Seronok juga menonton senamrobik yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 .Senamrobik ini disiarkan secara langsung  dari Dataran Merdeka pagi ini. Ada larian  integrasi   dan dilepaskan  oleh YB  juruterbang Dato Hasnan Rafique. Baguslah ada juga aktiviti  yang menjurus ke arah kesihatan di Kuala Lumpur.


Setiap hari selama  30 minit  di TV1 ada disiarkan    senaman .Rancangan ini mengajak kita semua untuk menjaga kesihatan   . Caranya  dengan memulakan    senaman  asas memanaskan badan.  Gerakan  hanya  asas sahaja , tidak ada pergerakan yang pelik-pelik dan menarik. Kalau  pergerakan yang teruk sangat, mungkin  [penonton  tak  terikut  dan hanya menonton sahaja.


Sejak  terkena  diabetis ini , aku   cuba   menukar gaya hidup.  Minggu lepas aku  ada beli    tali skiping   di Mines. Harganya murah  sahaja iaiotu  1.90  satu.  Isteriku cukup suka kerana    semasa kecil dia memang cekap dengan  tali skipping. Itu katanya dan terkti  dia boleh buat sampai  20 untuk  percubaan kali pertsana. Sedangkan    aku sendiri  untuk kali pertama, hanya dapat 3 sahaja.Susah juga main tapi skipping ini.


Sebenarnya  aku tidak suka  sangat  main tapi skipping ini semasa kecil dulu. Aku  dan ramai lagi kawan-kawan aku    kata permainan ini  hanya sesuai untuk  budak perempuan dan pon sahaja. Masa kecil , tali skipping hanya dibuat daripada   tapi rapia atau   daripada  gelang  getah yang disambung-sambung. Itu sebab  tidak ada  trill  dan skill  tidak begitu menyerlah.  Masa kecil,  sukan memanjat pokok  jadi kegemaran aku selain mandi di Sungai Perak. Terojun  yo terojun.


Tapi  melalui pembancaan aku,  Muhamad Ali tinju   guna  skipping untuk melatih bertinju. Sekarang pula ada  pertandingan  tali skipping peringkat kebangsaan dan dunia. Hebat wo. Tak sangka aku.


 Dalam hal ini berapa banyak  cikgu-cikgu yang  bersenam setiap pagi. Maksud aku   cikgu  yang mengajar  pada sesi petang macam aku ini.   Cikgu yang mengajar di sesi  pagi   memang  tak  akan bersenam, itu sebab  cikgu  sesi pagi nampak lebih  kedut-kedut dan bermasalahan  sahaja. Walaupun ada banyak masa rehat di sebelah petang, mereka  tidak bersenam atau  bermain bola.. Berkebun jauh  sekali  kerana   duduk di  kawasan perumahan manalah ada  kawasan tanah .  Tanah pusaka memang ada tapi nun jauh di kampung.


Aku difahamkan   jika   kita bersenam setiap  hari,  badan kita lebih sihat, hati  kita  lebih gembira   dan ceria  dan muka kita lebih berseri-seri.


Aku  ulang , raut wajah kita berseri-seri. Taklah berkedut  banyak di  dahi.


Kawan-kawan aku  termasuklah aku sendiri yang baru melangkau  40  tahun  dah diulit penyakit  diabetis , lemah jantung dan   tekanan  darah tinggi. Ada yang makan ubat  tak berhenti. Ada yang  malas makan ubat  sehingga  paras  gulanya  sampai 24.


Dia buat  tak tahu sahaja, macamlah  paras gula   24 itu  tidak memberi sebarang makna kepadanya. Dia kata  kalau makan ubat, nanti ada side effect. Lantaklah  malas aku nasihat, mereka  cikgu seperti aku, tentu mereka lebih tahukan.


Mujurlah pada tahun ini  aku diberi kelas PJPK. Aku  dapat mengajar 1CD dan 1EF .Aku  cukup suka kerana      dengan ini  dapatlah aku peluang untuk   bersenam  dengan  para pelajar.  Entah mengapa tahun ini aku cukup suka mengajar PJPK.


Selalunya bebudak ini  tak mahu aktiviti memanaskan badan. Kalau boleh mereka hendak terus  main bola.  Mereka main  bola sepak pun  macam   cara kampung, tak ada sill langsung. Mereka bekejar bola sebiji dan tiada pembahagian kawasan. Bila 40 orang  bermain bola sepak dalam  setengah padang bola, tentulah    nak tendang pun tak boleh.


Lagi  satu mereka mahu   buka kasut. Aku larang mereka  buka kasut,   buka  kasut masa  main bola  memang tak sesuai langsung. Lainlah   masa aku  sekolah dahulu. Masa itu kasutpun susah nak  cari. Kasut berketumpam dengan  lecah dan selut. Mana ada jalan raya.


Peraturan daripada Kementerian memang tegas yang mahukan setiap guru yang mengajar PJPK  mesti berpakaian PJ. Dalam hal ini   memang banyak   cikgu yang bengkeng, termasuklah aku sendiri. Bukan apa,  apabila masuk semula ke kelas, terpaksa    tukar semula  pakaian  biasa semula. Bukankah melecehkan. Bukan cikgu bantah benar-benar, tapi  kelas tinggal 1 waktu  atau dua kelas   lagi selepas  mengajar PJ,  terpaksa pakai balik baju kemeja.


Dahlah kita ini berpeluh-peluh di padang , kena  tukar balik dengan baju kemeja  dan seluar . Peluh, walau dikesat  macam manapun , tetap akan keluar lagi. Maka  berpeluh dan melekit-lekit  kepada  kita.   Mereka ini bukan opsyen PJ, itulah masalahnya. Guru yang opsyen PJPK sangat sedikit.


Sekolah aku ada seorang guru perempuan yang  opsyen PJ  tapi dia  tidak  pulak jadi   Setiausaha Sukan atau  Ketua Panitia PJPK. Terbalik pulak. Di mana silap  dan salah, aku  tidak berapa  pasti.  Dia masuk pada  tahun lepas. Sebelum itu sudah lama cikgu opsyen PJ tidak ada di sekolah aku.  Cikgu  perempuan  ini  Wiva namanya. Saiznya besar sungguh,  terutama yang itulah , aku jeling-jeling  juga sesekali.


Duya  tahun lepas,  guru pelatih  datang mengajar di sekolah ini. aku  . Mereka opsyen PJ, tentulah mereka kena mengajar PJPK. Entah macam man , tiang  gol hoki tumbang sremasa hendak dipindahkan  dan   kepala pelajar yang bernama Fazid bincut. Cikgu-cikgu  cuba  sembunyikan   isu ini tapi  tak berjaya.


Guru pelatih yang terlibat tidak memantau  tingkah laku pelajar dengan  teliti. Dia ingat semua pelajar tingkatan 5  itu baik-baik belaka. Sebenarnya  dalam beberapa hal kita kena  layan  mereka  dengan macam budak kecik. Kita kena anggap mereka nakal dan lasak belaka. Kita kena  anggap mereka boleh buat hal-hal yang tak boleh dijangka.  Kita kena  anggap  pelajar ini macam budak sakit mental,  jika  pelin sikit, mereka akan buat hal  , membahayakan  diri sendiri dan  orang lain.


Pengetua  pergi ke rumah  murid tersebut  . Ibu bapanya marah-marah  dan mengadu balik dekat aku.  Fazid ini ada sepupu kepada isteri aku. Jadi  tempias kemarahannya  dan ketidakpuashatian  terkena juga kepada aku.


Tiada sebarang  tindakan diambil terhadap  guru pelatih tersebut.   Ibu kepada Fazid ini  macam mahukan pengetua ambil tindakan disiplin  . Pengetua  tak boleh buat apa sangat kerana  guru pelatih  ini masih di bawah pengurusan  universiti. Pengetua memang ada kuasalah. Tapi jika laporan negatif,  silap-silap   guru pelatih ini tak dapat  jadi cikgu.


Sekarang ini Pendidikan Jasmnai dan Kesihatan  akan  ditekan  dan menjadi pelajaran wajib   dalam peperiksaan.  Entah macam mana  statusnya hendak ditukar , aku tidak berapa pasti. Sejak  zaman tak kanun lagi,  PJ bukanlah subjek yang wajib. Tidak ada  prospek langsung , kata mereka. Mana ada kerja yang berkaitan dengan PJ, itu dululah.


Tapi kan sekarang PJPK ini membabitkan pendapatan jutaan  ringgit, kalau di Amerikalah.  Pemain golf Tiger Wood  merupakan  bilioner. Penungnang basikal Graeme Brown dari Australia dan  Frank  dari Peranchis  memanglah dah jadi jutawan. Itu belum lagi pemain  tenis , tinju, gusti, sofbol,  bola sepak dan lain-lain lagi.


Pendek cerita,  ada  prospek yang baik dalam bidang sukan. Mereka boleh menjadi  jurulatih dan pemain profesional . Pengurus kualiti  dan  pengurus kedai  alatan sukan.  China boleh  kekal  mantap dalam  ginastik dan akrobatik kerana ada sistem pendidikan  yang sungguh mantap.
Tapi pemimpin  dan pembuat dasar pendidikan  negara kita bukanlah  mereka yang lasak-lasak. Ada pemimpin  kita yang lembik sahaja  di sekolah, kecuali  Datok Dr Farid Ariffin dari Penang. Dia pernah berkereta Volkwagen dari Britain ke Malaysia. Aku ada baca kisahnya  dalam  Utusan Malaysia tahun 1980-an. Seronok baca.  Azalina ada black belt dalam taekwando. 


Sebelum ini  peperiksaan PJPK hanya di peringkat pertengahan  tahun dan  akhir tahun sahaja. Soalan PJPK ini bukan senang  hendak dibuat . Tidak ada  buku rujukan yang sesuai    terdapat di pasaran. Jadi pandai-pandailah cikgu buat  soalan.   Pelajar pun tak beli buku  PJPK  dan buku rujukan  kerana  subjek oini tak penting. Cikgu  sendiri cakap begitu. Perspektif mereka  tentulah kita lebih maklum.


Biasanya soalan  tahun-tahun lepas akan keluar.Cuma  tukar nombor  sahaja.  Kalau pelajar yang rajin sedikit, mereka  boleh himpun soalan-soalan  tahun-tahun lepas  daripada kakak dan abang mereka. Tentu soalan -soalan  ini berulang  , sebijik-sebijik.


Tapi aku tahu sangat ,mereka tidak ada  inisiatif buat  begitu .


Kelemahan soalan PJPK ini ialah soalannya lebih kepada soalan  pendiidikan kesihatan. Soalan lebih menjurus kepada Sains  , Sains Pemakanan dan  Biologi. Manalah pelajar ini   hendak berminat sangat. Pelajar perempuan    memang suka bab menyalin-nyalin nota  dan   tulis cantik-cantik. Lukis rajah dan gambar ,  fullamak -  boleh  jadi pelukis. Budak lelaki mana  hendak macam itu.


Macam mana hendak buat soalan  tentang Pendidikan Jasmani.


Dulu , pada zaman Aristotle,    pelajarannya adalah tentang   taktik dan teknik peperangan. Bagaimana hendak menjatuhkan lawan. Mereka belajar tinju dan   gusti. Lawan pedang  dan menunggang kuda. Pelajaran ini memanglah  seronok  dan lelaki tentu amat  berminat.


Bak kata pensyarah USM semalam kata di televisyen,  sistem pendidikan   sekarang  lebih menyebelahi kaum perempuan. Sistem pendidikan sekarang  tidak langsung menimbangkan kepentingan  kaum lelaki.  Itu sebab  70 %  pelajar di universiti dipenuhi dengan lelaki.


Lelaki  minat   mengembara,  rentas hutan,  berkhemah di  air terjun, menyelam  di dalam tasik, mencari  harta   karun dan angkat mayat.  Pelajar lelaki  minat  skateboard, roller blade,  futsal, mendaki   dan sebagainya yang lasak-lasak.


Sedangkan guru yang ada di sekolah perempuan belaka. Mengandung pulak  tu. Bila mengajar  PJ atau  latihan rumah atau  Sukantara masih  guna payung. Cikgu perempuan  tukar baju pun tidak. Masih lagi pakai baju kurung ketika  ketika sukan tahunan atau merentas desa.Entahlah, mungkin aku celupar sangat, mengutuk sesama kawan.


Peliknya mereka yang dapat melintang dan menegak.


Cikgu perempuan ini  amat mudah mendapat kerjasama  cikgu-cikgu lelaki .Dengan suara yang manja,  dengan alasan mereka lemah berbanding lelaki,  mereka minta kerjasama guru lelaki.  Tapi  bila guru lelaki minta kerjasama perempuan,  jangan harap mereka akan membantu.


Alasan yang aku paling   sakit hati,   mereka akan  minta kebenaran suami, suami tak benarkan, anak  masih kecil lagi, masih menyusu, mengandunglah dan sebagainya. Datang bulan pun jadi alasan. Memang logik, akupun ada isteri ...


Berbalik kepada  soalan peperiksaan PJPK , apakah wajar ditanya  tentang  peraturan  bola sepak atau peraturan  bola jaring. Kalau  ditanya  tentang SUKOM 1998 mungkin relevan , tapi sekarang ini  tahun 2005. Takkkan  hendak disoal tentang SUKOM lagi.


Pelajar suka hanya satu permainan sahaja iaitu bola sepak. Murid Cina suka bola keranjang.  Murid yang diajar dalam satu -satu masa  lebih kurang 40 orang. Padang  terpaksa kongsi dengan   guru PJPK yang lain.


Pertandingan  bola sepak  peringkat daerah  pada bulan  Mac..Oleh itu padang  terpaksa dikongsi  dengan mereka. Tentulah kita beri keutamaan kepada latihan bola sepak peringkat daerah, jadi P&P  bagaimana. Kantoi,  belajau lah dalam kelas macam cikgu Talhah.


Murid Cina minta aku membenarkan perlawanan  bola sepak  antara Melayu dan Cina. Aku tidak benarkan kerana     tentu akan mencetuskan   sengketa kaum .Padahal matlamat   pendidikan , untuk menyatukan mereka. Untuk merapatkan mereka..  Inilah akibat apabila   sekolah rendah  masih berbeza-beza  sistem. SK lain dan SRJKT atau SRJKC lain.  Cakap kita mereka tak faham langsung. Yang pandai  tu oklah.


Budak ini merayu-rayu dan merengek diberikan bola keranjang. Dalam  rancangan pelajaran  mana boleh begitu. Entahlah, aku harap  aku kreatif  menghadapi situasi begini. Bengang juga sebenarnya apabila mereka  tak ikut cakap. Mulalah mereka duduk di tepi padang, berborak sambil melihat pelajar Melayu dan India  bermain  bola.


Pelajar ini juga  malas  hendak  tukar pakaian   terutama sekali pelajar India. Aku tidak pasti mereka mampu atau  tidak. Mungkin  juga ada di antara mereka yang tidak mampu. Minggu ini kita marah-marah dan tarik  telinga mereka, minggu depan masih lagi   pakai  tshirt sekolah  dengan sekolah biasa.


Seronoknya mengajar PJ, kita boleh  denda mereka macam-macam. Contohnya  pumping  dan ketok ketampi atau lari pusing padang.  Tapi janganlah   denda pelajar macam itu  di dalam kelas, alamatlah jadi isu nanti.   Namun cikgu-cikgu harus berhati-hati dalam  mendenda pelajar. Periuk  nasi  boleh berkalih dibuatnya. Kena hantar kat UT atau PK pulak. Susah. Ambil langkah selamat, cukuplah. Buat apa  ambil tindakan  yang berisiko tinggi . Emak bapak memang memang melenting punya jika anak  mereka dijentik.


Pengetua  cukup pantang  jika pelajar  tidak pakai  tshirt  sekolah. Untuk   mengelakkan  dari kena  sembur   dengan pengetua, Cikgu Talhah   tidak membawa  pelajar ke padang. Akhirnya setiap kali pelajaran PJ, hanya duduk di dalam kelas sahaja. Dia dapat pulak kelas yang hujung-hujung pulak, kelas yang memang degil  hurabbi. 


Sepanjang tahunlah   Cikgu Talhah dan murid-murid PJnya tidak ke padang. Tahun lepas  dia  telah meninggal  dunia. Dia mendapat sakit jantung dan salah satu puncanya yang dapat aku kesan ialah,  pengetua  tegur cikgu ini. 


Apa yang aku hairan,  pengetua buat derk sahaja.  Dia  macam tak faham akan situasi dan kondisi.  Pengetua perempuan lah katakan. Dia mementingkan pakaian, bukan mementingkan   latihan PJPK. Dia kata jangan bawa pelajar ke padang jika tidak   berbaju PJ. Sebenarnya bukan semua  pelajar yang degil   tak bertshirt sekolah. Tapi  pengetua ini satu, dia sangat nampak seorang dua yang tidak berbaju PJ. Pasal empat lima orang,  seluruh   kelas di denda tak dapat ke padang. Merana    pelajar-pelajar tadi.


Di sekolah aku ini,    tempat persalinan   ada dua. Sekolah lain aku tak pasti sangat. Sesetengah kata  ada bilik mandi lagi.


Tapi di sekolah  aku, bilik persalinan  lelaki  telah ditutup. Alasannya  pelajar lelaki ini  mengintai pelajar perempuan bersalin pakaian. Pandai  sangat  buat bilik persalinan sebelah menyebelah, siapa suruh. Memanglah   mereka akan mengintai. Kerja-kerja  begini   aku pernah buat dahulu. Jadi aku faham sangat. Cukup adventur  jika dapat  lihat betis  putih melepak. Tak tidur malam. Basah.


Dah lah, merapu habis. Nanti terkeluar yang sulit mulit.


Mungkin masa lain aku akan cerita  tentang cikgu Talhah ini yang mati mengejut . Dia telah  beberapa kali dipanggil pengetua kerana beberapa kes  seminggu sebelum diserang penyakit jantung.




posted by: 007 (reply)
post date: 05.02.06 (8:52 pm)

biase je......



posted by: piye (reply)
post date: 06.03.06 (11:23 pm)

terbitkan contoh folio bagi tingkatan 4 bab 5




posted by: BAN (reply)
post date: 06.19.06 (5:13 am)

TAK TAHU



posted by: abcdef (reply)
post date: 07.12.06 (5:51 pm)

ape citer nihhhhh?



posted by: lonely (reply)
post date: 07.12.06 (5:53 pm)

tah ape ape..............bosan aku baca..entah ape ar..



posted by: taurus (reply)
post date: 07.12.06 (5:56 pm)

saya rasa cite x brp best



posted by: baby (reply)
post date: 07.12.06 (5:58 pm)

citer tu boleh tahan, tapi ayat ko tah menda menda r......




posted by: baby (reply)
post date: 07.12.06 (5:58 pm)

citer tu boleh tahan, tapi ayat ko tah menda menda r......




posted by: baby (reply)
post date: 07.12.06 (5:59 pm)

Reply to: abcdef
same ar aku pon bosann...cite dia orait but aku x minat aaarr.. ko bc feel cmne arrr




posted by: lonely (reply)
post date: 07.12.06 (6:02 pm)

oooo... lo abcdef kak t y taurus bia kantui ha3



posted by: ayu (reply)
post date: 07.12.06 (9:49 pm)

boring gler!!!!!!!!!!!!!1sal smua sibuk ngn abcdef???????????iayooooo....worait chow dluw...ingat nak dpt malumat peraturan bola jaring




posted by: ayu (reply)
post date: 07.12.06 (9:49 pm)

boring gler!!!!!!!!!!!!!1sal smua sibuk ngn abcdef???????????iayooooo....worait chow dluw...ingat nak dpt malumat peraturan bola jaring




posted by: ayu (reply)
post date: 07.12.06 (9:49 pm)

boring gler!!!!!!!!!!!!!1sal smua sibuk ngn abcdef???????????iayooooo....worait chow dluw...ingat nak dpt malumat peraturan bola jaring




posted by: (reply)
post date: 07.13.06 (3:35 am)

Reply to:




posted by: Muz (reply)
post date: 07.13.06 (3:39 am)

Reply to:apa nak gilanya kamu tu perempuan manalah saya tahu pasal training bola jaring





posted by: banzai (reply)
post date: 07.13.06 (3:41 am)

Reply to:apa yang tak faham tentang pendidikan kesihatan





posted by: Abg Muztaqim (reply)
post date: 07.13.06 (3:43 am)

Reply to:takkan tak tahu nak buat folio pendidikan kesihatan kut..............?





posted by: nora (reply)
post date: 07.25.06 (9:45 pm)

mcamana nak cari maklumat ttg futsal



posted by: Titie (reply)
post date: 07.25.06 (11:27 pm)

Reply to: kita nak tahu mcmna nak cari gambarajah seorang pak cik tua.....????




posted by: Bonzai... (reply)
post date: 07.25.06 (11:28 pm)

Reply to: saya pun tak tahu hahahaha.......




posted by: BB (reply)
post date: 07.25.06 (11:30 pm)

hai....boleh say tahu mcmnana nak main futsal tu saya pun nak join juga lah geng...saya minat sangat dengan futsal tapin saya tak tau mcmna nak main...



posted by: Bayau (reply)
post date: 07.25.06 (11:32 pm)

Korang semua ni busy betul lah ...am boleh saya join.sekali ke saya pun bosaan juga ni,,,,,



posted by: riby (reply)
post date: 08.01.06 (1:24 am)

folio utk tingkatan 4 camne? xpaham la kena cerita pasal asal usul gimnastik!!



posted by: Helen (reply)
post date: 09.20.06 (10:20 pm)

tengah cari soalan PJ / Pk ni. Tolong la



posted by: aril johor (reply)
post date: 09.25.06 (10:09 pm)

aku nak habaq kat yang mandai2 komen ntah apa2... cuba ler korang hormat ckit apa orang buat.. ini tak ayik tak kena jer..
ko pandai ker buat atau ko ade ke citer yang kata best sangat tu.



posted by: swkgal (reply)
post date: 10.12.06 (1:20 am)

ingat nak dpt cyh soaln ujian..ntah apa2...



posted by: sweetgirl (reply)
post date: 10.16.06 (8:25 am)

kalu x tau jgn la ckp....Reply to:




posted by: riesu (reply)
post date: 01.15.07 (11:24 pm)

ok laa



posted by: anynomous (reply)
post date: 03.13.13 (12:06 am)

anjing...bising bodoh ..bce je la..ayt mcam bdak tadika kalau x puas hati jumpa kat kl



posted by: anynomous (reply)
post date: 07.22.13 (3:40 am)

apa pun tak faham..?

Your Name:


Your Comment: