pendidikan Moral hanya dimasukkan dalam peperiksaan SPM.

Ramai pulak pelajar Cina dan India yang cemerlang dalam Pendidikan Moral. Sementara pelajar Melayu kantoi dalam Pendidikan Islam. Lantas mereka menyalahkan soalan Pendidikan Moral terlalu mudah dan pelajar Melayu turut mahu mengambil subjek Pendidikan Moral.

Kajian mendapati Pendidikan Moral amat relevan untuk pembangunan insan dan boleh membentuk warganegara Malaysia yang baik. Lantas, Pendidikan Moral 'dirungkai semula' dan jadilah Pendidikan Siviks yang diajar mulai Tingkatan 1 tahun 2005.

Dr Mahathir menyalahkan Menteri Pelajaran lalu ( Tun Abdul Rahman Yaakob ? ) yang menukarkan sekolah aliran Inggeris kepada sekolah kebangsaan . Jadi semua pelajar Cina dari sekolah Inggeris ini 'lari' ke sekolah Cina mereka.

Matlamat pendidikan untuk perpaduan tidak tercapai. Mutu pelajaran juga dikatakan tidak mencapai 'aras global' . Itulah sebabnya Sains dan Matematik kembali diajar di dalam bahasa Inggeris.

Projek Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan tersadai dan terbarai. Orang Melayu berkorban lagi demi pembangunan negara. Sekarang orang Melayu dituntut mengorbankan Pendidikan Islam .

Pendidikan Islam harus dikeluarkan dari arus pendidikan negara . Pendidikan Islam tidak sepenting mana. Bukan Islam tidak belajar Pendidikan Islampun, tapi masih menjadi warganegara Malaysia yang baik. Malahan mereka cemerlang dalam banyak perkara.

Sebaliknya pelajar Melayu yang 'berdegar-degar' belajar Pendidikan Islam , ramai yang menjadi penagih dadah dan merogol anak sendiri.

Mana ahli fikir kita. Mana cendikiawan , budayawan, agamawan dan bahasawan kita ?. Sistem pendidikan tidak harus jadi caca-merba dan projek adhoc sahaja.

Tatkala 3M menekankan tidak ada streaming , tapi sekolah Cina masih mengamalkan streaming . Akhirnya sekolah kebangsaan turut mengambilkan streaming.

Tatkala sekolah kebangsaan melaksanakan Sains dan Matematik diajar di dalam bahasa Inggeris, sebaliknya di sekolah Cina, Sains dan Matematim diajar dalam bahasa ibonda juga.

Kita tidak boleh mengharapkan setelah Pendidikan Islam 'dipetangkan' , pelajar Cina dan India akan berduyun-duyun ke sekolah kebangsaan. Tidak mungkin, itu satu utopia belaka.


Hari Sabtu lepas ( 30 April 2005 ) aku dan keluargaku akhirnya balik juga ke kampung.

Aku memang teragak-agak hendak beritahu dia tentang hajatku itu. Pada mulanya semua dirancangkan bagaikan ok sahaja .

Tapi kemudian ......... isteriku jadi guru pengiring dalam Pertandingan Amal Islami . Anak lelakiku ada aktiviti koko . Aku sendiri ada koko. Anak perempuan aku ada Sukaneka di sekolahnya.

Alamak !!!!! macam mana nak balik awal ke kampung ini. Kan ke majlis perkahwinan Ita akan dilangsungkan pada hari Sabtu. Aku semakin gabra.

Aku ke sekolah kerana ada aktiviti ko kurikulum pada hari Sabtu itu. Ada PBSMM dan aku buat demo bagaimana memasang khemah, peraturan , tapak yang sesuai dan pengalaman masa lalu .Cerita tentang bekas pelajar sekolah ini yang meninggal dunia di dalam khemah di puncak Gunung Korbu, Perak 1998 . Lepas itu aku serahkan kepada guru pelatih Azrul - untuk menyambung celotehnya.

Beberapa orang pelajar telah mengambil bahagian mendirikan khemah dan melipat semula khemah iglu tersebut. Terkial-kial mereka memasangkan khemah. Aku tunjukkan sedikit cara-cara memasang khemah , barulah mereka memahaminya dan dapat melakukannya.

Cikgu Sahak yang tersenyum aku demo cara-cara memasang khemah. Dia tak sangka khemah sekolah itu masih elok lagi walaupun telah berusia 5 tahun. Setahu aku ada 20 buah khemah di sekolah ini. Tersimpan dalam bilik sukan.

Selepas aktiviti koko aku sms semula isteriku. " Ita kahwin hari esok Ahad. Lepas pertandingan , petang , kita baliklah. "

"Tak balik tak pe ke ? " jawapan balas yang aku terima itu telah aku duga. Jawapan sebegini yang aku tak berapa gemar. Aku sudah cukup lama memikirkan bagaimana hendak memujuk isteri aku balik ke kampung. Dalam seminggu dua sebelum balik ke kampung, jangan berkasar, jangan bermasam muka dengan dia. Jangan cari pasal dengan dia. Muka mesti senyum selalu. Walau apa-apa yang berlaku, buat tak tahu , tak nampak sahaja. Jangan tegur. Pendek kata, lebih baik aku tak bersuara daripada bercakap.

Aku faham sangat. Jika tidak .... ia akan berpanjangan dan akhirnya aku yang merana. Silap hari bulan aku yang balik ke kampung sorang-sorang.

"Malulah balik sorang . Macam tak ada anak bini je. Orang lain ada anak bini . Dia orang tanya nanti. Nak tipu apa lagi...... " Aku sms balik.

Sebenarnya telah beberapa kali aku menipu apabila isteriku tak balik. Aku kata ada hal sekolahlah, ada kenduri di sanalah, ada kerja lainlah dan entah apa-apa lagi. Kekadang rasa bersalah pulak menipu walaupun isteri aku tak suruh menipu macam tu. Aku sendiri yang pandai-pandai menipu macam tu.

Kekadang hendak sahaja aku berterus-terang "Dia tak nak balik ke kampung ini. Banyak nyamuk, pacat, hutan banat agaknya " . Tapi aku belum sampai hati cakap setulus itu.

"Jom lah balik . Ita kahwin esok , Ahad"

"Oklah, tapi petang sikit ." aku baca sms itu berulang-ulang kali.

Aku sedap hati kerana aku akhirnya berjaya memujuk isteriku dengan sms. Kalau berdepan aku memujuk, lagilah menghiris hati nurani ini. akan berlaku soal jawab, dakwa dakwi, macam kerajaan dengan pembangkang sahaja.

"Bagus juga ada handphon ni". bisik hatiku di dalam hati.

Aku tidak berapa pasti 'petang' tu pukul berapa ?. Aku akan tunggu dan sabar. Tunggu dia kemaskan semua kerja rumah . Aku tak mahu tanya.

"Balik sorang tak mahu .... "

Aku terdengar dia mendengus. "Apa ... ? " Aku tanya balik, seolah-olah aku tak dengar omelannya tadi.

Namun aku lega, akhirnya 5.30 petang kami bertolak juga ke hilir Sungai Perak.




Hari ini ( 27 April 2005 ) aku ditugaskan menjadi guru pengiring Perkhemahan Integrasi Sekolah Menengah DHL di Kem Suara Rimba . Sekolah aku dimestikan membawa 4 pelajar iaiatu 1 perempuan Cina, 1 perempuan India, 1 lelaki Cina dan 1 lelaki India. Tidak ada Melayu , mungkin kuota telah diberikan kepada sekolah berasrama penuh dan sekolah agama.

Aku pesan kepada mereka janganlah buat hal tak senonoh. Ada pelbagai kaum, jadi tujuannya tentunya untuk integrasi kaum, jangan pulak nanti bergaduh antara kaum pulak.

Bukan apa, pernah terjadi di Kem Bumi Jati, sorang budak tu, curi handfon budak sekolah lain. Malu dan kecohnya selepas itu. Padahal temanya ' Membentuk Sukarelawan al Falah , anjuran Jakim.

Ramai guru muka baru dalam camping kali ini. Hanya beberapa orang sahaja lagi yang aku kenal. Entah ke mana mereka yang sebaya-sebaya dengan aku . Hilang ghaib entah ke mana . Aku masih kenal dengan Arbaayah, Asri , Rusaidi , Razak dan eh.... itu sahajalah. Lain tu cam muka sahaja.

Setiap sekolah mesti bawa dua khemah. Aku ambik dari bilik sukan . Entah di mana silapnya , sebuah khemah senget didirikan kerana tak cukup 2 batang besi untuk bina khemah iglu.

Sementara pelajar perempuan Cina tu, berlari dan merayu-rayu kepada aku minta tolong pasang khemah. Ini mesti kes tak pernah masuk dalam mana-mana aktiviti persatuan.

Mulanya aku suruh mereka tengoklah peserta lain buat. Tak jadi jugak. Sekali lagi dia datang merengek dekat aku. " Tolonglah cikgu , tak pandai pasang " Kesian pulak mendengarnya. Memang ada pelajar lelaki lain yang pasang khemah perempuan. Aku cair dengan perempuan .....

Patutlah tak boleh pasang, dia ikat kaki hujung terlebih dahulu dan tak sambungkan besi-besinya. Aku tunjukkan sedikit dan arahkan itu dan ini. Setelah siap, mereka tersengih dan melompat ke dalam khemah . Panas.... jerit budak tu.

Makan memang orait sebab catter dari Kosas. "Anak dara yang masak" , seorang guru perempuan beriya-iya menjelaskan mengapa pilih Kosas dan mengapa sedap dan beraneka. Andartu kut ? Aku pernah ke sana jadi pengadil bola tampat daerah, tapi tak perasan pulak.

Cikgu Denan nampak sibuk hari ini. Agaknya dia ada syer dalam tapak perkhemahan ini. Selalunya perkhemahan dijalankan di PKN ST tapi tahun ini tidak di sana . Mungkin dah jemu , sejak 1998 lagi. Setiap kali ada camping, wajahnya akan muncul . Minat sangat dengan kehidupan hutan, sama seperti aku.

Semasa merasmikan camping yang pertama tahun 1998, memang meletihkan kerana tanah baru ditolak, air tak cukup dan air selut dari tanah 'Dr ITM' di sebelah atas, menyebabkan banjir lumpur.

Penduduk sekitar tapak PKN marah kerana paip air mereka pecah kena pijak. Nasib baik ada yang mahir dalam menyambung dan membetulkan semula paip paip dari air terjun sebelah atas.

Semasa Night walk yang dikendalikan oleh tentera, tertinggal 3 orang di dalam hutan. Seorang daripadanya terdemam-demam . Hinggakan balik ke sekolah di Sabak Bernam, masih meracau dan mengigau.

Jangan buat main, tanah keraslah, kacau tempat buat bunian mandilah . Agaknya orang Melayu ramai bersahabat dengan benda ghaib tu semua. Cercaan Munsyi Abdullah masih tak difahami. Berkembang-biak adalah.

Orang akan kata, jangan sombong. Nanti terkena batang hidung sendiri.

Aku cuma sakit hati dengan jentolak yang drivernya Cina, selamba sahaja menolak dan meratakan sebatang pokok gergasi yang kami panggil 'Rambung '. Ia adalah sejenis pokok jejawi, berakar dari atas. Dalam hikayat lama dipanggil 'berbulu roma songsang'. Orang Indonesia memanggilnya pohon beringin. Dalam filem ' I khnow what u did last raya ' ada unsur pohon beringin ini. Tempat kambing tu kena langgar.

Di Kuala Lumpur dan beberapa bandar lain, pokok jejawi bantut ini telah dijadikan pokok hiasan. Malahan pokok paku-pakis langsuir atau langsuyar telah menjadi hiasan cantik di hotel-hotel dan di rumah kediaman. Tak datang langsuir bertenggek di atasnya pulak ?.

Kebanyakan hantu-hantu ini perempuan belaka, dengan imej mata merah, rambut panjang dan kaki tak jejak tanah.

Hanya hantu orang putih yang ada lelaki seperti Dracula dan Frankenstein . Di Jepun ada ke hantu. Tapi di Malaysia , memang banyak hantu Jepun. Pantanglah ada pelajar yang histeria, pasti akan dikaitkan dengan tempat Jepun pancung kepara !. Jepun ada Godzila, kita ada Sang Gedembai atau Sang Kelembai.

Itulah sebabnya Jepun cuba mengubah sejarahnya. Nak tukar imej.

Di Malaysia , Chin Peng cuba diangkat sebagai hero kerana di zaman British dia telah dijemput ke London kerana mempertahankan nyawa untuk menewaskan Jepun. Habis .... askar Melayu yang terkorban pada zaman Dharurat hendak dicampak ke mana ?. Dengarlah hujah-hujahnya nanti di mahkamah Pulau Pinang.

Teringin sangat nak baca bukunya ' Chin Peng - Other Side Story ' ? . Tebal ... RM70.00 .



Hari ini merupakan hari yang aku nantikan . Aku tunggu pengunjung yang ke 10,000 sejak ia dilancarkan kira-kira 8 bulan lepas.

"Your blog has been viewed 10033 times."

Tulis kat weblog lebih menyeronokkan kerana lebih bebas berbanding dengan menulis di lamanweb sekolah. Fakta dan idea di lamanweb sekolah kena lebih hati-hati kerana nanti mungkin ada pihak tak puas hati dan refer kepada pengetua, payah aku nanti. Payah aku nak jawab... Mana tahu tersentuh hati mereka dan nampak macam mengecam dasar....

Di sini aku temui ramai kenalan terutama para pelajar di Jepun dan di Malaysia sendiri. Malahan aku kenali Faizahs di Sunway. Sirasain , Niknazline , Musang , Azlina , Cilibo, Ziemash, Zakzak, Godsmack , SharizaTakuya dan lain-lain.

Pendek kata aku telah mempunyai kelompok peminat dan mengenal hati budi masing-masing. Ini adalah curahan perasaan yang mungkin bebas sepenuhnya atau masih ditapis-tapis. Hajat aku, biarlah telus dan tulus .... tapi tak boleh. Akan ada yang tersinggung.

Aku kira aku dapat upload setiap hari di sini, tapi tak menjadi. Ada sahaja aral melintang , ada sahaja virus menyerang dan ada sahaja tugas mendatang. Kebanyakannya bukan alang kepalang.

Bahasa yang kupilih adalah bahasa seorang guru , walaupun tak macam guru . Ia adalah bahasa ibu bapa ku dahulu. Merekalah yang membentuk bahasa kita dan menambah 1001 rencah bahasa.

Aku hairan sampai bila bahasa Melayu akan bertahan dengan gaya bahasa SMS. Contohnya semekum , dtg, kuar dan sebagainya. Kalau bahasa di MIRC / chat lagilah hancur. Sangat baik dikaji pada peringkat master.

Kita semua patut ada ruang menulis . Contohnya Raja Ali Haji di Kepulauan Riau dan pengembara I Tsing dari negara China. Begitu juga dengan Ibnu Batuta dari Afrika. Tanpa tulisan-tulisan mereka, kita tak dapat mengetahui sejarah manusia di bumi ini.

Aku lebih cenderung menggunakan komputer sejak 1987, kerana tulisan aku amat hodoh. Di papan hitam aku gunakan tangan kiri. Tapi ketika menulis di buku Ringkasan Mengajar, aku gunakan tangan kanan. Jadi aku boleh gunakan tangan kiri dan tangan kanan. Kerja seni lebih banyak menggunakan tangan kiri. Anak murid selalu tanya tentang kebolehan dua belah tangan aku ini.

Pernah dulu aku disindir oleh seorang kawan "Tulisan kau macam tulisan batu bersurat." Namanya Zul Kono di MP Kinta.

Di dalam kelas yang aku ajar, seorang pelajar perempuan ; Roslinda dari 2K menulis dengan cara terbalik. Matanya juga juling. Aku ada kawan ( Saadiah ) semasa di sekolah rendah yang menulis cara terbalik . Satu hari dia kemalangan jalan raya . Mungkin kerana dia melihat kereta lalu lalang dengan cara terbalik. Innalillah.....

Di batu nesan, amat sedikit maklumat yang diperolehi. Cuma ada nama , mungkin disebut haji dan disebut tarikh kematian. Tidak disebut tentang tarikh lahir, pekerjaan dan sebagainya. Tambahan pula batu nesan orang-orang Islam sama sahaja. Jadi kita tak dapat nak bezakan seseorang itu orang bangsawan, agamawan, korporat, ahli politik dan sebagainya. Jika dia keturunan raja, mungkin batu nesannya sedikit gah.

Orang Melayu yang bijak pandai juga tidak menulis. Contohnya Engku Aziz, setelah pencen tidak kedengaran dia menulis. Mungkin dia takut martabatnya jatuh jika tulisannya dikecam. Dr Mahathir belum keluar buku-bukunya selepas bersara. Kalau adapun, ditulis oleh orang lain. Dia tidak lagi menulis buku segempar Malay Dilema.

Aku terkenang ini semua bukan apa. Seorang pensyarah di MP Kinta pernah mengingatkan kami supaya rajinlah menulis, mulakan dengan dairi keluarga sebagaimana orang Bugis. Aku difahamkan Raja Ali Haji adalah keturunan Bugis. Setiap keluarga ada buku catatan harian.

En Jumali juga menggesa kami supaya ada sebuah kamera. Setiap perkara mesti dirakamkan. Gambar-gambar yang dimabil akan menjadi sejarah suatu ketika nanti, percayalah. Aku percaya tentang itu. Kebetulan pula aku memang minat dengan ambil gambar ini. Setakat ini aku ada 10,000 keping gambar digital, 1.3 mega pixel , saiz 640 X 500 , penuh dalam 20 mb hard disk aku ini. Hendak letak kat internet, lambat sangat hendak upload.

Aku telah beralih kepada streamyx 88 . IsnyaAllah projek aku akan berjaya terlaksana.



Apabila aku datang ke sekolah , tiada sesiapa lagi yang datang mengejar aku. Sejak sebulan lepas, Kementerian Pelajaran menganjurkan Kempen Berbudi Bahasa . Sekolah aku ada memberikan kupon kepada setiap pelajar yang menolong bantu cikgu-cikgu. Setiap cikgu diberikan 40 keping kupon dan jika ada sesiapa pelajar yang buat baik dengan cikgu, berilah sekeping.

Antara pelajar yang popular dan selalu mengendeng dengan aku ialah Narinder dan Fauzi tu. Asyok , walaupun dia banyak dapat kupon, tapi tak pernah merasa kupon daripada aku. Ada sahaja pelajar lain yang menunggu aku di sisi kereta, mengambil dan membawa beg aku yang berat ke Bilik Guru. Rasa seronok pulak kerana ada pelajar yang tolong angkat beg dengan sukarela. Selalunya 'pereh' juga aku membawa dan buku-buku latihan kembali ke Bilik Guru.

Setakat ini, juara mengumpul kupon ialah Asyok. Dia ini duduk dekat rumah yatim dekat-dekat dengan rumah aku ini. Pernah sekali di memberi nasi lemak kat gerai Tuk Bandar, aku tegur dia " Hai .... hai kelaparan ke ? " Dia tersengih. Giginya memang putih tapi tubuhnya kecil. Dia selalu berada di tangga, menanti guru-guru perempuan naik tangga.

Entah macam mana pengetua 'terbekenan' dengan budak ini kerana mendapat tahu dia 'johan mingguan' mengumpul kupon Budi Bahasa. Lantas, pengetua beri bonus kepada 20 keping kupon berbudi bahasa. Setahu aku , Asyok telah mengumpul 70 keping kupon Budi Bahasa.

Mulanya semua pelajar buat tak hairan dengan kupon-kupon tu semua. Tak ada sesiapa hendak bantu cikgu-cikgu angkat beg atau buku. Tapi setelah dihebah-hebahkan bahawa hadiahnya mencapai ratusan ringgit, barulah ramai yang menolong cikgu.

Tapi kini, Bulan Budi Bahasa Budaya Kita telah berlalu . Tiada lagi pelajar-pelajar yang menuggu aku di kereta dan beriya-iya menolong mengangkat beg aku. Kebetulan hari ini ada banyak buku latihan yang aku balik minggu lepas.

Habis kupon, habislah budi bahasa.

Di setiap kelas ada ditampal pelbagai poster Budi Bahasa Budaya Kita. Antara poster , menunjukkan Siti Norhaliza sedang bermesra dengan 3-4 orang kanak-kanak. Cantik gambar Siti Norhalisa.

Beberapa tahun lepas, ada seorang guru yang minat dengan Siti Norhaliza. Dia tampal gambar Siti Norhaliza yang dirampas daripada murid-murid , di atas mejanya. Dalam kereta Tiara , penuh dengan kaset lagu Siti Norhaliza. Antaranya Cindai ... akupun suka. Begitu bombastik dan banyak hiperbola.

Ramai yang berkenan dengan budi bahasa Siti Norhaliza. Dalam kelas Bahasa Melayu , aku selalu gunakan nama Siti Norhaliza dalam ayat-ayat. " Cikgu minat Siti Norhaliza ker ? ". Murid-muridku bertanya.

Saya minat cindai Siti Norhaliza. Tapi ramai yang tak tahu apa itu 'cindai'. Kata orang cindai yang baik elok tersimpan dalam almari , 'berhantu ' . Aku kembali teringat kain cindai dalam filem 'Pontianak Harum Sundal Malam'. Cindai ini boleh melayang-layang .

Tadi pengetua bermesyuarat dengan warden-warden asrama. Adik beradik 'Maya Karin' tu datang menjelma ke kawasan asrama. Dulu-dulu, masa mula pembukaan asrama, mereka telah baca Yassin dan Ustaz Razak dah baca 'mentera' . Agaknya datang balik kut.

Pernah satu ketika, jaga sekolah beritahu kawasan sekolah ini berhantu. Setiap malam , ada bunyi tapak kaki berjalan-jalan. Bulu roma aku meremang apabila bercerita tentang ini semua. Pak mentua kata kawasan ini , Jepun pernah buat kem atau khemah. Alamak .....

Tapi aku tak percaya, zaman moden manalah ada itu semua.

Aku pernah gelakkan mereka " Ustaz Harun Din telah bawak satu bas hantu bunian dari UKM ke hutan Pahang . Boleh naik bas rupanya hantu dan jin-jin itu . Bagaimana hantu-hantu itu dapat dipujuk naik bas.". Mereka beliakkan mata kerana sindiran aku itu. Aku tidak berapa pasti apakah benar itu semua. Tapi ada ustazah-ustazah yang belajar di UKM bercerita. Bab ini dan orang-orang berstatus ustazah bercerita ; yang aku pening kepala.

Aku lebih malu lagi jika ramai pelajar perempuan Melayu yang histeria. Mengapa budak perempuan Melayu sahaja . Mengapa hantu-hantu ini merasuk pilih bulu ? . Double standard ?. Pernah dahulu seorang pelajar perempuan histeria di dalam Pusat Sumber. Jenuh jugaklah Ustaz Razak sembur sana sini. Akhirnya dia berjaya 'dipulihkan'.

Kepercayaan serupa ini dikembangkan pula oleh majalah Mastika dan siri Misteri Nusantara di TV3. Teknik penggabarannya cukup baik terutama suasana di Pulau Besar, Melaka. Aku pernah ke sanaa.

Rupa-rupanya komentar Munsyi Abdullah dalam Hikayat Pelajaran Abdullah ke Kelantan belum berakhir, walaupun kini 2005.

Melayu menjadikan hantu itu tuhan . Jika diterbalikkan H A N T U - TU H A N.



Pengalaman Temuduga yang gagal

Hari Isnin aku dapat telefon mengatakan tarikh temuduga dipercepatkan kepada 19 April iaitu esok, Selasa. Aku terkejut beruk kerana belum buat persediaan dan banyak yang aku belum baca. Nzir satu jawatan yang aku hendak sesangat walaupun banyak mereka meragui keuntungannya. Duduk 18 tahun di satu sekolah memang rasa jemu jugak , walau pelbagai 'istilah manis' yang aku cipta.

Malam itu aku telefon kawan aku. Dia pesan sangat-sangat kepada aku agar pakai tie, kot dan ada nametag. Bawa segala hasil penulisan. Manalah aku ada bahan penulisan kecuali beberapa laman web yang aku kendalikan. Itupun aku tak sempat cetak dan masih adalah komputer dan CD. Bawak ajelah CD dan tunjukkan kepada mereka.

Mulanya kawan aku ini hendak datang ke rumah aku dan berikan panduan serba lengkap, tapi oleh kerana 'esok' temuduga, dia beri melalui telefon sahaja. Pesannya kepada aku pergilah selepas subuh kerana jalan sesak habis. Bukan senang untuk melepasi jam di Plaza Phoenix dan depan DBP. Aku perlu masuk ke Jalan Tun Sambanthan menuju ke Wisma KWSG.

Subuh itu aku bangun jam 5.30 dan bertolak jam 6.15 pagi setelah hantar isteri dan anakku ke rumah ibunya.Aku telah siap dengan tie dan kot yang aku pinjam daripada Cikgu Mislan.

Sampai di tingkat 17 kira-kira jam 7.10. Agak lama juga aku termenung kerana tersampai awal. Tapi kawan aku tadi pesan, jika tersampai awal tidak mengapa, jangan lewat, 'demam' nanti ! .

Hari ini ada 3 sesi temuduga dan melibatkan 12 calon. Aku dan tiga cikgu lain dari jam 8.30 hingga 10.30 pagi. Penemuduga ada tiga orang , dua lelaki Melayu dan seorang perempuan Cina. Seorang staf di situ, mereka perlukan 200 orang. huihhh ramainya. Adalah peluang aku. Tapi yang minta beratus juga.

Mulanya kami berempat dipanggil serentak dan diberi tajuk tugasan berbincang dalam kumpulan tentang tajuk ' Kualiti dalam memastikan penambahbaikan berterusan di kalangan guru terutama dalam bidang Sains , Matematik dan English khususnya berkaitan dengan ICT". Kami dikehendaki berbincang dan bercakap secara bergilir-gilir. Kebetulan aku pulak jadi pengerusi. Seorang perempuan , pensyarah dari MP Teknik bernama Pn Nomah. Sementara Kamaruz dari CJaya dan seorang lagi aku nak ingat lagi namanya.

Setelah itu, setiap calon dikehendali mengadap komputer menggunakan MS Word dan salin semula 'borang' . Aku tidak hadapi masalah untuk center text, shading, bold, font , alignment , spacing, page setup , ubah margin dan sebagainya. Kemudian dikehendaki print satu. Mesti sebiji dengan yang lain.

Aku intai seorang rakan aku tu , borangnya terlalu pendek. Mungkin dia jarang gunakan komputer . Sebagai Nzir , mesti buat laporan kepada Menteri, bertanggungjawab kepada Menteri Pendidikan. Segala maklumat adalah rahsia, tak boleh arah kerani taip.

Sesi ketiga ialah sesi termuduga.

Mereka minta bahan penulisan yang aku bawa dan ada. Aku hanya mampu tunjukkan assignment master, yang sesetengahnya draf sahaja. Aku tak sempat hendak cetak dari dalam komputer. Tambahan pulak, printer aku meragam . Driver Lexmark dah hilang.

Aku risau kalau-kalau mereka tanya tentang buku tesis kerana aku memang tidak ada. Masa aku belajar dulu, aku ambil struktur C, tak perlu buat tesis, cuma buat kerja kursus dan jawab peperiksaan macam STPM.

Mengapa pilih jadi Nzir ?. Aku jawablah yang mulok-mulok. Aku memang agak bersedia dengan soalan 'bocor' tu . Aku bersedia dengan falsafah pendidikan negara, misi dan visi pendidikan negara. Ada 4 muka surat panjang nota ringkas yang aku buat. Telah terbiasa semasa belajar master tempoh hari.

Mereka nampaknya amat berminat dengan laman web sekolah yang aku buat. Di mana ?.Aku jawab di tripod.com. " Oh , itukan tempat para reformasi buat laman web , contohnya Mahazalim." Aku terpempan dengan takikan itu. Mengapa tidak di Geocities ?. Aku jelaskan Tripod.com lebih baik daripada Geocities kerana mudah upload terutama menggunakan Cuteftp. Di Geocities , aku biasa hadapi masalah apabila hendak upload. Dululah ...

Aku kaget kerana isu laman web Mahazalim timbul dalam sesi temuduga ini.Aku malas hendak berhujah panjang , nanti apa pulak mereka kata. Mungkin mereka hendak menduga aku. Sabar ajelah. Serkap jarang kut.

Dia pertikaikan pengetahuan aku tentang database. Aku jelaskan bahawa aku biasa programing database dalam bahasa Clippers. Aku katakan pernah buat untuk perpustakaan bagi memudahkan katalog, pinjam dan pulangkan buku dan sebagainya. Database Clipper dalam DOS envirolment. Kemudian ramai beralih kepada Windows envirolment. Komputer aku 286 / 386 masa tu tak cukup support untuk window envirolment.

Mereka kutuk aku kerana pengetahuan lama-lama sahaja. Awal tahun 1990an sahaja. Biarlah ........ biarlah mereka kutuk aku. Bukan mudah hendak tambah RAM , tukar processor , hard disk dsb. Kalau ada komputer dan boleh programing dengan belajar sendiri, kira cukup baik sangat.

Mereka tanya lagi tentang ada atau tidak makmal komputer ?. Aku jawab " sebagaimana sekolah-sekolah lain yang ....... " belum aku habis cakap mereka menyampuk. "Awak cuba menyalahkan pihak kerajaanlah ni.Kami dah pusing satu Malaysia, ok je ! " . Sekali lagi aku kena tembak. Aku dapati diri aku kini amat berbahaya dalam bahaya , kini tak semena-mena aku berada di sebelah pihak pembangkang. Aku bagaikan berhadapan dengan SB.

Jantung aku semakin berdegup kencang. Sesungguhnya sesi temuduga mula memilukan aku dan menyesal seumur hidup menghadirinya. Aku dikenakan tudukan kiri dan kanan. Mahu rasanya aku angguk-angguk sahaja.

Tapi inikan sesi temuduga, tentulah hendak lihat calon yang aktif. Kalau angguk-angguk dan diam sahaja, apa pulak halnya.

Mereka beralih kepada isu-isu semasa .Aku nyatakan isu-isu semasa yang panas sekarang ialah siswazah menganggur. "Panas ke isu siswazah ? . Ada kaitan ke dengan pendidikan ? " . Mestilah, aku teruskan hujah-hujah.

Seterusnya mereka menduga aku tentang dasar 60-40. angka ini aku belajar semasa di UPM iaitu Dasar 60 pelajar Sains dan 40 pelajar sastera. Mereka sendiri tak yakin dengan kemampuan dasar ini.

Mreka kondem aku "Macam mana awak hendak jadi Nzir ? . Sepatutnya a wak dengar d an terima pendapat orang lain. Ini tidak. Semua hujah kami awak bantah . Macam kawan sebelha saya, baru nak cakap, awak dah menyampuk. Awak kena dengar." .

Aduhhhh....... betapa malang nasib aku hari ini. !9 April 2005. 19 Mei nanti hari jadi aku. Betapa tidak bertuahnya nombor 19, kecuali Rashad khalifa sahaja.

Akhinya penemuduga perempuan minta aku speak in English. I can try. Bla bla bla." Cukup cukup cukup.... " Aku terkejut kerana aku bercadang hendak bergasak lagi dengan mereka. Kawan aku telah pesan kita mestilah kritikan dan analitikal. Aku over confident dan begini rupanya nasib aku.

Sepatutnya aku anggukkan sahaja . Tak banyak cerita . Biar mereka yang bercakap.Begitu ke ?.

Temuduga itu ditamatkan.

Sampai sahaja di muka pintu lif , aku terserempak seorang kaki tangan pejabat dan bergitu ramah nampaknya dengan aku. Dia kata kerjaya Nzir ini bukan bagus sangat. Pandai-pandai mereka ubah dan letak gelaran timbalan pengarah, ketua itu dan ketua ini, padahal jawatan cuma Nzir sahaja.

Apabila ditugaskan out station, kena keluar duit dahulu. Klim kemudian , dan sebulan kemudian baru dapat duit klim. Jika mana-mana termpat disediakan makanan, maka tak boleh klim makanan. Jika mana-mana tempat sediakan tempat penginapan , maka tak boleh klim penginapan. Biasanya apabila out station berkumpulan. Hanya seorang sahaja yang boleh klim, yang lain hanya sebagai penumpang sahaja.

Setiap Nzir mesti ada credit card. Ye ke ?. Setakat ini aku tak miliki itu semua. American Express apatah lagi.

Ramai guru tak suka bertugas di wilayah kerana klim sikit sangat. Masalah jam pulak.

"Saya bukan apa, lebih baik jual insuran,lagi bagus . Dapat 4 orang close sebulan dah cukup. Kawan saya dapat close 15 orang. Terus tukar kereta Kia. Ini bisnes kad saya " Dia menunjukkan kad berlogo Takaful Ikhlas.

Pulak ! ! ! ! ! ! . Dia ni ambil kesempatan daripada guru-guru yang datang ke pejabatnya untuk promote insuran Takaful Ikhlas. Aku tak salahkan dia, hidup di kota metropolitan mesti ligat dan mengintai segala lubang dan peluang.

Jika tidak, nanti jadi binatang jalang hidup terbuang di jalan - jalan. W S Rendra kut ? .

Cakap-cakapnya memang logik.
Sejak sekian aku aku tinggalkan programing Frontpage dan dot dot , kini aku kembali keenakannya.

Terpaksa link sana dan link sini . Apa yang di link doi dalam komputer tak sama dengan yang akan keluar kat tripod.

Asyik ada iklan sahaja. siapa nak support aku punya school website . Siapa ada nak taja / sponsor cuteftp ( RM150.00 ) kut. Tripod website mungkin RM200.00.

Please . mungkin manager Jepun boleh tolong. hi hi hi hi
Rasa gelabah terasa gundah
Resah dan gelisah tak sudah-sudah

Gelodak hati ini adalah getaran kelmarin
Retak berpetak-petak menanti belah
Terasa otak berkotak-kotak
Menerjah seribu watak
Menjengah selaut masalah

Semakin teruja dalam dukaku
Pamerkan ceriamu di mataku
Sekali ini cuma




Seven eleven baru dibuka di pekan tempat aku tinggal ini.

Setakat ini telah ada 3 buah pasar raya dibuka di sini. Sebuah lebuh raya akan merentasinya. Sementara menanti lebuh raya, fulamak jam habis kat jalan besar. Faizah memang tahu benar .http://faizahs.tblog.com

Nasib baik sekolah tempat aku mengajar dekat aje.

Mereka kata buat apalah kau nak kerja jauh-jauh. Kan lebih baik mengajar di tempat sendiri. Mudah uruskan anak-anak dan isteri. Tambahan pulak isteri takut bawak kereta walaupun ada lesen kereta. Kalau boleh kereta 'driving school ' nak dibelinya.

Tapi itulah aku dah 18 tahun mengajar di sekolah yang sama. Semua murid-murid itu kekasih aku belaka.

Tadi datang x student ke sekolah. Banyak perubahan padanya dan aku sembang lama dengannya. Dia datang dua orang , Ain san Diana. Sama umur dan hendak ambil sijil SPM dua tahun lepas.

Sorang itu belajar di KUIM kat Gombak sementara sorang lagi itu upper six.

Cikgu Lin tegur aku kat kantin " Hai sembang dan borak lama dengan murid lama. Mesra habis ". Aku aghak terkejut dengan rumusannya.

Aku sayang juga kelas-kelas yang aku ajar tu. Contohnya kelas 2T, 2K, 2J . Kelas yang agak baik sikit kelas 2D dan 2F.

Mulai 14 April 2005, kelas 2T melaksanakan kelas intervensi . Bahasa mudahnya kelas pemulihan , ajar semula a b c. Mungkin Allah menduga aku dan beri amanah kepada aku.

Dalam kelas 2T yang terbaru ini penuh dengan sepet belaka. Selain itu ada Michel dan Kamalai. Jumlahnya 21 orang. Kelas intervensi ini akan dijalankan selama 2 bulan. Aku harap boleh mengajar mereka sehingga boleh membaca.

Masalahnya mereka tak dapat bezakan a , b, d, p . Mereka tak dapat bezakan antara n dan h. Mereka tak dapat bezakan bunyi huruf p, t dan b.

Aku kemukakan soalan jika mereka tahu eja benda-benda yang ada pada tubuh mereka.

KoTshunHau menjawab perkataan 'lancau'. Aku terdengar dia menjawab. aku buat selamba. Kata orang kalau hewndak belajar mesti dimulakan dengan istilah yang lucah.

Rakan lama aku Cikgu Fuzi di Kuala Selangor kata, dia boleh cakap India kerana selalu cakap lucah-lucah. Mungkin teorinya betul.

Aku tanya balik , boleh tak eja lancau ?. Semua pelajar lain ketawa dan terus ketawa. Mereka memang tak boleh eja lancau.

Lantas aku eja di papan hitam ' lancau'

Lancau punya budak.
Aku dipanggil temuduga.

Berdebar pulak rasanya
Pada 9 April 2005, PPD datanglah ke sekolah aku. Sekolah ini merupakan sekolahnya dahulu sebelum dia menjadi penolong kanan di sekolah lain. Betapa seronoknya dia kerana telah lama tidak datang ke sekolah ini. Banyak sekali perubahan yang dapat dilihat semenjak pemergiannya. Aku turut merasai kegirangannya.

Beliau datang sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2004 sekolah ini. Biasalah. Seperti yang aku selalu katakan, pelajar Melayu yang 7A dalam PMR tidak semestinya baik dalam SPM. Pelajar yang dapat 11A ( 8A1 dan 3A2) adalah pelajar Cina. Aku selalu melihat dari sudut perkauman. Mungkin aku telah terbiasa atau bagaimana ? . Sukar hendak aku jelaskan.

Apa yang pasti mereka yang cemerlang-cemerlang ini bukanlah pengawas. Kerana setahu aku tugas pengawas di sekolah ini cukup banyak. Tambahan pula mereka terlibat dengan aktiviti ko kurikulum dan terlibat pertandingan itu dan ini. Contohnya jadi AJK Majalah dan mereka gagal mengagihkan masa yang sepatutnya.

PPD ini memang baik dengan aku suutu ketika dahulu. Biasalah orang perempuan, bila kita puji baju dia , bukan main ramah lagi mereka dengan kita. Itu sahajalah point aku apabila hendak berborak dengan PPD ini. Pegawai PPD ini akan pencen pada tahun depan . Ada anak empat orang. Suaminya pensyarah di sebuah universiti. Kami pernah makan bersama dalam satu jamuan akhir tahun.

Untuk naik pangkat di kalangan guru bukanlah mudah kerana terlalu ramai saingan . Aku rasa jawatan PPD adalah jawatan tertinggi di kalangan guru yang boleh dicapai oleh seseorang. Sebelum itu seseorang guru perlu meniti dari satu jawatan ke suatu jawatan, kecualilah jika bernasib baik ...

Seseorang guru perlu menjadi penyelia petang, kemudian guru penolong kanan ko kurikulum dan jadi penolong kanan hal ehwal murid.

Jika bernasib baik boleh melompat ke jawatan ketua bidang . Contohnya Ketua Bidang Bahasa, Ketua Bidang Kemanusiaan, Ketua Bidang Vokasional dan Ketua Bidang Matematik dan Sains. Seterusnya menapak ke Penolong Kanan dan pengetua .

Cikgu Dzul memanggil pengetua di sekolahnya sebagai Penyutua.

Ada banyak 'ranking' yang perlu diatasi. Bagi sekolah aku, semua-semua jawatan tu dimonopoli oleh kaum hawa belaka. Lelaki entah ke mana menghilang.

Barangkali ketelitian kerja seorang guru lelaki tak sama dengan ketelitian seorang guru wanita .

Barangkali guru lelaki banyak cincai, lengah , tidak teliti dan menyeleweng . Mungkin sikap dan ego seorang ayah terbawa-bawa hingga ke sekolah atau ke pejabat.

Ramai juga yang berangan hendak naik pangkat dan melobi . Di mana ada pengetua di situ ada dia. Pengetua memang cukup suka , think tank di bawahnya berada di sekelilingnya. Mudahlah dia mengerah itu dan ini. Kita semua akan begitu juga jika berada di kelompok mereka.

Bak kata orang paku dulang paku serpih, mengata dia nanti yang lebih-lebih.

Dalam keadaan begini , kiranya tak jadi naik pangkat akan pengsan dibuatnya.
Apa juga kenyataan yang diberikan oleh Pak Menti bukan semuanya benar. Kita jangan dengar apa yang Pak Menti cakap dalam media . Auta banyak. Apa yang paling penting buat guru-guru di sekolah ialah surat pekeliling. Itu adalah surat black and white.

Berita dan cerita dalam media, itu cuma ura-ura dan pura-pura belaka.

Berita-berita sedapa tentang pendidikan dan perguruan, itu hanyalah cerita belaka.

Jangalah kita beriya-iya mendengarnya. Ia cuma ura-ura. Kalaupun tidak pura-pura.

Ramai  guru-guru mengeluh kerana  terpaksa menghantar semua buku latihan kepada pengetua. Buku latihan   tingkatan  3  dan  5 akan disemak oleh   pengetua. Buku latihan  tingkatan  4 akan disemak oleh ketua bidang. Semenatara buku latihan   tingkatan  1  dan peralihan akan dihantar kepada ketua panitia.


Apa yang dilakukan oleh pengetua ialah  tandatangan  ringkas  dan semak  sedikit sebanyak. Setiap  buku latihan (  contohnya  buku bahasa Melayu - pemahaman ) perlu dilampirkan    tiga borang . Satu senarai nama pelajar yang  hantar buku setiap kali latihan .  Dua borang lagi ialah  borang Pemantauan Buku Latihan .  Aku serahkan  kepada    pelajar yang  bijak sedikit dalam kelas itu untuk tanda  sama ada  pelajar  buat setiap kali  latihan atau  tidak.  aku  terpaksa  serahkan kerja ini kepada pelajar kerana  aku  tidak mapu hendak buat sendiri .  Aku sendiri   tak mampu hendak buat.


Bayangkan aku sebagai  guru bahasa Melayu. Ada lima  buah buku  latihan  iaitu  Pemahaman, Karangan, Komsas, Rumusan  dan Tatabahasa. Setiap minggu  ada   3 waktu  belajar bahasa Melayu,  2 waktu  setiap kali.  ( Semua  6 waktu  seminggu  bagi bahasa Bahasa Melayu ) . aku mengajar 3 kelas BM . Jadi   aku mesti hantar 600 buah buyku latihan kepada ketua panitia.


Cikgu  Sahak yang mengajar di tingkatan 3 mengeluh panjang  . Dia mesti hantar 400  buah buku latihan kepada pengetua. Itu yang  dia berdoa  sangat  agar   daat kerja di PPD atau di Kementerian. Dalam hal-hal begini  terpaksalah banyak menipu. Cikgu   Norain kata  kita  tanda sajalah mereka    buat latihan  kerana  tak  mungkin pengetua dapat semak semua  buku.  Itulah  masalahnya. Tak terkejar bebudak itu  semua , ada sahaja alasan mereka  tak buat latihan. Depan  mata kita mereka buat kerja,  tapi   buku mana yang dia   tulis.  Bila masa  suruh hantar, mereka ini   tak hantar.


Apa yang  pasti,  murid mulut  becok  itulah yang tidak hantar  buku latihan. Kita  tengok mereka  ini di dalam kelas macam buat kerja,  tapi di akhir pelajar, mereka  tak hantar.


Ada sahaja alasan. Terlupa bawa  buku. Tertinggal. Kawan pinjam  buku .  Sepatutnya a da  7 -  8 latihan   dalam setiap  buku,   tapi hanya  dua latihan  sahaja yang  ada.


Hendak pukul , nanti datang  pulak  mak bapak ke sekolah. Rotan budak perempuan, kecoh pulak nanti.  Sebaik-baik budak Melayu ,  budak Cina lebih rajin buat kerja.


Ramai  guru  tak  dapat mengajar hampir seminggu  bagi memastikan   setiap   buku latihan pelajar dibuat ,  buat pembetulan  dan hantar 5 buah  buku latihan .  Kalau anda  sebagai  guru di   kelas 2A, 2B, 2C memang tidak begitu bermasalahan .  Biasanya mereka peka  dengan  arahan guru   tentang  setiap latihan yang perlu dibuat.


Bagi kelas 2F, 2G, 2H anda kena paksa    dan marah-marah  bagi memastikan mereka buat kerja sekolah.


Pelajar- pelajar ini bukan sebagaimana kita  dahulu yang rajin buat kerja sekolah.  Mereka  tidak peduli  sam ada  cikgu  marah atau  tidak.


Paling siksa  jika dapat  kelas 2M , 2P, 2S  dan 2T. Kelas yang paling akhir  ialah  kelas 2T. Tulisan mereka ini    langsung tak boleh dibaca.


 Latihan pula  tak boleh banyak    kerana  mereka  tak boleh  cepat.  Sambil   buat kerja, mereka akan bercakap sesama  sendiri. Bebudak Cina  dan  India  di dalam kelas ini   berasal  dari kelas peralihan. Mereka  memang  tak faham bahasa Melayu.


Apa yang   kebanyakan  cikgu buat  ialah memberi  soalan    latihan dan   jawapannya  sekali. Itupun  mereka salah  ketika menyalin dan   huruf  entah apa-apa. Mereka ini    tidak  dapat membaca apa yang cikgu  tulis.  Mereka  tak dapat bezakan antara huruf a dan u.  Antara huruf d  dan p. Tak dapat bezakan  antara p  dan P.  Antara k dan K .   Banyak  lagi   huruf yang mereka  tak kenal.


Cikgu beri  soalan   dan cikgu sendiri bagi  jawapan lagi. Dengan  cara ini,  dapatlah  mereka  ilmu menyalin. Objektif pengajaran  dan pengajaran  entah hilang ke mana.Jika  kita tak beri banyak kerja, mereka akan bising pulak , bercakap pot pet  entah apa ke bende ?.  Apabila  beri banyak kerja ,alamatlah   ada yang tak siap    dan   tak sempat  menyalin.


Di dalam kelas  sebegini,  kekadang tak  guna   kita bercakap, mengajar . Lebih baik beri mereka kerja bertulis. Mereka akan  leka menyalin dan buat latihan.


 Lagi pun pemantauan    pengetua hanya berdasarkan  buku latihan. Jika banyak   latihan-latihan yang diberi  dalam buku,   tandanya  cikgu  itu dedikasi mengajar.


Kita hanya  dapat peluang berkomunikasi dengan baik   jika dapat kelas yang pandai  sedikit. Di kelas inilah,  kita boleh bersoal-jawab  dan  dapat berinteraksi.  Kelas-kelas   macam ini kita  boleh buat   humor  dan sebagainya kerana  mereka  boleh  faham.


Jadi kebanyakan  cikgu-cikgu  yang masuk kelas itu, aku tengok  dalam keadaan  tention.  Mungkin tanggapan aku silap.


Bilalah pengetua ini  nak  tukar. Dia   nak bersara pada  tahun  depan kut.


Lawatan Paklah ke New Zealand dan Australia pada minggu lepas dikatakan berjaya merapatkan kembali hubungan diplomatik antara negara Malaysia dengan negara Kanggaru / Mouri itu .

Sremasa aku kecil kecil dahulu aku dapat alamat kedutaan Australia dan New Zealand. Alamat kedutaan di perolehi dari Utusan Pelajar yang diterbitkan oleh Penerbitan Utusan Melayu . Rajinlah aku mengarang surat minta makl;umat itu ini tentang negara tersebut. Pihak keduataan akan hantar brocure. pamplet dan buku berkaitan dengan negara Australia dan New Zealand.

Habit mengumpul bahan bergambar negara-negara lain kekal hingga kini. Konon-kononnya untuk dijadikan bahan bantu mengajar kerana dulu Australia, New Zealand, Amerika, Canada dan semua negara lain diajar semasa di tingkatan tiga hingga lima . Tetapi semua itu dibuang dari pelajaran Geografi. Yang tinggal hanyalah geografi Malaysia sahaja.

Sungguhpun begitu , sekalipun aku tak pernah ke negara-negara tersebut . Dekat-dekat pun tak pernah, kecuali Singapura.

Perdana Menteri Tun Razak pernah ke Australia dan disambut oleh pelajar-pelajar yang bertopeng. Sekembalinya Tun Razak , beliau meninggal dunia . Itulah agaknya Tun Hussein dan Tun Mahathir jeran pergi ke sana.

Rakan aku yang bernama Mazlan Karim belajar di Monash Universiti dan berkahwin dengan mem mat salleh. Dia merupakan pelajar kebanggaan sekolah kerana sejak Form 1 biasa speaking dengan cikgu-cikgu terutama Cikgu Chong.

Sejarah diplomatik antara negara bisa berubah. Lihatlah apa yang terjadi antara Jepun dan China. China dirancang memprotes tindakan Jepun yang menggubal sejarah . Konon-kononnya Jepun adalah wira menentang Barat di China. Sepatutnya China berterima kasih kepada Jepun . Jika tidak kebudayaan China hancur luluh.

Aku amat tertarik dengan Jet Li dalam filem First Legend yang memaparkan keegoan China dan keegoan Jepun.

Ketika ini Amerika cukup bimbang dengan kebangkitan China. Seberapa boleh Amerika mahu membina seramai mungkin musuh untuk dihadapi oleh China. Antara musuh yang dicipta ialah Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan korea Utara.

Australia mahu menjadi Sherif lobo di Asia . Peranan itu pernah dimainkan ketika menghadapi komunis di Tanah Melayu. China pula menganggap Malaysia ( Malaya ) sebagai wilayah China ke-19. Tapi Dr Mahathir menafikan acuman Barat itu.

Kita tengoklah nanti.
Sekali pandang
Dua kali pandang
Tiga kali terpandang lagi
Empat kali ulang tayang
Memang seronok tengok

Siapa ?
Siapa lagi kalau bukan Siti Norhaliza
Di setiap kelas ada sahaja poster dia
Poster Siti dengan 'adik-adiknya' bermesra
Poster sebagai bahan bantu mengajar
Sekarang ada perubahan pada sukatan pelajaran Bahasa Melayu
Ada gambar yang perlu diulas dan dirumuskan.

Nasib baiknya Siti Norhaliza.
Girang sungguh murid kelas 2T ini.

Memang  sulit untuk diceritakan   apabila kita  tidak dibenarkan bicara-bicara mudah. Siapa pernah merasakan  apabila  mulut yang kecil    mahu disumbat dengan segalanya. Siapa  pernah merasakan  apabila   hati yang  gelodak ini mahu  dihiris-hiris kecil hingga  tak bisa berbicara lagi.


Pokoknya  kebebasan mahu bersuara. Apakah  mereka mengerti bahawa internet   ini  adalah sebuah  wadah maha bebas . Bicara biasa-biasa   tanpa  perlu  rahasia. Anda memang boleh merahasiakan  diri  anda  tapi  tidak pada akhirnya. Pada akhirnya  siapa  diri anda  , anda sendiri yang  akan membongkarnya.


Itulah peliknya dunia manusia yang suka bicara  tentang  rahsia. Masa kecil    dulu aku memang  suka  membaca novel fiksyen   tentang penyiasatan   itu  dan ini oleh Enid Blyton    dan   lain-lain.  Segala  rahsia    itu mahu aku bongkar  dan  bongkar. Seronok apabila selesai   kita   merungkai  satu persatu  rahasia. Semakin dalam  dan sulut sesuatu rahsia,  semakin seronok   dibongkar.


Entah kenapa,  aku  ini  tempat menyimpa  rahsia. Aku  dilahirkan untuk menyimpan   rahsia  sesiapa juga   dan aku seronok dengan  tugas itu. Tapi  tidak kini. Kini  aku tidak bisa    merahsiakan  sesiapa. Tapi sanggupkah aku ?.


Semakin dewasa  aku  ingin menyatakan   diri aku yang sebenarnya,   biar mereka  tahu,   biar mereka    sadar. Bahawa sesungguhnya manusia  kecil dan kerdil ini  tidak punya apa-apa  yang perlu  dirahsiakan  tapi masih mahu berahsia.


Ah  sudahlah.


Yahoooooo , aku kembali dari perantauan
Aku merujuk kepada cara hidup rakyat Malaysia di Jepun seperti Azlyna dan Sirasain http://sirasain.tblog.com .

Jiran lama aku Mejar Pak Leman pernah ke luar negeri termasuk ke Jepun. Masalah mencari makanan halal lebih susah di Jepun berbanding negara lain.

Hendak sembelih sendiri ayam hidup tak dibenarkan / dilarang kerana bagi orang Jepun, perbuatan tersebut menyiksa binatang.

Pak Usu aku yang bekerja dengan Shell, setiap kali keluar negeri , bawa maggi atau makan roti sahaja.

Dalam kepala aku , beruntungnya mereka bukan Islam dalam bab makanan ini. Orang Islam kena fikir banyak perkara apabila keluar negeri. Aku tak pernah menghadapinya dan tak cuba belajar menghadapinya.

Bagaimana dengan Ibnu Batuta dahulu ye ?. Bagaimana dengan Ibnu Batuta era milenium nih ?

Malaysia masih lagi gagal melaksanakan hub makanan halal. Kelmarin kecoh sosej Cina di kilang Selayang bersalut babi. Orang Islam percaya kepada label halal.

Aku difahamkan babi dan glatin babi digunakan dalam pelbagai perkara termasuk untuk pembedahan jantung coronary by pass.

Lelemak babi memang dikatakan sedap dan makanan jadi lebih tahan lama.

Isteri aku nak termuntah apabila melalui restoran Cina yang dipercayai ada goreng benda tu tapi aku selamba aje.

Semasa di Pulau Pinang , babi ini tergantung sekor-sekor siap bersalai lagi.

Sebagai peniaga, seberapa boleh mereka inginkan keuntungan semaksimum mungkin tanpa mengira halal atau haram.

Sebuah gerai popular di sini yang menjual kueh udang dan tauhu goreng, tauhu tersebut sah dibuat oleh 'kilang' Cina. Halal ke ?

Aku selalu makan 'Yong tau fu' dari peniaga Melayu di sebuah pasar malam. Di bawah payungnya ada iklan semua bahan untuk yong tau fu itu dikeluarkan dari sebuah kilang yang halal. Terfikir pulak sekarang , betul ke semua itu ?.

Ada beberapa kilang Melayu yang telah dicinakan. Antaranya kilang sos Aminah Hassan dan kilang proses ayam Sizul. Mula-mula Sizul ambil ayam dari ladang ayam di Lukut . Akhirnya ladang ayam Lukut tu, beli kilang proses ayam itu.

Kilang Pau Ahmad telah ditukar kepada P.A.Food sahaja. Dulu ada kawan yang jadi pemandu van hantar pau ke mana-mana kedai atau kantin sekolah.

Satu ketika dahulu KFC turut dikatakan sebagai haram tapi kemudian senyap .Mulanya aku berhenti sekejap ke KFC. Stake holder KFC banyak orang Melayu dan aku harap mereka bertanggungjawab.

Begitu juga dengan kilang roti Gardinia. Jenuh juga Gardinia Sg Long menjawabnya. Aku lebih suka Gardinia daripada High5.

Dalam surat khabar hari ini , satu muka penuh iklan IKEA Shah Alam mohon maaf dan berjanji samak bahagian makanan basah.

Terima kasih kepada IKEA atas akauntabiliti mereka.

Moga wawasan Malaysia sebagai hub makanan halal tercapai.

Untuk mengharapkan orang Melayu / Islam produk sendiri makanan halal memang tidak mungkin/ mustahil. Kita memerlukan bantuan mereka untuk produced makanan halal. Mereka boleh, asalakan mendapat untung. Tapi perlulah dipantau dan diikat dengan undang-undang.

Tengah hari tadi ada jamuan di rumah Mak Usu kerana dia hendak menyambut baby kedua beberapa bulan lagi.

Apak kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah. Tubuhnya gempal dan tua setahun daripada aku nih. aku selalu gelakkan dia kerana sejak kecil duduk di sekolah , apabila tua masih duduk di sekolah juiga. Pada hal aku sendiripun sama juga dengannya. Aku cikgu sementara dia pula sebagai pengawal keselamantan.

Hidup ini kekadang sukar diramal dan tak dapat dirancang sepenuhnya.

Aku menempah sarung pisau daripada Apak. Pisau itu aku beli daripada pulau Langkawi dengan harga RM15.00 . Tapi sarung kayu yang aku tempah daripada apak berharga RM25.00 . Baghaikan pisau Pandak Ali, Pisau kecil tapi sarung besarnya. aku terpaksalah terima sahaja kerana telah menempah. Malas nak layan.

Apak ada penyakit pening. Pernah sekali aku berbincang dengannya pasal parti, agak lama juga, kira-kira dua-tiga jam, dia boleh terkencing dan tak sedarkan dirinya.

Sejak itu aku tak berani berbincang pasal parti dengannya walaupun aku cukup minat bertekak dengannya. Dia memang totok orang parti.

Aku pernah mengikuti kursus BTN di Langkawi bersama apak pada tahun 1996.

Apak agak lewat kahwin. Dia kahwin dengan Mak Usu kira-kira tahun 2001, orang Gesir dekat dengan Behrang , Perak.

Dalam perjalanan balik ke kampung semasa hari raya, aku sekeluarga akan singgah di rumah Mak Usu di Gesir.

Apak cukup suka bercerita dalam longat Perak.

Dia akan ceritakan kembali mengapa negeri Perak tidak ada putera mahkota sedangkan begeri lain ada putera mahkota.

Kononnya ceritanya , orang Perak tak boleh sebut putera mahlota dengan baik, mereka akan sebut ' putera mah kote' iaitu putera lemah kotek'. Itu sebab Perak hanya ada Raja Muda.

Apabila Raja Muda, tentulah ada Raja Tua.

Sehingga kini Raja Muda Perak ialah Raja Nazrin Shah . Aku difahamkan baginda sehingga ini belum kahwin, membujang sahaja. Pelik sungguh .

Semasa pertabalan Azlan Shah sebagai Sultan Perak, meriah sungguh kampung.ku. Ada beberapa buah makam di di tepi-tepi singai di hilir Sungai Perak. sultan Azlan naik rakit Gambar menghilir sehingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datuh pada tahun 1985 kut.


Hari Rabu ( 16 Mac 2005 ) Yong telefon dari kampung ke rumah. Mungkin dia terlupa nombor handphon aku . Dia berada di kampung bersama dua anaknya iatu Kerul dan Emi. Dia datang jauh dari Penang ke Hilir Sungai Perak tapi emak tak ada. Sekarang emak berada di Kuala Lumpur di rumah MatLini.

Cuti sekolah ini aku tidak berhajat balik ke kampung kerana emak berada di sini. Rumah di kampung terbiar kosong dan tikus kerobok bantal, tilam dan almari baju. Terkejut aku apabila tikus ini mengerutup di atas siling rumah pada waktu malam.

Dah lama tak taruk ubat gegat atau racun tikus.

Dah beberapa kali Yong mengalami peristiwa begini. Hajat hati hendak bertemu emak di kampung tapi emak berada di rumah anak-anak yang lain.

Aku juga mengalami pengalaman yang sama.

Apak meninggal tahun 2000 yang lalu dan sejak itu emak tidak boleh dibiarkan keseorangan di kampung kerana dia ada DM .

Macam-macam kerja yang emak akan dibuatnya di kampung hingga kudis dan luka-luka. Payah nak baik.

Aku harap Yong akan ke Kuala Lumpur. Di KL ini , ada tiga beradik. Di Ipoh ada dua beradik. Hanya Yong seorang di Bayan Baru.

Hanya emak togan pengikat hubungan kami sekeluarga. Jika emak telah tiada nanti, tak tahulah macam mana rumah itu.

Kampung itu benar-benar telah mati dalam sanubariku.
Komputer aku inilah dah lama terima amaran wujudnya virus spyware dan adware. Aku buat tak peduli aje.

Alih-alih dalam laman web ada loink kepada mba , education.

Tarikh dan jam ditukar.

CMOS diubah suai dan bila reboot tak boleh jalan .

Komputer jadi dan kadang-kala tak berfungsi langsung.

Asyik dapat popup beberapa iklan seperti viagra, penthemine dan lain-lain.

Siap refer pada yupsearch.com lagi.

Gerap betul lah.

Hilang mood aku sehari dua ini.

Canggih jugak virus ni yek.


Ada sesiapa yang berpengalaman dan boleh bagi idea ?

"This year there was a record set when this girl took 17 subject for her SPM and got 17As. There was a massive news coverage that lasted 1 day. With interviews on how she did it and stuff. Anyway, she aspire to be the prime minister of Malaysia.


My two cents on this matter is "What for?". I mean you take 17 subjects when all you need is probably 8 or 9 subjects, your social life looks as dead as a mortuary doornob and you aspire to be the prime minister.


Itulah komen daripada Objectzero . http://objectzero.tblog.com/


Dalam sistem pendidikan kita di Malaysia, penilaian , peperiksaan    dan ujian sangat penting .  Kita masih lagi terikut-ikut dengan sistem pendidikan British  bukan macam sistem pendidikan di Amerika .


Hanya SPM  dan STPM yang layak dipanggil peperiksaan . Manakala PMR hanya layak dipanggil penilaian  sahaja. Itu  sebab PMR dipanggil Penilaian Menengah Rendah.  Peperiksaan pertengahan  tahun dan  akhir tahun hanya layak dipanggil ujian sahaja.


Apabila  dapat 17A , rasa macam tak percaya  aje. Tentunya dia ini  tidak langsung  terlibat dengan aktiviti ko kurikulum   seperti PBSMM. Kerjanya  hanya mengadap  buku dan buku . Hanya  8 atau  9 subjek  sahaja yang  dipelajari  melalui  buku . Sedangkan 8  subjek lagi dipelajari dengan membaca  sendiri. Congak akulah.


Malay Literature  bukan mudah , walaupun  ramai yang beranggapan ia mudah.  Tasawur Islam aku  tak pernah ambil.


Bebudak Melayu ini akan dialirkan ke Matrikulasi  dan hanya sedikit  bukan Melayu.


Dalam Utusan Malaysia  hari ini ( 16 Mac 2005 )  ada yang masih komplaint  tentang perbezaan kemasukan  ke universiti melalui  STPM  dan  matrikulasi.


Alasannya matrikulasi  terlalu mudah   dan hanya belajar setahun sahaja. Jaminan ke universiti memang  ada berbanding dengan STPM . Ini tentulah berkaitan dengan meritokrasi yang heboh  satu ketika  dahulu .


Aku akui STPM memang susah kerana aku pernah ambil  STPM tahun 1982.


Berbalik kepada mengejar 17A1 ini  , soalnya, hidup  tanpa sosial , bolehkah menjadi Perdana Menteri ?.


Dahulu pernah  dibuat kajian  terhadap bebudak yang  duduk di asrama  penuh   seperti di STAR atau di Malay College .  Dapatan menunjukkan   mereka ini  tidak mempunyai   kehidupan sosial yang berlainan. Apabila   musim  cuti,  mereka enggan balik ke kampung  dan  enggan bergaul dengan orang kampung.  Mereka lebih selesa  sesama rakan  sebaya  dan sekolej.


Betul atau  tidak tidaklah pasti  sangat kerana Bro pun  dari sana jugakkan. Ok pulak.


Kau orang  rasa macam mana ?


6666

Seorang muridku yang bernama Lurthumary mengajukan tentang nombor 6666 ini. Katanya dalam Kristian, nombor ini adalah nombor sial.

Lurthumary dan seorang lagi kawannya berugama Kristian dan kami selalu berbincang agama dengannya. Dia dan seorang lagi kawannya duduk betul-betul berhadapan dengan meja guru. Jadi perbualan itu tidaklah didengar oleh pelajar yang lain.

Kan 6666 ini jumlah ayat dalam al Quran . Ulama kata jumlah ayat dalam al Quran ialah 6666. Orang Kristian telah mengubah persepsi ini kepada nombor sial.

Aku buat selamba sahaja walaupun dalam hatiku pada mulanya terkejut jugak. Pandai pulak dia comfuse pemikiran aku. Kat mana dia belajar ?.

Aku selalu berhujah dengan dia tentang beberapa ayat dalam Bible yang aku tahu. Antaranya " Eli Eli, lamma sabaktani " .

Ayat ini tidakkah menunjukkan Jesus itu memohon bantuan daripada Tuhan ? . Jika Jesus meminta pertolongan daripada Tuhan, tentulah Jesus itu bukan Tuhan .

Nak menyeronokkan cerita, dia bawa Bible ke sekolah dan tunjukkan kepada aku. Bible itu dalam bahasa Indonesia dan aku telah pinjam dan fotostat .

Aku tak mahulah berhujah lanjut dengannya , nanti datang pulak bapanya ke sekolah. Payah pulak aku jadinya.

Seorang muridku yang lain pernah bertanya kepada aku. Namanya Tamil Arasi. " Cikgu, kafir itu apa maksudnya ? " . Sekarang ini Tamil Arasi telah menjadi seorang guru, lulusan UKM.

Semasa di Upper Six Seri Perak tahun 1981, dahulu , ramai pelajar Kadazan yang ditaja oleh Yayasan Sabah , selalu berdiskus tentang Islam - Kristian . Dapat jugalah mereka seorang pelajar perempuan dikristiankan semula. Pelajar ini mualaf asalnya , tetapi dengan kebijaksanaan Jonathan ini ( India ) , berjaya dikristiankan semula.

Dekat dengan taman aku ini, ada sebuah pusat penjagaan kanak-kanak agama tersebut. Aktif betullah. Besar dana yang mereka ada.

Bilalah agaknya kita ada macam itu ? . Tengoklah di Aceh tu, kalau dibiarkan , menjadi-jadi dakyah mereka.
Dalam satu kuliah mingguan oleh Ustaz Khairul Izlan dari KUIS menekankan tentang betapa pentingnya menuntut ilmu hinggakan menyamai 1000 sembahyang sunat.

Menuntut ilmu itu terlalu universal sifat dan cirinya. Kalau dalam konteks dahulu, tentulah merujuk kepada istilah mengaji dengan tuan guru dan lebih fokus kepada ilmu yang dipanggil ilmu agama.

Tentunya menuntut itu lebih kepada di pondok-pondok atau di dalam masjid dan surau yang menekankan tentang menambah iman dan keimanan seseorang. Orang yang balik dari Al Azhar , Madinah dan Jordan dipandang lebih warak berbanding daripada mereka yang pulang dari Kobe.

Dalam satu hadis ada menyatakan menuntut ilmu dengan membaca buku itu umpama menuntut dengan syaitan.

Benarkah syaitan mempunyai ilmu pengetahuan yang tersangat luas dan mengajar ilmu.

Aku persoalkan balik, bukankah al Quran juga sebuah buku / kitab, masakan membaca buku al Quran itu menuntut menuntut ilmu dengan syaitan.

Dalam hal ini, seolah-olahnya Islam tidak mengiktiraf kemurnian dan kemampuan otak yang diciptakan oleh Allah. Otak anak murid kekadang lebih geliga daripada otak tuan guru.

Ketika kita belajar di universiti, biasalah profesor itu menyuruh kita merujuk buku itu dan ini ketika menyiapkan assignment.

Pernah dulku satu ketika , cara menuntut ilmu di Al Azhar itu dipertikaikan kerana cara ortodok iaitu banyak teknik hafalan. Samiqna waataqna sahaja. Umpama Saidina Abu Bakar. Bukan macam Saidina Omar al Khatab.

Iqra itu sendiri maksudnya membaca . Tapi membaca pulak dikatakan berguru dengan syaitan.

Dalam satu lagi hadis, kita digalakkan menuntut ilmu walaupun sehingga ke negeri China. apalah sangat hendak menuntut di China, tentunya bukan ilmu yang menambah keimanan tapi ilmu keduniaan, contohnya seni bina, seni halus, bahasa China, budaya China, ilmu pelayaran dan sebagainya.

Apabila hadis ini ditafsir-tafsir semula, mereka menyatakan hadis ini tidak sahih.

Tentang bab kesahihan ini, ramai orang tak setuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir yang mengajak umat Islam mentafsir semula ajaran-ajaran Islam . Bunyinya macam sealiran dengan Kassim Ahmad, Abdul Ghani Ismail, Farish Noor dan Astora Jabat.

Dalam ceramah Maal Hijrah baru-baru ini di masjid di sini, Ustaz Wan Sohor Bani Leman ( UIA ) tak berkenan benar dengan Astora Jabat yang berkaitan dengan azab dalam kubur. Dia kata janganlah dijemput-jemput Astora Jabat tu berceramah, susah pulak nanti hendak memnperbetulkan akidah umat Islam. Itulah yang aku dapat tanggap.

Macam kau orang kat Jepun tu, kira dah menyahut seruan Nabi menuntut hingga ke negeri China, malah terlajak hingga ke Kepulauan Jepun. Lebih-lebih pulak daripada seruan Nabi Muhamad. Aku hanya berpeluang di USM dan UPM sahaja . Itu yang dekat .

Tentunya ilmu yang diperolehi bukan menambah keimanan dalam konteks 'fardhu ain' . Ia lebih kepada fardhu kifayah. Ada ustaz-ustaz melawak ' sorang dah buat, yang lain tak payah '. Lawak bodoh ini aku tak setuju sangat-sangat. Aku tak maksudkan ustaz itu bodoh.

Fardhu kifayah yang selalu dirujuk / dicontohkan oleh ustaz ialah tentang mengkebumikan jenazah. Jika sekumpulan masyarakat telah menyempurnakan jenazah, yang lain-lain telah terlepas daripada dosa / tanggungjawab .

Ustaz-ustaz perlulah memberikan contoh terkini tentang fardhu kifayah . Kaitkan dan tafsirkan semula dalam hal tsunami di Acheh .

Setelah 45 hari berlalunya tsunami, mayat-mayat orang Islam masih lagi bergelimpangan di hujung-hujung kampung dan belukar serta di tepian sungai. Semua jenazah ini orang Islam belaka-laka.

Orang yang banyak membantu pulak dari sukarelawan luar negara kerana mereka mempunyai kepakaran canggih , kelengkapan pelbagai dan dana yang bertimbun-timbun.

Begitu juga dengan tanggapan kita 'biar sedikit derma tetapi ikhlas , nak heboh kat surat khabar buat apa '. Maka mendermalah kita barang seringgit dua di dalam tabung masjid .

Jika kutipan di bilik-bilik guru, berilah dua ringgit atau lima ringgit , itupun dah dikira banyak dan kerap merungut kutipan selalu sangat melalui sekolah atau kelab guru .

Di sekolah aku ini, apabila sampai borang kutipan derma dari mana-mana surau, Kelab Guru tentukan jumlahnya RM20 atau RM30 ringgit. Mana nak cukup. Berpada ke ?

Aku selalu bertekak dengan murid-murid aku tentang keikhlasan 20 sen dengan sumbangan 2000 ringgit tetapi disiar dalam surat khabar.

Mereka kata " ikhlas lebih penting, cikgu. Dapat pahala. Jika masuk dalam surat khabar, tak dapat pahala. Riak .", kata mereka lagi.

Aku saja-saja cungkil bakat menentang hujah daripada mereka ini. Tak ramai cikgu yang suka mendengar tentangan daripada anak muridnya.

Aku sebagai ahli PBSMM pernahlah juga minta sumbangan daripada Malaysian Pool iaitu satu syarikat perjudian. Bukan akulah yang uruskan sebenarnya. Syarikat-syarikat inilah yang hendak menghulurkan bantuan dengan agak mudah. Tentunya sumbangan mereka ini mendapat tentangan daripada golongan agama.

Satu lagi cara mudah untuk mendapatkan sumbangan ialah mengadakan konsert seperti yang diusahakan oleh Tan Sri Razali Ismail. Ramai yang tak setuju. Tapi orang yang kemiskinan dan kelaparan amat memerlukan bantuan tersebut.

Semalam JAKIM dan penguatkuasa di Selayang membuat serbuan terhadap sebuah kilang yang mengeluarkan sosej yang mengandungi campuran babi. Logo halal daripada JAKIM itu tipu sebenarya. Sebelum itu kita dikejutkan dengan berus-berus yang digunakan ketika membuat kek dan burger itu dibuat daripada bulu. Cerita begini dah lama sebenarnya .


Tadi aku dapat telefon dari seorang teman beri sms tentang ada jawatan kosong sebagai nazir.

Alamak ? . Boleh ke ? .

Untung ke ?. Rugi ke? Apa untungnya ? Apanya yang untung ? Tarikh tutup 31 Mac 2005. Dua minggu lagi. Peliknya mengapa aku tak terbaca pekeliling bertarikh 12 Februari 2005 tu.

Seelok-eloknya pengetua, guru besar, penolong kanan, ketua bidang digalakkan memohon . Semua itu tak ada pada aku. Tapi aku berangan juga. Mana tahu sangkut, dapat pulak.

Huihhhhh , hebat nampaknya. Sedap bunyinya. Takut jika didatangi, gayat bila berkuasa.

Isteriku memang berkenan benar jika aku jadi pegawai ini. "Pakailah tie nanti" katanya. Ke situ pulak yang difikirkan. Orang fikir pasal tanggungjawab, dia fikir trntang tie pulak.

Dua tiga hari ini dia bising semacam aje , lebih daripada biasa. Omelannya amat luar biasa sejak kedatangan emak.

"Apa guna belajar tinggi-tinggi, tapi tak tukar kerja. Jadilah pegawai " Aku fahamlah , dia merujuk kepada jiranku . Sahabat karib aku dunia akhirat .

Dia menempelak yang aku belajar sampai dapat sarjana tapi masih mengajar di sekolah. Dawud dah dah jadi Nazir. Nazim dah jadi pegawai. Sedangkan suaminya ini belum nampak apa-apa. Mungkin belum ada rezeki, kata hatiku.

Mana nak dapat ? , mohon pun tak. Hatiku berkata-kata. Macam mana nak mohon, syaratnya mesti ada 3 kali menegak melintang. Ehhh , itu PhD.

Aku ? habuk pun tak lekat. Tarak ? . Hanya berbekalkan sarjana itu sahajalah. Kabel memanglah tak ada . Aku bukan orang Muar atau klik Tuk Janggut.

Oooooo rupanya dia berkenan sangat dengan orang yang pakai tali leher. Segak. Bergaya. Ada kuasa. Cikgu-cikgu di Johor memang memakai tie setiap hari, itu yang aku difahamkan. Segak habis.

Aku teringin juga nak pakai tie di sekolah tapi panas bangat di dalam kelas. Dalam Blok H, hanya ada dua kipas.

Tokok lagi dengan perangai anak-anak muridku. Sebagai guru lelaki yang terlebih macho, mereka berilah kelas yang hujung-hujung. Cikgu perempuan mana nak kelas hujung. Konon tak mampu kawal kelas. Kalau tak boleh kawal kelas, cikgu lelaki boleh kawal kelas.

"Kalau tak boleh kawal kelas, jangan jadi cikgulah " bentak aku di dalam hati.

Memang banyak diskriminasi antara guru lelaki dengan guru perempuan. eh eh eh eh . Pengunjung weblog ku ini ramai orang sana . Sorry aaa. Sorry mouri . Naik atas lorry.

Semua jawatan utama milik perempuan belaka. Sampai guru disiplin pun perempuan.

Banyak sangat isu gender berbangkit dalam weblog aku ini. Tak habih-habih.

Aku harap tak perlu tukar gender untuk rebut semua tuh.

"Kecek belako ".

" Kelate mari" . Bila berkumpul, klik demolah, kecek demo. Aku melopong. Boleh jugak tumpang semangkuk kalau nak,kecek sikit , bukan susah sangat. Kawe ada gewe cik mek Kelate dulu . Siap bawak gerek lagi.

"Nyah kah aku ni ? "

Memang mereka pandai-pandai . Fresh graduate lagi. Tak macam aku, hanya siswazah PJJ .

Setiap tahun aku merana di kelas hujung dan sinonim dengan ujung-ujungan .

"Abang beli kereta baru. Iswara itu tukar automatik ." dia tersenyum simpul.

"Buktikan dulu awak boleh bawak ? "

"Nanti beli, tersadai kat rumah, buat hape ? " aku menempelak.

Aku bukanlah minat sangat hendak jadi pegawai ini. Pertama-tama gaji pegawai sama dengan gaji cikgu. . Aku terpaksa bayar tol 4.00 ulang alik setiap hari. Setiap hari aku terpaksa bangun awal untuk mengelakkan 'jam' di Putrajaya.

Cuti cuma 35 hari dalam setahun.

Makan tengah hari Rm4.50 tak kurang setiap hari. Sarapan pagi RM2.00 dan makan petang RM2.00 lagi.

Duit minyak ulang alik dan kerosakan kereta Iswara aku itu. Mustahil elok engin setiap masa. Tayar perlu ditukar.

Banyak benar yang perlu aku campur dan tolak.

Pakaian kenalah smart dan bertali leher. Komputer belum tentu dapat .

Meja kerja mungkinlah diberi dan ada air cond. Tapi sekarang bilik guru sekolah aku twlah ada air cond walaupun selalu jugak bukak kipas.

Nantilah aku cuba ambil borang .
Aku sedang berkira-kira untuk meluncur di kabel flying fox tiba-tiba deringan handphone di poket seluar. Lantas aku tutup sahaja , nantui lambat dan ganggu pulak aku nak meluncur ini. Kelesematan lebih utama. Aku pastikan kamera dan handphone Nokia dalam pokel jean Siam tak jejas.

Aku lompat dari pentas setinggi bangunan 6 tingkat dan meluncur. Aku dengar dua pembantu dan pelajar-pelajar menjerit "lipat kaki , lipat kaki. ". Aku lipat kaki dan sesaat kemudian aku sudah sampai ke penghujung. Masa mula nak melompat dari pentas rasa gayat juga tapi di pertengahan kabel, tak ada apa lagi. Seronok betul. Ini adalah kali kedua dalam seumur hidup aku meluncur bagaikan musang terbang.

Sebenarnya semasa aku panjat pokok manggis di kampung masa kecil-kecik dulu lagilah gayat. Kalau angin bertiup, pokok manggis macam nak tumbang . Olang-aling ditiup angin.

Di hujung talian, nada dering polyponic 'Dekat Padamu" berbunyi lagi. Aku terkial-kial membuka tali -tali yang menyakut pada peha aku.

Ini mesti ada urusan yang mustahak. Rupa-rupanya adikku MatLini.

"Semekum, apa khabar ? " Jelas kedengaran suaranya . Aku amat cam benar dengan suara di sana. Dia berada di Seremban , mungkin ada projek yang perlu disiapkan di sana. Kerjanya kontraktor kelas F. Mungkin dapat projek besar di sana.

"Baru-baru ini kaki patah. Masa buat flying fox . Ada Trail 4X4 di Raub Pahang bersama dengan management Ericson " .aku terkejut beruk. Aku yang baru lepas flying fox, sedangkan MatLini sudah patah dua minggu lepas ketika Flying Fox. Cam mana jadi gini ?

Nasib baik aku lipat kaki, jika tidak entahlah. Kepantangan aku ialah tak boleh luka. Ada DM. Ngeri pulak mengingat dan membayangkan merana di sebalik keseronokan.

"Patah ke ? " aku ulangi lagi pertanyaan kerana aku benar-benar ragu. Dah dua mingu berlaku , patah pulak , mengapa adikku tak beritahu , tentunya dia dimasukkan ke hospital. Sedangkan abangnnya sendiri tak tahu menahu. Apa punya abang ?.

"Tak , tak , tak patah. Seliuh aje ."

Aku lega. Selamat lagi adikku yang suka aktiviti luar tu .

Dia sudah sampai ke Chieng Mai, ke Phuket, Bali , Jakarta , Kapas, Perhentian . Langkawi dan lain-lain pulau. Segala mak nenek pulau dia dah pergi. Semua themepark dia dah jengah. Aku ? . Sunway Lagoon 32 km pun belum . Bukit Merah jauh sekali.

Sejak kecil dia memang minat habis dengan aktiviti lasak. Sementelah pulak dia berkemampuan.

Masa di tingkatan lima dia dah mendaki Gunung Tunggal. Gunung tu tempat Tok Tepuk bertapa.

Mungkin aku ada beri dorongan kepadanya atas minatnya itu. Aku pernah bermotor dengannya sampai ke Lawin, Grik. Pernah bermoror sampai ke Brincang .

Adikku yang sorang lagi, aku beri Honda 70 cc pusing satu Semenanjung selepas periksa SPM.

Akupun minat juga tapi tak berkemampuan.

"Masa turun flying fox , kabel tak cukup tegang , hujung kaki terhempas ke batu . Terkehel. Tak ada apa-apa "

Pelik ? tak apa-apa katanya. Sedapnya cakap atau dia cuba menyedapkan hatiku ini.

Aku cuba bayangkan kerana baru sahaja aku melakukan flying fox. Nasib baik aku selamat. Allah masih sayangkan aku dan adikku.

Hatiku nak marah juga kerana dua minggu kemalangan telah berlalu tapi sebarang berita tak beritahu, alih-alih kaki dah patah. Dahsyat bunyinya.

Nasib baik bukan patah, cuba terseliuh aje.

Dia pesan suruh hantar emak ke rumahnya.

Aku tak sampai hati hendak hantar emak ke rumah MatLini .

Dia sedang sakit, aku pulak hendak hantar emak ke rumahnya. Sedangkan orang rumah aku dah tak berkenan lagi dengan mertuanya. Dia cuma berkenan dengan anak lelakinya sahaja. Sabar ajelah. Nak buat macam mana . bukan tak ada didikan agama....

"Dah sampai rumah ini susah betul mereka nak ambil" rungut dan terus merungut.

"Abang tak faham."

"Cubalah abang faham ."

" Esok nak pergi Cherating. Tak ada kat rumah ."

"Apa masalahnya. Awak hendak pergi, pergilah. Abang boleh masak , jangan risau "

"Awak yang tak faham atau awak yang tak faham "

"Susah betullah nak bagi abang faham "

Aku terpinga-pinga kerana dia kata aku ini yang tidak faham dan tidak mengerti. Jadi selama ini aku tak faham apa yang ada ada dalam hatinya.

Dia yang mengatakan adik-adikku tak jemput-jemput emak . Dia marah-marah apabila aku enggan hantar emak ke rumah adik-adikku, alih-alih aku dikatakan tak faham.

Hujahannya bukan kali ini, dah setiap kali emak datang. Emak datang bukan selalu ke rumah aku ini. Dalam setahun adalah dua kali kut.

Selalunya emak akan mengelak jika dijemput datang , konon-konon ada appointment dengan doktor di hospital ipoh. Ubat dah habislah dan macam-macam lagi.

Kalau aku balik ke kampung sekeluarga , aku ajak-ajak ayam aje dengan emak kerana pastilah isteriku akan bising tak habis-habis menyakitkan hati. Entahlah. Susah nak cakap. malu nak cerita.

Dia bukan calang orang. Dia ustazah . Dia bukan tak sekolah agama. Dia dari Hishammuddin. Istiqarah dah buat dulu. Bukan kutip dekat Bukit Bintang.

Astagfirrulah.

Cukuplah.

Dah dah cukuplah. Bocor segala rahsia rumah tanggaku .

Cuti-cuti begini tidaklah ada aktiviti yang menarik yang hendak dibuat. Jiranku bekerja hari ini kerana dia bekerja di Putrajaya. Kekadang aku rasa dia silap pilih kerjaya, mengapa tifdak kekal sahaja dalam bidang perguruan.

Katanya " Kau tak boring ke jadi cikgu ? " , persoalannya itu masih tegiang-giang jelas di telingaku.

" Ada cikgu yang mengajar sampai 33 tahun , aku tengok dia tak boring pun " .

Selepas pencen, dia terlibat dengan politik sebelah . Nak terlibat dengan politik yang satu lagi memanglah susah kerana banyak sangat dakwa dakwinya. Mereka ada hirarki yang tertentu, siap dengan jentera korporat lagi.

Biasanya dalam setahun cuma 190 hari sahaja dikira hari persekolahan . Lain-lain itu dikira cutilah . Antaranya cuti akhir tahun, cuti-cuti umum, cuti hari Sabtu dan Ahad, cuti semester dan cuti pertengahan semester.

"Soalnya bolehkah tidak bercuti ? " . Aku soal balik, " Bolehkah anak-anak kita terus-terusan belajar tanpa cuti". Sesi persekolahan ini melibatkan pelajar dan minda pelajar.

"Mampukah dia berada di sekolah tanpa cuti."

"Cikgu untunglah banyak cuti" . Itu satu isu yang banyak dibangkitkan . Untung atau rugi bergantung kepada banyak perspektif. Cuti banyak tapi duit tak ada, tak membawa sebarang makna juga. Sebaliknya ia akan membawa masalah iaitu dicap malas pulak.

"Asyik cuti je " . Jiran-jiran Cina selalu memandang serong kepada cikgu seperti aku. Mereka bekerja 16 jam sehari iaitu dari jam 6.00 pagi hingga 9.00 malam . Hasilnya , rumah mereka nah menala besarnya. Rumahku cuma rumah teres je .

"Carilah kerja part time " , kata mereka. Contohnya buat kelas tuisyen , MLM , jual insuran dan sebagainya.

Ramai yang ingin berkahwin dengan cikgu kerana ada banyak cuti di samping boleh mendidik anak-anak yang bakal dilahirkan.

Bolehkah cikgu terus-terusan mengajar tanpa cuti ?. Takut nanti terkehel pulak otak cikgu-cikgu sini. Bahaya juga. Maklumlah , mengadap bebudak yang pelbagai ragam .

Lagipun ibu bapa perlu juga bersama-sama dengan anak-anak di rumah. Mereka juga ada program tersendiri seperti mengadakan majlis kenduri kahwin dan melancong.

Soalnya semakin banyak cuti, semakin sikitlah gaji. Sikitkan ?

Tapi pekerja kerajaan tak boleh dibandingkan dengan pekerja swasta. Mereka ada O.T . Dahulu memang banyak O.T tapi sekarang tak tahulah aku. Kerajaan kata ekonomi ok je, tapi ada yang kata merosot. Mana satu kayu ukur nak dipakai tak tahulah.

Yang pasti pelabur jarang sangat nak singgah di Malaysia. Pelabur Eropah asyik terlajak ke China dan Vietnam je.

Bolehkah Malaysia hidup tanpa pelabur asing. Bolehkah Malaysia terus survival tanpa pekerja asing ? . Macamlah mereka itu mustahak sangat kepada ekonomi Malaysia.

Apa-apapun , kesimpulannya aku sebagai cikgu tak rasa bersalah jika banyak bercuti.
Isteriku bising lagi pasal emak .Sudah lebih 10 hari berada di rumah ini. Aku malas nak layan isteriku yang merungut tu kerana jika aku lawan dia bercakap , suaranya akan lebih tinggi dan boleh jadi gaduh. Lebih baik aku diamkan sahaja. Aku harap senjata 'diam' itu akan berkesan walaupun hatiku menggelodak dan menggelegak.

Pada 2 Mac 2005 lalu aku ambil emak dari rumah adik di Flat Bukit Permai . Emak sudah berada di sana selama 10 hari dan adik telefon aku tentang emak yang telah berada di rumahnya . Aku sangat gembira emak berada di Kuala Lumpur dan berada di rumah adik lelakiku. Seorang lagi adik lelakiku berada di Setapak .

"Bila hendak hantar emak ke rumah Matlini pulak "

"Dah sepuluh hari dah "

"Dulu boleh hantar pulak."

"Matlini pun boleh jaga emak. Selalunya pandai dia orang datang hantar dan jemput."

"Ini buat tak tahu sahaja"

Aku diam sahaja .Dia mengomel dengan suara yang jelas dan aku pasti emak pasti dengar di meja makan.

Aku buat derk aje.Tambahan pula aku sakit perut selepas makan kurma daging kambing. Kalau aku jawab, banyak pulak perkataan-perkataan yang akan keluar yang cukup menghiris. Aku rasakan diam adalah cara yang paling sesuai dan itulah sahaja yang mampu aku lakukan. Jika aku jawab , entah apa-apa pula yang dikatakan kepada emak aku dan kepada adik-adik lelaki aku tu.

Dia memang tak senang betul emak berada di rumah ini. Kalau boleh hari kini jugak dia suruh aku hantar emak ke rumah adik perempuan atau kakak aku di Ipoh. Dia akan sakit hati betul jika aku yang menjaga emak. Sebetulnya emak tak perlu dijaga walaupun emak telah tua bangat , 68 tahun.

Entah apalah puncanya, aku sendiri tak faham . Setahu aku tidak ada sejarah silam yang membuat dia sebegiitu rupa.

"Awak tu dahlah sakit perut. Orang tua tu lagilah sakit perut. Tadi dah terlambak sekali ". rungut lagi isteriku di katil. Aku bingkas bangun tak larat hendak layan dan terus ke tandas melayan perut aku yang memulas-mulas. Kurma kambing itu sungguh menyelerakan tapi inilah akibatnya.

Lima tahun terakhir ini semenjak apak pergi emak keseorangan dan sakit diabetisnya benjadi-jadi. Ini dikuti dengan sakit perutnya yang selalu datang . Emak yang selalu sakit perut empat lima hari ini kerana setiap pagi aku belikan nasi lemak. Dia amat tak tahan pedas rupanya. Aku selamba sahaja makan nasi lemak dan kalau tak pedas tak jalan.

Semasa aku pergi ke Melaka , aku tinggalkan emak sendirian di rumah . Pagi-pagi lagi aku belikan nasi lemak , ayam dua ketul dan roti canai dua keping. Isteri aku cukup tak berkenan kalau emak memasak di rumah. Memasak kan kerja orang perempuan. Tahulah dia memasak walaupun sejak akhir-akhir ini masakan emak tidak lagi sesedap dulu. Tawo lesyor.

Aku sedia faham dapur merupakan office bagi orang perempuan. Aku sendiri dilarang memasak , dia tak benarkan. Tapi sesekali dia komplain kerana tak bantu dia di dapur. Pelikkan.

Aku dah lama berhenti memasak sejak kahwin dulu lagi. Tak sedaplah, bersepah-sepahlah, habih basah almari kabinetlah , hitam punggung periuklah, tuala lap habis basah dan sebagainya. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya.

Apabila dia sibuk dan aku tak tolong, bising pulak dia. Apa yang dia suka ialah mendengar celotehnya sambil dia memasak. Dia cukup suka kalau aku dengar masalahnya di sekolah. Semua menantu perempuan begitu ke gamaknya ?.

Kekadang seronok juga tak perlu masak dan kemahiran memasak itu luput dari ingat aku ini.

Dalam setahun , apa salahnya emak datang ke rumah aku barang dua minggu atau sebulan. Salah ke ?. Susah benar ke menantu hendak jaga emak. Emak bukan jenis suka berleter atau jenis tegur orang. Kini emak adalah perempuan yang paling bisu di dunia. Ceria emak sudah tidak ada. Kesihan emak , begitulah nasibnya di hari tua , tidak berkenan di mata menantunya. Dan aku pula tidak lagi berupaya berkata-kata, kecuali di weblog inilah.



Kem Kepimpinan Pengawas telah diadakan di Impian Country Resort , Batu 14 Hulu Langat Selangor dari 11 hingga 13 Mac 2005 selama 3 hari dua malam.

Bayaran setiap pelajar RM30.00. Sekolah tampung RM5000.00 . Kos dalam penyata kewangan RM10,000.00 melibatkan 160 orang pengawas. Besar tu, aku katakan dulu, pengawas sekolah aku ini adalah elit yang diutamakan .

Aku hanya dapat datang pada hari Ahad. Mulanya dalam jadual ada nama aku pada hari jumaat tapi oleh kerana terlalu ramai guru yang keluar, nama aku hanya perlu datang pada hari Ahad. Hari Sabtu aku ada Hari Keluarga di Taman Rekreasi Air Keroh, Melaka.

Aku bergerak dari rumah jam 5.45 subuh dan sembahyang subuh di masjid Batu 14, Hulu Langat. Terbabas hingga ke IKBN kerana signboard tak jelas sangat pagi itu. Segal kata , tempat itu dekat dengan Felda Semungkis, tapi salah . Depan lagi.

Aku ditugaskan untuk aktiviti rentas hutan atau dinamakan kembara minda sejauh 5 kilometer selama 2 jam. Peserta terbahagi 10 kumpulan dan setiap kumpulan ada 15 orang. Aku menjaga kumnpulan 4 . Tapi bila dilaksanakan secara beramai-ramai, ia memakan masa 3 jam lebih. Jam 12.00 barulah mereka pulang.

Di tengah jalan, kira-kira 30 minit perjalanan , Bavanii dari tingkatan 3 sesak nafas dan tak boleh mendaki lagi. Tubuhnya besar dan over weight. Tentunya tak cukup exercise , vegitarian lagi.

Aku sebagai guru PBSMM terpaksalah membawanya undur semula ke tapak perkhemahan . Leceh betul, aku sepatutnya tidak bertugas sebagai guru kecemasan dalam aktiviti ini dan memang berhajat menghabiskan kembaraan ini. Tapi apa boleh buat, dah tanggungjawab. Sebelum pengembaraan tadi, telah ditanya sesiapa yang tak cukup sihat, sila keluar dari barisan. Tapi dia tak keluar pulak.

Aku pergilah buat flying fox, meluncur ikut tali dari pokok tinggi, untuk ubatkan hatiku yang kecewa. Aktiviti flying fox ini tidak termasuk dalam aktiviti pengawas kerana dikenakan bayaran RM5.00 seorang. Aku pergi bersama dua guru yang lain . Ada pelajar dari SAM10 turut terlibat dalam aktiviti itu.

Aku difahamkan semalam cikgu Badrin turut leleh air mata apabila mendengar ceramah dari PokMan . Badrin kata Norlena yang bergenang air mata , tapi dia sendiri turut sama. Beberapa guru lain turut berlinbag air mata. Jika cikgu meleleh, pelajar apa lagi, berheu-heu-heu-heu .Tersedu-sedan dibuatnya. Taubat dan insaf sungguh. Itu hanya di camping, balik 2 X 5 jugak.

PokMan cukup pantang pendengarnya bercakap baik pelajar mahupun ibu bapa. Dia akan marah dan tengking habis.

Rakan aku beritahu , PokMan merupakan seorang kaunselor sekolah dekat-dekat sini. Aku difahamkan laptop dan LCD di rumahnya hilang kerana dimasuki pencuri. Dia telah membeli yang baru. Setiap kali ceramah, dia gunakan laptop dan LCD dan suka menyanyi dan bernasyid. Suara PokMan sedap habis. Dia minta bayaran tidak kurang RM250.00 satu slot.

Dahulu aku pernah dengar ceramahnya yang suka menyentuh hati nurani, tanggungjawab anak kepada ibu bapa dan kepada Tuhan. Ada yang sampai menangis meraung-raung. heu heu heu heu . Tersentuh betul hati mereka .

Seorang guru disiplin di sekolah aku tak berkenan sangat dengan kaunselor. Setiap 500 murid mesti ada seorang kaunselor. Jadi di sekolah aku ada 3000 pelajar , sepatutnya ada 6 guru kaunselor. Sekarang kaunselor ada persatuan yang agak kuat juga. Di sekolah mereka ada bilik khas siap dengan air cond lagi. Mereka tidak mengajar , pengetua sendiri ada 6 period mengajar.

Cikgu tu kata kaunselor tak berkesan berbanding dengan tindakan disiplin oleh guru disiplin. Setiap pelajar bermasalah , apabila dirujuk kepada kaunselor, lagi mereka suka memonteng di bilik kaunselor. Perangai tak berubah-ubah jugak. Ada kaunselor yang menyebelahi pelajar . Itu yang cikgu tadi geram dan kecohlah satu ketika.

Kaunselor di sekolah ramai peminat. Al maklumlah mereka suka menyentuh hati nurani. Tak macam guru disiplin , kereta guru disiplin menjadi mangsa torehan duit syiling lima puluh sen.

Bilik Kaunselor di sekolah aku menjadi panas kerana seorang daripada kaunselor telah menjadi waibi. Setiap orang ingin menjadi kaunselor.

Tengah hari itu aku balik awal sebelumpun majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang.

Bapa mentuaku dimasukkan ke hospital kerana sakit biring.

Kakinya bengkak kemerahan macam udang kena goreng. Dah pergi ke klinik swasta, diberi injection kerana doktor kata ada infection. Doktor kata mungkin masa muda-muda dulu selalu meracun dan effect sampai sekarang. Ada kutil sebesar duit lima puluh sen di kakinya. Hari Ahad boleh melawat lama kerana waktu melawat dari jam 12.00 hingga 7.00 malam.


Anak kita menjadi bahan uji kaji. Demikian keluhan banyak pihak tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik. Sekarang ia telah tiga tahun diperkenalkan di sekolah menengah. Akhir tahun 2005, peperiksaan PMR akan memaparkan kekuatan dan kelemahan subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Apakah sikap kita ?

Berfikirlah secara positif, kata Perdana Menteri dulu . Hendakkah kita melihat jawatan tinggi dalam syarikat dipegang hanya mereka yang menggunakan bahasa Inggeris sahaja. Sedangkan anak kita yang hanya tahu berbahasa Melayu , hanya layak menjadi operator pengeluaran sahaja di kilang-kilang.

Majikan beri alasan yang paling mudah iaitu mereka tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kita tidak boleh menyekat syarat-syarat kerja di kilang kerana kilang itu kilang mereka, mereka datang dari luar negeri, mereka labur duit mereka . Kalau terlalu banyak sekatan, pelabur-pelabur ini akan cabut ke Vietnam , China, Thailand dan lain-lain. Panasonic Bangi akan tutup pada bulan September 2005 nanti.

Aku sendiri ambil sastera di USM tahun 1998 dahulu, terkial-kial untuk buat rujukan . Buku rujukan dalam bahasa Melayu amat kurang walaupun hanya untuk kajian kesusasteraan .

Dalam bidang sastera, ada sastera Afrika, Sastera China, Sastera Rusia, Sastera Eropah, Sastera Inggeris dan sebagainya. Kebanyakan novel-novel agung dari sesuatu kawasan belum lagi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris adalah.

Kalau sekadar hendak kaji novel Shahnon Ahmad sekalipun, kita perlukan rujukan teori , asas-asas sastera dalam bahasa Inggeris. Segala mak nenek teori adalah bahasa Inggeris . Contohnya konsep katarsis, simbiosis, simiosis dan sebagainya yang aku sudah lupa.

Ketika aku ambil kursus master di UPM 2004, lagilah pening kepala kerana bahan rujukan bahasa Melayu yang digunakan untuk membuatkan assignment , Dr Zai mencebik. dia perlekehkan orang kampung dia ni. Senarai buku rujukan yang diberikan oleh Dr Zai, Dr Jmaliah abd Hamid dalam bahasa Inggeris belaka. Bukan mereka ini keInggerisan dan tidak mengakui kemampuan bahasa Melayu, tidak. Hakikat adalah hakikat.

Jangan pulak nanti, anak-anak kita hanya berpeluang jadi kerani, operator , pemandu hanya kerana bahasa Inggerisnya lingkup.

Aku memang amat simpati dengan anak-anak kita yang terkial-kial dengan bahasa Inggeris. Aku sendiri berasal di nun di hilir Perak .

Cuba lihat warganegara India boleh survival di Amerika kerana mereka boleh berbahasa Inggeris. Diri mereka ada nilai tambah. bukan hanya kelapa sawit perlu ada nilai tambah, manusia Melayu juga perlu ada nilai tambah.

Aku akui mereka yang berbahasa Inggeris ini nilai hidup mereka sudah lain . Cuba perhatikan cikgu-cikgu Melayu lancar berbahasa Inggeris. Mungkin mereka lebih open minded dan lebih liberal terhadap agama. Itu aku tak nafikan. Contohnya cikgu Midad dan cikgu Putih Mariah. Cikgu Jayan lagilah.

Tapi percayalah , itu bukan isunya. Cat Steven yang lancar bahasa Inggeris, orang Inggeris, berjubah lagi. apa nak hairan.

Aku cuma ridsu dengan Indon- Indon yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah jiran Cina di hadapan rumah aku. Apakah makan dan minum mereka ?. Bolehkah mereka sembahyang ?. Itulah akibatnya jika tidak berpendidikan dan tak tahu berbahasa Inggeris, maruah bangsa, agama dan negara akan tercalar.

Aku sendiri lemah benar dalam bahasa ini tapi aku tetap percaya bahasa inggeris amat penting.

Akan aku usahakan agar anak-anak aku mahir dalam tiga subjek itu.

Jika diizinkan Allah. insyaAllah.

Hari ini aku mengikuti rombongan Kelab Guru Sekolah Rendah Agama tempat isteriku mengajar. Mereka adakan Hari Keluarga di Taman Rekreasi Air Keroh , Melaka. Selepas acara sukaneka, pergi pulak ke Bandar Hilir, Melaka.

Percuma, siapa tak hendak pergi.

Kami johan dua cara iaitu :

a. Acara lambung belon berair.
b. Acara mekapkan wajah isteri.

Entah macam mana , pandai pulak aku mekapkan muka isteri aku sorang nih. Macam tak percaya pulak. Taruk kat atas mata , bawah mata, gincu, shadow kat pipi kasi merah dan sebagainya. Dapatlah hadiah hadiah periuk yang agaknya berharga RM30.00 . Acara ini dinamakan 'sentuhan kasih'

Lambung belon berair juga menang dan dapat periuk warna merah siap dengan besi tos minyak masak.

Rasanya jodoh kami bertambah-tambah pulak.
Semalam adalah hari ke-4 Kejohanan Olahraga Daerah berlangsung di Stadium Bukit Jalil dari 7- 10 Mac 2005. Selalunya sekolah ini adalah merangkul beberapa emas , perak dan gangsa. Aku tidak pasti kerana be,um berjumpa dengan Cikgu Norzie dan Cikgu Duya.

Semalam ( Khamis ) tatkala kejohanan berlangsung, pengumuman stadium memanggil guru pengiring sekolah aku kerana ada kecemasan dan kemalangan. Cikgu Norzie kelam-kabut ke tempat kejadian di dalam stadium itu. Rupa-rupanya seorang seorang pelajar India tingkatan 3 dari sekolah aku telah bergaduh dengan penonton Melayu dari sekolah lain.

Namanya Remkumar .

Cikgu Norzie tidak mengaku pelajar itu pelajarnya kerana namanya tidak tersenarai dalam nama peserta kejohanan mahupun sebagai penyokong ( kalau ada ). Dia tidak mahu bertanggungjwab kerana nama dia tidak ada dalam senarai pelajar yang naik bas sekolah semalam.

Apabila di siasat, rupa-rupanya pagi Khamis itu, Remkumar telah menyelinap masuk ke dalam bas . Awal pagi, semua peserta telah dibariskan untuk mengenalpasti peserta yang belum hadir lagi di sekolah. Jika perlu rumah mereka akan ditelefon . Memang tidak ada peserta tumpang . Pelajar ini jika ditawarkan ke Stadium bukit Jalil, mencuat-cuat mereka hendak turut sama.

Kadang-kadang pada hari kejohanan, mereka tertidur, emak tak kejutkan atau ibu bapa telah pergi kerja. Aku mengalami masalah itu pada tahun 2004 yang lalu. Rumah pelajar tersebut dekat sahaja. Sebenarnya ibu bapanya tidak begitu galakkan anaknya pergi kerana pelajarannya jatuh merosot.

RemKumar dikerumuni 40-50 orang lelaki Melayu . Dia dihentam di muka dengan helmet oleh pelajar Melayu dari sekolah lain. Dahi dekat mata kanannya calar-calar dan lebam. Dia dikeroyok ramai-ramai dan tatkala Cikgu Norzie sampai, hanya dia seorang sahaja berada di situ.

Pelajar yang memukulnya tidak dapat ditangkap kerana terlalu ramai dan tidak ada saksi yang berani membuat kenyataan . Lepas bebas begitu sahaja. Dia dipukul dengan helmet. Biasanya mana-mana pelajar sekolah yang datang, mereka datang dengan bas yang disediakan oleh pihak sekolah.

Jadi jika datang motosikal , tentu mereka ini bukan peserta kejohanan olahraga. Pelajar ini pastinya ponteng dan mengajak budak luar turut sama. Payah hendak mengesan mereka ini .

Punca pergaduhan tidak diberitahu pula kepada aku. Tapi bagi aku , aku tak salahkan budak yang pukul Remkumar ini. Remkumar ini memang mulut bising, becok dan suka cari gaduh. Mungkin dia mengganggu pelajar perempuan sekolah lain atau mengejek sekolah yang kalah.

Tambahan pula, sekarang isu-isu berkaitan dengan India-Melayu mudah sangat jadi panas. Isu di luar terbawa-bawa ke kawasan sekolah. Di sekolah aku, tak ada pergaduhan Melayu-Cina lagi . Yang ada pergaduhan Melayu-India. Dulu-dululah. Dah lama tak berlaku.

Satu permeriksaan mata telah dbuat oleh doktor dan laporan polis telah dibuat.

Apa-apapun dia telah melanggar peraturan sekolah iaitu ponteng sekolah, kesalahan menyelinap dalam bas dan kesalahan tidak mempunyai surat kebenaran ibu bapa untuk hadir di Stadium Bukit Jalil. Silap-silap dia boleh dibuang sekolah kerana bergaduh dan memalukan nama sekolah. Bergaduh lagi.

Guru Disiplin yang baru iaitu Cikgu Midad , telah menulis surat meminta ibu Remkumar datang ke sekolah. Pagi Jumaat ( hari ini ) , ibunya datang berjumpa dengan Puan Midad.

Aku pernah mengajarnya di Tingkatan 2T pada tahun lepas ( 2004 ) dan kenal benar dengan kenakalannya. Dia tidak mahu buat kerja sekolah padahal ia hanyalah menyalin nota sahaja. Buat ayat tentulah dia tak reti. Kerjanya asyik mengacau dan mengurat seorang budak India perempuan yang menjadi ketua kelas. Ketu kelas itu cantiklah sikit di kalangan pelajar India dan bertubuh montok sekit. Dia duduk di bahagian bekalang duduk dekat dengan pintu keluar.

Waktu hujung ( 6.45 petang ) di akan cabut tanpa beri terimakasih kepada cikgu. Tengok-tengok dia dah hilang lesap . Aku cukup tercabar kerana perangainya diikuti oleh pelajar-pelajar yang lain.

Pada pertengahan tahun Cikgu Nomah kembali semula ke sekolah setelah bercuti tanpa gaji. Dia ambil kelas 2P dan 2T.

Sejak PakLah melancarkan Islam Hadhari dan JQaf ini macam-macam perkara  baru yang positif terjadi. Wakil rakyat kawasan aku ini hadir semasa majlis bacaan Yassin di masjid. Sesuatu yang mustahil  aku lihat   sebelum ini . PakLah , Khir Toyo  dan lain-lain  menjadi kepala imam sembahyang.


Ini juga telah dilakukan oleh  wakil rakyat di sini iaitu di surau Sungei Perun. Sebelum ini tak pernah dengar wakil-wakil  rakyat menjadi imam waktu sembahyang  ,apatah lagi sembahyang jumaat.


Wakil rakyat sekarang sekarang   tidak segan silu lagi memakai  jubah  yang dibeli di tanah suci Mekah. Pastinyalah bukan buatan Mekah, tapi  buatan orang Islam di China nun. Jika dahulu ,  songkok ketayap putih  itu akan dicop sebagai PAS  dan Islam  yang konservatif,  tetapi kini tidak lagi.


 Pada pandangan aku,  perubahan ini  sungguh drastik  dan tanpa  diundang.


Sebelum ini  ketayap putih  tidak dibenarkan dipakai di sekolah-sekolah. Sekolah aku , seorang guru pernah ditegur kerana memakai  ketayap putih. Akhirnya dia pakai  kopiah hitam.  Kini dia dinaikkan pangkat  menjadi Penolong Kanan Hal Ehawal Pelajar  sebuah sekolah rendah dekat Putrajaya.


Di sekolah aku  telah ada KAA iaitu Kelas Aliran Agama. Kelas ini  tidak diwar-war ke sana   dan sini. Ia dilaksanakan secara senyap-senyap sahaja. KAA  umpama   Sekolah  Menengah Agama Persekutuan di Labu dan di Kajang. 


Anak  Menteri Besar Perlis, Dato Shahidan Kassim pernah bersekolah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Begitu  juga dengan Sekolah Menengah Maahad Hamidiah, Kajang.


Di peringkat maktab pula, semua lulusan  Azhar  dan agama  dari Jordan dan lain-lain  boleh mohon menjadi  guru. Sebelum ini mereka  tidak ada peluang pekerjaan. Mereka  terpaksa menganggur  atau bekerja di kilang. Setelah belajar jauh di seberang laut, lulusan agama ini tidak dapat  pekerjaan. .


Tetapi dengan  daya usaha PakLah, matapelajaran JQaf  telah diperkenalkan. Ia dijar di peringkat maktab khusus untuk lulusan   universiti bidang agama. JQaf menekankan  tentang  bacaan Iqrak, Jawi, al Quran dan Bahasa Arab. Jadi selepas  mereka belajar,   pekerjaan mereka  telah menanti.


Tidak perlulah mereka menunggu  kadi sedia ada  pencen. Tak perlu  tunggu  imam masjid negeri meninggal  dunia.  Jawatan ustaz di sekolah bukan ramai sangat diperlukan. Tambahan pula    pendidikan Islam hampir dimonopoli golongan  wanita.
 
Dengan adanya peluang mengajar JQaf ini,  potensi mereka untuk menentang kerajaan  mungkin berkurangan. Al Maklumlah mereka ini   telah mempunyai  pekerjaan  tetap. Dulu jika kopiah hitam itu  dianggap sebagai orang UMNO. Hinggakan aku sendiri serba salah memakai  ketayap  putih ke masjid. Betul l l l l .


Pelajar Melayu  bukan seperti pelajar Cina. Pelajar Cina ,  lepas sahaja keluar universiti,  mereka boleh bekerja di syarikat  atau kilang bapa atau suku sakat mereka. Sedangkan  orang Melayu tidak ada sukut sakat yang membuka kilang atau   mempunyai syarikat.


Orang Melayu hanya mempunyai  saudara-mara yang bekerja di jabatan kerajaan. Lantaran itu  timbullah soal kroni dan  kabel besar. Semua  orang Melayu bertumpu kepada jawatan di sektor awam.  Lulusan Melayu dituduh memilih pekerjaan. Pelajar Melayu dituduh memilih subjek yang mudah ketika di universiti. Contohnya aku inilah, hanya lulusan  sastera / geografi.


Bila diajukan kepada syarikat swasta, mereka memberi  1001 alasan mengapa mereka  tidak mengambil  siswazah Melayu. Tak mahir Bahasa Inggeris. Tak   tahu cakap Cina sedangkan market berada di China. Penduduk China ada 1000 juta orang , jadi mesti  tahu Mandarin .


Tidak pandai  berkomunikasi semasa temuduga. Tidak mahir dalam selok-belok perniagaan. Siswazah Melayu  tidak ada pengalaman  dalam bidang pkerjaan berkaitan.  Lulusan Melayu tidak pandai bergaul  dan  berkomunikasi sesama sendiri sahaja.


Siswazah Melayu  kecoh  soal makanan , pakaian  dan  waktu sembahyang  sahaja di kilang-kilang . Macam-macamlah  alasan yang membingungkan.


Cakap sahajalah , mereka mahu siswazah Cina  dan  hanya  perlukan siswazah Cina.


Bunyinya macam perkauman. Tapi itulah realitinya.


Setelah bertugas sebagai Penolong Kanan ko Kurikulum , cikgu Rzak punya masa untuk melatih team bola sepak di sekolah aku. Aku kenalinya sejak 1987 kerana dia pernah mengajar di sekolah ini sejak 1985 lagi. Dialah yang mengajar aku serangkap pantun "
Ulu Branang Hilir Branang
Tengah-tengah Kampung Daceng
Apo kojo paling sonang
Memocahan lubang koncing.

Minatnya terhadap bola sepak cukup menakjubkan. Dia sanggup berada di padang di tengah-tengah tarik matahari.

Semasa di HeadSkool dulu, dia pernah jadi pemain negeri Selangor. Semasa di tingkatan dua lagi di telah menjadi pemain Selangor. Ketika itu dia mengumpulkan pemain yang hebat-hebat dari kampung -kampung dan dilatih di padang setiap hari. Dia pemain dan dialah jurulatihnya. Cikgunya hanya tukang bancuh air dan uruskan bola sahaja. Itulah Terangnya kepada aku bersungguh-sungguh.

"Assalam mualaikum Dato"

Itulah kata pengenalan yang diberikannya kepada aku. Jika aku terdengar ungkapan seperti itu, pastilah Cikgu Rzaklah. Itulah trade mark cikgu Rzak. Kata orang Perak suka ngombok. Aku tidaklah pasti dia ngombok atau tidak. Tapi aku yang dipanggilnya Dato , seronok juga. kut-kut satu masa nanti, masin pulak cakapnya itu. Dapat betul-betul.

Dia datang ke sekolah aku sejak Januari hingga Mac 2005 melatih team bola sepak bawah 15 dan 18 tahun . Dia berpesan kepada aku, setelah dia penat lelah melatih bebudak itu, keluarkan satu surat kepadanya menyatakan dia sebagai jurulatih dan hantarlah ke PPD.

Jadi guru besar bolehlah benarkan dia keluar pada hari Kejohanan Bola Sepak peringkat zon nanti. Perlawanan persahabatan dengan HeadSkool telah diadakan di padang Pekan . Aku bukanlah guru penasihat Kelab Bola Sepak mahupun pengurus atau jurulatih dalaman. Apabila melibat jurulatih luar, sekolah tidak ada peruntukan untuk bayar bayaran jurulatih. Bukan wang yang dimaksudkan oleh Cikgu Razak. Dia faham benar akan kedudukan kewangan sekolah.

Apa yang dia perlukan ialah sekeping surat daripada sekolah dan hantar kepada PPD dan guru besar sekolahnya. Pada hari kejohanan , sebagai jurulatih bolehlah dia memberi arahan dan tunjuk ajar terakhir sebagai jurulatih di tepi padang. .

Entah apa silapnya , sampat ke saat akhir surat tak dirangka dan tak diprint. Sebenarnya tidak ada peruntukan yang membenarkan seseorang guru menjadi jurulatih sekolah lain. Itulah kelemahannya.

Jurulatih bola tampar Tong Jengtik juga orang luar. 4 team menang peringkat daerah pada 28 Februari 2005. Tiada surat dan tidak ada bayaran. Malu dan bersalah apabila mengenangkan. Dia melatih atas dasar x student sekolah ini.

Nasib baik team bola sepak 18 tahun menang , itupun kerana tendangan penalti. Nasib baik Reedwan selaku penjaga gol menyelamatkan. Team 15 tahun bungkus.

"Sepatutnya 4 pemain tak boleh dimasukkan. Tak boleh main. kita jangan ikut cakap pemain"

"Pemain memang hendak masuk , tapi kita selaku jurulatih yang tentukan . jika tidak habislah. "

"Aku rasa Kejohanan Daerah nanti, sekolah kau bungkus" berang benar Cikgu Razak.

Aku pulak tempat dia melepaskan kemarahan .

Pada akulah, team bola sepak kali ini memang bagus kerana saiz badan mereka besar-besar. Tahun lepas mereka menang peringkat zon dan seorang lepas mewakili negeri Selangor.

Cikgu Rzak sekadar memperbaiki tahap pemain yang memang sedia ada baik. Dia memang cakap banyak dan ppandai bercakap. Dai selalu berjumpa dengan Reedwan kerana rumah mereka berdekatan antara satu sama lain dan dekat dengan sekolah pula.

Peristiwa sebegini tidak pernah menjadi iktibar dan pengajaran dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Tidak proaktif.
Hari Khamis ini tak lagi sesibuk Selasa dan Rabu. Tidak ada apa yang aku lakukan kecuali menonton rancangan televisyen dan membaca surat khabar. Berita paling menakjubkan Siti Amalina dari SMK Ulu Tiram Johor mendapat 17 A1 dalam SPM 2004.

Anak lelaki dan anak kecil masih lagi di tilam toto. Semenatara emak aku masih lagi tidur di biliknya. Isteri dan anak perempuan aku ke sekolah.

Tadi aku singgah di kedai roti canai Karim membeli 4 keping roti canai. Setiap hari aku melalui kedainya sebelum sampai ke sekolah menghantar anak dan isteri ke sekolah. Sudah lebih 11 tahun rutin setiap pagi, itulah.

Kini isteriku berura-ura membeli seekor Kancil kerana downpayment dan ansuran bulanan rendah. Dia sebenarnya dia sudah lama memiliki lesen memandu . Semasa latihan dan ujian memandu dia menggunakan kereta Kancil sahaja. Dia tidak ada lesen motosikal.

Oleh kerana kesuntukan wang dan sebagainya, dia tidak pernah memandu kereta, mungkin takut. Puas juga aku pujuk-pujuk supaya memandu tetapi dia tetap enggan. Nak buat macam mana ? .

Di kedai tadi aku berjumpa dengan Cikgu Rzak . Kini dia menjadi penolong kanan koko di US setelah 10 tahun bekerja di Jabatan Pendidikan Negeri. Setahu aku dia berulang-alik ke jabatan dengan hanya menunggang motosikal. Dia belum lagi graduate seperti aku. Sekarang dia mengunakan kereta Kelisa merah.

Entah apa yang dikejarnya di jabatan, aku tidaklah berapa pasti. Apa yang pasti dia amat berminat dengan bola sepak dan menjadi jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak negeri. Selalulah juga dia naik kapal terbang ke Sabah, Sarawak dan lain-lain. Mungkin juga dia dapat claim tambang perjalanan , penginapan dan makanan. Itulah sahajalah. Kini dia dinaikkan pangkat ke Penolong Kanan Ko Kurikulum di sekolah rendah.

Memang ramai pegawai di jabatan dan di pejabat pendidikan berkelulusan maktab sahaja. Post yang mereka sandang bukan untuk graduate . Lagipun nampaknya pegawai di PPD enggan ambil guru-guru yang graduate, nanti besar kepala kut. Siapa yang arah siapa nanti. Itu hanya sangkaan aku sahajalah.

Mereka bertungkus-lumus mengendalikan pelbagai perkara dan bekerja sehingga hari Sabtu dan Ahad. Betul. . Jika ada perkhemahan tau kursus , sepatutnya mereka mesti stay kat sana . Ramai juga yang cabut dari tanggungjawab ini dan pergi main golf. Jik ada sesuatu upacara atau aktiviti, mereka sibuk mencari iklan-iklan. Tapi setiap sekolah tetap dikenakan bayaran terterntu, itu yang hairannya dan biasanya ada penyata kewangan yang berasingan. Itu lebih aku tidak fsaham.

Mereka ini selalunya dipinjamkan ke pejabat atau ke jabatan pendidikan. Tapi biasanya apabila telah 'naik atas dan ada kuasa' mereka ini enggan kembali ke sekolah. Jika kembali ke sekolah akan dianggap tak pandai buat kerja dan turun pangkat. Jadi seberapa boleh mereka dikekalkan di post mereka.

Biasanya juga mereka ditarik ke jabatan atau ke pejabat . Jadi jika kenal orang dalam lebih mudah lolos menjadi pegawai.. Kononnya mereka ini boleh buat kerja dengan orang dalam yang sedia ada. Hendak belajar juga tidak susah dan tidak menyusahkan kerana sudah ada teman di sana. Ada betulnya juga.

Selalunya mereka mengarahkan cikgu-cikgu di sekolah juga, mereka hanya merancang sahaja. Alasan yangf diberikan , mereka tidak cukup kakitangan. Balik-balik cikgu-cikgu di sekolah yang disuruh ke sana dan ke mari , buat itu dan ini, jika tak betul akan kena 'bamboo' .

Peliknya pengetua dan guru besar takut dengan mereka yang berada di jabatan atau di PPD. Memanglah kerana mereka punya kuasa. Jika mereka ke sekolah dua tiga, senang sangat hendak cari kesalahan sekolah. Sekelip mata dapat cari kelemahan.

Antara kelemahan mudah dicari ialah fail yang tidak kemas kini. Penyata kewangan belum tutup. Paling tidakpun murid-murid didapati berkeliaran dan tandas busuk. Cermin tak berlap.

Kalau setakat nak cari kesalahan macam itu, pengawas darjah tiga pun boleh tulis m,acam-macam.

Maka jadilah mereka ' pegawai yang cari salah ' bukan ' pegawai yang menyelesaikan masalah '. Aku tidak hairankan sikap mereka yang seperti kacang lupakan kulit. Dulu pegawai-pegawai ini cikgu-cikgu jugak.

Tapi beberapa guru lain yang teringin jadi 'pegawai' tidak ada peluanglah kerana jawatan ini tidak diiklankan. Kebanyakan mereka ini tidak lagi selesa bekerja di sekolah berhadapan 1001 satu ragam murid-murid.

Setiap tahun mereka akan bercuti ke Vietnam atau membuat lawatan sambil belajar ke Medan. Ada juga yang sampai ke Bali dan Kunming. Itulah yang menghairankan aku bagaimana mereka boleh pergi ke sana. Aku di fahamkan mereka 'terpaksa' habiskan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan pada setiap tahun. Jadi langkah bijak ialah mereka mengubahsuai lebihan budget itu kepada lawatan sambil belajar atau mengendalikan kursus atau mesyuarat perancangan kurikulum dan ko kurikulum untuk tau depan. Lebihan budget itu sengaja mereka rancang agar senantiasa berlebih.

Lepas bebaslah mereka hingga ke Tioman atau hingga ke Langkawi. Untuk menutup projek mereka ini, bawalah empat lima orang guru dari sekolah-sekolah. Mesyuarat, kursus dan lawatan sambil belajar itu hanyalah sekadar syarat untuk mengelabui pegawai yang meluluskan peruntukan. Agak-agaknya pihak Kementerian sedia pejam mata dengan perkara-perkara seperti ini. Aku sendiri tidak jelas sangat akan duduk perkara sebenarnya.

Setelah penat bekerja, itulah ganjaran untuk mereka. Itu alasan mereka. Betul ke ?.
Kejohanan Bola Sepak Zon bagi lelaki 18 tahun dimenangi oleh sekolah aku. Tapi lelaki bawah 15 tahun kalah dengan J3. Sekolah aku jadi tuan rumah dan hanya pengetua yang sampaikan hadiah.

Seorang pemain sekolah aku cedera agak serius iaitu bengkak di bahagian lutut , perlu rawatan lanjut.

Jam 1.30 tgh baru selesai termasuk penyampaian hadiah.

Cikgu sekolah aku yang terlibat ialah Tipah, Fidah, Sahak, Ruseli, Awalin, Muru , Arpah, pengetua dan Wawa.

Hari ini sahaja 15 guru sesi pagi tak hadir kerana bertugas , sakit dan sebagainya. Tak boleh nak elak.
Dalam ucapan PakLah di Sabah semalam, beliau menyeru semua guru mendidik pelajar-pelajar berbudi bahasa. Maksud tersirat di situ , sekarang guru-guru tidak lagi berbudi bahasa dan tidak lagi mendidik pelajar berbudi bahasa sehingga Paklah terpaksa berkempen berbudi bahasa.

Tiga tempat tidak berbudi bahasa menurut sebuah akhbar dan iklan RTM ialah di pejabat, kedai dan di sekolah. Memang sah pengetua, barisan pentadbir, pelajar dan cikgu-cikgi tidak mengamalkan budi bahasa di sekolah.

Cikgu sekarang tak cukup senyuman dan tutur kata bertatasusila. Seorang guru baru pernah menyatakan dia takut nak tegur aku kerana jarang senyum. Bila dah lama kenal, nampak rajin melawak pulak.

Mungkin cikgu-cikgu terlalu banyak bebanan sehingga tak sempat senyum dengan ibu bapa yang datang ke sekolah. Tanggapan cikgu, setiap ibu bapa yang datang ke sekolah kerana hendak 'menyerang' sekolah . Selalunya anak yang nakal , ibu bapa akan dipanggil tetapi ibu bapa akan menyerang dan mencari salah cikgu terlebih dahulu .

"Mengapa cikgu lambat hantar surat kepada saya. Jika cikgu cepat hantar dan maklumkan anak saya ponteng tentu saya akan ambil tindakan. Sekarang cikgu salah. Sudah terlambat . Masa di sekolah rendah, perangai anak saya tak begini " Sedapnya mulut sang bapa menyerang guru kelas. Dulu dan sekarang tak sama.

"Banyak cantik. Nak jaga anak dia aje. Anak tak bagi alamatpun. Borang pun tak hantar. " aku mencebik dalam hati bila dipersalahkan begitu.

Satu ketika dahulu, aku malas hendak layan Yusuf yang sering mengadu itu dan ini. Akhirnya aku suruh dia ambil saja kayu besar dan pukul ajelah.Bila nak bergaduh, belasah cukup-cukup . Itu cadangan aku secara bergurau kerana dia suka sangat mengadu bebudak Cina selalu pukul dia.

Muka Yusuf ini hensem sikitlah tapi tubuhnya kecil aje. Namanya aku cukup ingat kerana dia pernah bawa tosai 30 keping semasa jamuan perpisahan.

Lantaran nasihat aku itu, dia lentum-lentam di simpang jalan dekat klinik.

Pengajarannya jangan cakap terbalik dengan mereka. Di sini, jelas nampaknya aku tak ajar Yusuf berbudi bahasa.

Menyesal pun ada.
Hari ini dua kali aku bersalam dengan wakil rakyat. Seorang ahli parlimen dan seorang lagi ahli DUN Selangor. YB M datang ke padang di mana Kejohanan Bola Sepak peringkat zon berlangsung di Padang Universiti . YB Q datang ke masjid semasa kuliah harian .

YB X merupakan seorang peguam dan mempunyai rumah besar di sebuah kampung . Isterinya pensyarah dan mempunyai dua anak. Dia datang ke padang ini kerana ingin melihat anaknya di tingkatan dua, turut menjadi pemain bola sepak sekolah. Cikgu di sekolah telah mengambil kesempatan ini untuk meminta sumbangan atau peruntukan darinya. Alhamdulillah dapatlah sedikit sebanyak.

Pengalaman aku, jika kita rajin buat kertas kerja dan dapat kenal dengan dia punya P.A , agak mudah kita dapat peruntukan.Banyak tidaklah, tapi ada. Sekolahpun mohonlah peruntukan untuk bayar padang Universiti. Dia kata dia belum baca surat tu kerana dia berada di Sabah.

Kejohanan bola sepak di peringkat zon, memerlukan kos untuk membayar sewa padang universiti . Padang sekolah biasanya satu sahaja sebagaimana sekolah aku ini. Padang yang satu-satu itulah tempat pelajaran PJPK, latihan bola baling, olahraga dan sebagainya. Padang lain agak jauh sedikit, 1 km jauhnya. Sukar kendalikan perlawan bola 15 dan 18 tahun.

Bila kejohanan diadakan di sekolah, ramailah murid ponteng dan merayau ke tepi padang. Sepatutnya sesi pembelajaran seperti biasa. Tapi pelajar akan buat seperti pesta. Budak jadi tidak berdisiplin dan ini akan memalukan nama pengetua.

Tambahan pula orang luar masuk, menjenguk-jenguk ke kelas dan mudah terjadi pergaduhan antara pasukan yang menang dan pasukan yang kalah. Pasukan tuan rumah akan bantai sekolah lain yang menang. Masa aku sekolah begitu, sekarang pun serupa.

Dari pengalaman aku, sekolah ini beberapa kali bergaduh hingga berdarah-darah kerana sekolah tuan rumah yang kalah kena ejek. Oleh itu bas pemain kena baling dengan batu. Jadi kes polis. Mereka diteladani oleh pemain peringkat negeri atau kebangsaan. Kekadang jadi pergaduhan antara kaum. Mengurat 'budak jambu cun" sekolah lain turut jadi punca.

Sebelum ini sekolah aku tuan rumah / penganjur kejohanan badminton peringkat daerah. Jadi terpaksalah pinjam dewan sekolah rendah Cina setiap tahun. Tapi tahun lepas, guru besarnya komplain, tandas kotor dan dirosak. Bilik komputer dimasuki oleh penonton. Sampah sarap bersepah-sepah. Pemain dan penonton berkeliaran dari satu kelas ke satu kelas dan mengganggu. Kononnya ada dinding yang diconteng.

Pengetua aku berang. " Mana ada ? . Tak adapun. Auta semua tu. Cakap terus -teranglah tak kasi "

Memang dalam pengetahuan, sekolah itu tak berkenan dewan mereka digunakan untuk kejohanan badminton. Guru besarnya kata lebih untung sewakan kepada orang luar bermain badminton.

Tapi oleh kerana arahan PPD, mereka malu alah. Kalau tak beri kerjasama, nanti tuduh apa pulak.

Sekarang mereka dapat alasan yang kukuh untuk tidak membenarkan lagi.

Mana ada sekolah menengah kerajaan yang ada 8 kod banminton. Gelanggang luar adalah.

Daifnya kita.

Maksud tersirat Sekolah Wawasan agar kemudahan fizikal ini dikongsi bersama dan merapatkan hubungan kaum. Mana mereka mahu kongsi milik mereka. Milik kita boleh pulak mereka kongsi kerana kita cukup toleransi.

Siap dengan kontrak sosial lagi, ntah apa -apa .

Ntah apanya untung kontrak sosial itu akupun ragu , keliru dan celaru.

Dalam kuliah  agama selepas maghrib  tadi, Ustaz Keirul Anuar telah menyampaikan syarahannya . Dalam kuliah  pertamanya ini, antara tetamu kehormat yang hadir ialah Yang Berhormat Ahmad Qrish . Alhamdulillah  YB  kita ini   baru selesai menunaikan  fadhu  yang yang kelima iaitu menulaikan  haji di Mekah.


Ketika itu aku menghantar SMS kepada  ramai kawan aku termasuklah YB kita ini.


"Selamat hari raya aidil Adha. Semoga kita lebih berbahagia  di hari raya ini .Daripada Cikgu  .........."


"Terima kasih , Cikgu  ........Cikgu yang mana satu ?


" Cikgu ...... dari SMK.."


"Oh,  TQ cikgu .Saya sekarang menunaikan haji di Mekah "


Begitulah  SMS  aku tempoh hari dengan Yang Berhormat. Entah mengapa  tergerak hati aku hendak  berSMS dengan Yang Berhormat. Tak sangka pula dia sedang mengerjakan   haji di Mekah. Aku berdoa  semoga kehadiran  SMS aku   tidak menyukarkan dirinya untuk mendapatkan   haji yang mabrur. Salah satu punca aku tergerak nak  sms ialah  tsunami 26 Disember 2004.


Sekembalinya dia dari Mekah,  satu jumaat , aku terserempak dengannya berjubah  putih dengan ketayap dan kelihatan cukup warak.


Dalam  satu majlis maal hijrah  di YPM,  pakaiannya  pada majlis  itu  tak  kena. Kemeja T sahaja, aku difahamkan.


Tapi malam ini,  dia hadir dalam kuliah harian,  siap dengan  berjubah  putih  di sebelah  nazir masjid.


Tugas Yang Berhormat  memang sukar. Pakai baju biasa , orang lain pandang tak kena. Dia pakai  jubah di masjid,  aku pulak  terkejut.


Di Perak pulak,  semua wakil  rakyat  mestilah pandai  dan tahu menjadi  imam.Di Sg Perun,  dia pernah jadi imam.


MB Perak kata , satu kursus akan diberikan kepada semua  wakil rakyat di Perak.


Di Selangor,  semasa awal-awal  Dato Khir Toyo menjadi MB,  selalu keluar dalam  akhbar,    beliau menjadi imam di  sana sini. Demikian  juga PakLah.


Aku  harap fenomena Islam hadhari ini akan berpanjang.


Aku pernah dengar di sebuah kampung  tahun 1980-an , seorang cikgu  melompat keluar dari surau apabila disuruh jadi imam.


Hari ini dan esok ( 8 dan 9 Mac 2005 ) Kejohanan Bola Sepak Peringkat Zon. Sekolah aku jadi tuan rumah. Semua urusan surat menyurat dan sebagainya diuruskan oleh Cikgu Sahak selaku Setiausaha Sukan .

Aku pula bertugas sebagai pegawai pecemasan, biasalah guru penasihat PBSMM. Aku bawa Barin,Jumalee, Fauzann dan tiga ahli pelajar sesi pagi.

Semalam aku pergi kedai Evergreen di tingkat 4 membeli beberapa peralatan yang perlu iaitu canopy 10X10 , strecher dan 5 kerusi lipat untuk di bawa ke padan pertandingan bola sepak. Semuanya dibiayai oleh koperasi sekolah.

Cuaca sekarang amat panas lebih 37 ` celcius di tengah padang. Dari pagi hingga 6.00 petang. Mesti terbakar kulit aku dan apabila balik ke rumah anak kecik aku mesti heran punya.

Tajhun lepas sekolah aku memang peringkat zon, itu sebab tahun ini jadi tuan rumah. Sebelum ini jadi tuan rumah badminton. Sewa dewa sekolah rendah Cina. Dewannya besar, ada 8 grelanggang serentak. Setiap malam penuh dengan orang ramai main berbayar. Boleh cari pendpatan. Mereka memang 'business mainded.'

Pernah juga jadi tuan rumah bola tampar. Perlu banyak gelanggang bola tampar. Aku sendiri state level referi. Sekarang dah lama tak tiup , mereka tak panggil-panggil, mungkin dah ramai pengadil baru.

Dalam radio Era tadi ( Selasa 8 Mac 2005 , jam 625 pagi ) seorang pendengar memberitahu dia hampir-hampir diperkosa oleh oleh cikgunya. Aku tak pastilah namanya dan di mana ?. Ibu bapanya buat report kepada pengetua dan cikgu tersebut ditukar ke sekolah lain.

Cantik agaknya . Aku harap dia tidak tuduh sembarangan.

Aku ada kawan yang mengajar di Sabah. Entah macam macam dia boleh terpikat dengan muridnya. Selepas muridnya berhenti sekolah , merekapun berkahwin. Tak salah aku rasa , tapi ia menjadi buah mulut orang ramai.

" Cikgu Malaya curik anak kitak" .
Ada orang bahagia , walaupun orang lain lihat tak bahagia
Ada yang tak bahagia demi membahagiakan orang lain
Biar dia tak bahagia, asal isterinya bahagia

Miskin , nampak bahagia
Kaya , tapi anak bercempera

Anak sikit mungkin bahagia
Anak ramai lagilah bahagia
Anak setan-setan belaka mana nak bahagia

Orang tua kata " anak ramai bahagia "
Orang muda kata ' ramai kawan bahagia"
Isteri kata " harta banyak bahagia "
Isteri ramai konon bahagia tapi hilang segala

Orang gila masuk hospital bahagia

Perimeter bahagia belum tercipta

Kita masih bernasib baik
Tsunami undur sebelum menjengah kita

Kita masih bernasib baik
Hujan lebat sebelum suhu 40 darjah
"Hello cikgu"

"Hello"

"Marilah kayuh basikal"

"Ha.. basikal"

"Sekarang pukul 7.00 p.m ini"

"Marilah, saya sorang-sorang saja"

"Kau dekat mana ? "

"Saya dekat Desa Mewah"

"Tak bolehlah, sudah gelap"

"Tak apa , tak apa "

"Dulu saya ada telefon cikgu"

"Ya , ya saya tahu "

"Terima kasih ahhhh "

"Lain kali kita kayuh basikal."

Petang itu aku dikejutkan oleh bekas muridku yang bernama Fu. Tiga minggu lepas dia ada singgah di rumah aku . Rumah aku itu merupakan tempat yang sesuai untuk berkayuh basikal kerana ada sedikit bukit atau changkat kecil. Penat jugalah kalau berkayuh naik bukit. Kadang-kadang aku sendiri tak terdaya kayuh basikal naik bukit me rumah aku. Sorong basikal aje.

Dah lama juga aku tak berkayuh basikal. Tahun 2004, aku beli basikal mountain bike berharga RM320.00 konon-kononnya untuk exercise. Adalah juga sampai ke kawasan rekreasi air terjun beberapa kali yang jauhnya 32 km pergi dan balik.

Tapi peha aku sedikit melecup kerana hanya pakai seluar jeans.

Aku sangkakan anak lelaki aku akan ikut sama berbasikal ke mana-mana, tapi dia tak mahu pulak.

Anak perempuan aku mahu pulak join. Tapi selepas beberapa ketika , anak perempuanku dapat panau bertompok-tompok di pipi dan bahunya. Sejak itu dia tak mahu ikut aku berkayuh lagi. Jadi aku tak ada geng. Panas cahaya matahari dan mandi tak bersih , agaknya.

Fu merupakan bekas murid aku 6-7 tahun lepas , mungkin tahun 1997 . Dia merupakan anak tauke stesen minyak di tempat aku ini. Sebagai orang Cina, dia duduk ramai-ramai dengan keluarganya. Di hadapan rumahnya ada 5-6 buah lori pasir yang masih baru-baru. Abang dia yang punya.

Selalunya dia berkayuh dengan Singh. Tapi kali ini dia hendak bersama dengan aku pula. aku tidak kisah , walaupun dia merupakan murid aku. Halangan aku , aku tidak punya pakaian berbasikal yang sesuai. Track suit adalah. Kelangkang boleh melecup.

Prestasi pelajarannya sangat teruk ketika itu. Nakal habis.

Pernah satu ketika dia bawa ke sekolah lighter seringgit. Dia cucuh api lighter kepada kawan-kawannya dan kulit kawannya sedikit melepuh.

Apabila di luar, dia selalu angkat tangan kepada aku. Kekadang dia pakai CRV , kekadang dia naik Pajero . Aku cuma Iswara hijau.

Basikalnya berharga 6,000 ringgit. Mana nak chalenge .

Tuan punya kedai basikal tempat dia beli basikal , ada sebuah basikal berharga 16,000 ringgit. Huyooooo.
Hari ini ( Ahad 6 Mac 2005) aku pergi kenduri anak murid kahwin di Kampung RH. Dua adik beradik kahwin serentak iaitu Hisnawati dan NurFazalah . Kampung ini ramai orang Jawa kut. Tak ramai ibu bapa yang kukenali. Tapi tak ada pulak nasi ambeng.

Mula-mula sampai , aku tidak berapa pasti adakah rumah itu yang kahwin. Setelah melihat beberapa orang bekas muridku berada di bawah tersengih-sengih melihat aku datang, barulah aku pasti.

Bapanya melambai ke arahku dan menyua tangannya ke arah khemah. Sekarang semua majlis perkahwinan secaa buffet sahaja. Tak perlu kaki tangan yang ramai untuk menghidang makanan.

Semasa kami makan, dua mempelai lelaki sampai serentak. Mungkin telah dirancang begitu, lebih kuurang jam 1.30 tengah hari. Lawa juga mekap kedua-dua mempelaia dengan warna kehijauan. Ada pasukan kompang .

Semoga dua bekas muridku itu berbahagia hingga ke anak cucu. Oppp ...... hingga ke akhir hayat.

Rasa-rasanya dari mak saudara hinggalah ke anak, aku akan mengajar mereka. hu hu hu hu hu hu.
Pertandingan bola sepak peringkat zon akan diadakan pada 8-9 Mac nanti. Sehingga kini, surat daripada PPD belum dikeluarkan lagi, mungkin pada hari Isnin, 7 Mac 2005. Aku ditugaskan sebagai pegawai kecemasan dan bawa lima ahli PBSMM. Malangnya surat tak ada, main cakap sahaja.

Mana boleh gitu, tolonglah cikgu-cikgu ini. Patutnya mesti ada surat hitam putih. Sekarang, zaman sekarang 'black and white' mesti ada. Jika tidak, nanti kena sue.

Aku dah serik dan terkena semasa Pertandingan Merentas Desa pada 15 Februari 2005 yang lalu. Beberapa kali aku berjumpa dengan Penolong Kanan Ko Kurikulum berkenaan surat pelepasan betugas tetapi jawapannya menghampakan. Dia kata akan diberikan pada masa hari pertandingan dijalankan. Sepatutnya surat panggilan / pelepasan bertugas diletakkan di pigeon hole di PPD dan kerani sekolah akan pergi pungut.

Andai kata berlaku kemalangan di dalam kelas, sedangkan cikgu bertugas di padang sekolah lain, cikgu yang tak masuk kelas akan bertanggungjawab. Cikgu jugak yang kena jawab.

"Mengapa awak pergi, tak ada surat rasmi tak boleh pergi, jangan pergi. Awak tak tahu ke tak ada black and white.Ada hendak cari kesempatan ponteng yerkk ? " padahal sang pengetua juga yang suruh.

Cikgu terkebil-kebil menjawabnya.

Semasa di padang SKRH , aku mintalah surat pelepasan bertugas daripada cikgu yang bertanggungjawab menjadi tuan rumah acara merentas desa , dia kata dah beri pada Penolong Kanan Ko Kurikulum.

Tapi sampai ke sekolah semula, tak diberi-beri kepada aku.

Dapatlah sehelai tshirt yang ditaja oleh Ahli Parlimen yang mungkin berharga RM10.00 . Sejuklah sikit hati yang hendak marah ini. Dau cikgu lain tak dapat tshirt dan minta aku jangan tunjuk-tunjuk kepada cikgu lain. MasyaAllah. Sampai sekarang aku tak berani pakai, halal atau tidak pakai tshirt tersebut.

Tragedi di Kota Tinggi, Johor akan berulang.

Aku bertugas sebagai pegawai kecemasan. Dalam buku aturcara, nama aku tidak tercatat langsung. Tak apalah.

Bila bab makan, aku boleh pergi atau tidak ke bilik jamuan kerana tidak tercatat sebagai pegawai. Aku ini pegawai atau tidak ?. Aku tidak pergi dan tidak ada sesiapa pelawa. Tak apalah . Balik nanti boleh makan di rumah.

Bawa pelajar pergi dan balik seramai 4 orang . Naik kereta aku . Tambang ? kos minyak tak kira ke ? . Mungkin kerana hanya RM10.00 sahaja . Tak apa lagi.

Kalau kita tak pergi nanti ingkar arahan pengetua. Nanti akan dituduh tak beri kerjasama . Berat kes ini jadinya. Ingkar arahan nanti ingkar arahan PPD / Kementerian. Silap-silap tak ada peluang menegak melintang.

Guru-guru yang ada van selalu jadi mangsa untuk menghantar pelajar ke mana-mana pertandingan. Bas sekolah biasanya tak dapat hantar dan ambil kerana mereka terikat dengan jadual untuk hantar dan ambil penumpang regular.

Kereta guru jadi mangsa dan terpaksa. Ada guru yang semangat berkobar-kobar , dah latih pelajar , takkan pulak tak hantar pelajarnya ke pertandingan. Kesihan pelajar. Alasan yang diberikan, peruntukan tidak ada.

Maka dua guru di Kota Tinggi duduk di kerusi hadapan Proton Wira dan 10 pelajar sekolah rendah di sumbat di belakang, 5 duduk dan 5 lagi pangku. Padat macam ikan sardin.

Memanglah boleh terjadi kemalangan.

Apabila hendak klaim Insuran Takaful, tidak diluluskan kerana tidak ada surat kepada guru dan pelajar. Silap-silap surat kebenaran ibu bapa tidak ada.

Tambahan pula murid-murid ini cepat lupa atau cuai meminta tanda tangan ibu bapa.

Cikgu sekolah juga yang kena.

Itulah cerita ceriti aku sebagai seorang guru yang berulang-ulang tak kesudah.

Hari ini ( Sabtu ) aku pergi rumah Noor Medinah kahwin  . Dia merupakan bekas muridku dan murid isteriku. Jadi  dia jemput kami datang ke rumahnya. Dia dinikahkan oleh bapa mentuaku. Majlis perkahwinannya  agak meriah  juga kerana bapanya  bekerja di KWSP dan emaknya di  BSN. Semasa di kelas dahulu aku selalu panggil dia Noor Mekah. Cepat-cepat dia mencebik.


Adiknya Lokmanul masih  belajar di UITM Segamat dalam bidang business studies. Lokmanul merupakan bekas ketua pengawas sekolah aku dan pernah duduk di asrama . Semasa PMR dia dapat 7A  tapi bila SPM, dia tidak sehebat mana. Mungkin kerana dia terlalu sibuk dengan  jawatannya sebagai ketua pengawas. Selain itu  dia aktif  dalam Pengakap.Dia menjadi ketua pengakap dan menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah.


Dalam hal ini,  kita sebagai guru  jadi serba salah. Jawatan pengawas  terutama  ketua pengawas memang diberi kepada pelajar pintar di samping  memiliki ciri-ciri kepimpinan . Dalam hal ini dia harus membahagikan tugas  dan    jangan bolot seorang  sahaja  tugas-tugas  ini.  Ketua  Guru Disiplin harus  bijak  membahagikan   tugas dan janganlah kerana tugas sebagai pengawas,    pelajaran mereka  terkorban.


Ada banyak  contoh yang sangat menyedihkan. 


Tugas sebagai pengawas  di sekolah aku ini sungguh berat.


Jika guru  tak datang kerana pelbagai perkara,  guru lain akan diminta masuk ke dalam kelas.  guru juga meradang jika selalu sangat ganti. Pada 3 Mac 2005 lalu., seramai 17 orang guru  tidak hadir  dan 2 lagi   memberikan maklumat  pada saat-saat akhir. Cikgu Senah tak dapat menyediakan nama-nama  guru pengganti.


Dalam kes-kes begini,   pengawas akan   diminta masuk ke kelas yang tidak ada guru sebagai ganti. Jadi pelajaran pengawas tadi akan tertinggal. Jika dia bijak  dan ada usaha ,   dia akan  salin daripada kawan . Tapi selalunya  kawan dia sendiri  tidak  belajar   betul.


Baru-baru ini ada  ibu bapa yang   komplain ke sekolah  tentang pengawas yang ditugaskan masuk ke kelas yang tidak ada guru.  Aku memang  tak setuju pengawas masuk ke kelas. Nanti pelajaran aku ,  dia akan banyak tertinggal.


Pelajar  tugasnya untuk  belajar, bukan untuk menggantikan  guru lain.


Tugas sebagai guru ini sungguh  mencabar.  Banyak guru yang terpaksa  keluar sekolah, bukan kerana ponteng sekolah.  Ada banyak acara  sukan  , unit  beruniform, pelbagai  pertandingan , bahas, nasyid, debat ,   dan sebagainya yang memerlukan  cikgu  turut sama ke  sana.


Contohnya  dalam pertandingan  bola sepak peringkat  zon pada hari Selasa dan Rabu ( 8 dan 9 Mac 2005 ) , aku ditugaskan sebagai  guru kecemasan ( aku  guru penasihat PBSMM ). Selain  itu   ada  cikgu   yang jadi  jurulatih bola sepak bawah 15  dan bawah 18 tahun . Cikgu yang ditugaskan sebagai  pengurus. Cikgu yang dilantik sebagai pengadil. 


Hendak atau tidak , cikgu-cikgu ini  terpaksa pergi  kerana  pengetua yang suruh . Pengetua  suruh kerana  jika   sekolah  tak hantar team,  PPD akan  telefon  atau panggil kenapa  sekolah tidak hantar team. Kekadang  sekolah dah tahu harapan  tak cerah untuk menang atau  tak ada kualiti langsung, buat apa hantar pasukan.


Apabila Dato hishamuddin hendak menekankan semula  Pendidikan Jasmani, aku setuju sangat.  Aktiviti lasak memang perlu kepada budak lelaki. Mereka perlukan adventure  tapi perlulah secara teratur.


Cara nisbah   guru  dengan  murid mesti  diubah.  Dahulu   guru dengan murid hanya berdasarkan bilangan murid. Aku rasa  kena  fikirkan  juga bilangan sukan / aktiviti luar yang disertai. Jika sekolah jadi tuan  rumah,  lagi  ramai  cikgu terpaksa keluar.


Baru-baru ini di Selangor , ada satu pekeliling ,pengetua diminta membuat laporan  guru-guru yang kerap keluar.  Antara guru yang kerap keluar ialah pengetua sendiri. Pengetua terpaksa hadir dalam majlis sukan, pertandingan , aktiviti di peringkat daerah.  Selain itu  terpaksa hadir dalam mesyuarat yang tidak sudah-sudah. Jika pengetua tak pergi,  pengetua akan ketinggalan maklumat  dan akan kena bantai.


Catatan Azlyna di Jepun cukup menarik hatiku. http://azlyna.tblog.com

Entah bila tandas di Malaysia akan sebaik di Jepun tu. Kalau tandas berbayar macam di Mines Resort City tu ok lah. Kena bayar 20 sen. Mat Bangla yang jaga. Tempat lain selalunya Makcik Indon.

Tandas di sekolah aku ini lagilah teruk, Berkunci. Tandas gurupun berkunci kerana Ada murid lelaki yang cuba menyelinap masuk. Kekadang kesihan juga bagaimana hendak pusing sekolah mencari guru disiplin yang memgang kunci tandas.

Tandas murid, jika mereka hendak kencing berak kena tawaf satu sekolah cari guru disiplin yang pegang kunci. Dalam mesyuarat agung PIBG, ada ibu bapa yang merungut kerana tandas murid kunci. Susah mereka hendak buang kecil, besar , datang bulan dan sebagainya. Bukan boleh tangguh-tangguh jika sudah kehendak fizikal.

Ada pelajar petang yang terlepas di bawah tangga bangunan. Pernah sekali tu , budak yang ngok sikit, dia kencing dalam botol minuman yang dibawanya. Selalunya yang buatr kotor-kotor ini , murid petanglah yang disalahkan terutama sekali pelajar peralihan. Cikgu petang terkenalah tempiasnya. Gaduh dan bermasam muka.

Jika dibiarkan tandas terbuka, akan berkembut dengan asap rokok dan tempat mereka memonteng. Berani sungguh menghisap rokok di dalam tandas. Pandai sungguh mereka sorok kotak rokok dan mancis api. Lagilah seronok jika dapat main sembunyi-sembunyi dengan cikgu mereka. Jika cikgu disiplin lagilah mencabar. Macam filem Hide and Seek pulak.

Sebuah bangunan tandas pernah dibina tahun 1990 dulu tapi dekat dengan pagar sekolah, maka di sanalah murid tadi memonteng dan bercinta-cintaan. Lubang tandas sengaja disumbat dengan batu konkrit. Akhirnya pengetua yang baru datang buat keputusan robohkan sahaja bangunan tandas tersebut. Pagar sekolah dipotong. Tukang kebun anyam semula dengan pagar yang dipotong. Eh... esoknya mereka potong balik . Itu cerita 1990-an. Sekarang dah banyak baiknya sekolah ini sejak cikgu Senah jadi pengetua.

Tandas perempuan selalu tersumbat. Tandas guru perempuan pun tersumbat. Faham-faham sajalah apa yang mereka buang dalam tandas tu.

Apabila budak perempuan memegang perut dan hendak balik, persoalan dalam kepala aku , mereka baru pertama kali datang bulan. Apabila disoal siasat, memang sah mereka datang bulan. Sila jumpa cikgu Samiah, dia selalunya ada bekalan pad yang banyak. Berkotak-kotak.

"Ala cikgu ini , orang sakit , dia gelak pulak "

Setiap awal tahun ada taklimat dengan murid perempuan , taklimat cara mana nak guna benda itulah. Ramai murid tingkatan peralihan, 1 dan 2 tak reti-reti apa benda itu. Tapi masih berulang.

Anak perempuan aku di darjah tiga. Aku harap benar dia akan faham benda-benda ini semua.
Semalam aku temui Ahmad Shafiq Semail datang semula ke sekolah setelah 18 hari tak datang ke sekolah secara berselang dan berturut-turut semala 12 hari. Pelik sungguh aku memikirkan budak kelas 2T ini kerana begitu berani ponteng sekolah dan langsung tidak ada motovasi untuk belajar dan bersekolah.

Aku tahulah dia ini berada di kelas yang paling hujung dan tidak banyak yang dapat diharapkan. Tapi datanglah ke sekolah kerana namanya telah terdaftar dalam Buku Kedatangan Pelajar Kelas 2T , kelas yang aku menjadi guru kelasnya.

Jika dia bukan guru kelasnya, aku memang tak peduli sangat lagi kerana apalah hendak diharapkan dengan bebudak yang ponteng sekolah . Ayahnya Semail bin Abdul Wahab dan emaknya seorang pemastautin tetap dari Indonesia pulak tu. Semua pelajar yang ponteng adalah seagama dan sebangsa dengan aku.

Tubuhnya kecil sahaja dan matanya ada sedikit rosak sebelah kini . Jadi dia ada sedikit masalah penglihatan. Masalah lain memang bertimbun lagi, pasti sangat.

"Assalammualaikum Ahmad Shafiq ". Aku menegur muridku itu dengan rasa kagum dan terkejut. Kagum kerana setelah lama ponteng dia akhirnya balik semula ke sekolah. Aku rasa terkejut kerana tanpa diduga Allah memberi taufik dan hidayah agar dia dikembalikan ke sekolah. Jadi tugas aku untuk mengisi-ngisi borang itu dan ini berkuranganlah sedikit.

Sepatutnya jika 10 hari tak datang secara berselang guru kelas wajib menghantar surat amaran pertama. Jika tak datang berturut-turut selama 3 hari, guru kelas wajib hantar surat amaran 1 kepada ibu bapanya. Aku telah hantar surat amaran yang kedua.

Mulanya aku ingatkan Ahmad Shafiq ini dapar surat daripada guru disiplin kerana melanggar disiplin dan menjemput ibu bapa untuk bertemu dengan guru disiplin. Biasanya pelajar ini bila diminta bawa ibu bapa ke sekolah, mereka pengapkan sahaja surat tersebut dan memontenglah mereka. Peraturan sekolah menyatakan selagi ibu bapa tak datang ke sekolah , mereka tidak boleh datang ke sekolah atau masuk ke dalam kelas.

Anak yang takut dengan tindakan dan hukuman ibu bapa, tidak akan menyerahkan surat tersebut kepada ibu bapanya.

Anak pula kekadang itu enggan memberikan alamat yang betul kepada cikgu-cikgu. Mereka beri alasan terlupa nombor telefon oibu bapa mereka, macam Ahmad Shafiq ini. Pihak sekolah juga enggan membenarkan guru-guru guna telefon sekolah untuk hubungi ibu bapa kerana melibatkan bil telefon yang banyak. Duit setem juga banyak, tahu 2003 lebih RM500.00 beli duit setem. Banyak tu.

Aku bersalam dengan Ahmad Syafiq dan bergoncang dengan kuat beberapa kali. Dia tersenyum meleret. Beberapa kawan di sekelilingnya turut tergelak.

"Saya rindu betul dengan awak Ahmad Shafiq " Lama betul tak jumpa dengannya. Aku memegang bahu dan tangannya dan membawanya ke hujung bangunan

"Mengapa tiba-tiba awak datang hari ini ? " aku bertanya kehairanan. "Ibu bapa saya hendak dayang ke sekolah cikgu ." Ini tentulah ekoran daripada dua surat amaran yang aku telah berikan tempoh hari. Sesungguhnya kerja cikgu-cikgu ini menghantar surat -surat sahajalah. Kalau tak hantar cikgu pula dipersalahkan oleh ibu bapa dan pengetua sekolah.

"Mengapa awak ponteng Ahmad Shafiq. Datanglah ke sekolah. Buat apa dekat rumah. Bukan best sangat kat rumah tu., Bukan ada sesiapa." . aku seolah -olah merayu kepadanya. Memang benar aku merayu kepadanya. Aku tahu dia tak mahu datang ke sekolah kerana dia takut kepada cikgu, kerja yang cikgu beri dia tak siapkan. Cikgu pula terpaksa kerah dia siapkan kerja kerana nanti pengetua marah kepada cikgu kerana tak paksa dan pantau bebudak yang tak siapkan kerja. Budak kelas 2T, manalah dia boleh buat kerja. Menyalin pun dia malas.

"Bapa awak kerja apa ? "

"Ayah kerja di kilang perabot "

"Emak awak kerja ?"

"Emak kerja kilang di Jalan Sungai Lalang. "

"Adik beradik berapa orang ? "

"Empat orang."

"Empat orang. ? "

"Eh eh eh , masuk ibu bapa saya empat orang."

"Ada adik beradik awak di sekolah ini ? "

"Ada. Di tingkatan tiga. "

"Namanya siapa ? "

"Siti Atirah Semail."

"Kelas apa ?"

"Tak tahu."

Ooooooo ada kakak rupanya Ahmad Shafiq ini. Lawa kut kakaknya.Aku cuba mengubat -ngubat hatiku yang marah dengan membayangkan kakaknya yang cantik lawa.. Aku menjadikan semua pelajar-pelajar di sekolah ini sebagai kekasih aku belaka.Hanya itulah sahaja motivasi aku ke sekolah ini selama 18 tahun sejak 1987 lagi, tak tukar-tukar.

Jadi taklah susah sangat hendak contact dengan ibu bapanya. Beritahu sahaja kakaknya di sebelah pagi.

"Mengapa awak ponteng sekolah Shafiq. Ponteng sekolah dekat-sekat sekolah pulak. "

"Ini, .... ponteng dekat surau di luar sekolah. Kemudian ponteng dekat dengan Pasar raya Econsafe pulak."

"Dia wirid dekat surau cikgu." Seorang kawan dalam kelas 2T menyampuk.

"Surau itu berkunci" . Lalatul menyampuk. Aku tahu rumah Lailatul memang dekat dengan surau itu. Dia duduk di rumah murah dekat dengan kawasan surau itu. Lailatul banyak beri aku maklumat tentang budak yang ponteng sekolah. Saiz badan Lalatul besar. Jadi dia tak takut dengan sesiapa.

"Tak kuncinya " . tempelak Ahmad Shafiq. Aku faham surau itu tak berkunci. Aku juga faham Lalatul memang tak pernah ke surau itu kerana dia budak perempuan. Aku kenal sangat dengan bapak Lalatul yang tidak pernah kaki surau. Tak pernah jengok surau itu. Emaknya tidak. Bapanya ada motosikal Jaguh dan kini pakai van pulak.

Memang sah awak ponteng di surau. Semua pelajar di kelas 2T tergelak.

Beginilah latar belakang murid-muridku di Kelas 2T.

Aku kena banyak sabar dan banyak simpati.

Jika mereka salah perhitungan di usia muda ini, akan terjebak dengan dadah, rompak , rogol dan sebagainya. Tiga tahun lepas seorang tentera di Lumut ditangkap kerana merogol. .Aku pernah mengajarnya .

Seorang Perdana Menteri yang cemerlang ada guru terbilang di belakangnya. Seorang perogol telur tembelang , imej guru - guru hilang dari pandangan hidupnya.
Pagi tadi sukan tahunan diadakan di sekolah aku. Tugas aku sebagai pelepas bagi acara-acara 100 m dan 4 X200 meter.

Rumah yang menang ialah Ungu dan Hijau. Perbarisan dimenangi Rumah Hijau. Perbarisan unit uniform dimenangi pasukan Pengakap dan St John. Persatuan Bulan Sabit Merah tak menang.

Zaidinoor kali terakhir bertugas di sekolah ini. Dia dipinjamkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Gajinya masih diuruskan di sekolah ini. Abang Mat beri dia sejambak bunga berwarna purple. "Mesti ada apa-apa tu " aku mengusiknya. Dia gelak mengekek.

Di kantin , aku makan pulut dan rendang ayam kerana pemergian cikgu ZaidiNoor. Moga dia seronok bertugas di PPD. Jangan lupakan kami di sekolah ini.
Semasa aku mandi tadi ,aku terlihat sebatang berus gigi ada benang terikat padanya.. Benang itu terpaksa digunakan sebagai tanda kerana berus gigi anak lelaki dan isteriku sama warnanya.

Aku teringat situasi di kampung tahun 1970-an, berus gigi aku juga diikat dengan sabut atau libut. Bukan kerana warna berus gigi sama dengan orang lain. Tapi untuk mengelakkan berus gigi hanyut dalam Sungai Perak. Jika ada sabut kelapa atau libut , berus gigi itu boleh terapung. Maklumlah ketika itu mandi, membasuh , berak dan sebagainya di tebingan sungai.

Libut diambil daripada botol ubat lemuju. Biasanya kalau sakit perut atau tak sedap badan, minumlah air lemuju. Rasanya agak pedas sedikit. Ia lebih kurang macam air badak. Air cap badak digunakan jika jika panas-panas badan. Mujarab juga. Air cap badak dijual sehingga kini. Tapi air lemuju aku tak berapa pasti, tak pernah jumpa lagi.

Kini sudah 30 tahun lebih ditinggalkan.

Sabut kelapa atau kayu pokok kekabu juga digunakan untuk memancing ikan. Pak Abu Hassan Kampung Padang membuat tuntang mengunakan sabut kelapa atau batang pokok kekabu. Pada batang pokok kekabu diikat tali pancing sepanjang satu meter dan dihanyutkan. Pak Abu turut berhanyut dengan sampannya . Selalunya dapat ikan patih, lelaih atau ikan lawang.

Sedap ikan lawang wooooo. Gulai tempoyak lagi.
Dalam berita semalam ( 3 Mac 2005 ) seorang guru 37 tahun ditangkap kerana mengedar ubat batuk di Kuala Lumpur . Imej 301,000 guru lain tercalar dan dipersoalkan.

Selama 18 tahun aku menjadi guru, hanya sekali aku melihat seorang guru terlibat dengan dadah di sekolah ini atau di daerah ini. Dia ini berasal dari Mahang, Kedah dan bekas pelajar ITM . Dia terlibat dengan dadah semasa di ITM lagi. Dia ini sebilik dengan aku menyewa kuarters sekolah tahu 1989. Jadi aku tahu benar akan aktivitinya.

Semasa dia di ITM, dia pernah membawa sebeg ganja di dalam bas. Ganja ini berbau kuat dan dibawa ke ke dalam kampus ITM untuk diedarkan dan digunakan. Dia tak habis belajar di sana , masuk maktab dan menjadi guru Matematik.

Dia mengajar di sesi petang seperti aku. Waktu pagi dan malam dia menghilang entah ke mana dan temannya cukup ramai, entah siapa-siapalah temannya dan semua kenal kepadanya. Bukan yang baik-baiklah.

Dia akan menggigil jika tak dapat ganja. Serba tak kena, ke sini dan ke sana di dalam bilik atau di dalam rumah itu. Dia akan hisap rokok tak habis-habis. Sakit perut memanjang dan demam tak habis-habis . Bekalan panadol dan ubat batuk tak putus-putus. Barangkali untuk mengurangkan rasa gian yang amat sangat.

Kawasan operasinya di bahagian jalan menuju ke ...... . Semua kawannya budak dadah belaka. Kawasan ini memang ramai penagih dadah.

Dia memang pandai mengelak diri daripada positif apabila uji air kencong. Antaranya ambil kencing orang lain, ambil kencing orang dalam mangkok tandas , makan pisang terlebih dahulu dan pelbagai cara lagi diterangkan kepada aku.

Aku dah tahan lagi lalu report polis di balai. Sehari kemudian, polis datang serbu rumah murah ( sebelum duduk di kuarters ).Aku ajak dia tinggal dengan aku konon-konon bolehlah bantu dia meninggalkan aktiviti dadahnya. Hampeh,..... giannya berterusan. Motosikal aku jadi mangsa. Asyik-asyik dia nak pinjam, nak ke maskar lah tu.

Sekali itu dia bawak perempuan ke dalam bilik kami. Aku tak tahan dan tak sabar, bilalah kawan aku ini hendak pindah.

Beberapa bulan lepas itu dia kena tangkap basah dan terpaksa kahwin dengan perempuan yang selalu diangkutnya. Dapat anak segera . Setahun kemudian di kembali bertukar ke negeri Kedah.

Tak tahu apa jadi .
Dua pegawai dari PPD datang ke sekolah aku pada pagi kelmarin. Seorang daripadanya merupakan bekas guru di sekolah ini. Sejak dia bertugas di PPD , lagak dan segaknya sudah berubah banyak. Ruseli dan Sahak ada berjumpa dengan dia, tapi buat tak nampak je, sibuk kut, aku cuba menyejukkan hati mereka.

Sekarang Dzul pakai kot , blazer kaler hitam lagi dan bertali leher. Seorang lagi tu, Junus juga merupakan bekas guru sekolah rendah. Aku pernah bersama bermain badminton di dewan sekolah pada waktu malam setahun yang lalu. Sekarang tidak lagi bermain badminton di dalam dewan kerana bil elektrik mendadak sampai RM400.00.

Dia bertanya kepada cikgu Putih Mariah , tentang dua orang murid India pada tahun lepas, Bukan murid tahun 2005, tapi murid tingkatan lima pada tahun 2004. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Mengapa hendak siasat mereka. Lagipun mereka ini tidak sekolah lagi, dah habis periksa SPM, nak buat apa ?

Rupa-rupanya mereka dua pelajar ini meniru semasa peperiksaan paper English dijalankan . Hai macam mana ni ? Keputusan periksaan SPM dah nak keluar baru sekarang hendak siasat ?

Mungkin mereka ini duduk depan dan di belakang dan passing kertas jawapan. Tambahan pula mereka ini girl friend boy friend . Menurut rekod dalam buku merah, seorang daripada mereka memang ada rekod meniru dalam masa peperiksaan akhir tahun. Sah, mereka ini meniru. Ketika ini baru aku tahu betapa pentingnya Buku Laporan Kelas ( warna merah ) yang dibuat oleh JPS.

Soalnya macam mana mereka boleh terlepas meniru di dalam bilik peperiksaan. Di mana guru pengawas peperiksaan ? . Tidur ke ?. Tak perasan ke ?. Benda-benda macam ini mana boleh terlepas.

Bagaimana baru sekarang baru dapat dikesan ?

Kata Dzul, guru pemeriksaan English paper yang dapat kesan. Jawapan betul sama, struktur ayat sama antara kedua-dua pelaja itu. . Kesalahan yang adapun sama jugak. Sudah tentu meniru. Macam mana mereka dapat meniru ?.

Aduhhhhhh ... busuk nama sekolah lagi.