Bismillah hirrahman nirrahim , Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


 


Yang dihormati tuan Guru Besar, guru-guru dan semua murid yang disayangi.


 


Sempena  menyambut hari guru  pada hari ini,  saya telah diberi peluang untuk berucap sedikit di hadapan semua  murid dan guru. Kita semua sedia maklum , semua sekolah mengadakan sambutan hari guru. Begitu juga dengan sekolah kita.


 


"Sesungguhnya tanggal 16 Mei  amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada agama, bangsa dan juga negara


 


Pada kesempatan ini,  saya ingin mengingatkan  diri saya  dan semua guru , supaya   terus memberikan kerjasama , didikan dan  tunjuk ajar kepada murid-murid kita  dan kepada sekolah.Anggaplah  murid-murid ini sebagai anak-anak kita sendiri.


 


Sebelum mengakhiri ucapan pada harimini, dengarlah sajak dari  saya  untuk semua  guru  dan murid-murid  tersayang.


 


GURU OH GURU


Dialah pemberi paling setia


Tiap akar ilmu miliknya


Pelita dan lampu segala


Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.


 


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat


Alur kesetiaan mengalirkan nasihat


Pemimpin yang ditauliahkan segala umat


Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


 


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta


Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara


Jika hari ini seorang ulama yang mulia


Jika hari ini seorang peguam menang bicara


Jika hari ini seorang penulis terkemuka


Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


 


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya


Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota


Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu


Dia adalah guru mewakili seribu buku;


Semakin terpencil duduknya di ceruk desa


Semakin bererti tugasnya kepada negara.


 


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku


Budi yang diapungkan di dulang ilmu


Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat


Menjadi kenangan ke akhir hayat.


 

Sekianlah sahaja, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.


posted by: mastermad (reply)
post date: 05.24.05 (11:49 pm)

hai amoi
ucapan dan sajak yang menarik, sendiri buat ker



posted by: Faizah (reply)
post date: 05.25.05 (1:56 am)

hmm.. curious saya.. mana pegi entry cikgu yg sebelom nih?



posted by: amoi (reply)
post date: 05.25.05 (6:27 pm)

To Mastermad :
Sajak tu nukilan Usman Awang.

To Faizah :
Aku guna webzip untuk download fail-fail bernama.com dari amoi.tblog. Entah macam mana ....aku baca 'yang delete file ' , terus dia delete yang sebenar.

Naka buat macam mana ? ek....



posted by: sirasain (reply)
post date: 05.31.05 (3:51 pm)

"Selamat Hari Guru"....cikgu!
Jasa guru kukenang ke akhir hayat....



posted by: kuya (reply)
post date: 03.21.06 (10:45 pm)

sajak usman awang ei..
aku pun penah bace sajak ni mase jd mc kat hari guru mase form 5 dulu..



posted by: (reply)
post date: 04.14.06 (12:29 am)

Reply to: sirasain




posted by: Rumaizah (reply)
post date: 05.14.13 (4:10 am)

ucapan yg sdap didngar dan bg0s sajaknye



posted by: rezaly (reply)
post date: 05.15.13 (8:57 am)

ucapan yang terbaik dan kemas ^_^ selamat hari guru



posted by: nur alya (reply)
post date: 02.13.14 (11:55 pm)

selamat hari guru ..... jasa mu dekenang ...TERIMA KASIH CIKGU...................i love teacher



posted by: airickdowsen (reply)
post date: 05.15.14 (5:20 am)

selamat hari guru..terima kasih kerana telah mengajar kami untuk menjadi pejar yang berjaya pada suatu hari...we love all teachers in world..semoga cikgu-cikgu murah rezeki dan panjang umur..



posted by: humaira (reply)
post date: 05.15.14 (6:33 am)

sangat bagus


Your Name:


Your Comment: